11 September 2021

Takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Zaman Khan.

 


72% populasi dewasa lengkap divaksin setakat semalam

 

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

PETALING JAYA: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) semalam merekodkan 72% atau 16,856,812 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin.

Bekas pereka grafik tanam anggur, hasil hampir 1 tan sebulan

 

Wan Yusoff berkata di sekeliling rumahnya sahaja terdapat 60 pokok anggur pelbagai jenis termasuk Ninel, Trans, Jupiter, dan Dixon, malah beliau mampu mengutip hasil tanaman itu hampir satu tan sebulan. (Gambar Bernama)

TUMPAT: Persepsi bahawa tanaman anggur hanya sesuai ditanam di kawasan atau negara beriklim sejuk ternyata tidak benar apabila buah itu dilihat mampu hidup subur di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia.

Ronaldo jadi tumpuan aksi EPL minggu ini

  Wajah Cristiano Ronaldo kini turut menghiasi kain rentang gergasi yang dipasang di luar Stadium Old Trafford, Manchester. - Foto AFP.

Wajah Cristiano Ronaldo kini turut menghiasi kain rentang gergasi yang dipasang di luar Stadium Old Trafford, Manchester. - Foto AFP.

KOLUM APA KATA EPL

Kehangatan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali lagi selepas berehat dua minggu. Dan bagi perlawanan keempat minggu ini, tumpuan pastinya terarah kepada Cristiano Ronaldo yang kembali ke pangkuan Manchester United selepas 12 tahun berkelana.

COVID-19: Lembah Klang bangkit dengan penurunan kes

 Lembah Klang telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa, semalam. - Foto NSTP/Aswadi Alias

Lembah Klang telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa, semalam. - Foto NSTP/Aswadi Alias

KUALA LUMPUR: Setelah sekian lama mendominasi kedudukan teratas senarai kes harian baharu COVID-19, Lembah Klang mula bangkit dengan penurunan kes sehingga membolehkan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa, semalam.

Zaman Khan meninggal dunia

 

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Penjara, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 10.15 pagi ini.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Hanif Omar, berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk disembahyangkan.

[WEBINAR UMMAH 11] PERPADUAN UMMAH : PERSPEKTIF KELUARGA MALAYSIA MASYARAKAT MAJMUK


[WEBINAR UMMAH 11] PERPADUAN UMMAH :

PERSPEKTIF KELUARGA MALAYSIA MASYARAKAT MAJMUK
Pengajur Program : Gerakan Pembela Ummah bersama NGO Islam
Gerakan Pembela Ummah - UMMAH bersama NGO Islam sekali lagi tampil dengan program yang menampilkan rakan-rakan Tokoh Masyarakat, NGO dan NGI bagi mengulas isu-isu yang yang berkaitan dengan Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Malaysia ke- 9, YAB. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob :-