SEPANG: Misteri dua penumpang, masing-masing warga Itali dan Austria yang turut disenaraikan Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai penumpang yang hilang bersama pesawat MH370 pagi semalam masih sedang disiasat secara lanjut, kata Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Beliau yang dilantik sebagai Ketua Koordinasi bagi menyalurkan maklumat rasmi pesawat hilang itu berkata: "Mengenai dua penumpang misteri, kita masih lakukan siasatan lanjut. Jangan buat sebarang spekulasi ketika ini. Ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
"Sebarang perkembangan terkini akan dilaporkan dalam sidang media seterusnya pada jam 11 pagi ini," katanya pada sidang akhbar di sini, pagi tadi.
Sementara itu, katanya, siasatan mengenai kehilangan pesawat MH370 dilakukan daripada segenap aspek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan