Witteveen, 52, wakil Parti Buruh dipilih sebagai ahli Senat pada Januari 2013 selepas berkhidmat buat kali pertama dari tahun 1999 hingga 2007.
Menurut laporan media Belanda, Witteveen yang juga profesor di Universiti Tilburg berada di atas pesawat bersama isteri dan anaknya.
Putrajaya setakat ini pihaknya mengesahkan 298 penumpang terkorban; 173 daripadanya warga Belanda, 44 warga Malaysia, Australia (27), Indonesia (12) United Kingdom (9), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1) New Zealand (1).
Manakala 20 identiti mangsa masih dikenal pasti.