11 Jun 2008

Perdana Menteri Republik Korea dan Anggota Kabinetnya Meletak Jawatan

Perdana Menteri Republik Korea, Han Seung-soo dan keseluruhan anggota kabinet semalam menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Lee Myung-bak untuk memikul tanggungjawab terhadap krisis politik yang tercetus oleh keputusan kerajaan melonggarkan sekatan terhadap import daging lembu A.S. pada pertengahan bulan April lalu.

Han Seung-soo mengakui kerajaan tidak mengadakan komunikasi secara berkesan dengan orang awam, dan beliau bertanggungjawab terhadap tunjuk perasaan antikerajaan yang menjadi bertambah hangat.
Menurut sumber Pejabat Presiden, Lee Myung-bak dijangka memilih untuk menerima sebahagian daripada surat peletakan jawatan tersebut. Separuh daripada menteri-menteri yang terlibat dalam memulihkan persetujuan mengenai import daging lembu A.S. mungkin akan digugurkan dari jawatan, termasuk Menteri Luar Negeri dan Perdagangan, Yu Myung-huan, Menteri Pertanian, Chung Woon-chun dan Menteri Pertanian, Kang Man-soo.

Di beberapa tempat di Republik Korea hari ini dirancang diadakan demonstrasi besar-besaran untuk menentang import daging lembu dari A.S., dan penunjuk perasaan tersebut dijangka mencatat 150 ribu hingga 1 juta orang.

3 ulasan:

Kurma berkata...

seperti YB tertera tu gentlemen dan tidak gentlemen....

yang gentlemen tu seperti perdana menteri republik Korea seorang PM yang berani.

yang tidak gentlemen ni menunjuk dia sebagai penakut.

Idham Lim (林川興) berkata...

itulah trsdisi bangsa yang bertamaddun, letak jawatan kalau ada masalah. Namun di malaysia skandal dan masalah bukan alasan untuk resign.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

mampuih tak letak !
berani sungguh eh !
tak sedar , kerana banyak tidoq .