09 Mac 2014

Azizah ganti Anwar pada PRK DUN Kajang

Azizah ganti Anwar pada PRK DUN Kajang 7 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

KAJANG: Datin Seri Wan Azizah Ismail dipilih sebagai calon pakatan rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Mac ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Anwar, Lim Kit Siang dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli di ibu pejabat Keadilan di sini. 

Kehilangan Pesawat MH370 Jadi Tajuk Utama Akhbar Luar Negara

7 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, menjadi tajuk utama sebahagian besar akhbar utama luar negara.
Akhbar di Australia, The Australian memaparkan tajuk 'Flight Families Pray for Miracle', sementara Sydney Morning Herald pula menggunakan 'Oil slicks Found at Sea in Search for Malaysia Jet' sebagai tajuk laporan muka depannya.
Muka depan akhbar USA Today pula memaparkan tajuk 'Stolen Passports Add to Flight Mystery'.
Akhbar yang diterbitkan setiap Ahad di Britain, The Observer dalam laporan muka depannya menggunakan tajuk 'Oil Slicks Spotted in Sea as Plane Disappears with 239 Feared Dead'.

Hishammuddin Tidak Tolak Kemungkinan Pesawat MH370 Berpatah Balik

7 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

SEPANG: Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik sehingga membawa kepada misteri kehilangan pesawat tersebut.
Oleh itu, misi mencari dan menyelamat telah diperluaskan meliputi lebih banyak kawasan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 11.30 pagi Ahad.
Menurut terminologi penerbangan, 'air turn back' adalah prosedur pesawat berpatah balik ke lapangan terbang asal akibat pincang tugas atau disyaki pincang tugas sebarang peralatan pada pesawat.

4 pasport diraguni dalam MH370?

7 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

Empat penumpang MH370 mungkin mempunyai kaitan dengan pasport curi atau palsu, kata pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri  Hishammuddin Hussein.

“Kesemua empat nama ada dengan saya dan saya sudah serahkan kepada unit risikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sebuah Hotel Sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang – tempat operasi pengurusan krisis dijalankan.

Travelog Idham Lim (8)

7 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

10. Kenangan dulu2...sekali ini sya suka untuk bercakap mengenai masuk Islam dan masuk Melayu ?

Firman Allah dalam Surah Al Hujurat ayat ke 13....

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki & seorang perempuan & menjadikan kamu berbangsa-bangsa & bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yg paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yg paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Misteri dua penumpang sedang disiasat secara lanjut - Azharuddin

7 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

SEPANG: Misteri dua penumpang, masing-masing warga Itali dan Austria yang turut disenaraikan Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai penumpang yang hilang bersama pesawat MH370 pagi semalam masih sedang disiasat secara lanjut, kata Datuk Azharuddin Abdul Rahman. 

Beliau yang dilantik sebagai Ketua Koordinasi bagi menyalurkan maklumat rasmi pesawat hilang itu berkata: "Mengenai dua penumpang misteri, kita masih lakukan siasatan lanjut. Jangan buat sebarang spekulasi ketika ini. Ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. 

Dua Individu Menyamar Menaiki Pesawat MH370 Yang Hilang

7 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.
Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut.
Dia bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti.
Pegawai Kementerian Luar Itali, yang tidak mahu dikenali, mengesahkan Maraldi membuat laporan mengenai pasportnya dicuri pada Ogos tahun lalu.

Sembilan Kawasan Catat Bacaan IPU Tidak Sihat Setakat 7 Pagi

7 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sembilan kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 7 pagi Ahad.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatat IPU melebihi 100 ialah Nilai (102), Seri Manjung (104), Banting (135), Kuala Selangor (153), Pelabuhan Kelang (155), Petaling jaya (123), Shah Alam (123), Batu Muda (101) dan Putrajaya (108).

Tiada Petunjuk Tentang Pesawat MH370 Selepas Lebih 24 Jam Hilang

7 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

Antara ahli keluarga penumpang pesawat penerbangan MH 370 yang dipercayai hilang dari radar awal pagi Sabtu berada di Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). -fotoBERNAMA
SEPANG: Sudah lebih 24 jam pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang, namun belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu.
Walaupun belum ada perkhabaran baik mengenai pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, semua orang di seluruh dunia mengharapkan dan mendoakan keajaiban berlaku supaya kesemua mereka dapat ditemui dan pulang dengan selamat.