31 Oktober 2021

Bermula esok, sebahagian pengguna tidak boleh akses ke WhatsApp

 Bermula 1 November, WhatsApp akan menghentikan fungsi aplikasi itu pada lebih 52 telefon pintar. - FOTO Agensi

Bermula 1 November, WhatsApp akan menghentikan fungsi aplikasi itu pada lebih 52 telefon pintar. - FOTO Agensi

California: Bermula esok, sebahagian pengguna telefon pintar tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp kecuali menaik taraf peranti masing-masing.

Sebelum ini, WhatsApp mengumumkan untuk menghentikan fungsi aplikasi itu pada lebih 52 telefon pintar mulai 1 November ini.

4,979 kes Covid-19 hari ini

 GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala lumpur: Kes baharu Covid-19 terus menurun kepada 4,979 hari ini berbanding 5,854 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes mencapai 2,471,642.

Dibenar masuk Sabah untuk lawatan sosial bermula esok

 Datuk Masidi Manjun

Datuk Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Kebenaran warganegara dan bukan warganegara Malaysia memasuki Sabah bagi tujuan lawatan sosial, bermula esok.

Ia selaras pengumuman Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor sebelum ini yang menyatakan kebenaran terbabit akan berkuat kuasa bermula 1 November.

Malaysia layak ke Piala Asia B-23

 

BARISAN Pemain Malaysia Bawah 23 tahun yang layak ke pusingan akhir Piala Asia B-22 2022 – IHSAN FAM

PETALING JAYA : Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara kembali menghangatkan pentas tertinggi Asia apabila pasukan muda negara itu layak secara automatik ke Piala Asia B-23 di Uzbekistan, dari 1-19 Jun tahun depan.

Kejayaan layak secara merit itu hadir menerusi kejayaan muncul juara Kumpulan J pada kempen kelayakan yang berlangsung di Ulaanbaatar, Mongolia selepas mengumpul tujuh mata daripada tiga aksi.

10,000 masjid, surau berpontensi tubuh koperasi kariah masjid

 

ABDUL FATTAH Abdullah (kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang ahli Koperasi Masjid Kampung Lubuk Kulit di Lipis, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD

LIPIS: Sebanyak 10,000 masjid dan surau di seluruh negara berpontensi menubuhkan koperasi kariah sebagai platform meningkatkan pegangan ekuiti kek ekonomi negara.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, statistik terkini terdapat 6,300 masjid dan 17,000 surau yang menjadi tumpuan masyarakat Islam beribadah serta menjalankan kegiatan kemasyarakatan.

Sokong calon Masjid Kampung Laut dalam senarai UNESCO

 Pemandangan Projek Pembangunan semula Kampung Laut sebagai Kampung Pelancongan Warisan. Kampung Laut yang terletak di Jajahan Tumpat akan menjadi sebuah pusat pelancongan warisan ikonik dan destinasi "mesti lawat "Kelantan. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Pemandangan Projek Pembangunan semula Kampung Laut sebagai Kampung Pelancongan Warisan. Kampung Laut yang terletak di Jajahan Tumpat akan menjadi sebuah pusat pelancongan warisan ikonik dan destinasi "mesti lawat "Kelantan. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

TUMPAT: Laman Warisan Kampung Laut dan Masjid Kampung Laut berusia 300 tahun berpotensi untuk dicalonkan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan serta Objek Warisan kerana keunikan tersendiri.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kedua-dua projek itu juga berpotensi untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah UNESCO kerana memenuhi kriteria pencalonan dan pihaknya menyokong penuh untuk usaha ke arah itu.

'Nampak positif ke arah perpaduan' - Mursyidul Am PAS

 Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin. - NSTP/ARKIB

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin. - NSTP/ARKIB

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin memberi gambaran terdapat perkembangan positif mengenai kerjasama politik di antara parti itu dan sekutunya, termasuk isu penggunaan logo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, perkara itu bagaimanapun belum dimuktamadkan kerana mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang turut membincangkan isu berkenaan masih berlangsung.

16,902 penjawat awam belum daftar vaksin tanpa alasan dikenakan tindakan esok

 

PUTRAJAYA: Dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.

Itu antara tindakan tegas yang bakal diambil terhadap mana-mana penjawat awam yang masih enggan mengambil vaksin Covid-19 tanpa sebarang alasan kesihatan, bermula esok.

Facebook tukar nama kepada Meta

 

Mark Zuckerberg - FOTO AP

NEW YORK: Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan nama korporat platform media sosial itu akan bertukar kepada Meta mulai Khamis (28 Okt), untuk menekankan visi ‘metaverse’nya, namun rangkaian sosial utamanya masih mengekalkan namanya sebagai Facebook, begitu juga Instagram dan WhatsApp.

“Mulai sekarang (nama korporat) kami kini dikenali sebagai Meta dan bukan lagi Facebook,” ujar  Zuckerberg semasa ucaptama pada persidangan pemaju tahunan syarikat itu.

Fadhli Shaari Ketua Dewan Pemuda PAS baharu

 

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, dinobat sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang baharu bagi sesi 2021-2023.

Timbalannya pula Afnan Hamimi Taib Azamudden, manakala Naib Ketua, Hanapi Zulkifli.

Nuridah Mohd Salleh menang tanpa bertanding Ketua Muslimat

 

Oleh SARINA ISMAIL

KUALA LUMPUR: Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, kekal menerajui Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) untuk sesi 2021/2023 apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan jawatankuasa sempena Muktamar DMPM.

Turut menang tanpa bertanding ialah Dr Rosni Adam sebagai Timbalan Ketua dan Ustazah Salmiah Mohd Noor sebagai Naib Ketua.

PRN Melaka: Umno, Bersatu, PAS bertemu malam tadi

 

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

PORT DICKSON: Tiga parti teras orang Melayu dan Islam di negara ini mengadakan pertemuan malam tadi sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

Timbalan Presiden PAS Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mesyuarat itu membabitkan pemimpin Umno, Bersatu dan PAS.

Menteri dakwa Sudan berada 'dalam tahanan'

 Penunjuk perasaan berhimpun di bandar Khartoum membantah rampasan kuasa tentera. FOTO AFP

Penunjuk perasaan berhimpun di bandar Khartoum membantah rampasan kuasa tentera. FOTO AFP

KAHERAH: Sudan kini berada 'dalam tahanan' sejak tentera merampas kuasa awal minggu ini, kata Menteri Luar, Mariam al-Mahdi.

"Kami semua dalam tahanan di bawah situasi ini apabila tidak boleh lagi berkomunikasi antara satu sama lain.

32 sertai sambutan hari jadi kena kompaun

 ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Bukit Damansara selepas menerima aduan pelanggaran SOP. - FOTO PDRM

ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Bukit Damansara selepas menerima aduan pelanggaran SOP. - FOTO PDRM

KUALA LUMPUR: Seramai 32 individu dikenakan kompaun selepas menyertai sambutan hari jadi di sebuah rumah di Bukit Damansara, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata pihaknya menerima aduan berhubung majlis itu yang diadakan di kediaman berkenaan pada jam 10 malam.

Sultan Selangor titah jumlah jemaah solat Jumaat ditambah

 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. - BERNAMA/ARKIB

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. - BERNAMA/ARKIB

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar jumlah jemaah untuk solat Jumaat dinaikkan bagi masjid dan surau dengan kebenaran solat berkenaan di seluruh negeri ini.

Dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda menitahkan agar Masjid Negeri atau Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, boleh menerima kehadiran sehingga 3,500 jemaah berbanding 2,000 ketika ini.

HK belum bersedia buka sempadan

 - Hong Kong masih mengamalkan dasar kawalan COVID-19 yang ketat berbanding pesaingnya. FOTO AFP

- Hong Kong masih mengamalkan dasar kawalan COVID-19 yang ketat berbanding pesaingnya. FOTO AFP

HONG KONG: Keputusan Hong Kong memperketat kawalan pengasingan COVID-19 antarabangsa didakwa menimbulkan kegusaran dalam kalangan pengurus syarikat multinasional.

Mereka melihat strategi membebaskan Hong Kong daripada COVID-19 dilaksanakan kepemimpinan wilayah terikat dengan Beijing itu belum menunjukkan akan dimansuhkan ketika pesaing lain sudah 'membuka pintu' mereka.

James Masing meninggal dunia

 James Jemut Masing

James Jemut Masing

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya, di sini, pagi tadi.

Ia disahkan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Janang Bungsu yang memaklumkan mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi.

Empat daerah di Kedah dilanda banjir

Anggota Bomba membantu sebahagian mangsa banjir di Kampung Kotan, Mukim Jabi selepas dilanda banjir berikutan hujan turun tidak berhenti. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
Anggota Bomba membantu sebahagian mangsa banjir di Kampung Kotan, Mukim Jabi selepas dilanda banjir berikutan hujan turun tidak berhenti. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

ALOR SETAR: Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima laporan berkaitan banjir kilat di empat daerah di negeri ini, berikutan hujan lebat yang berlaku, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata empat daerah terbabit adalah Pokok Sena, Kubang Pasu, Baling dan Padang Terap.

Ekonomi dijangka rancak dengan pembukaan empat pintu baharu sempadan

 

Hamzah (kiri) ketika melakukan lawatan ke Terminal Feri Desaru Coast, dekat sini hari ini.

KOTA TINGGI – Pembukaan empat pintu sempadan antarabangsa baharu negara, bakal merancakkan semula ekonomi bermula tahun hadapan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya telah bersedia untuk menerima kemasukan pelancong luar negara selepas pengumuman pembukaan pintu sempadan termasuklah di Terminal Feri Desaru Coast di sini.

Sudan bersedia bagi protes rampasan kuasa berdarah

 Penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan Khartoum dan bandar kembarnya Omdurman berikutan penahanan awal pagi Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan pegawai kanan lain Isnin lalu. - Foto AFP

Penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan Khartoum dan bandar kembarnya Omdurman berikutan penahanan awal pagi Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan pegawai kanan lain Isnin lalu. - Foto AFP

KHARTOUM: Penunjuk perasaan antirampasan kuasa Sudan merancang untuk membanjiri jalan hari ini, bagi menentang pengambilalihan tentera yang menggagalkan peralihan negara kepada pemerintahan sivil dan mencetuskan pertempuran maut.

Isnin lalu, tentera menahan kepemimpinan sivil Sudan, membubarkan kerajaan dan mengisytihar darurat, membawa kepada kecaman antarabangsa.

Keputusan penuh Liga Perdana Inggeris

 Penyerang Manchester United, Edinson Cavani meraikan jaringannya bersama Cristiano Ronaldo (R) ketika menentang Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur dekat London. - AFP

Penyerang Manchester United, Edinson Cavani meraikan jaringannya bersama Cristiano Ronaldo (R) ketika menentang Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur dekat London. - AFP

LONDON: Berikut keputusan penuh Liga Perdana malam dan awal pagi tadi:

Leicester 0 Arsenal 2 (Gabriel 5, Smith Rowe 18)

AS luluskan vaksinasi kanak-kanak umur 5-11 tahun

 Gambar hiasan - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Gambar hiasan - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meluluskan pemberian vaksin Pfizer kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, sekali gus bakal menyaksikan 28 juta populasi golongan itu menerima imunisasi COVID-19, tidak lama lagi.

Keputusan itu diumumkan semalam, selepas sebuah panel perubatan peringkat tinggi menasihati kerajaan supaya meluluskan pemberian vaksin berkenaan atas alasan faedah diketahui adalah melebihi risiko kesan sampingan.

Kerajaan mampu bayar semula pinjaman

 Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Foto fail NSTP

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Kerajaan berupaya untuk membayar semula pinjaman walaupun had hutang statutori dinaikkan kepada 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata peningkatan had hutang statutori itu adalah bagi membolehkan kerajaan mempunyai lebih banyak ruang untuk membiayai defisit bajet dalam jangka sederhana serta menampung pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).