29 April 2008

Nassuruddin dan Zaki dilantik Speaker dan Tim. Speaker DUN Kelantan

KOTA BHARU 28 April :– Teka teki siapa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang baru akhirnya terjawab apabila bekas timbalan speaker, Mohd. Nassuruddin Daud hari ini dipilih memegang jawatan itu.

Mohd. Nassuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti dipilih menggantikan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang kini anggota Parlimen Kota Baharu. Beliau adalah Timbalan speaker DUN Kelantan untuk sesi yang lepas.
Pada Mac 2005 Isteri beliau , Wan Norhanita Wan Yaacob, 36 cedera parah akibat ditikam seorang remaja lelaki . Anaknya, Hannan, 4, yang turut ditikam remaja terbabit setelah memecah masuk rumah mereka di Meranti, Pasir Mas. Suspek terbabit yang dikatakan berasal dari negara jiran.

Remaja yang dipercayai penagih dadah tersebut ditahan sejurus selepas kejadian hasil bantuan penduduk kampung.

Nama Mohd. Nassuruddin telah dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum bermulanya majlis angkat sumpah kesemua ADUN di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Cadangan itu disokong Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan selepas itu Setiausaha DUN, Imran Mansor mengumumkan secara rasmi pelantikan Mohd. Nassuruddin.

Manakala timbalan Speaker baru pula iaitu Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.

3 ulasan:

Nurfirdaus berkata...

Salam,... sdr KI,

Tahniah di atas perlantikan mereka berdua. Semoga mereka dapat memikul amanah yang diberikan.

Terima kasih dan juga tahniah kepada saudara kerana menjawab tulisan MSK.

Cuma ana ingin berpesan iaitu cubalah sedaya upaya untuk mengelakkan daripada 'ter'buat perlakuan yang boleh mengundang unsur2 fitnah atau boleh disalah tafsirkan. Umpama soal parking di Perak.

Pada ana, jika sdr bayar saman itu setelah mohon dikurangkan sebagaimana pesalah lain, mungkin itu lebih baik untuk sdr berbanding minta di'hapus' atau dilupuskan kerana hak sdr. Di sana mungkin tersemat nilai2 pengajaran buat mereka yang masih buta hatinya.

Dalam satu riwayat, pada suatu malam RasululLah SAW dilihat bersama seorang wanita. Baginda perasan bahawa ada sekumpulan sahabat memertikannya, lalu apabila baginda melalui mereka maka baginda pun menyebut "Wanita tadi itu adalah isteriku." Sahabat tidak berkata apa2 cuma berdiam sahaja.

RasululLah SAW mengajar kita melalui peristiwa ini bahawa berusaha untuk mengelak dari fitnah adalah perlu dan sangat dituntut kerana ia dapat mengelak daripada umat Islam terjebak dengan dosa fitnah dan merosakkan jamaah.

Yang baik itu dari AlLah SWT, yang buruk itu dari kelemahan ana sendiri. Maaf jika terasa hati.

Bukit Kapar berkata...

As-Salamu 'Alaikum YB Drs,
Saya mohon izin menyenaraikan blog ini ke dalam "Senarai Blog Pilihan" Universiti Maya Rakyat. Semoga dapat dimanfaatkan.
Salam.

Bukit Kapar berkata...

Salam YB Drs,
Pandangan sdr. nurfirdaus itu amat patut diberi perhatian. Tambahan pula alasan beliau bersandarkan Sunnah Rasulullah.
JAZAKUMULLAHU khairan kathiran.
Salam.