08 November 2007

Kembali Ke Tempat Asal Nenek Moyang

Perjalanan mengasyikkan dan mendebarkan selama sejam tidak lain untuk ke bandar Xiamen yang terletak di Wilayah Fujian sekitar 650 km dari bandar Yiwu tempat operasi perniagaan baru saya. Menaiki kapal terbang Boeing 737-800 dengan cuaca yang agak baik mempercepatkan perjalanan.



Terbayang sejak 1999 pernah saya singgah selama sejam, transit kapal terbang dari Guangzhou ke Pulau Pinang semasa belajar dulu. Masa itu tidaklah berselera sangat kepada Xiamen . Tetapi sejak akhir-akhir ini perasaan nak berkunjung ke sini rasanya sangat besar ertinya dalam lipatan sejarah kehidupan.



Walaupun urusan resmi atas urusan perniagaan tetapi sekali gus pulang ke kawasan kelahiran nenek moyang.



Nama keluarga kami adalak " LIM". Menurut orang Cina yang berketurunan Lim di Yiwu, beliau mengatakan Lim pada asalnya nama sebuah mukim di Xiamen. Setelah berlaku pembunuhan beramai-ramai penduduk kawasan itu pada suatu masa dulu, dan telah berlaku perubahan nama kepada mukim itu kepada nama Xiamen . Sempena memperingati nama itu ramai dikalangan yang masih hidup rata-rata menggunakan "LIM" sebagai awalan nama atau dalam kalimat cina di sebut "xing".



Setelah mendengar cerita tersebut saya rasa makin dekat dengan sanak saudara di china, walaupun secara logiknya amat susah dan mungkin mustahil hendak mencari saudara. Tidak lain kalau berjumpa orang cina yang xing dia LIM saya anggap dia saudara dan berasal pada satu tempat iaitu Xiamen.Layanan mereka pun baik sebab mereka juga menganggap saudara.



Xiamen adalah satu bandar yang terletak di pinggir pantai. Disamping daratan terdapat beberapa pulau yang menarik untuk dikunjungi, khususnya pulau Puau Gu Lan Yu. Kita perlu menaiki teksi 15 minit dari pusat bandar, dan seterunya menaiki feri selama tak sampai setengah jam.

Di bandar ini terdapat sebuah mesjid yang terletak dekat dan Zhong Shan Gong Yuan. Menaiki teksi sekitar RMB 15 dari pusat bandar. Saya telah cuba untuk sembahyang subuh pada pagi tadi tetapi tidak dibuka. Mesjid yang nampaknya masih baru terletak di atas sebuah bangunan dengan kubah yang kelihatan dari jauh. Kalau berkesempatan saya akan kesana sekali lagi untuk sembahyang berjemaah dan berkenalan dengan Imam mesjid.

Menurut cerita Imam Idris , Imam di mesjid Hangzhou yang terletak di jalan Zhong Shan Lu, beliau mengatakan di Fujian terdapat sebuah mesjid yang usianya no 2 tertua di China, yang pertama ialah mesjid Hui Sheng GuangZhou. Katanya dia terletak agak keluar bandar Xiamen.Mesjid yang ke 3 tertua ialah di Hangzhou.

bersambung.....