06 Februari 2010

CERAMAH PERDANA HARI INI

SEMPENA SETAHUN KUDETA DI PERAK

1. Dewan Kutein Ayer Tawar

Jam : 8.00 Malam

Penceramah :
1. DS. Anwar Ibrahim
2. YB. Lim Kit Siang
3.DS. Nizar jamaluddin
4. YB. V. Sivakumar
5.Ust. Abu Bakar Hussain
6.Hj. Mustafa Kamil
7. Dato. Ngeh Khoo Ham
8. Dr. Khairuddin Abd. Malik
9. Yb. Dr. Lee Boon Chai

2. Markaz Kg. Bahagia Teluk Intan

Jam : 9.30 malam

Penceramah:
1. YB. Drs. Khalil Idham Lim
2. Sdr. Cikgu Bad.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

YDP lawat Ustaz Shuid

21 Safar 1431H
Oleh Mohd Syamil Azhar.

Haji Razman (baju dan songkok puteh) bersama rombongan melayani bualan Ustaz Shuid Hussain di Wad Diabetes, hospital Kampar baru-baru ini.

KAMPAR: Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria yang sangat peka terhadap masalah masyarakat, sekali lagi bergegas ke Kampar selepas menghadiri program HEMPAP di Larut, Selama baru-baru ini.

Beliau bersama rombongan bergegas ke Kampar untuk menziarahi Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri Perak, Ustaz Shuid Husain yang sedang terlantar di Wad Diabetes, Hospital Kampar.

Rombongan lima orang beliau sampai kira-kira jam 3.45 petang dan selepas berbual dengan Ustaz Shuid, mereka terpaksa pulang semula ke Lenggong untuk program lain pula.

Pada sebelah pagi hari itu beliau mengetuai rombongan Dewan Pemuda Pas (DPP) Lenggong ke Larut menyertai program Himpunan 10,000 Pemuda atau Hempap.

Gubahan dari sayuran dan buahan

21 Safar 1431H
Email : roslan mohd


















YDP bersama rombongan ke Henpap

21 Safar 1431H
Oleh Mohd Syamil Azhar.

Haji Razman Zakaria (baju hitam bersongkok tengah sekali) bergambar ramai bersama sebahagian rombongan DPP Lenggong berkomvoi ke prohram HEMPAP di Larut, Selama baru-baru ini.

LENGGONG:
Yang Dipertua PAS (YDP) Lenggong, Haji Razman Zakaria dengan penuh semangat mengetuai rombongan Dewan Pemuda PAS (DPP) kawasan berkenaan seawal pagi lagi berkonvoi ke program Himpunan Pemuda PAS Perak di Darul Ta'lim, Selama, Larut baru-baru ini.

Rombongan berhimpun di Simpang Kampung Sumpitan, Lenggong - Ijok, Selama mulai jam 7.30 pagi sebelum berlepas ke lokasi program bagi memenuhi sasaran menghimpunkan 10,000 pemuda seluruh negeri bagi menyatakan protes terbuka kepada kerajaan haram Barisan nasional Perak yang merampas kuasa pemerintahan negeri daripada Pakatan Rakyat setahun lalu.

Sebelum berlepas. Razman memberi taklimat serta motivasi kepada rombongan, di mana seterusnya mereka berkonvoi lebih ramai lagi apabila tiba pula rombongan daripada DPP Gerik.

Rombongan diketuai beliau sampai di tapak lokasi program kira-kira jam 9 pagi dan seterusnya berjaya berada dalam kumpulan lebih 10,000 pemuda yang disasarkan untuk berhimpun di lokasi Hempap.

Babi Berwajah Manusia?

21 Safar 1431H
Email : Shah Bundy

Biasa kita dengar cerita pasal manusia berwajah babi (kes-kes menguruskan jenazah) tapi kali ini kat Indonesia dikejutkan dengan fenomena babi yang dilahirkan mirip wajah manusia. Siap ada pusar rambut kat atas dahi lagi.

Kalau diteliti, anak babi ni takde la muka macam manusia sangat. Cuma dia nyaris jadi cyclop (satu mata) je. Cuba tengok betul-betul. Ini kategori 'deformed' dan tumbesaran dia dalam rahim tu terganggu sikit dan akhirnya tak berapa nak jadi. Tu nampak macam ada dahi, hidung mancung (memang babi hidung mancung beb..)

Dalam rahim ye adik-adik, pembesaran tu (pertumbuhan daging) jadi dari kiri dan kanan dan bercantum di hadapan muka (sebab tu kita ada.. apa tu.. yang antara hidung ngan bibir tu..). Kes babi ni dia
terbantut sampai struktur tengkor dia tak sempat mengunjur ke hadapan.
Tu jadi macam tengkorak manusia.





Renungan Pagi Jumaat...

21 Safar 1431H
Email : Nik Noor Azman Ghazali

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Drs. Khalil buat Laporan Polis isu perkauman.

ADUN Titi Serong ditemani oleh beberapa wartawan dan blogger bergambar di hadapan balai Polis Parit Buntar bersama rombongan selepas membuat Laporan Polis mengenai tindakan Pegawai Khas PM 1Malaysia berupa ucapan yang menghina kaum Cina dan India.

Gelagat Nasir, kepemimpinan Najib dipertikai?

21 Safar 1431H

Penganalis politik berpendapat kemelut perkauman yang dicetuskan oleh pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar, kali ini benar-benar menyulitkan bossnya, Datuk Seri Najib Razak.

“Najib terpaksa korbankan Nasir semata-mata untuk MIC dan MCA,” kata timbalan dekan Sains Sosial UKM, P Sivamurugan.

Nasir Selasa lalu pada ucapannya di seminra 1Malaysia Melaka membuat kenyataan yang berbaur perkauman sehingga menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

“Jika anda gagal menyakinkan orang-orang yang rapat dengan anda, termasuk pegawai khas anda berhubung dasar yang anda cuba perkenalkan, bagaimana anda ingin menyakinkan masyarakat umum?” tanya penganalisis politik dari UM, Azmi Sharom.

Maksud tersirat

Menurut Azmi, gelagat dan tindakan Nasir itu mungkin mempunyai maksud yang tersirat.

“Adalah tidak logik bagi beliau memperkatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang cuba dijuarai oleh bossnya,” katanya.

Nasir pernah berkhidmat sebagai ahli dewan undangan negeri Johor dan juga ketua bahagian Umno pada sekitar 80an. Dia kini adalah timbalan ketua bahagian Tanjung Piai.

Menurut Azmi lagi, insiden berkenaan mungkin petanda awal yang sesetengah kumpulan di Umno tidak berpuas hati dengan pimpinan presiden mereka.

Antara ketidak-puasan itu termasuk dasar-dasar Najib yang dikatakan terlalu mementingkan masyarakat bukan Melayu.

“Umno mesti bertindak dengan mengambil pendekatan baru meskipun tindakan berkenaan mungkin akan meminggirkan penyokong tradisionalnya,” kata pensyarah UKM, Agus Yusoff.

Suka atau tidak, kata Agus, golongan veteran harus meninggalkan pandangan pihak konservatif yang terlalu mementingkan Melayu bagi membuktikan rakyat bahawa Umno dan BN tidak mengamalkan perkauman.


Malaysiakini/-

Jaring nafi terima arahan PM perlahan kelajuan internet

21 Safar 1431H

JARING Communications Sdn Bhd tidak tahu menahu mengenai dakwaan wujudnya arahan dari perdana menteri supaya memperlahankan kelajuan internet sewaktu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdapat satu SMS yang disebarkan yang mendakwa Ketua pegawai eksekutif (CEO), Dr Mohd Awang Lah menerima arahan seperti itu, juga untuk menyekat laman-laman web pembangkang.

SMS tersebut berbunyi: Berita terkini : Dr. Mohd. Awang Lah, CEO Jaring menerima arahan Dari pejabat Najib untuk melambatkan 'speed' internet & 'block' site2 pembangkang. Sebarkan.

Ketika dihubungi, Dr Mohd Awang berkata kandungan SMS berkenaan adalah "tidak benar."

"Saya tidak sedar mengenai arahan seperti itu," katanya lagi.

Capaian ke laman web berita tempatan, termasuk Malaysiakini, biasanya akan menjadi perlahan sewaktu berita-berita penting dilaporkan seperti ketika pilihan raya dan kini perbicaraan kes liwat tokoh pembangkang itu yang mendapat perhatian meluas pembaca.

Malaysiakini/-

Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tetap teguh

21 Safar 1431H

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau akan tetap meneruskan usaha mentadbir dan membangunkan Pulau Pinang walaupun dibebani dengan pelbagai tekanan dan tuduhan.

"Tekanan yang saya terima ini tidak mendatangkan kesan, sebaliknya saya akan mentadbir negeri ini dan membawanya ke puncak kejayaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan kakitangan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) hari ini.

Menjawab soalan sama ada beliau akan meletak jawatan akibat tekanan yang diterima, Lim berkata: "Sesiapa sahaja boleh suruh atau minta saya letak jawatan."

Lim bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya dan beberapa tuduhan lain yang dikaitkan dengannya.

"Saya tidak layak untuk menjawab semua persoalan itu, rakyat tahu menilai," katanya.

Lim berkata usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri tidak akan berjaya kerana Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS tetap berdiri teguh.

Hanya segelintir individu yang ada dalam Pakatan Rakyat sahaja yang mungkin tidak berpuas hati, mereka ini hanya berada dalam parti tetapi jiwanya berada di luar parti, katanya.

Kepimpinan Lim dikritik oleh Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang apabila melabelkan beliau sebagai diktator, chauvinis dan berfikiran bahaya kerana sikapnya tidak suka dikritik.

Turut menyokong kenyataan Zahrain ialah seorang lagi pemimpin PKR, anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng yang mendakwa Lim seorang yang angkuh dan harus disingkirkan daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Malaysiakini/-

Bakar surau, tiga remaja mengaku tak salah

21 Safar 1431H

Tiga remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar atas tiga tuduhan membakar dua surau bulan lalu.

Seorang daripada mereka juga dituduh membuat laporan palsu.

Dua daripada tertuduh itu berusia 17 tahun dan sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala remaja ketiga berumur 16 tahun tetapi sudah berhenti sekolah.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan khianat sehingga menyebabkan kebinasaan di Surau Parit Beting, Jalan Salleh, di Muar, pada kira-kira jam 12.30 tengah malam hingga 1 pagi, 21 Jan lalu.

Bagi pertuduhan kedua, mereka dituduh melakukan khianat sama, di Surau Silaturrahim, Jalan Ismail, di Muari, pada jam 2 hingga 3.15 pagi, tarikh yang sama.

Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Lydiana Mansor menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 setiap seorang bagi kedua-dua pertuduhan itu. Beliau menetapkan 6 April sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, menurut Bernama seorang daripada remaja berumur 17 tahun itu, didakwa atas tuduhan memberikan maklumat secara bertulis palsu di Pejabat Pertanyaan Ibu Pejabat Polis Daerah Muar pada pukul 3.45 pagi, pada tarikh sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Lydiana menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 serta 6 April depan untuk sebutan semula.

Tertuduh berumur 17 dan 16 tahun dibebaskan selepas menjelaskan ikat jamin masing-masing manakala seorang lagi juvana berumur 17 tahun gagal menjelaskan wang jaminannya menyebabkan dia dihantar ke Asrama Akhlak Bukit Baru, Melaka.

Pendakwaan terhadap mereka, yang tidak diwakili peguam, dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Umar Saifuddin Jaafar.


Malaysiakini/-


1M'sia: Najib gagal ajar pegawainya, kata PAS

21 Safar 1431H

PAS bertegas untuk mendesak polis melakukan siasatan dan membuat pendakwaan terhadap pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar yang didakwa membuat kenyataan yang menghina kaum India dan Cina di negara ini.

"PAS sesekali tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempertikaikan hak mana-mana kaum yang sah taraf sebagai warganegara ini," kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.

"Nasir perlu dibicarakan kerana jelas pandangannya itu telah menghina intitusi Perlembagaan negara ini yang menjamin hak setiap warganegara tanpa mengira kaum," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Idris lagi, walaupun Nasir menafikan itu pendirian perdana menteri, namun ia menunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mengajar pegawainya memahami gagasan 1Malaysia yang dicanangkannya.

"Jika pegawai yang rapat dengan beliau boleh menganggap gagasan itu sebagai remeh, bagaimana rakyat mahu percaya keikhlasan Najib terhadap dasar berkenaan," katanya.

Sehubungan itu, Idris berkata, PAS mahu Nasir didakwa segera di mahkamah.

Menurutnya, jika penulis blog yang didakwa menghina institusi beraja dinegara ini bioleh dibicarakan, maka Nasir juga harus menerima tindakan yang serupa, walaupun akan meletakan jawatan.

Harakahdaily.net/-


Nasir Safar, si 'lelaki misteri' pada hari Altantuya meninggal dunia

21 Safar 1431H
Email : roslan mohd

Ya, lelaki di dalam Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar. Namun pihak polis yang mengambil keterangan Bala menafikannya dan mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah penduduk kawasan itu dan bukannya Nasir Safar. Bagaimanakah polis tahu akan perkara ini tanpa melakukan siasatan lanjut dan tanpa mengambil keterangan daripada Nasir Safar?

THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

Pegawai Khas Perdana Menteri Najib Tun Razak, Nasir Safar diminta meletakkan jawatan kerana menggelar pendatang awal India ke Malaya sebagai pengemis dan pendatang Cina sebagai pelacur. Tetapi tu bukan ‘cerita panasnya’. ‘Cerita panas’ pada hari ini adalah Nasir Safar adalah orang yang dinyatakan dalam perkara 30, Akuan Bersumpah Bala:

"Azilah bertanya kepada saya adakah wanita itu Aminah dan saya menjawab, 'Ya'. Dia kemudiannya beredar dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit kemudian, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui kawasan itu dengan perlahan-lahan. Tingkap bahagian pemandu terbuka dan pemandu itu memandang ke arah kami.”

Anda boleh membaca teks penuh Akuan Bersumpah Bala di bawah ini.

Ya, lelaki di dalam Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar. Namun pihak polis yang mengambil keterangan Bala menafikannya dan mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah penduduk kawasan itu dan bukannya Nasir Safar. Bagaimanakah polis tahu akan perkara ini tanpa melakukan siasatan lanjut dan tanpa mengambil keterangan daripada Nasir Safar?

Pelik… mengapakah Pegawai Khas Perdana Menteri berada di tempat kejadian? Adakah kerana dia ingin memastikan bahawa Altantuya ditangkap dan dihapuskan dengan segera?

Dengan pendedahan ini, maka dua daripada kakitangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, yang mana seorang lagi adalah ADC-nya, Musa Safri yang tidak tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan semasa perbicaraan pembunuhan Altantuya.

Anda masih ingat pada Norhayati Hassan, iaitu ADC Rosmah? Bukankah dia dan suaminya, Abdul Aziz Buyong juga terlibat dalam pembunuhan itu? Pegawai senior mereka dalam angkatan tentera mengesahkan bahawa dia telah melatih pasangan suami isteri itu tentang cara mengendalikan C4. Adakah itu suatu kebetulan, bukti berdasarkan keadaan (circumstantial) , ataupun mungkin hanya pembohongan yang diuar-uarkan oleh RPK dan Malaysia Today?

Sebelum ini, kami memaparkan buku log polis pengawal yang menunjukkan bahawa dua pegawai tentera yang tidak disebutkan namanya pergi ke rumah Najib sekitar tengah malam pada malam Altantuya meninggal dunia, dan mereka tidak keluar hingga fajar keesokan harinya.

Okeylah, mungkinlah kot dia orang melepak di sofa Rosmah sambil berborak dari tengah malam hingga fajar. Mmm… atau adakah mereka meninggalkan rumah tu dengan menggunakan kereta Rosmah dan pergi ke suatu tempat, di mana tiada catatan dibuat dalam buku log berkenaan? Kalau betul mereka meninggalkan rumah tu dengan menggunakan kereta Rosmah, maka ke manakah mereka pergi dan apakah yang mereka lakukan selama lima hingga enam jam?

Ya, plotnya makin rumit. Mula-mula sekali, nama ADC Najib, Musa Safri muncul. Selepas tu, timbul pula nama ADC Rosmah, Norhayati Hassan dan suaminya, Abdul Aziz Buyong. Nah, sekarang pula, nama Nasir Safar pula disebut-sebut sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda. Mungkin dia nak pastikan bahawa Altantuya, ‘si pengacau’ tu, ditangkap.

Adakah Najib nak cabar kami dalam hal ni? Kalau nak, silakan. Dengan demikian, peguam Bala dapat melakukan segala yang perlu supaya saksi berkenaan dapat memberikan keterangan kepada SPRM di London, iaitu seperti yang ditawarkan sebelum ni. Masalahnya adalah SPRM tak nak bertemu dengannya di London. Mereka nak bertemu di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

SPRM ingat kita ni bangang sangatkah? Kalau nak jumpa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, lagi bagus kita jumpa di Bukit Aman saja. Alang-alang, apa kata kita jumpa di Kamunting. Senang kerja semua orang. Gitu?

Oh ya, jangan lupa tentang adik Najib yang berjumpa dengan Bala untuk mengugutnya dan memaksanya menarik balik Akuan Bersumpahnya yang begitu menjahanamkan (karier politik Najib) tu.

LIEW CHIN TONG: PR perlu berhati-hati dengan fitnah, pembohongan

21 Safar 1431H
Liew Chin Tong

Melalui urus tadbir Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) yang diamalkan sejak hampir dua tahun lalu, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Saudara Lim Guan Eng di Pulau Pinang telah banyak membantu rakyat berpendapatan rendah di Pulau Pinang terutamanya orang Melayu dan Islam.

Antara usaha yang telah dilaksanakan termasuk membebaskan pentabiran negeri khususnya urusan kewangan yang bebas dari rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan diskriminasi. Usaha-usaha ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pegawai dan kakitangan awam yang ikhlas, jujur dan bertekad untuk berkhidmat untuk rakyat.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjaya membasmi masalah kemiskinan tegar yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu Islam dengan memberi imbuhan supaya memastikan setiap keluarga miskin mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM500.

Kerajaan Negeri juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz, peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan menambah peruntukan hal-ehwal Islam kepada RM20.5 juta pada tahun 2009 dan meningkat lagi kepada RM24.3 juta bagi tahun 2010; lebih tinggi daripada yang pernah diperuntukkan oleh kerajaan sebelum ini.

Hasil daripada semua usaha ini, termasuk pendekatan berhemat, telah dibuktikan melalui Laporan Ketua Audit Negara terhadap pengurusan kewangan jabatan kerajaan negeri di mana dalam anggaran Belanjawan 2008, defisit RM35 juta telah berubah kepada lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang. Bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit sebanyak RM40 juta telah ditukarkan kepada lebihan RM77 juta.

Oleh itu, apabila timbul masalah di mana ada segelintir ahli politik dari parti komponen Pakatan Rakyat telah menuduh Lim Guan Eng sebagai “diktator, cauvinis dan berfikiran komunis”, ia adalah dakwaan yang tidak berasas dan boleh mewujudkan satu ketegangan yang meresahkan rakyat.

Semua pihak yang terlibat perlu sentiasa ingat bahawa matlamat dan fungsi parti politik hanya untuk membawa rakyat kepada kebaikan dan berkhidmat sebagai wakil kepada rakyat, dan bukannya berlagak menjadi tuan. Tidak ada yang lebih penting kecuali untuk kepentingan rakyat.

Untuk menangani dan menyelesaikan masalah ini, semua pemimpin, anggota dan penyokong Pakatan Rakyat harus kembali merujuk kepada dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui dalam satu perhimpunan bersejarah di Shah Alam, Selangor pada 19 Disember, 2009.

Dalam persetujuan sebulat suara Muafakat Baru Untuk Rakyat Malaysia, semua parti komponen Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk memebasmi “faham perkauman sempit, politik adu domba dan demokrasi otoritarian” serta “menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golonga miskin di Malaysia tanpa mengira kaum”.

Semua pemimpin, anggota dan penyokong Pakatan Rakyat juga harus sentiasa berwaspada dengan dakyah dan fitnah yang berbau perkauman yang disebarkan oleh media arus perdana milik Umno dan Barisan Nasional. Media-media ini menutup berita-berita tentang usaha murni Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam membangunkan negeri serta membantu rakyat miskin terutamanya orang Melayu. Sebaliknya, media-media ini akan terus memutarbelitkan usaha-usaha Saudara Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri bersama sahabat-sahabatnya dalam Pakatan Rakyat.

Golongan yang tidak mampu menawarkan keadilan, peluang saksama dan amalan demokrasi hanya mampu bergantung kepada fitnah dan dakyah perkauman untuk menimbulkan kebencian di kalangan rakyat. Politik, kewartawan dan propaganda yang jijik ini mesti ditolak oleh rakyat Malaysia yang cintakan kesejahteraan, perpaduan dan keharmonian.

Dengan itu, masalah yang timbul sekarang perlu diselesaikan dengan segera oleh kepimpinan Pakatan Rakyat supaya ia tidak akan terus menjadi bahan fitnah oleh pihak-pihak yang benci dengan usaha membasmi penyelewengan dan perpaduan kaum.

Liew Chin Tong,

Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa DAP

dan Ahli Parlimen Bukit Bendera

Harakahdaily.net/-

Cari titik persamaan agama dalam berdakwah

21 Safar 1431H
Dzulfikar Mashoor

KOTA BHARU, 4 Feb: Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhd Nor Manuty menyeru umat Islam supaya menghayati konsep mencari titik persamaan dengan penganut-penganut agama yang lain dalam berdakwah.

Beliau yang juga Fello Kanan di Kolej Universi Islam Selangor (Kuis) turut menjelaskan pengalaman beragama Umat Islam di Singapura dan beberapa negara Eropah yang menggalakan wacana antara agama hatta berjaya mengIslamkan ramai penganut-penganut Kristian dan Atheis.

Dalam konteks Malaysia, menurut beliau, Pakatan Rakyat seharusnya memulakan wacana-wacana yang rasional demi membangkitkan keyakinan umat Islam, di samping menghakis rasa bimbang di kalangan rakyat tempatan.

"Rasulullah s.a.w adalah qudwah al-hasanah (contoh teladan yang baik) dan kerajaan Rasulullah adalah 'kerajaan dakwah' di mana Umat Islam dan (masyarakat) bukan Islam saling menghormati antara satu sama lain," jelasnya.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja 'Pemakaian Kalimah Allah: Antara Kebimbangan dan Keyakinan Rakyat' pada Seminar Pemikiran Islam Semasa anjuran Tabung Amanah Tok Kenali di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (Putik), di sini, hari ini.

Presiden Wadah Pencerdasan Ummah (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadhil pula berkata, kebimbangan yang dialami oleh masyarakat Melayu dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam sebelum ini kerana tidak mahu gerakan kristianisasi didakyahkan ke atas masyarakat seperti sebelum merdeka.

"Ketika sekolah (aliran) Inggeris diperkenalkan, orang Melayu begitu bimbang menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu kerana bimbang, bimbang anak mereka didakyahkan (oleh) mubaligh Kristian.

"Tidak mungkin kebimbangan itu berlaku dengan prasangka semata-mata (dan) prasangka tidak bertahan lama, tentu ada sebab lain yang begitu kuat,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja 'Pemakaian Kalimah Allah: Suatu Pernyataan Keprihatan'.

Mengambil pengalaman gerakan dakyah Kristian ke atas bangsa Melayu-Jawa di Indonesia, beliau menganggap permohonan menggunakan kalimah 'Allah' oleh Gereja Katholik Kuala Lumpur seperti suatu gerakan Kristianisasi di tanah air.

"Dalam konteks Alam Melayu, seperti yang dilakukan di Indonesia, mereka (mubaligh Kristian) cuba 'mengkristiankan pribumi' dan 'mempribumikan Kristian' di mana Allah itu disebut-sebut sebagai secara lazim dalam penulisan Kristian hingga tidak ada yang berbeza dengan kita.

"Hal seperti itu telah terjadi, sama ada kebimbangan ini boleh dijadikan asas untuk kita (umat Islam) menyekat mereka (masyarakat bukan Islam) menggunakan kalimah 'Allah' atau kita mahu membenarkan dengan syarat-syarat yang begitu ketat, kebimbangan itu masih boleh dilihat dan ditimbang-timbangkan," ujarnya yang juga Presiden Kolej Dar al-Hikmah.

Ustaz Wan Ji Wan Hussin, Editor Syariah sebuah syarikat penerbitan buku ketika membentangkan kertas kerja 'Penggunaan Kalimah Allah bagi Masyarakat Bukan Islam' berkata, tidak ada nas yang jelas melarang masyarakat bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah.

Disebabkan itu, umat Islam mesti menunjukkan keadilan Islam untuk semua manusia dengan memberikan hak-hak kepada mereka yang berhak menggunakan kalimah Allah.

"Islam itu agama yang adil dan keadilan Islam itu untuk semua seperti mesti dalam semua perkara, termasuk dalam menggunakan nama Allah.

"Isu kalimah 'Allah' lebih jelas kalau dilihat pada (konteks) orang Islam dilarang minum arak, tetapi pengharaman itu tidak boleh kita sehingga kita menafikan hak masyarakat Islam meminum arak,” ujarnya.

Tegasnya lagi, apabila Allah tidak melarang masyarakat bukan Islam dari menggunakan nama 'Allah', bermakna terdapat hikmah yang berupa kebaikan yang besar berbanding kemudaratan yang kecil, seperti pandangan Imam al-Baidhowi dan Imam asy-Syatibi ketika membahaskan hukum-hakam Islam.

Harakahdaily.net/-

Kes enjin belum selesai, kini kes maklumat bocor pula

21 Safar 1431H
http://idrisahmad.wordpress.com

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan kerapuhan sistem keselamatan agensi Pertahanan Negara mutakhir ini kerana sebelum kes kehilangan enjin pesawat F5E selesai, kini timbul pula isu kebocoran maklumat sulit Angkatan Tentera Malaysia.

Angkatan Tentera sepatutnya menjadi contoh dan penanda aras kepada sistem keselamatan agensi pertahanan lain, namun insiden terbaru ini menimbulkan kebimbangan dihati rakyat kerana negara ini boleh dianggap tidak selamat. Apa sahaja kekuatan dan kelematan sistem pertahanan yang ada dalam negara ini begitu senang diketahui musuh.

Intergriti anggota keselamatan negara bakal menjadi pertikaian jika ianya gagal ditangani segera. PAS yakin, insiden pembocoran maklumat ini melibatkan pegawai-pegawai kanan berpangkat tinggi kerana dari segi amalan kerahsiaan dalam organisasi Kerajaan dan Pertahanan, hanya mereka yang yang berpangkat tinggi sahaja mempunyai akses terhadap maklumat bertaraf sulit, rahsia dan rahsia besar.

PAS berharap agar agensi Keselamatan Negara membuat kajian semula tentang tahap keselamatan yang ada. Rakyat memerlukan satu jaminan yang kondusif terhadap tahap keselamatan negara.

Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dinegara maju seperti Jepun pasti akan meletakan jawatan jika perkara sebegini berlaku, adakah Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Malaysia perlu dibiarkan sahaja sedangkan ini adalah insiden kedua yang melibatkan kecuaian yang besar dibawah pentadbiran mereka.

PAS mahu Kerajaan mendakwa dan memberikan hukuman yang berat kepada pengkhianat negara yang terlibat dalam kes ini.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Harakahdaily.net/-

Sokongan rakyat pada PR makin meningkat

21 Safar 1431H
http://misabah.blogspot.com

Malam tadi saya bersama beberapa ADUN PR Perak dan Selangor berada di Dewan Tookong, Sungai Tiang Baroh dalam program ceramah penerangan bersama masyarakat Cina di DUN Rungkup.

Sambutannya cukup menggalakkan. Beberapa tahun sebelum ini, saya tidak pernah merasai sambutan sebegitu hebat dari kalangan masyarakat Cina di Sg. Tiang.

Para penceramah pula dari kalangan Adun-adun PKR dan DAP. YB Kesavan memulakan ceramah dengan begitu baik dan diberi tepukan yang gemuruh, diikuti dengan ceramah YB Sum Cheok Leng, Adun Bercham, YB Wong Kah Woh, Adun Canning dan YB Ng Sueei Lim, Adun Sekinchan.

Ceramah dari YB Ng cukup mencuit dan mempersonakan sekali, beliau berceramah dengan tiga bahasa, Mandarin, Bahasa Melayu dan Jawa. Ramai juga masyarakat Melayu Jawa yang turut hadir dalam program tersebut. Kepetahan berbahasa Jawa menarik minat masyarakat setempat untuk menjemputnya menyampaikan ceramah di kampung-kampung yang ramai orang Jawa.

Saya diminta menyampaikan ucapan di akhir program tersebut, peringkat awal saya menolaknya, saya bagi alasan,kalau nak suruh saya berucap sepatutnya pada awal program untuk mengalu-alukan kehadiran selaku YDP Kawasan dan juga bekas calon.

Ucapan YB Ng dari Sekinchan sudah dianggap ceramah kemuncak, kalau selepasnya saya pula berucap, bimbang orang-orang Cina semua bangun meninggalkan majlis, jam pula sudah menunjukkan 10.30 malam. Orang Cina tidak biasa dengan program sehingga tengah malam.

Pengerusi minta saya berucap juga, ternyata telahan saya tidak benar. Sepanjang saya berucap semua hadirin menunggu dengan penuh minat sehingga habis, tidak ada kelihatan yang bangun meninggalkan majlis, ucapan ringkas sahaja lebih berkisar pengalaman memerintah selama 11 bulan di Perak dengan program-program kebajikan yang berjaya dilaksanakan.

Ketika bersalaman dengan orang ramai untuk meninggalkan majlis, kesemua tetamu dari kalangan masyarakat Cina kelihatan berpuas hati dengan majlis yang diadakan, mereka memberi jaminan pilihanraya akan datang pengundi Cina di Sg. Tiang pasti akan memberi undi kepada calon PAS.

Ustaz Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB DS Nizar.

Harakahdaily.net/-

Mesej keharmonian hidup beragama

21 Safar 1431H
http://www.blogtokguru.com

Sempena Majlis Merai Ketua-Ketua Agama,12 Safar 1431 bersamaan 28 Januari 2010

Bismillahhir Rahmanir-Rahim, firman Allah yang bermaksud,

“Rasul (Nabi Muhammad S.A.W) sendiri telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari tuhan, demikian pula orang-orang yang beriman . Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatnya, kitab-kitabnya dan rasul-rasulnya (mereka mengatakan), “Kami tidak membeza-bezakan antara seorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasulnya”, dan mereka mengatakan, “Kami dengar dan kami taat.” (Mereka berdoa), “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada engkaulah tempat kembali.”(Surah Al-Baqarah ayat 285 )

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan perkenan daripada Allah S.W.T jua, sekali lagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim, mengambil langkah mengadakan Majlis Jamuan Makan Tengahari yang serba sederhana, pada hari yang sangat bersejarah ini.

Sesungguhnya budaya mengadakan jamuan makan minum, telah menjadi satu tabiat semulajadi manusia sejak zaman berzaman. Khasnya bila dapat nikmat Allah seperti dapat anak, dapat menantu, kerana menyambut hari raya dan hari-hari kesukaan yang tertentu. Seperti kesukaan dihari ini.

Hari ini Kerajaan Kelantan mengadakan jamuan, bertujuan untuk bersyukur ke hadrat Allah s.w.t, kerana tiada sebarang perselisihan faham di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di Kelantan. Selaras dengan agama Islam sendiri yang sememangnya adalah agama perdamaian, agama ketenangan dan agama kesejahteraan.

Semoga perjumpaan yang penuh bermakna ini, akan menyuburkan lagi ingatan dan perasaan kasih mesra, serta merapatkan lagi hubungan persaudaraan yang sudah terjalin sejak sekian lama dulu.

Islam adalah agama yang sangat mengutamakan keharmonian sesama manusia. Perkataan Islam adalah berasal daripada perkataan (Islam - Yaslam – Islama), yang bererti taat, patuh, berserah diri, menjunjung segala perintah (Allah S.W.T). Perkataan (Islam) juga bersumber daripada perkataan (Salam – Yaslam – Salama Wassalamah) yang bererti keselamatan, kesejahteraan dan kedamaian.

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 208 yang bermaksud, “Masuklah kamu ke dalam Agama Islam yang membawa keselamatan, kesejahteraan dan perdamaian.”

Alhamdulillah, Kelantan sekarang ditadbir dengan dasar Membangun Bersama Islam yang mencontohi cara pentadbiran Nabi Muhammad S.A.W ketika mentadbir kerajaan Madinah.

Nabi Muhammad S.A.W sebaik saja sampai ke Madinah Almunawwarah, mengadakan perjanjian damai secara bertulis (dipanggil Misak Al Madinah; Sahifah Madinah; Piagam Madinah) dengan kumpulan-kumpulan Yahudi yang berbalah dengan nabi-nabi utusan Allah sejak zaman berzaman. Mereka sering menimbulkan pelbagai masalah dengan Nabi Isa dan juga Nabi Musa a.s.

Namun, kumpulan Yahudi itu telah menerima perjanjian damai dengan Nabi Muhammad s.a.w, seperti yang tercatat dalam perkara 37, Piagam Madinah; antaranya bermaksud, ”orang Islam dan orang Yahudi hendaklah saling bertolongan menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menyertai perjanjian ini. Dan mereka hendaklah sama-sama menasihati dan melakukan perkara kebajikan tanpa perbuatan dosa.”

Ini membuktikan Islam meletakkan perdamaian sebagai matlamat. Sebab itu bila jumpa kawan, selain bermuka manis, ucapan salam; assalamualaikum, sangat digalakkan:

Saya sendiri sudah acapkali berjumpa wakil-wakil agama. Ada yang datang ke pejabat saya. Ada yang saya sendiri pergi ke wat atau kuil-kuil untuk menjalin hubungan yang damai. Sebarang masalah yang timbul, Islam mengajar kita berdialog, berbincang berdasarkan hajat masing-masing selari dengan ajaran al-Quran, ”Silalah bawa keterangan-keterangan, hujah-hujah kamu jika betul kamu orang-orang yang benar.” (Surah An-Namlu, ayat 64).

Alhamdulillah, dengan rahmat ajaran Islam dipusakai sejak turun temurun, rakyat Kelantan pelbagai agama, budaya, bahasa dan keturunan, sentiasa hidup dalam keadaan rukun, aman damai dan tenang tenteram. Hatta ketika peristiwa 13 Mei tahun 1969, ketika berlakunya kebakaran dan rusuhan berdarah di Kuala Lumpur dulu, Kelantan yang pada ketika itu diperintah oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS), berada dalam keadaan aman damai. Kerana berlakunya amalan agama Islam yang mengajar kita supaya menjaga lima perkara. Iaitu menjaga agama, jiwa raga, akal, keturunan dan harta benda.

Agama dijaga jangan ada yang murtad, nyawa dijaga jangan ada pembunuhan dan pertumpahan darah. Harta dijaga jangan ada perbuatan curi, rompak, samun, rasuah dan pembaziran. Keturunan dijaga jangan ada zina, liwat dan . Akal dijaga jangan ada penggunaan alkohol dan apa sahaja yang memabukkan. Atas sebab untuk jaga lima perkara inilah islam memakai undang-undang hudud dan takzir.

Kebaikan undang-undang ini adalah untuk semua kaum termasuk orang bukan Islam, khasnya orang Cina yang berniaga sangat bernasib baik. Kerana harta benda mereka akan menjadi lebih selamat bahkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, budaya, bahasa dan keturunan dapat mencari rezeki dan hidup dalam keadaan aman damai.

Islam utamakan hubungan keharmonian

Islam mengajar bahawa hubungan sesama manusia atas apa tingkatan sekalipun, mesti mengutamakan perdamaian, persafahaman, berbaik sangka dan perbincangan, demi mewujudkan persetujuan bersama ke arah mencapai budaya hidup yang harmoni, di kalangan sesama manusia.

Islam mengajar bahawa manusia sedunia adalah diciptakan oleh Allah, Tuhan yang satu, dan semua manusia berasal dari Adam, manusia pertama yang Allah lantik sebagai nabi. Sekaligus, sebagai bapa kepada semua umat manusia sedunia.

Sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 145 yang bermaksud, “Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada tuhan kamu, yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia (bernama Adam). Dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (bernama Hawa’), Allah memperkembang biakkan (keturunan dari jenis) laki-laki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah, yang dengan (mempergunakan) namanya, kamu saling meminta satu sama lain. Dan (peliharalah) hubungan persaudaraan dan kasih sayang (di antara sesama kamu). Sesungguhnya Allah selalu memantau dan mengawasi (segala tindak tanduk dan aktiviti hidup) kamu.”

Tegasnya, manusia sebagai makhluk ciptaan Allah, Tuhan yang satu. Yang berasal daripada nabi Adam a.s dan isterinya bernama Hawa’, perlu hidup bersatu padu, saling bertolongan , saling bertanggungjawab dan saling menghomati di antara satu sama lain.

Namun disebabkan oleh berlaku pemisahan Geografi, dicorakkan lagi dengan kehidupan bermasyarakat yang berbeza-beza, maka di sana berlakunya perbezaan yang melahirkan kaum, bahasa, adat resam dan kepercayaan. Sampai kepada peringkat berlaku pula perbezaan kepercayaan agama mahupun ketuhanan.

Walau apa pun Islam sebagai satu agama samawi yang diturunkan oleh Allah kepada seluruh manusia, pastinya membawa rahmat kepada sekalian alam di bumi mahupun di langit. Atas asas ini, Islam mengamalkan sikap terbuka dari segi mencari kebenaran di atas perkara-perkara yang berlaku perselisihan.

Sebab itulah Allah sendiri mengajar nabi dan rasul-rasulnya, supaya menyampaikan kebenaran kepada umatnya. Tetapi prinsip kebenaran hendaklah berasaskan kepada hajat dan lojik. Sebagaimana sikap nabi Musa berdepan dangan kaumnya. Nabi Musa diarah mengemukakan kebenaran kepada kaumnya.

Dalam Al-Quran sendiri disebutkan dalam surah Al-Baqarah ayat 111 yang bermaksud, ”Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata, “Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani.” Yang demikian itu, (hanyalah) angan-angan mereka belaka. Katakanlah (wahai Muhammad), “Silalah kamu membawa datang keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakana itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.”

Melalui surah Assaf ayat 5 Allah berfirman yang bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya, ”Wahai kaumku, mengapa kamu menyakiti ku, sedangkan kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada mu? Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati-hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.”

Demikian juga berlaku kepada Nabi Muhammad apabila berhijrah ke Madinah, berhadapan dengan kaum Yahudi yang bermasalah dengan nabi-nabi zaman mereka.

Penyelesaian kepada permasalahan orang Yahudi tersebut, Nabi Muhammad telah mengadakan Piagam Madinah “Sahifah Madinah” yang menetapkan satu ikrar dan persetujuan sama-sama bertanggungjawap untuk menjaga Kota Madinah. Tetapi berlaku di kalangan Yahudi Quraizah, yang memulakan perlanggaran di atas persetujuan piagam tadi, yang menyebabkan mereka dikenakan tindakan. Ini bermaksud, cara pengurusan dan pentadbiran Nabi Muhammad S.A.W, begitu berpegang teguh di atas prinsip kebenaran. Lebih-lebih lagi di atas ikrar dan persetujuan yang dibuat antara umat Islam dan Yahudi.

Di sinilah apa yang diamalkan di Kelantan, meletakkan asas pentadbiran berteraskan Membangun Bersama Islam, yang mengutamakan prinsip masyarakat beragama. Selari dengan apa yang terkandung di adalam perlembagaan Negara. Menerusi teras Membangun Bersama Islam, yang mengutamakan prinsip masyarakat beragama. Masing-masing bebas mengamalkan agama.

Menerusi teras Membangun Bersama Islam juga, pihak Kerajaan Negeri bersikap terbuka untuk semua pihak saling faham memahami, dan menganjurkan mana-mna pihak untuk berdialog, berunding, bertukar-tukar fikiran dan terlibat sama di dalam program-program berorientasikan Islam. Supaya semua masyarakat berbagai kaum di negeri ini boleh memahami kebenaran dasar-dasar berteraskan agama di Kelantan.

Pihak Kerajaan Negeri mengambil langkah menjadikan asas agama Islam bagi rujukan mentadbir negeri. Kerana rakyat secara umumnya boleh menerima kandungan kitab Al Quran yang mengandungi kebenaran, keadilan dan menyatakan hak-hak kepada semua umat manusia.

Kerana Islam mengajar kita, tiada perkara di muka dunia ini yang terjadi dengan sendiri. Baik di langit mahu pun di bumi. Bahkan semuanya diciptakan oleh Allah yang maha Esa. Yang tidak punya sekutu. Tidak punya ibu-bapa, anak, rakan kongsi dan sebagainya. Islam mengajar bahawa Allahlah yang mentadbir alam ini dengan penuh kuasa mutlak. Ialah Tuhan yang menciptakan alam ini tanpa menggunakan sebarang bahan mentah.

Terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan Allah adalah satu. Khasnya firman Allah dalam surah al-Ikhlas yang bermaksud, ”Katakanlah bahawa Allah adalah tuhan yang maha Esa. Dan Allah adalah Tuhan yang serba cukup, yang menjadi tempat bergantung sekalian makhluk. Allah sama sekali tidak beranak/tidak mempunyai anak. Allah sama sekali tidak diperanakkan – tidak diciptakan oleh sesiapa pun. Bahkan Allah adalah tuhan yang ada dengan sendiri sejak sediakala. Dan tiada sesuatu apapun yang setanding/setara dengan dia.”

Seterusnya Islam mengajar bahawa kehidupan di dunia ini tidak berakhir di pintu kubur. Bahkan akan bersambung dengan kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Fatihah, ”Tuhan yang berkuasa mutlak pada hari pembalasan.” Ia menjelaskan bahawa semua manusia akan diberikan pembalasan mengikut undang-undang Allah sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran. Bukannya mengikut undang-undang ciptaan manusia di dunia ini.

Inilah dia asas ajaran Islam, bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Esa. Ini bermakna semasa hidup di dunia ini kita mesti taat sepenuhnya kepada segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Supaya kita sentiasa berhamba abdi hanya kepada Allah sahaja. Supaya kita sentiasa hidup bersatu padu, aman damai dan tenang tenteram. Dengan menjaga agama, jiwa raga, akal, keturunan dan harta benda.

Orang-orang yang taat patuh sepenuhnya kepada Allah, Tuhan yang maha esa itu akan dibalas dengan ganjaran syurga di akhirat nanti. Manakala orang-orang yang durhaka pula, akan dibalas dengan siksaan api neraka dengan seribu satu macam seksaan dan penderitaan yang tidak terperi sakitnya.

Insya Allah, majlis seumpama ini dapat diadakan dari semasa ke semasa, bagi mencari titik persamaan, sekaligus untuk menemui kebenaran ke arah menyemarakkan lagi perdamaian, perpaduan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
Menteri Besar Kelantan.


Harakahdaily.net/-

Batik 1 Malaysia untuk siapa?

21 Safar 1431H
Zolkharnain Abidin

Sekumpulan model dilaporkan memperaga baju batik 1 Malaysia kepada Najib di pejabatnya. Najib pula bersetuju dengan beberapa corak batik yang diperagakan itu.

Penting sangatkah baju batik 1 Malaysia ini sehingga perlu diperagakan di hadapan Najib di pejabatnya?

Sekumpulan model perlu datang ke pejabat PM dan berbaju batik 1 Malaysia untuk dipilih oleh Najib. Najib pula bersedia meluangkan masanya untuk ‘menjadi’ hakim memilih baju batik 1 Malaysia yang hatinya berkenan.

Bahasa mudahnya, Najib jadi hakim ‘pertunjukan fesyen’. Tentu lebih menarik kalau Najib bawa kamera sekali ketika itu dan di sisinya pula ada Rosmah. Pertunjukan fesyen itu tentu lebih meriah.

Ketika harga barangan keperluan melambung, ketika ibu bapa dibebankan dengan bayaran yuran persekolahan (kelmarin anak saya minta RM50 untuk bayar yuran sekolah rendah), ketika ramai lepasan pusat pengajian tinggi tidak punya pekerjaan, Najib masih ada masa untuk menjadi hakim pertunjukan fesyen di pejabatnya.

Kemudian, Najib bakal jadi orang pertama berbaju batik 1 Malaysia itu.

Terubatkah luka rakyat, terleraikah derita mereka dengan baju batik itu? Bermaknakah baju batik itu kepada rakyat miskin? Tersapukah air mata anak-anak terpinggir dengan kemeriahan warna baju batik itu?

Inilah pemimpin kita. Ketika rakyat terbanyak sedang bergelut dengan seribu kepahitan untuk meneruskan hidup, pemimpin mereka masih ada masa untuk tampil sebagai hakim ‘pertunjukan fesyen’.

Baju batik yang dipilih Najib itu dipilih untuk dirinya sendiri bukan untuk rakyat kerana dia bakal menjadi orang pertama menggayakannya.

Najib akan dapat baju batik yang terbaik. Dan, yakinlah baju batik 1 Malaysia terbaik untuk Najib adalah percuma. Ya, percuma kerana baju itu dibiayai dengan wang kerajaan. Dan, fahamilah wang kerajaan adalah wang kita.

Najib tentu bergaya dengan baju batik berwarna meriah itu. Dia pasti senyum meleret sambil diiring Rosmah. Mereka melambai-lambai kepada orang ramai dengan bangganya. Kemudian bersalam pula dengan orang ramai di kiri kanan jalan menyambut ketibaannya. Tangan Najib dan Rosmah dicium.

Tangan itu bukan berbau sekerap getah seperti tangan orang kampong, bukan berbau belacan Kuala Perlis yang diperbuat daripada udang kepal Kurung Tengar, tetapi tangan itu tentunya harum kerana diperciki YSL Paris.

Najib dengan mesra melambai-melambai kepada orang ramai. Baju batik 1 Malaysia Najib meliuk lintuk dibuai angin mengiringi lambaian tangannya.

Bau ketiaknya juga tidak tercium oleh orang sebelahnya kerana disapu deodorant berjenama Tanamera. Buatan mana pun entah, tapi yang pasti bukan buatan tempatan.

Rakyat yang terlihatnya melambai kembali. Baju T yang dipakai rakyat keras cekang, dibeli dikedai bundle. Orang sebelah berpaling muka kerana masam ketiaknya.

Najib bangga kerana orang membalas lambaiannya. Dia pun senyum mekar dan Rosmah pula bergesel bahu mesra dengannya.

Ya, Najib dan Rosmah berbangga kerana merekalah pemimpin negara 1 Malaysia. Ya, 1 Malaysia... ha... ha...ha...

Harakahdaily.net/-

Munajat hapus rampasan kuasa jahat Umno

21 Safar 1431H

IPOH, 5 Feb: Rakyat diseru berdoa dan bermunajat agar keadilan akan ditegakkan kembali di negeri ini sementara rampasan kuasa jahat oleh Umno/BN ini mesti dihapuskan.

Sehubungan itu, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad al-Hiss menggesa rakyat menolak Umno/BN kerana mereka mengkhianati hak rakyat. Beliau berkata, Umno/BN sebenarnya gilakan kuasa dan awal Februari tahun lepas jelas bahawa mereka tidak akan berjaya selagi tidak mempunyai kuasa.

Katanya, Pemuda PAS negeri bersama seluruh rakyat yang cintakan demokrasi tidak dapat melupakan sejarah hitam rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh Umno/BN yang sepatutnya mendahulukan rakyat.

Tambahnya, selepas rampasan kuasa awal Februari tahun lepas, kerukunan hidup rakyat sudah tidak bersatu bagi memastikan keunggulan negeri diletak di tempat yang sebaik-baiknya.

Pemuda PAS Perak juga, ujarnya merasakan bahawa tahap demokrasi di negeri ini telah terkikis akibat rampasan kuasa tersebut.

Justeru, tambahnya, keputusan siapa menteri besar pada 9 Februari ini menjadi petanda aras yang perlu rakyat lihat sebagai peluang untuk mengembalikan demokrasi di negeri ini.

“Kejayaan kita bersama ialah mendaulatkan demokrasi yang sepatutnya di Negeri Perak,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rampasan kuasa ahli jawatankuasa masjid yang telah dipelapori oleh Umno turut menambah luka kerukunan hidup rakyat di kalangan orang Islam

Katanya, Umno cuba menjadikan masjid sebagai pentas politik tanpa menghormati hak rakyat yang menjadi jamaah atau kariah setempat.

Pihaknya juga mendakwa kedudukan ekonomi di negeri ini terjejas teruk kerana usaha untuk menarik pelabur tidak berjaya dilakukan oleh kerajaan BN.

Katanya, walaupun telah diumumkan pelbagai pelaburan yang telah masuk, tetapi sebenarnya rakyat telah ditipu kerana jelas bahawa tahap ekonomi negeri masih rendah.

Harakahdaily.net/-

Laporan Polis

21 Safar 1431H

Sebagai seorang warga negara Malaysia yang cintakan keamanan dan kemamuran hidup masyarakat berbilang kaum, maka saya pada hari ini membuat laporan polis di balai Polis Parit Buntar keatas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri 1Malaysia, Nasir Safar atas kebiadapannya yang menganggap orang Cina dan India sebagai pendatang dengan ucapan yang sangat bebaur perkauman yang sempit serta menimbulkan keresahan masyarakat.

Selain itu saya menyahut keputusan yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang mengarahkan semua ADUN dan kesemua 24 Sekretariat Parlimen pakatan Rakyat di Perak mengendalikan urusan membuat Laporan Polis pada hari ini atas kenyataan yang tidak bertanggung jawab itu.

LAPORAN POLIS

Tarikh laporan : 5 Februari 2010
Nama Pelapor : YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Jawatan :ADUN Titi Serong Perak.
No. Kad pengenalan : 641102-03-5125
Alamat : No.15 Jalan Wawasan 8, Taman Wawasan Jaya, Parit Buntar.No. Talipon :019 4759697

1. Pada pagi Rabu 3 Februari 2010 bertempat dirumah saya sekitar jam 9 pagi saya membaca satu berita di Malaysiakini.com dengan tajuk “India pelampau', 'Cina jual tubuh” - 1Malaysia dipulau” iaitu berita mengenai satu kenyataan berbaur perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka , Berita itu juga menyatakan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan kerana memprotes ucapan yang bersifat perkauman itu.

2. Pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar ternyata telah menimbulkan kemarahan apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang. Selain itu sehingga kelmarin seperti yang dilaporkan dalam banyak media bahawa kenyataan yang tidak bertanggung jawab itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan banyak laporan polis telah dilakukan diseluruh Negara.

3. Selain itu Nasir juga dalam ucapannya mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

4. Oleh itu sebagai seorang warganegara Malaysia berbangsa Cina yang cintakan keamanan dan kemakkmuran hidup dalam suasana Negara Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, maka saya mendesak pihak polis untuk melakukan penyiasatan secara tegas dan terperinci serta mengambil tindakan yang tegas kepada Nasir Safar atas ucapannya yang menimbulkan keresahan masyarakat sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia.


Sekian Laporan dari saya :

(YB.DRS. KHALIL IDHAM LIM)

Lampiran : 'India pelampau', 'Cina jual tubuh' - 1Malaysia dipulau

ANAK MUDA PERAK DIGESA BERSAMA-SAMA BUAT PERUBAHAN BESAR – HAFEZ SABRI

21 Safar 1431H
Email : mohd hafez sabri

Koordinator NGO Institut Pemikir Muda Malaysia Saudara Mohd Hafez Sabri menggesa anak-anak muda di seluruh negeri Perak untuk menjadi penentu perubahan politik pada pilihanraya DUN Perak yang dijangka berlaku dalam masa terdekat ini.

Menurut beliau, suasana politik masa hadapan di negari ini perlu diselamatkan daripada menjadi lebih teruk dan buruk selepas berlakunya rampasan kuasa oleh kerajaan umno pada februari tahun lepas.


Beliau menjelaskan, perkembangan situasi politik di Perak terkini menyaksikan sikap dan perangai sebenar pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang terus menerus meragut demokrasi di negara ini.

Justeru itu beliau menyarankan agar anak-anak muda yang akan menjadi pengundi pada pilihanraya DUN Perak tidak lama lagi perlu menterjemahkan satu perubahan situasi politik di masa hadapan.

Menurut beliau lagi, Institut Pemikir Muda Malaysia akan terus konsisten mengajak anak-anak muda di negara ini untuk bersama-sama aktif dalam membawa masa hadapan negara yang lebih baik dan cemerlang.

Oleh itu sumbangan tenaga dan fikiran anak muda akan menjadi pemangkin yang paling efektif untuk membawa perubahan kearah kebaikan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Menurut beliau lagi, beliau sangat yakin dengan keterlibatan aktif generasi anak muda di negara ini mampu membina Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat di pentas dunia.

Bagi beliau, anak-anak muda yang majoritinya mempunyai semangat perjuangan yang kental merupakan aset penting yang perlu disepadukan untuk perubahan arus politik di negara ini.

Tambah beliau lagi, diperingkat kesatuan ngo anak muda seluruh malaysia mereka menggesa supaya anak-anak muda bersama dengan denyut nadi arus perubahan dunia yang semakin hebat
.
Memetik ucapan beliau ” Saya yakin anak muda sedang bersungguh bekerja untuk perubahan politik di seluruh dunia dan kini sudah tiba masanya anak-anak muda berperanan secara aktif di pentas glokal dan global dan tidak hanya menjadi pemerhati kepada proses perubahan besar ini.”

” Saya juga yakin bahawa generasi anak muda masa kini semakin celik dan bijak politik. Malahan mereka juga semakin terdedah dengan maklumat yang pantas dan tepat serta tidak bergantung kepada hanya maklumat yang bersifat sensasi dan mengelirukan. Kehadiran generasi anak muda berinformasi pasti mampu diterjemahkan dalam satu kerangka besar perubahan politik di negara ini ”.

Bagi beliau, suasana politik di Perak telah banyak mengajar dan memberi erti kepada generasi muda berkenaan demokrasi ,keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Pencemaran demokrasi yang diaksikan oleh ADUN-ADUN UMNO/BN Perak semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang lepas hanya menyerlahkan lagi siapakah menjadi dalang kepada pencemaran demokrasi yang telah menggelapkan ruang lingkup sistem demokrasi di negara ini. jelas beliau.

Institut Pemikir Muda Malaysia, akan terus memastikan agenda generasi muda membawa perubahan politik di negara ini akan disambut dengan semangat perjuangan yang ikhlas,kental dan bersemangat, tegas beliau.

“ Kita juga yakin kini semakin ramai pejuang-pejuang muda yang akan terus menyumbangkan bakti,idea dan tenaga bagi menjayakan agenda besar arus perubahan di negara ini” memetik kata-kata beliau.

Beliau juga menggesa generasi muda mendaftar sebagai pengundi dengan dengan segera. Mulakan langkah besar ini dengan generasi muda menjadi pemilih yang bijak dan bermaklumat untuk membawa perubahan politik di negara ini. Tekanan, ancaman dan ugutan yang semakin hebat dikenakan mutakhir ini hanya menjadi penguat dan iltizam kepada generasi muda untuk merealisasikan perubahan besar ini.

PRU-13 adalah detik yang cukup penting untuk generasi muda. Ini dan saat ketikanya generasi muda menjadi gelombang besar baru dan mampu menjadi penyelamat kepada negara ini dengan membawa sistem siasah dan harapan baru untuk Malaysia yang lebih demokratik, jelas beliau.