QUNU, Afrika Selatan: Mayat bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela selamat disemadikan semalam selepas diberi penghormatan terakhir sambil diiringi dengan air mata, pujian dan janji bagi meneruskan dasar kesaksamaan dan keadilan yang dicetuskannya.
Keranda Mandela disemadikan di tanah perkuburan keluarganya di kampung halaman, Qunu sambil disaksikan isterinya, Graca Machel dan bekas isterinya, Winnie Madikizela-Mandela, ahli keluarga yang lain dan kira-kira 450 jemputan khas.