31 Oktober 2021

4,979 kes Covid-19 hari ini

 GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala lumpur: Kes baharu Covid-19 terus menurun kepada 4,979 hari ini berbanding 5,854 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes mencapai 2,471,642.

Katanya, daripada jumlah kes itu sebanyak 85 kes atau 1.7 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5, manakala 4,894 kes (98.3 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

"Bilangan pesakit yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) kini seramai 562 orang iaitu 501 disahkan Covid-19, 61 pula disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

"Daripada jumlah itu, seramai 326 individu memerlukan alat bantuan pernafasan membabitkan 220 disahkan Covid-19, manakala 106 disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 6,127 kes sembuh direkodkan mengatasi kes baharu hari ini.

Ia menjadikan 2,374,761 kes sembuh iaitu 96.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Beliau berkata, pihaknya turut mengenal pasti enam kluster baharu di mana pertambahan kluster baharu itu menjadikan keseluruhan 5,771 kluster sudah dilaporkan setakat ini, dengan 428 kluster masih aktif.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Beliau memaklumkan maklumat terperinci kes itu akan dimuat naik ke laman covidnow: covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman covidnow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam.

HMETRO.

Tiada ulasan: