23 Januari 2011

Isa Samad selesa dengan budaya maksiat dan hina ulama.

Mohd Hafez Sabri

IPOH , Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan bahawa setiap orang hendaklah beringat bahawa segala amalan yang dilakukan di dunia akan dinilai Allah di akhirat.
Beliau mengulas maksud ayat al quran “Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat balasannya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya”

Beliau menjelaskan semakin lama kita menyertai gerakan islam PAS, semakin kita meyakini bahawa perjuangan PAS adalah untuk memberikan keadilan islam kepada semua dan perkara ini bukan khayalan . .

Beliau menjelaskan tempoh hari bekas presiden UMNO dan merangkap pengerusi FELDA, Isa Samad telah mengutuk Tuan Guru Nik Aziz sebagai gila. Katanya , “Musyidul am PAS lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam”.

Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan kita sebagai orang Islam perlu menilai sejauhmana kefahaman Isa Samad terhadap Islam

Memetik kata-kata beliau “. Boleh ke kata-kata Isa Samad ini dipercaya? Rekod politiknya gelap kerana pernah terlibat dengan politik wang dalam perhimpunan agung UMNO 2004 sehingga dipecat daripada jawatan naib presiden UMNO”

“ Baru-baru ini Isa Samad menghina Mursidul Am PAS dalam program jamuan 1 Malaysia dimana peserta dijamu dengan bir percuma bersama prgoram tari-tarian. Semua ini menunjukkan kata-kata Isa Samad tidak boleh dipercayai sama sekali malah perlu ditolak dan ditegur. “ Tegas beliau.

Ini merupakan petunjuk daripada Allah kepada rakyat Malaysia bahawa UMNO perlu ditolak dan bukti PAS berada pada jalan yang benar. Inilah jalan yang dilalui Rasulullah SAW, dimana baginda juga pernah dilabel sebagai orang gila oleh orang kafir Quraisy. Tetapi Allah menyayangi baginda dan membela baginda dengan menurunkan ayat Quran: “Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah)” .

Beliau menyimpulkan bahawa, cukuplah peristiwa ini dan lain-lain sebagai bukti kepada rakyat Malaysia bahawa perjuangan PAS perlu didokong manakala UMNO pula perlu ditolak

Khalil : Orang bodoh sahaja yang mahu terus berada di pihak yang buat salah

LABIS, 23 Jan : “BN perlu sedar bahawa terdapat perbezaan antara parti dan kerajaan, itulah rasionalnya mengapa kerajaan sekarang perlu ditukar, Umno BN makin tidak faham, mana satu parti dan mana satu kerajaan,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

Beliau menempelak kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata "elok juga guru setia kepada kerajaan" dan menyifatkan ia adalah kenyataan terdesak dari seorang pimpinan tertinggi Umno yang berada dalam situasi korup sepenuhnya.

Beliau juga mempersoal tindakan Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran dalam kenyataan mengatakan bahawa para guru akan dihantar mengikuti kursus supaya mereka faham bahawa sebagai kakitangan awam, mereka tidak boleh menentang dasar kerajaan sekiranya mereka didapati tidak sehaluan dengan kerajaan BN.

Tambah Khalil guru adalah golongan cerdik pandai, jika kerajaan secara terang-terangan menzalimi rakyat, merompak wang rakyat, menyalahguna kuasa, mengamal rasuah dengan menyababkan Negara berada dalam keadaan tidak selamat, kerajaan itu tidak betul, dan perlu diubah segera.

“Orang bodoh sahaja yang mahu terus berada di pihak yang buat salah, pengarah tersebut merupakan pengampu yang terlatih, beliau dilatih oleh umno BN dengan sempurna,” katanya lagi.

Menurutnya lagi yang juga ADUN Titi Serong, kenyataan bahawa guru makan gaji dengan kerajaan dan guru tidak seharusnya menentang kerajaan malah perlu mematuhi apa juga dasar kerajaan adalah tidak patut dari seorang yang menjawat di sektor perkhidmatan awam.

Guru sekarang sudah celik maklumat dengan kemudahan internet yang canggih, mustahil maklumat tidak sampai kepada mereka, kerajaan hilang akal, takkanlah guru pun turut sama mahu hilang akal, ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan kewajaran seorang penjawat awam menyatakan bahawa ia adalah hak kementerian untuk mengenalpasti (parti politik) yang guru sokong.

“Tanggungjawab Kerajaan adalah menjalankan amanah yang diberi rakyat, bukannya menjaga kelangsungan survival parti dengan menggunakan proksi kerajaan, ini tidak betul, mereka (BN) sudah hilang wibawa untuk menjadi pemerintah yang adil,” inilah masanya bagi PR mengambil alih Putrajaya untuk memulih semula imej kerajaan dan PRU1adalah medannya,” jelas beliau.

"Pelakon Lucah" yang celaka hina Islam ?

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH `pelakon lucah' ini menghina hukum Islam sewaktu berkempen di Tenang? Kata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini, " Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS,"

Terjemahan lebih kurang begini “ Normala (calon PAS) tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS.” Sepenuhnya sila baca di SINI.

Begitu sekali pandangan seorang Presiden MCA terhadap hukum Islam? Mana suara yang selalu terpekik terlolong menyalak bagai anjing yang kununnya hebat sangat membela Islam? Mana PERKASA? PEWARIS? PEKIDA ? Pemuda Umno? Di mana suara Jamil Khir? Harussani ? Bisu semuakah? Atau, kerana `pelakon lucah' itu pemimpin Komponen Bn?

Kerusi Dun Tenang kamu kata kamu boleh menang dengan mudah. Muhyiddin kata mahu tambah majoriti berlipat kali ganda sehingga mencapai 5000 majoriti. Tetapi, mengapa setara ini kamu benarkan pemimpin kurang ajar ini berkempen?

Saya tidak tahu lah jika pengundi-pengundi Islam di Tenang khususnya masih lagi memberi undi kepada puak-puak ini. Nampak sangat mereka gilakan habuan dunia sehingga sanggup bersekongkol dengan pemimpin seperti ini. Kalau benarlah seperti yang dilaporkan oleh berita tersebut, pemimpin ini patut diludah mukanya./wfauzdin.blogspot.com