08 Mei 2008

Apa sudah jadi ?

Kenaikan harga beras nampaknya mendahului isu panas dalam negara pada saat ini. kelmarin saya dikunjungi oleh seorang pengusaha kantin untuk mengadu masalah kenaikan harga barang yang "mengila" pada masa sekarang.

Katanya pendapatan dia dan kawan-kawan pengusaha yang lain sangat terjejas dan tidak tahu kesudahannya. Sebelum ini untuk 20 kilo harganya RM 76 sekarang telah mendadak naik kepada RM 130.


Apa yang saya nampak mungkin suatu yang sangat menghantui pemikiran kepada petani sawah yang terletak di Daerah Kerian yang saya cintai. Siapa tidak tahu mengenai kerian-sungai Manik sebagai jelapang padi Perak.

Bayangkan harga komuditi padi sehingga saat ini telah naik melebihi 100 %. Harga padi masih statik, berganjak pun tidak. Harap naik harganya macam tunggu "kucing bertanduk" atau "ikan keli bersisik". Aneh tapi nyata.

Kesannya terfikirlah dibenak kepala ini, bagaimanalah nasib sang petani sawah yang menjual padinya dengan harga murah, setelah itu ingin membeli kembali beras dengan harga yang tersangat mahal.

Kalau menteri main lepas cakap, saya pun hendak lepas cakap dengan cadangan supaya usahlah kita jual padi untuk habuan kita makan dalam tempoh semusim padi. Kembali kepada zaman dulu-dulu. Tumbuk atau hantar ke kilang padi kecil-kecilan kalau masih ada untuk dimesin. Itupun cadangan saya nampaknya lebih berasas.

Menangis.

“Dua mata yang tidak akan terkena api neraka iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah” (HR. Ath Thabrani).



Menangis bagi manusia adalah perkara biasa. Lebih lebih menangisnya seorang anak kecil yang belum mampu menyuarakan keinginannya dengan kata kata. Atau. Namun yang luar biasa ialah menangisnya orang orang beriman kerana takut kepada Allah.

Mengapakah terjadi demikian? Salah satu alasannya adalah tidak semua orang mampu menangis kerana takut kepada Allah. Hanya orang orang tertentu saja yang mampu seperti itu. Tentunya, orang-orang yang telah dipilih Allah sahaja, iaitu orang-orang yang sentiasa bertafakkur mengingat dosa-dosanya seraya meminta ampunanNya. Sedangkan pada lapisan manusia yang bukan menjadi bukan pilihan Allah, banyak ditemui orang-orang yang beribadah, namun tidak khusyuk dan tidak ikhlas melakukannya. Selain itu juga yang paling malang didapati orang-orang yang hatinya tidak mahu mengingat Allah dan bahkan melakukan perbuatan perbuatan durhaka.

Menangis kerana takut kepada Allah akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah, terutama di hari akhirat kelak. Sehingga diberikan ampunan dan pahala yang besar, serta diharamkan matanya disentuh api neraka. Bahkan, menurut riwayat, Rasulullah SAW sering menangis ketika mengingat Allah. Padahal beliau adalah seorang Rasul, suci dari dosa, dan sudah dijanjikan surga.
Siapalah kita yang tersangat sukar untuk menangis dihadapan Allah....