KUALA LUMPUR: Sembilan kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 7 pagi Ahad.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatat IPU melebihi 100 ialah Nilai (102), Seri Manjung (104), Banting (135), Kuala Selangor (153), Pelabuhan Kelang (155), Petaling jaya (123), Shah Alam (123), Batu Muda (101) dan Putrajaya (108).
IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).
JAS melaporkan lewat tengah hari atau petang, bacaan IPU dijangka meningkat ekoran kepekatan ozon yang tinggi yang berpunca dari pengaruh cuaca panas. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan