11 Jun 2008

“Kenalilah Allah ketika senang niscaya Allah mengenalmu di saat susah” (HR. Tirmidzi).

Hidup dengan serba kekurangan di tengah-tengah melonjaknya harga barangan asas kesan kenaikan harga minyak memang menyusahkan banyak pihak . Kebanyakan orang merasa tidak cukup kemampuan dan fikirannya untuk memikirkan segala keperluan yang harus dipenuhi. Sehingga tidak mustahil bagi yang berfikiran mudah kadangkala boleh tersilap langkah, sehingga berani mengambil jalan singkat dengan mengakhiri hidupnya secara tidak wajar dengan bunuh diri. Sedangkan Inilah cara yang sangat dilarang dalam Islam,

Allah dan Rasulullah SAW telah menjelaskan cara-cara menghadapi permasalahan hidup dengan baik. Tidak sampai mengambil jalan singkat dan membinasakan diri sendiri.

Yang pertama kita mesti mempunyai suatu keyakinan bahwa Allah sentiasa memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNya yang beriman. Firman Allah, “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (QS. At-Thalaq: 2-3).

Kita juga harus mengingati bahwa akan ada kemudahan setelah ada kesusahan (HR. Imam Ahmad). Tugas kita manusia adalah berusaha mencari jalan-jalan yang dimaksud yang telah dihamparkan di segenap penjuru alam.

Salah satu cara menemukan jalan dimaksud telah disebutkan Rasulullah dalam suatu haditsnya, iaitu dengan menebar salam dan menjalin hubungan silaturrahim. Salam dan silaturrahim memang boleh mengundang datangnya rezeki . Kerana kadangkala ianya diberikan melalui tangan atau mulut orang lain.

Tidak mustahil kita mendapatkan rezeki yang dititipkan Allah kesan ucapan kata orang lain. Ada juga rezeki yang dititipkan Allah kesan usaha gigih yang telah dilakukan orang lain. Oleh kerana itu, mari kita selalu membangun hubungan yang baik dengan sesama manusia, seiring dengan membangun hubungan dengan Allah SWT.

Dewan Pemuda Pas mahu projek pembangunan koridor dihentikan

PUTRAJAYA, 10 Jun - Dewan Pemuda Pas meminta kerajaan menghentikan projek-projek mega termasuk koridor pembangunan wilayah yang didakwanya tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Timbalan ketuanya Nasrudin Hassan berkata kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat khususnya di luar bandar kerana masih terdapat lagi kawasan kampung yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan air.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan terhadap kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan Rabu lalu di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini. Memorandum itu diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Datuk Ahmad Yacob.

Nasrudin berkata projek berkenaan boleh dibatalkan atau ditangguhkan dengan memberi fokus kepada inisiatif menaikkan taraf hidup rakyat yang kini berdepan dengan kenaikan kos hidup.

Ketua Dewan Pemuda Pas Salahuddin Ayub dalam memorandum itu meminta kerajaan menarik balik semula keputusan menaikkan harga minyak.

Dr. Mujahid dan Drs. Khalil berdailog dengan Guru KAFA Daerah Kerian.

PARIT BUNTAR, 10, Jun :- Kerajaan Negeri perak akan sentiasa berusaha untuk membantu memajukan sekolah agama rakyat (SAR), demikian antara isi kandungan ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim dalam dailog bersama lebih 100 orang guru KAFA Daerah Kerian disini hari ini. Drs. Khalil menerima Memorendum dari Tn. Hj. Hamidi sambil diperhatian oleh Dr. Mujahid.

Hadir sama dalam dailog itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, YB. Dr. Mujahid Yusof, dan Pengerusi Persatuan Pendokong Sekolah Agama Rakyat Daerah Kerian (PPSR), Tn. Hj. Hamidi Abd. Hamid.

Kedua-dua wakil rakyat itu telah sudi berdailog dengan peserta dalam tempoh sekitar 3 jam dengan penuh semangat kekeluargaan. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Penyelia KAFA Daerah, Ust. Salahuddin bahawa inilah kali pertama program seumpama ini diadakan. Beliau berharap semua yang hadir mengambil peluang keemasan untuk mengajukan soalan-soalan untuk dijawab oleh Dr. Mujahid dan Drs. Khalil.

Dr. Mujahid dalam ucapannya menyatakan pada masa bantuan kepada SAR ditarik oleh pihak kerajaan serentak dengan itu lulusan sekolah agama telah diperkecilkan kononnya sukar mendapatkan pekerjaan dan sebagainya.

Guru-guru SAR yang hadir dalam dailog tersebut

Namun tegasnya realiti yang berlaku, lulusan sekolah agamalah yang lebih sedikit menganggur berbanding lulusan lain. Paling kurang orang lulusan agama boleh menjadi imam dan mengajar di merata tenpat. "realitinya di Kuala Lumpur golongan berkelulusan agama hidup lebih mewah hasil dari menyampaikan ilmu dimerata tempat", kata Dr. Mujahid.

Antara soalan-soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan perlantikan ketua kampung, Jawatankuasa mesjid, tapak SAR, bantuan perkapita SAR, elaun penyelia SAR dan Guru serta soalan-soalan berkaitan dengan SAR di Daerah Kerian.

Diakhir program Penegerusi PPSR Daerah kerian telah menyampai memorendum untuk disampaikan kepada Exco Agama Perak.

Perdana Menteri Republik Korea dan Anggota Kabinetnya Meletak Jawatan

Perdana Menteri Republik Korea, Han Seung-soo dan keseluruhan anggota kabinet semalam menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Lee Myung-bak untuk memikul tanggungjawab terhadap krisis politik yang tercetus oleh keputusan kerajaan melonggarkan sekatan terhadap import daging lembu A.S. pada pertengahan bulan April lalu.

Han Seung-soo mengakui kerajaan tidak mengadakan komunikasi secara berkesan dengan orang awam, dan beliau bertanggungjawab terhadap tunjuk perasaan antikerajaan yang menjadi bertambah hangat.
Menurut sumber Pejabat Presiden, Lee Myung-bak dijangka memilih untuk menerima sebahagian daripada surat peletakan jawatan tersebut. Separuh daripada menteri-menteri yang terlibat dalam memulihkan persetujuan mengenai import daging lembu A.S. mungkin akan digugurkan dari jawatan, termasuk Menteri Luar Negeri dan Perdagangan, Yu Myung-huan, Menteri Pertanian, Chung Woon-chun dan Menteri Pertanian, Kang Man-soo.

Di beberapa tempat di Republik Korea hari ini dirancang diadakan demonstrasi besar-besaran untuk menentang import daging lembu dari A.S., dan penunjuk perasaan tersebut dijangka mencatat 150 ribu hingga 1 juta orang.