27 November 2009

Pulang Raya......

PULANG BERAYA...Lebuhraya Persekutuan mengalami kesesakan teruk kerana ribuan penduduk kota mula pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari esok. Foto THE STAR


NIK AZIZ, ARIFF FAHMI DAN HUSAM MUSNAHKAN IMPIAN MUSUH PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

ALHAMDULILLAH, kemelut di Kelantan boleh dikatakan berakhir. Cuma, yang masih belum berakhir adalah kisah Kickdefella. Biarkan beliau dengan cerita-ceritanya, begitu juga biarkan SPRM dengan siasatannya. Tumpuan kita adalah ingin melihat PAS terus kuat di Kelantan. Umno pula tentunya ingin melihat PAS menjadi semakin lemah di Kelantan kerana jika PAS lemah di Kelantan, maka lemah jugalah PAS di Malaysia. Itu hakikatnya.

Jika sebelum ini dikatakan Ariff Fahmi selaku CEO PMBK bakal membuatkan imej PAS tercalar dan memburukkan nama Mursyidul Am PAS iaitu bapa mertuanya sendiri, nah, kini Ariff Fahmi akan berkorban agar tidak berlaku sedemikian rupa. Ariff Fahmi akan meletakkan jawatan bukan kerana beliau disabitkan dengan rasuah mahupun penyelewengan atau pun gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, tetapi kerana beliau sayangkan PAS. Tok Guru Nik Aziz pula bukan tidak sayangkan menantunya, tetapi beliau lebih sayangkan PAS. Husam Musa pula, beliau tidak meletakkan jawatan sepertimana kehendak Umno atau beberapa orang di dalam PAS termasuk penulis MSO, bukan kerana beliau sayangkan jawatan yang dipegangnya sekarang tetapi kerana beliau lebih sayangkan PAS.

Tetapi, adakah mereka yang ingin melihat Ariff Fahmi atau Husam meletakkan jawatan itu terlalu sayang pada PAS melebihi sayangnya Tok Guru Nik Aziz pada PAS? Wallahu Aklam, Allah jua yang mengetahui niat mereka. Tidak kiralah samada ada yang suka atau duka melihat perkembangan yang berlaku di Kelantan saat ini, yang penting ketiga-tiga insan ini iaitu Tok Guru Nik Aziz, Husam dan Ariff Fahmi telah membuatkan Umno kehilangan `senjata' yang baru hendak diasahnya itu. Pedulikan jika ada ahli-ahli PAS yang lain juga se`mazhab' dengan Umno yang mahu Umno memerintah Kelantan.

Apa pengajaran dari peristiwa ini? Pengajarannya mudah, iaitu tiada yang lebih tinggi nilainya melainkan pengorbanan untuk parti dan jemaah. Tok Guru telah lakukan itu, Husam dan Ariff Fahmi juga telah melakukan itu semua. Kini, kita masih menunggu ada atau tidak pemimpin PAS samada di Selangor atau di mana jua yang sanggup melakukan sepertimana yang telah dilakukan oleh Mursyidul Am PAS atau setidak-tidaknya seperti Ariff Fahmi. Setakat ini kelihatannya tiada. Berdayakah mereka yang pernah `berunding dalam kelambu' bersama Umno di Selangor suatu ketika dahulu untuk berbuat seperti ketiga-tiga insan itu tadi? Rasanya jauh panggang dari api. Siasatan terhadap mereka oleh Jawatankuasa Disiplin PAS pun kita tidak tahu perkembangannya. Sepi tanpa berita.

Apa yang berlaku di Kelantan menunjukkan Mursyidul Am PAS tidak bertolak ansur jika imej PAS tercalar. Oleh sebab itulah beliau amat marah jika ada mana-mana pemimpin PAS yang bertindak seperti ingin menghancurkan PAS. Secara peribadi, tahniah buat Tok Guru Nik Aziz, Ariff Fahmi dan Husam kerana ketiga-tiga mereka ini telah bertanggungjawab `menyapu' najis ke `wajah Umno dan yang se`mazhab' dengannya. Umno pasti tumbang bersama sekutunya, InsyaAllah.

Panduan Menghafaz Al-Quran

Oleh : Ustaz Ibrahim b Zakaria

Sebelum Menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.



E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.
Mengekalkan Hafalan
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

Disediakan oleh:
Ustaz Ibrahim b Zakaria
PENGETUA
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR (MTD) SERI MANJUNG PERAK

Sumbangan Zakat/Derma bolehlah disalurkan ke dalam akaun Bank Muamalat no.08030002138714/CIMB Bank no. 08150000173109 .
NO.TEL 05-6883659 H/P 019-2627636

Ceramah UMUM

Pada : 29hb November, 2009

Hari : Ahad

Jam : 9.00 mlm

Tempat : Taman Bandar Baru Sungai Lalang DUN Bukit Selambau

Penceramah :

1.) YB. Drs. Khalil Idham Lim
2.) YB. Yusmadi Yusuf
3.) YB. Manikumar

* Semua Dijemput Hadir....


Rosmah Mahu Tingkatkan Nasib Kanak-Kanak Dan Wanita ?

Cina Islam menulis.....

Ketika suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sibuk dengan jadual ketat semasa lawatan dua hari ke New York, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pula mempunyai agenda tersendirinya.

Rosmah dikatakan memenuhi jadual hariannya dengan begitu ghairah memperjuangkan nasib kanak-kanak kurang bernasib baik dan wanita, secara aktif terbabit dalam perjuangan ini dan membangkitkan isu-isu ini di persidangan antarabangsa.

Antarnya beliau merupakan penceramah berprofil tinggi pada Forum Wanita Dalam Kepimpinan di Dubai pada 26 Oktober lalu.

Namun sebagai seorang rakyat AMalaysia yang mengikuti pelbagai isu yang membelit wanita pertama Malaysia itu dan suami nya sekali sebagai PM 1Malaysia. Berita diatas disambut dengan pelbagai persoalan dan isu yang masih tidak terjawab sehingga kita.

Saya serahkan berita ini kepada para pembaca sebagai penambah koleksi kepada sikap hipokrit dan manis dibibir sahaja kalau ia selayaknya dipakai dalam perkara tersebut.

Ceramah Eidul Adha

Pada : 29hb November, 2009

Hari : Ahad

Jam : 9.00 mlm

Tempat : Markaz PAS Bt 3 Temoh.

Penceramah :

1.) YB. Dr. Tan Seng Giow (Timbalan Pengerusi DAP Pusat0
2.) YB. Dato Ir. Aminuddin Hamzah (Exco Kerajaan Negeri Kedah)
3.) Sdr. Cikgu Badrul Hisham (Ahli MPP PKR)


Jangan politikkan bantuan banjir di Kelantan !

Cina Islam menulis....

Kerajaan pusat mengumumkan memperuntukkan hampir RM1 juta kepada mangsa banjir di Kelantan khusus untuk membantu meringankan beban mereka.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata peruntukan berkenaan antara lain melibatkan bekalan makanan di pusatpusat perpindahan.

"Setakat ini bekalan makanan bagi pusat perpindahan tiada masalah, bekalan mencukupi. Cuma mungkin mangsa banjir mahu menunya ditukar," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat perpindahan banjir di sekolah Kebangsaan Gual Tinggi,Rantau Panjang semalam.

Saya sebagai salah seorang anak kelahiran Kelantan sangat berterima kasih dengan bantuan yang disalurkan itu dan diharapkan dapat mengurangkan dan meringankan bebanan kehiduoan dalan keadaan musibah yang tidak diundang itu.

Namun dalam sanubari saya tetap mempersoaalkan kemanakah sebenarnya bantuan tersebut disalurkan, adalah hanya disalurkan kepada semua rakyat tidak mengira bulu dan kelompok politik.

Saya berani bercakap sedemikian kerana sebelum ini saluran bantuan oleh JKM dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) disalurkan mengikut bulu dan hanya disalurkan kepada puak-puak yang menyokong BN sahaja.

Bayangkan betapa sakit hatinya kalau bantuan banjir pun sempat dipolitikkan di Kelantan seperti satu masa dulu.

Harap-harap sekali ini tidak lagi....




Pesanan terakhir Rasulallah(Khutbah terakhir)

oleh:dilemaduniaislam.blogspot.com

Umat islam di malaysia pada hari ini makin hanyut dibuai mimpi dan impian masing-masing,pertelingkahan,tuduh menuduh dalam perkara-perkara kecil menjadi satu isu utama umat islam masa kini.Timbul bermacam-macam pertikaian tentang perkara-perkara ranting berbanding perkara pokok.Isu talkin,membaca yasin pada malam jumaat dan banyak lagi memonopoli pemikiran umat islam berbanding isu merokok yang ternyata fatwanya haram bukan saja di Malaysia tetapi diseluruh dunia tetapi kita masih melihat ramai umat islam masih merokok.Banyak lagi perkara pokok yang kita terlepas pandang atau sengaja membutakan mata hati.Renungkanlah..

Pesanan terakhir Rasulallah(Khutbah terakhir) sabda Baginda antaranya;

'Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."

Dalam surah Al-Israa' Allah s.w.t berfirman,maksudnya;

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya". Surah Al-Israa' ;84

Setiap amalan kita yang ikhlas,amalan yang baik,kerana inginkan keredhaan Allah,janganlah kita ragu-ragu mengenainya.Allah maha adil lagi bijaksana.Kita hanyalah hambaNya yang mengabdikan diri padaNya.

MENTERI BESAR SAH: ZAMBRY TETAP MENTERI BESAR HARAM

Kenyataan Media (25 November 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal kemelut Persatuan Bolasepak Negeri Perak di ambil kesempatan oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir cuma memburukkan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di dalam perkara ini.

Datuk Seri Zambry yang masih belum disahkan sebagai Menteri Besar Perak cuba membayangkan kepada rakyat bahawa beliau sekarang berkuasa dan menunjukkan kuasanya serta bersikap angkuh dengan jawatan pintu belakangnya. Belum ada jaminan semua janji-janji Datuk Seri Zambry ini boleh digunapakai kerana Mahkamah Persekutuan belum memutuskan siapakah Menteri Besar yang sah lagi.

Apa yang cuba Datuk Seri Zambry lakukan kini adalah bersifat menyerang semua reputasi Datuk Seri Nizar secara peribadi disemua keadaan walaupun Datuk Seri Nizar lah yang telah menyelamatkan Persatuan Bolasepak Negeri Perak dari terus dilanda hutang lapuk disamping menjaga kebajikan pemain dan kakitangan. Dengan usaha beliau ini, andaian UMNO dan BN mungkin menyebabkan rakyat tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat (PR) jika keputusan Mahkamah Persekutuan nanti berpihak kepada PR dan setelah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selepas itu.

DPPN Pk meminta rakyat supaya jangan terpedaya dengan usaha jahat Datuk Seri Zambry yang terus menerus memburukkan peribadi Datuk Seri Nizar walaupun di dalam sukan bolasepak. Datuk Seri Zambry sepatutnya tidak menggunakan medan sukan ini untuk terus menambahkan kelukaan hati rakyat terhadap beliau.


DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

KHUTBAH AIDIL ADHA : DARI DEWAN ULAMA' PAS PERAK

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، وَِللهِ الْحَمْد.
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ،
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ، وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ، وَالسِّرَاجُ الْمُنِيْرُ.
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى حَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ نَّبِيِّ الرَّحْمَةِ وَشَفِيْعِ اْلأُمَّةِ وَعَلَى اَلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ وَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ.

اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Wahai hamba-hamba Allah,
Bertaqwalah kamu kepada Allah agar kita mendapat kejayaan. Di hari ini seluruh Umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban. Hari ini kita memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihis salam sebagaimana firman Allah :

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ ِلأَبِيهِ آَزَرَ أَتَتَّخِذُ أَصْنَامًا آَلِهَةً إِنِّي أَرَاكَ وَقَوْمَكَ فِي ضَلاَلٍ مُبِينٍ
Dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada bapaknya Aazar: "Patutkah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan? Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata". (Al-An’am : 74)

Nabi Allah Ibrahim Alaihis salam terpaksa melakukan pengorbanan dalam usaha menegakkan aqidah tauhid dengan menolak segala bentuk ketuhanan dan kekuasaan selain daripada Allah yang Maha Esa. Nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan kasih sayangnya terhadap bapanya dan bangun menentang kekuasaan pembesar-pembesar yang berpengaruh dan memerintah masyarakat ketika itu. Pengorbanan besar ini menyebabkan beliau dibakar di dalam api yang besar, dihalau oleh bapanya sendiri dan diancam oleh pihak berkuasa di tanahairnya sendiri. Itulah fitrah bagi orang yang beriman dan bertaqwa dan sanggup berqurban mempertahankan Agama Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 1 hingga 3 :
الم (1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3)
Alif, Lam, Mim, Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja untuk mereka berkata; “Kami telah beriman”. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui juga orang-orang yang berdusta.

Muslimin Muslimat Sekelian,
Mudah sahaja bagi Nabi Allah Ibrahim untuk melepaskan diri daripada kesusahan yang ditempuhinya. Baginda boleh sahaja beribadat dengan tenang di rumahnya, sambil bersyukur dengan keamanan kampung halaman yang didiaminya dan bertoleransi dengan kaumnya yang menyembah berhala dalam aktiviti harian seperti bersukan, berekreasi dan sebagainya. Namun apakah itu yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim.

اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,
Segala pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim itu, hanyalah sekadar menunaikan tanggungjawab terhadap Allah. Allah menghendaki lebih daripada perlaksanaan tanggungjawab tersebut, malah cinta dan kasih sayang Nabi Ibrahim terhadap Allah perlu dibuktikan melalui pengorbanan yang lebih besar pula. Nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan kasih sayangnya terhadap isteri dan anaknya yang ditinggalkan di kawasan yang kering kontang demi membuktikan cintanya kepada Allah. Malah tanpa ragunya baginda menyembelih anaknya, Nabi Allah Ismail semata-mata bagi membuktikan cintanya kepada Allah. Maka apakah memadai kita mengatakan kita cintakan Allah dengan hanya beribadat seadanya yang terkadang terlalai dek kesibukan tugas seharian serta keseronokan melayan anak-anak dan isteri tercinta. Apakah memadai pengakuan cinta kita kepada Allah dengan hanya menyertai ibadat korban sepanggu dua tetapi berkira-kira ketika diminta berkorban jiwa dan harta dalam perjuangan menegakkan Syariat Allah.

اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Sidang Jemaah sekelian,
Kita tidak akan berada di negara ini dengan aman dan bebas tanpa pengorbanan nenek moyang kita yang bangkit menentang penjajah. Tanpa usaha gigih dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu yang membangkitkan kesedaran ummat untuk berhimpun dan menzohirkan kebencian terhadap Malayan Union, nescaya hari ini kita masih bertuankan penjajah. Seluruh rakyat mengorbankan keselesaan mereka beristirehat di rumah, mengorbankan keuntungan perniagaan yang melimpah ruah, mengorbankan kesopanan dan kesantunan mereka sebagai Bangsa Melayu yang berhemah, bagi menggerunkan penjajah. Maka apakah yang kita korbankan hari ini demi mempertahankan maruah dan kedaulatan Agama Allah.

اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Wahai saudara-saudaraku sekelian,
Semua kita wajib melakukan pengorbanan sebagaimana umat terdahulu melakukannya. Pengorbanan terbesar yang perlu kita lakukan adalah menundukkan hawa nafsu agar kita mampu melaksanakan segala titah perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Amar Makruf Nahi Munkar hendaklah dilaksanakan mengikut kemampuan dan kemahiran masing-masing. Budaya ilmu hendaklah disemarakkan agar tidak ada lagi Umat Islam yang jahil dengan cara hidup Islam yang sempurna dan amat indah. Asas taqwa hendaklah sentiasa dimantapkan di sanubari setiap anak-anak. Ketuanan Syariat Allah hendaklah didaulatkan dan dipertahankan walaupun terpaksa menitiskan peluh dan darah.

اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Muslimin Muslimat Sekelian,
Allah swt berfirman :
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى (124) قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنْتُ بَصِيرًا (125) قَالَ كَذَلِكَ أَتَتْكَ آَيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَى (126) وَكَذَلِكَ نَجْزِي مَنْ أَسْرَفَ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِآَيَاتِ رَبِّهِ وَلَعَذَابُ الآَخِرَةِ أَشَدُّ وَأَبْقَى (127)
Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkannya pada Hari Kiamat kelak dalam keadaan buta. Dia akan berkata; Ya tuhanku, kenapa engkau himpunkan aku dalam keadaan buta sedangkan aku dahulunya boleh melihat. Allah berfirman; demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu juga pada hari ini kamu dilupakan. Dan demikianlah kami membalas sesiapa yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat tuhannya. Dan sesungguhnya azab Akhirat itu lebih bersangatan dan kekal.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ, وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

خطبة يغكدوا
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، وَِللهِ الْحَمْدُ.
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِىَ لَوْ لاَ أَنْ هَدَانَا اللهُ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ.
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ.
أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا اللهََ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.

اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,
Kita memerlukan pengurbanan bagi menyelamatkan Umat islam yang kebanyakkannya leka dan alpa terhadap tanggungjawab terhadap agama. Kita perlu berqurban menyedarkan mereka yang mengambil mudah dan meremehkan perintah Allah dan Rasulnya. Kita memerlukan pengurbanan yang begitu banyak bagi mengalahkan penganjur-penganjur maksiat yang ada di mana-mana ketika mana kita sedang melipatgandakan usaha membawa masyarakat kembali beragama. Malah kita juga memerlukan pengurbanan bagi menghadapi Umat Islam yang hilang semangat dan daya juang.

اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Hadhirin Hadhirat yang dirahmati Allah,
Tidak akan ada masa depan yang gemilang bagi Islam jika Umatnya masih leka dan tidak mahu berqurban. Apakah gunanya kita memerintah Negara jika kita hanya mampu mengurban Islam berbanding berqurban untuknya. Kita sering mengambil berat bagi menyediakan kenderaan di padang Mahsyar melalui ibadah qurban, tetapi kita sering melupakan persediaan bekalan bagi menjawab pertanyaan Allah di Hari Pembalasan.
Pada hari ini marilah kita bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan kepada kita iman dan Islam. Marilah kita mengurbankan masa lapang kita untuk menghisab diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan Negara kita samada memenuhi tuntutan Allah atau tidak. Marilah kita mengucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah saw yang telah menyampaikan Islam kepada kita.
إِنَّ اللهَ وَمَلآئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيمًا – الأحزاب : 56
Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya sentiasa berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam ke atas nya.Marilah kita bersama-sama selepas khutbah ini, untuk bersama-sama melaksana dan menyaksikan ibadah qorban, mudah-mudahan dapat menginsafkan kita jika sekiranya lembu-lembupun sanggup berkorban dalam usaha membantu kita mencari keredhaan Allah maka wajarkah kita menjadi sebodoh lembu dengan berterusan membangkitkan kemurkaan Allah.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِى الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ.
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَِلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِاْلإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلاًّ لِلَّذِينَ آمَنُواْ رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَحِيمٌ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسلاَمَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِينَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِينَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّلِمِينَ. وَانْصُرْنَا عَلَى هَؤُلآءِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَنَا وَيَصُدُّونَنَا عَنْ سَبِيلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِى فِلَسْطِينَ، وَفِى لُبْنَانِ وَفِى الْعِرَاقِ، وَفِى شِيشَانَ، وَفِى كَشْمِير، وَفِى كُلِّ مَكَانٍ.
اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ، وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ. اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكََفَرَةَ وَالْمُنَافِقِينَ وَأهْلِكْ أَعْدَاۤءَكَ أَعْدَاۤءَ الدِّيْنِ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.
اَللَّهُمَّ يَا مُجْرِىَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ اْلأَحْزَابِ، اِهزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلْطَانُ اَزْلَنْ مُحِبُّ الدِّيْنُ شَاهِ ابْنُ اَلْمَرْحُوْمِ سُلْطَانِ يُوْسُفِ عِزُّ الدِّيْنِ شَاهِ غَفَرَاللهُ لَهُ
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِللهِ الْحَمْدُ.


Disediakan oleh :
Dewan Ulamak PAS Perak

KEMELUT BOLA : ZAHID JUGA GAGAL

Kenyataan Media (25 November 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) hairan dengan teguran daripada bekas Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Perak Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkaitan kemelut hutang lapuk Persatuan yang pernah beliau tinggalkan dahulu.

DPPN Pk mempersoalkan Datuk Seri Zahid yang cuba mengajar Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan tanggungjawab sebagai Presiden. Beliau yang pernah dipertanggungjawabkan memegang jawatan tersebut dahulu tidak pula dipersoalkan oleh pengurusan yang baru kini.

DPPN Pk meminta Datuk Seri Zahid bertanya dengan Bendahari yang dilantik beliau semasa menjadi Presiden ketika itu. Berapakah hutang lapuk yang ditinggalkan oleh bekas Presiden-Presiden yang lalu apabila beliau memegang jawatan Presiden ketika itu. Khairy Jamaluddin yang pernah dilantik oleh Datuk Seri Zahid ketika itu sebagai Bendahari tentu mengetahui jumlah hutang lapuk tersebut. DPPN Pk mempertikaikan, apakah usaha Datuk Seri Zahid untuk menyelesaikan hutang-hutang lapuk tersebut.

Jesteru, DPPN Pk mengingatkan Datuk Seri Zahid supaya mencermin dahulu prestasinya semasa menjadi Presiden terdahulu dan jangan membuat kenyataan yang menyebabkan penyokong, peminat dan rakyat Perak kecewa dengan beliau seperti mana peranannya semasa menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak dahulu.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


Najib "mesra" judi!

Malaysia sebuah Negara Islam berjaya meraut hasil judi sebanyak RM2.37 bilion pada tahun 2008.

Begitulah "kejayaan" negara kita. Bukan sahaja berjaya menganjurkan Musabaqah Al Quran setiap tahun bahkan berjaya mengutip hasil judi berbilion RM.

Tiada diketahui adakah penganjuran Musabaqah pakai duit hasil judi begitu juga dengan pembinaan masjid-masjid di seluruh negara.

Elok rasanya pamerkan kejayaan UMNO ini dengan mengadakan memacak billboard gergasi di jalan-jalan utama di seluruh negara.

Cantik lagi pacakkan signboard di kawasan masjid-masjid utama seperti Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan Masjid Negeri.

Sama seperti signboard "Bahaya Dadah" yang sekarang terpacak di setiap kawasan masjid.

Malu apa weeh! Minta saudagar-saudagar judi menaja signboard ini. Takkan mereka kedekut. Mereka dah untung berjuta-juta weeh! Minta Menteri KAGAT dan Ustazah Mashitah ambil tindakan proaktif ini.

Jika tahun 2008 dikenali Tahun Islam Hadhari Pak Lah pun sudah raut keuntungan RM2.37 bilion, berapakah hasil tahun 2009 Tahun 1Malaysia?

Sebaik sahaja Najib jadi Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan puluhan lesen judi terutama cabutan mingguan.

Masa itu Najib belum jadi PM. Bayangkan kini beliau telah jadi PM, tentulah berjoget sakan saudagar judi mendapat"syafaat" Najib!

Harakahdaily.Net/-

PM kata boleh, menteri pula kata kaji

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Parlimen hari ini menyaksikan 'pertembungan' antara pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Kementerian Dalam Negeri berhubung isu kebenaran perhimpunan aman.

Perkara itu tercetus apabila Dr. Mujahid Haji Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) yang meminta Mneteri Dalam Negeri menyatakan bilakah pihak Kementerian akan membenarkan perhimpunan aman diadakan di tempat yang selesa dan selamat seperti di stadium atau seumpamanya bagi mengimbangi keperluan hak untuk berhimpun dan kepentingan keselamatan awam.

Bagaimanapun bagi pihak kementerian Datuk Wira Abu Seman Yusop (BN- Masjid Tanah) menjelaskan ianya sedang dikaji kerana ianya melibatkan pelbagai pindaan akta antaranya akta polis.

Tidak puas hati dengan jawapan itu, Mujahid mengkritik tindakan kerajaan yang sentiasa menggunakan istilah 'kaji' dan mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakan kebenaran itu.

"Dah lama dah dengar perkataan kaji, kaji ni. Yang kita nak tau bilakah...dan sediakan tempat selesa untuk demonstarsi aman," katanya.

Sementara itu turut mencelah ialah Datuk Ngeh Koo Ham (DAP- Beruas) yang merujuk kepada kenyataan Najib sebelum ini tentang perhimpunan aman.

"PM kata boleh guna stadium tapi bila Pakatan Rakyat Perak nak buat perhimpunan aman di stadium tidak dibenarkan!" katanya mendapat sorak-sorai sokongan daripada rakan-rakan ahli parlimen yang lain.

Ogos lalu, Najib selepas berlangsung Perhimpunan Mansuhkan ISA di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan lebih 100,000 peserta telah mengumumkan kerajaan bersedia untuk membenarkan tempat awam seperti stadium digunakan bagi mengadakan sebarang perhimpunan aman.

Kenyataan Najib itu menunjukkan kelemahan kerajaan Umno dan BN dalam memahami erti kemerdekaan dan demokrasi.

Ini dapat dilihat, selama ini parti pembangkang bukan hanya dihalang dari menggunakan premis-premis awam untuk program penerangan parti seperti ceramah, dialog mahupun perhimpunan aman, lebih dukacita menggunakan premis awam untuk kegiatan-kegiatan sosial seperti hari keluarga, kempen kemasyarakatan,derma darah dan gotong-royong.

HarakahDaily.Net/-

10 peratus peningkatan kos pembinaan MRSM dipersoal

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar pagi tadi meminta kerajaan menjelaskan tentang peningkatan 10 peratus kos pembinaan beberapa projek MARA yang didakwanya meragukan.

"Saya agak terkejut dan ragu apabila membaca jawapan yang diberikan oleh Kementerian (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - KKLW)...saya lihat ada sesuatu yang tidak kena," jelasnya.

"Saya bertanya tentang projek pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang mengalami 10 peratus pada kos pembinaan, daripada badjet asal."

Beliau menyifatkan jawapan bertulis KKLW perlu diambil perhatian dalam dewan perbahasan.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS mendedahkan peningkatan 10 peratus kos pembinaan tersebut membabitkan 16 MRSM di seluruh negara.

"Bukan saja melebihi 10 peratus, malah (MRSM) kosnya meningkat sampai 387 peratus umpamanya seperti di Maktab Rendah Sains Mara di Betong, Sarawak," jelas sambil memegang transkrip berkaitan.

Tambahnya lagi, kos pembinaan MRSM Sungai Besar, Selangor turut mengalami peningkatan kos pembinaan sebanyak 52 peratus.

"Kos asalnya 45 juta ringgit, tapi meningkat hingga 68.6 juta, maknanya peningkatan luar biasa sampai 52 peratus," ujarnya.

Beliau juga meragui beberapa alasan yang diberikan kementerian terbabit, ekoran peningkatan kos pembinaan itu.

"Alasan yang diberikan kepada saya semalam adalah harga besi dan kabel naik antara 30 hingga 50 peratus disebabkan permintaan yang tinggi oleh (negara) China waktu Sukan Olimpik lalu."

"Sedangkan harga besi naik hanya dalam masa tiga bulan saja, dari April hingga Jun untuk tahun 2008 saja...walhal projek-projek MRSM yang saya maksudkan sejak tahun 2006 lagi," jelasnya.

Disebabkan peningkatan kos pembangunan itu, Mahfuz mendedahkan bahawa kos pendidikan MARA dikuncupkan.

"Tahun 2009 dari bajet pembangunan sebanyak RM883 juta turun sampai RM334 juta saja...hampir separuh penurunan itu dan ianya membabitkan bidang pendidikan," jelasnya.

Menurut Mahfuz, kerajaan telah mengecilkan bajet pendidikan MRSM dan Kolej Sains Mara dari RM293 juta pada tahun 2009 pada RM116 juta saja pada tahun 2010.

Bajet pendidikan Institut Kemahiran Mara (IKM) turut dikecilkan dari RM403 juta (2009) pada RM143 juta (2010).

Bajet pendidikan Kaunseling Bimbingan Usahawan (KBU) turut dikecilkan dari RM5 juta (2009) pada RM445 ribu sahaja.

Bajet pendidikan Program Giat Mara (PGM) turut dikecilkan dari RM20 juta (2009) pada RM16 juta sahaja.

Beliau juga nekad melaporkan kes-kes berkaitan MRSM tersebut kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen dalam masa terdekat.

Beliau juga mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes tersebut secara agresif, sama seperti siasatan suruhanjaya tersebut ke atas beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.

Semalam, Mahfuz meminta KKLW menjelaskan tentang penguncupan bajet pendidikan ke atas MRSM.

Menjawab soalan dalam sesi lisan itu, Timbalan Menterinya berjanji untuk memberikan jawapan bertulis.

HarakahDaily.Net/-

Pemuda PAS Kelantan seru rakyat boikot media fitnah kepimpinan PAS

KOTA BHARU, 25 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyeru rakyat Kelantan khasnya dan Malaysia amnya supaya bertindak proaktif secara besar-besaran memboikot media massa arus perdana termasuk Mingguan Malaysia kerana laporannya kian hebat menyerang kepimpinan PAS khususnya di negeri ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Baihaki Atiqullah dalam satu kenyataan medianya tengahari ini melahirkan kekesalan yang teramat sangat terhadap sikap media massa arus perdana yang melaporkan berita berunsur khabar angin dan spekulasi.

“Kejadian terbaru berita muka hadapan Mingguan Malaysia 22 November 2009 yang memuatkan berita “Husam Letak Jawatan?”. Memuatkan berita berunsur provokasi dan murahan dengan hanya memetik dari sumber yang didakwa sebagai (sumber) ‘dalaman’, sedangkan pada hakikatnya isu berkenaan tidak pernah timbul dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan.

“DPPNK merakamkan kekesalan yang teramat sangat terhadap akhbar tersebut, lantaran tindakan media massa berkenaan melanggar etika kewartawanan apabila tidak melaporkan berita yang benar dan mempunyai integriti, bahkan ‘melacurkan’ dunia kewartawanan serta memalukan pengamal kewartawanan umumnya,” katanya.

Ahmad Baihaki yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri menyifatkat akhbar berkenaan sebagai melampau dan keterlaluan di dalam mencari publisiti murahan serta bertujuan melariskan jualan akhbarnya.

“Ini bukan kali pertama kepimpinan negeri Kelantan khususnya diserang dengan laporan sedemikian, bahkan sebelum ini Menteri Besar Kelantan Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri difitnah dengan isu ‘Tidak Masuk Syurga’ dan ‘Islam Plastik’ di mana terbukti akhirnya (diakui mereka) sebagai salah lapor dari akhbar.

“Dengan ini DPPNK menyeru supaya boikot besar-besaran terhadap akhbar berkenaan dilakukan.

“Ini sebagai hukuman daripada rakyat dan pengajaran kepada mereka bahawa rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia amnya adalah bangsa yang bertamadun dan cerdik dalam membezakan yang mana (story berdasarkan) fakta dan (yang mana pula berdasarkan) khabar angin,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Demit

Selain dari itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Demit menyatakan bahawa DPPNK menyambut baik keputusan Menteri Besar semalam berhubung dengan kontroversi yang melanda Kerajaan Negeri mutakhir ini.

“DPPNK berharap dengan keputusan itu, segala kontroversi dapat dipadamkan dan jentera Kerajaan Negeri dapat ditumpukan bagi menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

HarakahDaily.Net/-

Husam saman NST dan Berita Harian Singapura

KOTA BHARU, 25 Nov: Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa telah memfailkan saman kepada NST Malaysia dan juga Berita Harian Singapura kerana memfitnah beliau.

Dalam muka hadapan akhbar berkenaan baru baru ini, Husam dilaporkan akan meletak jawatannya sebagai exco kerajaan negeri.

“Saya hari ni melalui peguam Asri & Associate telah menghantar ‘Letter Of Demand’ kepada NST untuk dia minta maaf ‘front page’ dalam masa tujuh hari, termasuk berita harian di Singapura," katanya.

Husam memberitahu, beliau menerima panggilan dari pelabur dari Singapura, Indonesia dan Mekah kerana telah membaca NST dan Mingguan Malaysia.

“Dalam Letter Of Demand ni, empat lima ayat yang digunakan tu ternyata fitnah,” tegasnya.

Sambungnya lagi, pada pagi hari Selasa beliau tidak berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana berada di parlimen.

“Pada hari Rabu pula ada mesyuarat exco dan Tok Guru keluar lebih awal,” katanya lagi.

Beliau menambah, pada hari Khamis, beliau merasa kurang selesa pada bahagian kaki dan telah mendapatkan rawatan di hospital.

“Doktor telah menasihatkan saya supaya berehat selama lima hari.

“Saya hanya boleh masuk hospital pada hari Isnin kerana hari Sabtu saya seminar di Kuala Lumpur dan malam Ahad saya ada mesyuarat PAS Pusat yang saya hadir ke dua-dua program tersebut,” ujarnya lagi.

Pada hari Isnin, beliau telah bercadang untuk masuk ke hospital untuk berehat.

“Tiba-tiba pada hari Ahad telah keluar cerita dalam Mingguan Malaysia,kononya saya telah diarahkan bercuti kerana dalam proses hendak dipecat dan mengugut untuk letak jawatan. Saya rasa amat dukacitalah,” katanya lagi.

Husam ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke atas pelajar miskin, Siti Zamanira Mat Zaib, pelajar tahun tiga jurusan Fiqh dan Fatwa, Falkulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, di Kampung Bechah Keranji, Melor.

Sebuah rumah baru akan dibina untuk keluarga pelajar berkenaan berharga RM40,000 yang disumbangkan oleh seorang penderma.

HarakahDaily.Net/-

Kemelut PAFA: Zambry ambil kesempatan burukkan Nizar

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendakwa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir cuba memburukkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam kemelut Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Setiausahanya, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan berkata, Zambry dengan angkuh mengambil kesempatan di atas isu itu untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau berkuasa di negeri itu.

"Datuk Seri Zambry yang masih belum disahkan sebagai Menteri Besar Perak cuba membayangkan kepada rakyat bahawa beliau sekarang berkuasa dan menunjukkan kuasanya serta bersikap angkuh dengan jawatan pintu belakangnya," katanya.

Beliau juga berkata, tiada jaminan segala janji Zambry boleh diguna pakai memandangkan Mahkamah Persekutuan belum memutuskan samaada beliau atau Nizar adalah menteri besar yang sah.

"Belum ada jaminan semua janji Datuk Seri Zambri ini boleh diguna pakai kerana Mahkamah Persekutuan belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah lagi,"

DPPN Pk dalam pada itu meminta rakyat agar tidak terpedaya dengan usaha jahat Zambry yang berterusan memburukkan peribadi Nizar termasuk mengaitkannya dengan masalah sukan bola sepak negeri itu.

Sedangkan tegas DPPN Pk , Nizar selama ini telah menyelamatkan Pafa dari terus dibebani hutang lapuk serta menjaga kebajikan pemain dan kakitangannya.

"Apa yang dilakukan ini adalah bersifat menyerang semua reputasi datuk Seri Nizar secara peribadi di semua keadaan," tegasnya.

Minggu lalu, Zambry menuduh Nizar mempolitikkan isu ini dan berkata beliau tidak berhasrat untuk mengambil alih jawatan sebagai presiden Pafa.

Tuduhan Zambry itu berikutan permintaan Nizar yang merupakan Presiden Pafa agar kerajaan negeri membantu persatuan itu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya berikutan skuad Seladang tidak layak bertanding dalam Liga Malaysia tahun depan kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Zainol Fadzi Paharudin pula menyalahkan Nizar dalam masalah ini.

Namun, Nizar dalam satu pertemuan dengan DPPN Pk baru baru ini telah menjelaskan bahawa hutang-hutang yang sedia ada adalah tunggakan semenjak tahun 2006 lagi iaitu sebelum beliau memegang persatuan berkenaan.

Pafa perlu melangsaikan bayaran hasil kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk beraksi pada Liga Super musim depan.

Mengikut syarat yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mana-mana pasukan yang gagal menjelaskan bayaran tersebut adalah tidak layak menyertai Liga tersebut.

DPPN Pk antara yang giat menjalankan usaha mengumpul dana bagi membantu pasukan bola sepak negeri itu agar dapat beraksi musim depan.

Sebelum ini mereka telah mengadakan perbincangan dengan Nizar untuk tujuan tersebut.

Hasilnya mereka telah melancarkan 'Kempen Seringgit (RM1)' untuk tabung bantuan kepada persatuan bolasepak negeri itu.

HarkahDaily.Net/-

Muhyidin disifatkan masih amal politik primitif

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Tengku Razaliegh Hamzah berfikir dahulu menyertai Kaukus khas parlimen berhubung royalti petroleum disifatkan sebagai primitif dan masih megamalkan politik zaman batu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas perkara itu berkata, sikap Muhyidin tidak memperlihatkan mahu memperjuang hak dan kepentingan rakyat sebaliknya masih terikat dengan stigma sempit kepartian.

"Muhyidin ini bagi saya seorang TPM primitif yang amalkan politik zaman batu, di mana tidak boleh menerima pandangan orang lain untuk kepentingan rakyat dan negara," jelasnya.

Muhyidin hari ini membuat gesaan kepada Ku Li, iaitu Ahli Parlimen BN Gua Musang supaya berfikir dan menjaga kepentingan parti sebelum menyertai kaukus tajaan pakatan rakyat itu.

Gesaan itu dibuat setelah Ketua Pembangkang semalam mengumumkan Ku Li bersedia untuk bersama dalam kaukus tersebut.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS menasihatkan Muhyiddin agar meninggalkan amalan politik secara primitif itu.

"Dia (Muhyiddin) patut tinggallah politik primitif itu sebab negara sekarang sedang menuju pada suatu yang disebut politik baru, berasaskan maklumat, keadilan perlembagaan serta meletakkan kepentingan rakyat adalah segala-galanya."

Ujar Mahfuz lagi, tindakan Muhyiddin itu menggambarkan bahawa beliau lebih pentingkan Umno dari rakyat.

"Kalau Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia yang pentingkan rakyat, dia takkam halang Kuli...inilah wajah sebenar Muhyidiin (iaitu) lebih penting parti dari rakyat," jelasnya.

Beliau juga menganggap Muhyiddin cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beberapa hari lalu, Ku Li dicadangkan mengetuai Kaukus Parlimen demi menyiasat keputusan kerajaan untuk memberi 'wang ehsan' hasil Royalti Minyak kepada rakyat Kelantan, tanpa melalui Kerajaan Negeri.

Cadangan tersebut setelah Ahli Parlimen Pembangkan kecewa dengan keputusan kerajaan Persekutuan menafikan hak rakyat Kelantan untuk menikmati royalti minyak di negeri mereka.

Kedudukannya sebagai bekas Menteri Kewangan era 1970an dan pernah mengikuti siri perjanjian persefahaman (MoU) Akta Pembangunan Petronas meletakkan beliau layak memimpin badan bebas di bawah kuasa Parlimen.

HarakahDaily.Net/-

Anwar menang saman, NSTP diarah bayar RM 100 ribu

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan News Straits Time Berhad (NSTP) membayar ganti rugi berjumlah RM100 ribu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mahkamah turut mengarahkan NSTP membayar RM20 ribu sebagai kos mahkamah.

Keputusan itu diumumkan Hakim Harminder Singh Dhaliwall di Mahkamah Tinggi Jalan Duta petang tadi.

Pada 2003, Anwar memfailkan saman terhadap NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulan Tan Sri Abdullah Ahmad, di atas artikel yang bertajuk 'Anwar’s Link To US Lobbyist' yang disiarkan pada 2002.

Anwar menuntut RM100 juta bagi ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Artikel itu menyentuh dakwaan hubungan Anwar dengan pelobi Washington DC, hubungan kewa- ngan beliau dan organisasi dikenali Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan tuduhan dalam akuan bersumpah oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid.

harakahdaily.Net/-