29 Mac 2009

TERKINI:Calon PAS dan Presiden di tempat Penamaan Calon





Jam 8.00 pagi : Solat Hajat berakhir dan rombongan calon bergerak ke Taiping.

Solat Hajat yang di imamkan oleh Presiden PAS, DS. Hj. Abdul Hadi Awang baru berakhir tadi dan sekarang ini Rombongan Pimpinan bersama Calon mula bergerak menuju ke Majlis Perbandaran Taiping tempat penamaan calon pada pagi ini.

Sementara itu keadaan jalan penuh sesak dengan kenderaan sejak awal pagi. Kenderaan masih boleh bergerak perlahan, namun yang menjadi tandatanya kemanakah ribuan polis yang sepatut nya membantu kelicinan perjalan kenderaan pada pagi ini.

Calon PAS, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin di temani oleh Isteri dengan persalinan baju Melayu lengkap berwarna kehijauan.

Terkini 7.00 pagi : Mesjid dan bandar Taiping dipenuhi manusia.

Tiga Masjid yang ada di sekitar bandar Taiping, iaitu mesjid Daerah, mesjid Lama dan mesjid India dipenuhi oleh jamaah semasa solat Subuh pagi ini. Demikian berita yang diterima dari Ajijoi yang berada disana pagi ini.

Menurutnya juga keadaan di Bandar Taiping juga sudah sesak dengan kenderaan sejak awal pagi.

Katanya lagi di Masjid Daerah oleh kerana ramainya jamaah menyebabkan ada sedikit gangguan bekalan air.

Inilah suasana awal pagi di bandar bersejarah ini dalam keadaan semua pihak bersiap untuk perarakan dan penamaan calon yang akan diadakan di Majlis Perbandaran Taiping pada jam 9.00 pagi ini.

Menurut Setiausaha Operasi Jentera PAS PRK Bukit Gantang, Sdr. Salman Salleh semasa di hubungi, satu solat hajat untuk pimpinan akan diadakan di Markaz Ayer Kuning pada jam 7.30. Konvoi pimpinan bersama calon ke tempat penamaan akan bermula pada jam 8.00pagi ini.

Malam tadi suasana di Markaz Ayer Kuning yang merupakan Bilik Operasi Induk terus menerus hingga lewat malam menerima kunjungan dari penyokong luar daerah bagi mendapatkan maklumat perarakan calon dan penempatan masing-masing.

Semasa saya dihubungi beberapa warta akhbar utama bertanyakan berapa jumlah penyokong Pakatan Rakyat yang kana hadir, saya katakan melebihi 30,000 orang.

TERKINI:Suasana dalam kawasan Penamaan Calon



Gambar dan peristiwa 27 Mac 2009

YAB. Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengerat riben belon merasmikan Expo Rakyat di Dataran Nik Aziz Simpang.

Calon PAS bertanya khabar kepada pengunjung Pasar pagi Simpang.

Lawatan ke Pasar pagi Simpang.


Bergambar bersama dengan ADUN Aulong, YB. Yew Tian Hoe.


Selamat datang ke Majlis Penamaan Calon PRK Bukit Gantang esok.

Plan kedudukan tempat penamaan calon di Majlis Perbandaran Taiping pada jam 9.00 pagi esok. Penyokong Pakatan rakyat dinasihati datang lebih awal berkumpul di Taman Tasik Taiping..


1. Majlis solat hajat di Mesjid Kampung Jambu/Mesjid Daerah Taiping pada jam 7.30 pagi.

2. Petak bertanda hijau adalah pemisah antara penyokong Pakatan Rakyat dan BN.

3. Garis hitam besar adalah untuk penyokong Pakatan Rakyat.

4. Garis besar berwarna kuning adalah untuk penyokong BN.

5. Tanda panah besar adalah arah pergerakan perarakan calon dari tempat berkumpul di Taman Tasik.


Abdul Rahman sudah berpolitik nampaknya ?

Lima buah kenderaan rasmi dari enam kesemuanya telah dikembalikan kepada Pejabat SUK iaitu satu Proton Perdana Executive, dua Proton Perdana, satu Naza Sorento dan satu Mercedes Benz Pacuan Empat Roda yang digunakan oleh bekas Menteri Besar itu telah diserahkan pada 23 Feb 2009 manakala kediaman rasmi Menteri Besar diserahkan pada 27 Feb lepas.

Tinggal sebuah lagi yang belum diserahkan oleh YAB. DS. Muhammad Nizar Jamuluddin seperti yang dijelaskan oleh SUK Perak ,Abdul Rahman yang berkata berkata setakat ini Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengeluarkan tiga surat rasmi kepada pihak Mohammad Nizar selain membuat permintaan secara lisan agar Menteri Besar Perak pakatan Rakyat itu memulangkan sebuah lagi kenderaan rasmi jenis Toyota Camry 2.4V bernombor pendaftaran AGS 10.

Persoalannya kenapakah beberapa dakwaan dan kenyataan ini dikeluarkan oleh Abdul Rahman. Termasuklah dakwaannya yang dia sendiri tahu jawapannya bahawa dia menerima maklumat yang menyatakan bahawa Mohammad Nizar juga masih mendapat bayaran gaji dan elaun penuh sebagai Menteri Besar Perak. Selain daripada itu tanda nama Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak Darul Ridzuan atau yang membawa maksud yang sama seperti itu juga ada dipasang di rumah sewa beliau.

Nampaknya Abdul Rahman sudah ada kelayakan untuk menjadi orang politik sepenuh masa. Itupun kalau dia berani turun ke gelangang. malah sepatutnya dia sudah menawarkan diri lebih awal untuk menjadi calon UMNO di PRK Bukit Gantang.

Eloklah mahkamah yang menentukan , janganlah kita banyak bercakap dan menyebelahi satu pihak sehingga orang sudah tidak hormat dan dianggap sebagai "barua".

Abdullah hadap Agong 2 April, maklum letak jawatan PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abdin untuk memaklumkan hasrat letak jawatan Perana Menteri, pada 2 April, Khamis depan.

Khairy takut ke Bukit Gantang dan tempat lain, lantik orang lain jalan tugas.

KETUA Pemuda Umno yang baru dipilih, Khairy Jamaluddin, yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemuda Umno pertama, malam tadi mengumumkan pelantikan naibnya, Datuk Razali Ibrahim, sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.

Keputusan ini dilihat sebagai menjawab spekulasi bahawa Khairy tidak akan mengepalai dan turun ke tiga kawasan PRK yang akan berlangung penamaan calon esok dan hari mengundi pada 7 April nanti.

Khairy berkata, Pemuda Umno yang akan menjalankan tanggungjawab itu sebaik saja Perhimpunan Agung Umno selesai hari ini, akan mengambil pendekatan untuk bersama pengundi baru dan memberi penjelasan berhubung pelbagai isu berbangkit.

"Mesyuarat hari ini (malam tadi) memberi tugasan kepada setiap Exco Pemuda yang akan bertugas sepenuh masa di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kita akan membantu jentera tempatan dan menjadi pemudah cara daripada belakang bagi memastikan golongan muda mendekati kami," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Gempar dari Ipoh, pemuda India dipukul polis dirawat di hospital.

Negara sekali lagi dikejutkan dengan berita gempar dan menggerunkan. Sekali ini berlaku di Ipoh Perak. Kalau kita masih ingat dengan kejadian yang menimpa Kugan, hari ini kejadian yang hampir sama berlaku di IPD Ipoh.

Seorang remaja India berumur 26 tahun telah dipukul dan mengalami kecederaan dikebanyakan tempat dibadannya. Sangat Menyayat hati, demikian berita terbaru yang kami terima dari IPOH melaluin pesanan ringkas.

Dimaklumkan juga sedang berkumpul di Hospital Ipoh ialah pemimpin Pakatan Rakyat, antara nya Speaker Perak, V. Sivakumar, Dato' Ngeh Khoo Ham dan Yb. Kulasegaran.

Pemuda India yang dikenali dengan nama Patmanathan berasal dari Chemor itu dipukul setelah beliau pergi ke Balai Polis setelah adiknya ditangkap oleh polis setelah disyaki memiliki ganja .

Saya masih menunggu laporan yang lengkap mengenai kejadian itu.

Kelam kelibut di Bukit Gantang !

Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM YB, MAAF XDPT SERTAKAN GAMBAR POLIS RAMAI SGT. Tanggal 27 Mac 2009, tidak pernah terjadi di dalam lipatan sejarah SIMPANG yang berada di dalam Parlimen Bukit Gantang ibarat "pantai dilanda ombak besar", kelam kelibut jadinya.

1) Pembangunan mee segera ( semua org di sini faham,pasal buat jalanlah).

2) Pesta Polis, almaklumlah dibekas tapak pesta tanglung simpang didirikan kubu kuat PDRM di samping fru. Begitu hebat suasananya hingga jelas Polis menguasai segala2nya. Nak tahu jemputlah ke sini tapi hati2 jgn letak kenderaan dilaluan double line takut kena saman.

3) Di kubu pemuda bn sebelum SMK Simpang pada sebelah petang kira2 jam 6 patang kelihatanlah pemuda2 harapan bangsa entah mana datangnya dengan beg galas duduk termangu di situ. Mungkin kesan jauh perjalanan luas pengamatan, letih duit xsampaikot. Setahu saya tidak pernah saya melihat pemuda2 ini di kawasan ini. Lihatlah BN, inilah pemuda2 yang akan melaungkan semangat BN ketika penamaan calon pada hari ahad ini yang datang saya percaya bertuhankan wang sahaja tapi penghayatan erti perjuangan langsung tiada. Namun begitu berlainan dengan semangat pejuang2 pakatan rakyat yang datang tanpa dipinta, ikhlas,istiqamah teras perjuangan. Justeru, tidak hairanlah ibarat pesta di Tol Kamunting tadi pejuang2 pakatan rakyat datang memikul amanah, bangga dengan bendera di kenderaan masing2 tanpa segan silu melaungkan semangat Malaysia Baru...

Shahrir Rabu hadapan letak jawatan, Zambry bila ?

Setelah tewas dalam pemilihan MT UMNO untuk kali ini semalam, Datuk Shahrir Abdul Samad akan mengemukakan surat peletakan jawatannya sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, Rabu ini.

Dikatakan beliau akan mengemukakan surat tersebut dalam mesyuarat mingguan kabinet pada hari berkenaan.

Sepatutnya bukan Shahrir sahaja yang kena letak jawatan kalau dengan alasan yang diberinya , apa guna dia berada dalam kabinet kalau seorang menteri pun tidak diterima oleh perwakilan.

Mungkin Shahrir tidak perasan bahawa pemilihan UMNO di semua peringkat adalah proses "tender" jawatan dan diselubungi oleh jenayah Rasuah seperti yang diperkatakan oleh pemimpin dan orang UMNO sendiri.

Bila membicarakan letak jawatan, sepatutnya yang rasa paling malu adalah Zambry dan orang UMNO di Perak kerana Menteri Besar kudeta yang berada di kerusinya sekarang adalah orang yang paling terpukul dengan tindakan Shahrir.

Tidak tahulah dia tidak terasa bersalah walaupun dia dipersalahkan oleh banyak penyokong UMNO sendiri sehingga gerak kempen yang dilakukan di Bukit Gantang nampaknya semuanya tidak menjadi.

Kawan saya terdengar ucapan dari seorang bekas Calon UMNO yang kalah dalam PR Umum ke 12 lepas, katanya "kalau macam ni teruklah kita ".

Saya jamin yang berada di pondok UMNO di waktu siang atau malam adalah mereka yang "kelaparan" dan sudah tahu apa yang hendak dimintanya dalam musim "duit bersepah ini".

PAS cari pengganti Harakah

Tidak mudah patah semangat dan menyerah kalah selepas permit Harakah digantung tiga bulan, kumpulan wartawan organ PAS itu kini berusaha menerbitkan akhbar Hujah bagi mengisi kekosongan tersebut.

"Cetakan terbaru itu memuatkan 48 halaman dan beberapa isinya kita akan ubah sedikit (daripada Harakah) mengikut kesesuaian," kata ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman ketika ditemui Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, tambah beliau, ada ruangan-ruangan tertentu dikekalkan dengan sedikit perubahan tajuk dan sebagainya.

"Mesyuarat semalam memutuskan yang kita akan tetap meneruskan perjuangan dan kita akan beroperasi seperti biasa.

"Jumaat depan, Hujah akan berada di pasaran," tambahnya.

Ditanya sikap orang ramai terhadap penggantungan Harakah secara mengejut awal minggu ini, Ahmad Lutfi berkata, ada "desakan luar biasa" daripada orang ramai, khususnya peminat setia akhbar itu.

"Memang ada desakan pembaca yang meminta agar (PAS) adakan demonstrasi," katanya.

Bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tambahnya lagi, kebebasan akhbar semakin merosot.

"Di bawah pemerintahan Dr Mahathir (Mohamad), memang ada sekatan (terhadap Harakah).

"Tapi, tak pernah digantung. Di bawah Najib, belum (berkuasa) apa-apa lagi, sudah ada masalah permit yang lebih dahsyat.

"Pada zaman Mahathir, saya pernah menang perbicaraan di Mahkamah Tinggi berhubung penerbitan (tabloid) Haraki," kata Ahmad Lutfi.

Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000.

Menyentuh isu gaji wartawan dan kakitangan Harakah, beliau berkata, ia dibayar seperti biasa.

"Mungkin akan ada perubahan dari segi (jumlah) elaun," katanya.

Pada 23 Mac, KDN menggantung permit dua akhbar pembangkang berpengaruh termasuk Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan tersebut menghalang keberkesanan kempen PAS dan PKR bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Sehari selepas KDN mengumumkan tindakannya, PKR menegaskan ia akan mengabaikan penggantungan itu dan terus menerbitkan akhbarnya.

Ditemui Malaysiakini di pejabat Harakah, wartawannya Salmiyah Harun berkata, penggantungan itu tidak mematahkan semangat mereka untuk bekerja.

"Kami ada saluran seperti (laman web) Harakahdaily.net untuk meneruskan kerja kami seperti biasa," katanya.

Seorang lagi wartawan Roy Rasul menyifatkan tindakan kerajaan itu tidak membebankan mereka walaupun ahli keluarganya kerap membangkitkan isu tersebut.

"Isunya bukan lagi kebajikan kami. Tetapi, mereka yang bertanggungjawab menggantung akhbar ini perlu bertanggungjawab.

"Kami berharap (Datuk Seri) Syed Hamid Albar akan bertindak secara rasional demi memartabatkan dunia kewartawanan," katanya.

Manakala Nyza Ayob berkata, ahli keluarganya dapat menerima keputusan ini dengan tenang.

"Keluarga memberi sokongan dan saya tetap masuk bekerja seperti biasa," kata Nyza.Malaysiakini.