02 Januari 2014

Kenyataan Dangkal Mengenai Bughah

30 Safar 1435 

Dewan Ulamak PAS Perak begitu kesal dengan pandangan dangkal Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengatakan mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara. Ianya seoalah-olah menganggap pihak kerajaan adalah maksum dan tidak mungkin melakukan sebarang kesalahan sama sekali.

Beliau seolah-olah tidak langsung memahami sistem demokrasi apabila mengatakan ‘Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan? Malang bagi seorang yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan begitu cetek pengetahuannya tentang demokrasi apabila menyangka hanya mahkamah sahaja satu-satunya cara dan kaedah menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan. Apakah beliau begitu naïf sehingga tidak menyedari mengenai kewujudan Akta Perhimpunan Aman yang telah diluluskan sendiri oleh Kerajaan Barisan Nasional yang didokonginya selama ini.  

Lima Rakyat Malaysia Cedera Dalam Kebakaran Hostel Di Hong Kong

30 Safar 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar pada Rabu mengesahkan lima pelancong Malaysia adalah antara 25 orang yang dilapor cedera dalam kebakaran di Yesinn Hostel, Hong Kong Ahad lepas.
Mereka ialah Wong Kang Chi, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Queen Mary Hospital, Pok Lam Road; Phuah Kien Sing dan Lee Chiang Choon (dimasukkan ke Ruttonjee Hospital, Daerah Wanchai); dan Kung Shin Tyan dan Tin Kam Mei (dimasukkan ke Pamela Youde Nethersole Eastern Hospital).

Duta Palestin terbunuh

30 Safar 1435H. [MOD] -

PRAGUE 2 Jan. - Duta Palestin ke Prague, Jamal Al Jamal terbunuh selepas berlakunya letupan di kediamannya di sini semalam.

Menteri Luar Palestin berkata, Jamal cuba untuk membuka peti keselamatan yang baru dipindahkan ke rumahnya dan menurut sumber kerajaan letupan itu mungkin berlaku disebabkan oleh peledak keselamatan yang terdapat dalam peti tersebut.

``Perkara itu masih lagi belum dipastikan, sesetengah peti keselamatan mempunyai mekanisme yang dicipta khas untuk memusnah dokumen penting apabila kuncinya diganggu,’’ lapor sumber itu. - REUTERS

Gaji pekerja Kemboja naik

30 Safar 1435H. [MOD] -

PHNOM PENH 2 Jan. - Kerajaan Kemboja bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum bulanan pekerja di negara ini dari AS$80 (RM363.21) kepada AS$100 (RM454.01) bermula Februari depan.

Dalam satu kenyataan, Menteri Buruh dan Latihan Vokasional memberitahu, para pekerja pakaian dan kasut akan menikmati kenaikan gaji minimum bulan sebanyak AS$100 (RM454.01) bermula 1 Februari 2014.

Kenaikan sebanyak AS$20 (RM90.80) itu dibuat, selepas beribu-ribu orang pekerja melakukan tunjuk perasaan terhadap Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP), menuntut supaya gaji minimum ditingkatkan kepada AS$160 (RM726.42) sebulan. - AGENSI

BN terus hilang undi bandar dengan batal rebat tol.

30 Safar 1435H. [MOD] -

Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus kehilangan sokongan di Kuala Lumpur dan Selangor ekoran pemberhentian rebat tol 20% di kalangan penggunanya ketika hampir kesemua rakyat terpaksa berjimat kerana kenaikan kos sara hidup, kata Ahli Parlimen pembangkang.
BN hilang majoriti kerusi di Kuala Lumpur dan Selangor dalam dua pilihan raya lalu, di samping hilang undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
PRU14 dijangka akan diadakan pada tahun 2018 dan BN dijangka akan terus bergantung kepada undi luar bandar untuk mengekalkan kuasa.

Jangan buat rusuhan dalam wad hospital

30 Safar 1435H. [MOD] -
DR AZMAN IBRAHIM
Memulakan program tahun baru 2014 dengan menziarahi Bendahari PAS Jabi di dalam Wad Hospital Besut. Beliau disyaki mengidap paru-paru berair. Sebaik sahaja selesai menghantar 3 orang anak lelaki ke Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3, kira-kira jam 6:30 pagi tadi bagi memulakan hari pertama sesi persekolahan 2014, saya terus ke Hospital Besut.

Lebih kurang jam 7:40 pagi saya tiba di perkarangan hospital yang pernah menjadi tempat menabur bakti sekitar awal tahun 2001 lalu. Ramai juga sebenarnya warga Besut yang ‘kehilangan gigi’ angkara saya dalam tempoh saya bertugas di sini.

Kini dah hampir 13 tahun berlalu, hanya tinggal angka yang boleh dibilang jari sahaja warga, kakitangan Hospital Besut yang saya kenali dan mengenali saya. Bila kita sampai ke Hospital berselipar Jepun, tak ada orang yang kenal kita.