29 April 2008

Nassuruddin dan Zaki dilantik Speaker dan Tim. Speaker DUN Kelantan

KOTA BHARU 28 April :– Teka teki siapa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang baru akhirnya terjawab apabila bekas timbalan speaker, Mohd. Nassuruddin Daud hari ini dipilih memegang jawatan itu.

Mohd. Nassuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti dipilih menggantikan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang kini anggota Parlimen Kota Baharu. Beliau adalah Timbalan speaker DUN Kelantan untuk sesi yang lepas.
Pada Mac 2005 Isteri beliau , Wan Norhanita Wan Yaacob, 36 cedera parah akibat ditikam seorang remaja lelaki . Anaknya, Hannan, 4, yang turut ditikam remaja terbabit setelah memecah masuk rumah mereka di Meranti, Pasir Mas. Suspek terbabit yang dikatakan berasal dari negara jiran.

Remaja yang dipercayai penagih dadah tersebut ditahan sejurus selepas kejadian hasil bantuan penduduk kampung.

Nama Mohd. Nassuruddin telah dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum bermulanya majlis angkat sumpah kesemua ADUN di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Cadangan itu disokong Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan selepas itu Setiausaha DUN, Imran Mansor mengumumkan secara rasmi pelantikan Mohd. Nassuruddin.

Manakala timbalan Speaker baru pula iaitu Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.