10 Jun 2009

BANGSA MELAYU AKAN TINGGAL NAMA

Menteri Pelajaran telah mengemukakan cadangan untuk mewajibkan pelajar lulus bahasa Inggeris bagi kertas SPM. Beliau juga telah meminta pandangan ramai tentang perkara ini. Tidak tahulah sama ada ini adalah gimik politik UBN sahaja atau sebaliknya.

Namun begitu, rasionalnya untuk mewajibkan bahasa penjajah ini masih tidak jelas dalam menyatupadukan masyarakat di Malaysia ini. Kenapa bahasa Inggeris tidak BAHASA MELAYU? Apa kurangnya bahasa Melayu ini? Dahlah PPSMI bangsa Melayu di luar bandar jauh ketinggalan ini kan pula nak menjalankannya diperingkat SPM? Saya rasa bangsa Melayu akan tinggal nama sahaja selepas ini.

Saya lihat UBN ni terlalu mengutamakan bahasa penjajah ini bermula era mahathir lagi. Lihatlah di eranya PPSMI berlaku, sekolah agama rakyat dipinggir,yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana, hinggakan menyalahkan zaman Nabi Muhammad SAW tidak ada pisau cukur. Rakusnya UBN telah terlalu teserlah hingga tidak boleh dibendung lagi, sekarang cuba pula untuk meminggirkan bahasa Melayu lagi yang menjadi dokongan setiap rakyat Malaysia.

Bahagian Pendidikan juga dijadikan tapak berpolitik. Ingatlah UBN! Pendidikan jangan jadi tapak untuk kita menghamburkan gimik politik. Pendidikan kita serahkan kepada mereka yang lebih arif dan tahu untuk mengajar anak-anak didik mereka iaitu GURU. Bila pendidikan dicampurkan dengan politik maka yang ruginya adalah bangsa Malaysia juga. Bak kata pepatah Melayu, " kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan ".

Janganlah diagungkan bahasa penjajahtu. Wajibkan sahaja bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris, itu lagi baik kerana ia bahasa pertuturan setiap rakyat Malaysia. Manik Urai bertindaklah secara bijak. Ingatlah! penduduk Manik Urai khususnya bangsa Melayu, seandainya bahasa Inggeris juga dipilih maka BANGSA MELAYU akan tinggal nama sahaja selepas ini...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Kerajaan Perpaduan: Kenapa kita berpolemik?

Oleh : TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat.

Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya. Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan. Namun bagi mengurangkan sedikit polimik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini.

Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat. Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat. Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?

Asas kedua ialah taqwa. Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistemn Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa. Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti p[olitik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat. Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.

Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.

Asas ketiga ialah kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat. Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.

Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan. Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.

Asas keempat yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini. Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.

Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara. Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen genstarism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.

Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun. Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kamudian.

KECOH DI KAMUNTING

ASSALAMUALAIKUM YB!

SAYA BARU BALIK CUBA UNTUK MEMBUAT TINJAUAN DI KAMUNTING BILA MENDENGAR ADA BERLAKU KEKECOHAN DISANA. ATAS NASIHAT KELUARGA SAYA TIDAK BOLEH PERGI KE SITU. NAMUN, SAYA TELAH MENGHUBUNGI BEBERAPA ORANG KAWAN YG TINGGAL DI SANA UNTUK MENGETAHUI KEADAAN YG SEBENARNYA. MEREKA BERCERITA ADA SEKUMPULAN ORG INDIA CUBA UNTUK MENYAMUN ORG MELAYU DI KAMUNTING. TERUK ORG MELAYU TU DIKERJAKAN INDIA2 TERSEBUT HINGGA SEORANG MELAYUTU KOMA DAN TELAH MENINGGAL DUNIA.

BILA KWN2 YG MELAYUTU TAHU CERITA BERKENAAN MEREKAPUN SALING MENGHUBUNGI KWN2YG LAIN MENCARI ORG2 INDIA YG MEMBUAT ANGKARA TERSEBUT. SAYA DENGAR PEKIDAPUN DAH MASUK CAMPUR. DEPE DPT JUMPA 5 ORG INDIA YG BUAT ANGKARA TERSEBUT MAKA BERLAKULAH PERGADUHAN. ADA SEORANG INDIA PUTUS PERGELANGAN TANGAN. MANGSA2 KEJADIAN ADA DI HOSPITAL TAIPING LANI. PTG TADI POLIS TELAH MENGARAHKAN KILANG2 YG BERADA DIKAWASAN KAMUNTING TUTUP OPERASI AWAL YAKNI JAM 6 PETANG.

BERITA INI MEMANG MENGGEMPARKAN. KITA TIDAK MAHU BERLAKU 13 MEI LAGI. KWN SAYA BERITAHU, MLMNI INDIA AKAN BUAT HURU HARA DIKAWASAN TERSEBUT BAGI MEMBALAS DENDAM. UNTUK MAKLUMAN YB, KAWASAN SEKITAR KEDAI SELERA MALAM KAMUNTING, KE KORNER, PETRONAS, BUS EXPRESS KAMUNTING PENUH DGN ORG2 MELAYU DAN POLIS SEKARANG. SAYA MENYERU KEPADA RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA DI KAWASAN TERSEBUT, JGN MAINKAN ISU PERKAUMAN. SAMA2 KITA JAGA KEHARMONIAN HIDUP DI MALAYSIA. YG BUAT HALNI ORG YG TAK TAHU UNDANG2. BERTINDAKLAH SECARA BIJAK........WALLAHUAKLAM

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

RAIS YATIM, SI PENAKUT YANG MAHU BERSUARA

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA menyebut nama Rais Yatim, teringat pula saya kisah `keberanian' beliau mencabar Zaid Ibrahim untuk berdebat secara terbuka berkaitan soal imej PM yang beliau sanjungi itu. Keberanian beliau itu tidak lama bertahan, tidak sampai beberapa hari Zaid Ibrahim secara terbuka menyahut cabaran menteri yang juga bekas tokoh Semangat 46 yang `telah membakar jambatan'nya dengan Umno dahulu. Zaid Ibrahim menyerahkan kepada Rais untuk menetapkan tarikh, masa dan gelanggang perdebatan yang ingin diadakan itu. Malangnya, Ahli Parlimen Jelebu itu sehingga kini membisu seribu bahasa. Ini pantun orang Jolobu buat Rais, " Ke Jelobak Ke Jolobu, Tuai Padi Tigo Tangkai, Penakut Sungguh Orang Jolobu, Panjang Gigi Yo Dari Misai".

Baru-baru ini Rais bersuara lagi. Tetapi kali ini beliau memuji Presiden Pas pula kerana katanya seorang yang berpandangan jauh kerana hajat Pas untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Umno. Di dalam masa yang sama Rais Yatim yang tewas di dalam pemilihan jawatan Naib Presiden Umno itu mengherdik PKR dan DAP kerana membantah idea Pas tersebut. Rais berkata, idea Kerajaan Perpaduan itu adalah hak Pas dan parti-parti lain tidak perlu campur tangan. Wah, Rais kini menjadi pembela Pas yang kuat sepertimana sewaktu beliau di dalam Parti Semangat 46 yang `hilang semangat' itu. Takut sungguh Rais sekiranya Kerajaan Perpaduan yang baru di peringkat cadangan itu gagal dilaksanakan.

Hajat Rais, mudah-mudahan Pas akan mengikut jejak langkah beliau yang `cerdik' sewaktu membawa keluar Semangat 46 dari Gagasan Rakyat yang dibina bersama Pas suatu ketika untuk kembali `melutut' kepada Umno. Memang beliau cerdik, kerana sebaik sahaja beliau serta rakan-rakannya dari Semangat 46 `merangkak' ke dalam Umno, beliau kini sudah menjadi menteri. Kemasukan Rais serta tokoh-tokoh Semangat 46 ke dalam Umno benar-benar menyelamatkan Umno kerana Rais tidak lagi bersuara seperti sewaktu di luar Umno. Dengan hanya berjabat tangan dengan pemimpin Umno sebagai tanda `perpaduan' atau `bertaubat', maka, selesai semua perkara di dalam Umno seperti isu rasuah, kronisma dan berbagai-bagai lagi yang pernah Rais tuduh terhadap pemimpin Umno.

Mungkin itulah yang diinginkan oleh Rais untuk Pas ikuti. Saya tidak tahu samada ada atau tidak pimpinan Pas yang mempunyai otak dan akal `sebijak' Rais Yatim ini. Apa yang pasti, Rais pasti gagal kerana jika ada pun pimpinan Pas termakan dengan cara Rais untuk menunjukkan `perdamaian' sepertimana Semangat 46 pernah tunjukkan, rakyat sudah tentu boleh berfikir sebaliknya. Pada rakyat, jika Pas sudah tidak larat lagi untuk berjuang, bersusah payah membela nasib mereka, rakyat boleh memilih pihak lain yang masih mampu bertahan menahan segala cabaran sehingga rakyat mencapai kemenangan. Saya tidak percaya pimpinan Pas bercita-cita untuk menaiki puncak dengan begitu mudah dan selesa seperti yang telah Rais Yatim lakukan.

Saya tidak hairan jika PKR atau DAP yang mempunyai niat untuk bersama Umno atau Bn, kerana parti tersebut kebanyakan tokohnya lahir dari darah daging Umno/Bn. Tetapi, amat memalukan jika parti berkenaan terus komited menentang Umno sedangkan Pas memikirkan yang sebaliknya. Peluang hanya datang sekali, dan Pas kini mempunyai peluang terbaik untuk menjadi parti pengganti kepada Umno dengan dasar yang lebih baik dan mulia. Sekiranya peluang ini dilepaskan, maka entah kurun ke berapa kita akan dapat lihat Pas mampu bangkit kembali./ wfauzdin.blogspot.com

Mahfuz cadang Husam, Mohd Sabu dilantik jawatan utama PAS

KUALA LUMPUR, 9 Jun : - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar mencadangkan agar Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu diberikan jawatan yang penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.

Mahfuz menegaskan kedua-dua pemimpin tersebut merupakan aset penting dalam PAS dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.

Jika keduanya tidak diberikan jawatan-jawatan penting ia pastinya akan merugikan parti, jelas beliau.

"Saya mencadangkan agar Dato' Husam dan Mohamad sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian.

"Mereka berdua merupakan aset penting kepada parti dan ia merugikan jika kita tidak melantik keduanya memegang apa-apa jawatan penting," tegas Mahfuz.

Mahfuz juga menjelaskan, kedua tokoh tersebut merupakan public figure yang mampu menarik sokongan terhadap PAS.

Kedua-dua tokoh tersebut juga tegas beliau, mampu mengukuhkan kepimpinan PAS jika diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian.

Mengulas perkara yang sama, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayob turut sependapat dengan Mahfuz yang mahukan kedua tokoh penting PAS itu diberikan jawatan penting dalam parti.

Salahuddin menegaskan, beliau akan berusaha memastikan Husam dan Mohamad Sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.

"Kedua tokoh tersebut masih sangat-sangat diperlukan oleh PAS, jadi perlu keduanya dilantik jawatan penting dalam Dewan Harian.

"Andai kita membiarkan keduanya tanpa jawatan ibarat membiarkan kilauan permata malap kerana tidak tahu menjaganya," tegas Salahuddin.

Beliau juga menegaskan kedua tokoh penting itu mampu mengukuhkan kepimpinan PAS untuk menguatkan lagi Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu sebelum ini merupakan Naib Presiden PAS. Harakahdaily.

TUTUP TAJUK KERAJAAN PERPADUAN SEBELUM PRK DUN MANEK URAI

Oleh: WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA Kecil Dun Manek Urai tidak beberapa minggu sahaja lagi. Difahamkan Pas kini telah pun menggerakkan jenteranya manakala Umno masih `berkubu' dan belum pun bersedia untuk mengangkat senjata. Apakah ini strategi Umno iaitu memerhatikan terlebih dahulu perkembangan yang melanda Pas serta PR sekarang? Sudah tentu isu Kerajaan Perpaduan yang dihebohkan sekarang amat menarik minat Umno untuk dijadikan `senjata' kempen dan propaganda mereka di Manek Urai nanti.

Kita tidak boleh memandang remeh isu ini kerana ianya telah melibatkan soal prinsip dan pakatan kerjasama di dalam PR. Benar, di Manek Urai sokongan PR tidak diperlukan sangat memandangkan hampir 100% pengundi di Manek Urai terdiri dari orang-orang Melayu dan Manek Urai adalah kubu kuat Pas. Fungsi PKR terutamanya adalah untuk menarik sokongan pengundi-pengundi Melayu dan bukan Melayu untuk menyokong PAS, manakala fungsi DAP pula tentunya untuk menarik kaum Cina menyokong Pas. Ini lah kehebatan PR yang paling ditakuti oleh Umno/Bn. Komitmen pengamal media alternatif seperti Bloggers juga memainkan peranan penting di dalam membantu Pas dan PR dalam setiap pilihanraya. Terbukti, media-media alternatif seperti ini diakui kehebatannya oleh Umno/Bn yang menyebabkan kerajaan Bn hilang 2/3 majoritinya di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu.

Apakah kita boleh bersenang lenang dengan kekuatan yang ada sekarang? Jawapannya sudah pasti tidak kerana kini kita dibelenggu oleh masalah keyakinan di dalam PR. Muktamar Pas baru-baru ini yang dijangkakan menaikkan semangat serta iltizam semua ahli-ahli Pas terhadap PR dan mengiktiraf Umno sebagai musuh politik utamanya ternyata gagal sama sekali. Malah, kemelut di dalam Pas bermula lebih hebat dari sebelum pilihanraya umum yang lalu. Ini adalah kerana gara-gara pendekatan secara berhikmah untuk bekerjasama dengan Umno dan lahirlah istilah Kerajaan Perpaduan. Kita tidak boleh mempersalahkan rakyat yang mungkin terkeliru dengan pendekatan yang pimpinan Pas rancang ini. Pimpinan sehingga kini bukan sahaja gagal untuk meyakinkan rakyat akar umbi, bahkan mereka juga gagal untuk meyakinkan pimpinan PR yang lain. Penjelasan beberapa tokoh di dalam Pas untuk memperjelaskan isu Kerajaan Perpaduan ini dilihat bercanggah satu sama lain menyebabkan isu ini `tergantung tidak bertali'.

Bukan rakan-rakan di dalam PR mencemburui konsep kerjasama yang ingin dilakukan oleh Pas dengan Umno, tetapi mereka ingin penjelasan apakah konsep itu lebih menguntungkan Umno atau PR malah menguntungkan rakyat juga? Jika pendekatan ini hanya semata-mata untuk menunjukkan Pas sanggup bertoleransi dengan Umno demi menyelamatkan rakyat dari belenggu rasuah, kronisma, ekonomi yang tidak menentu, maka tiada bezanya seperti yang telah diperkatakan oleh Ketua Pembangkang DS Anwar bahawa PR sanggup bersama kerajaan untuk tujuan-tujuan tersebut. Oleh yang demikian, mengapa perlu lagi Pas bercakap soal Kerajaan Perpaduan kerana sudah jelas PR akan bekerjasama dengan kerajaan dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan rakyat. Apabila Pas terlalu menekankan soal Kerajaan Perpaduan dalam kaedahnya sendiri, maka tidak hairanlah masalah keyakinan seperti sekarang berlaku.

Persoalannya, adakah dengan wujudnya Kerajaan Perpaduan itu nanti soal rasuah, kronisma, ekonomi yang merudum, pendidikan serta masalah sosial dan agama akan selesai? Tiada penyelesaian kepada semua permasalahan tersebut sekiranya kita bekerjasama dengan mereka yang terlibat dengan semua skandal berkenaan. Kita berunding dengan siapa sebenarnya? Bukankah pemimpin mereka itu pun kita sendiri kata terlibat dengan berbagai skandal? Lainlah sekiranya mereka yang terlibat di dalam berbagai isu rasuah dan penyelewengan itu tidak lagi bersama parti yang ingin kita jadikan Kerajaan Perpaduan itu. Sebagai contoh, amat melucukan bila mana Ketua Menteri Melaka Ali Rustam pun bersetuju sangat dengan Kerajaan Perpaduan tajaan Pas ini. Begitu juga dengan Najib yang kita semua tahu latar belakang serta imejnya. Mereka masih menjadi pemimpin utama di pihak parti mereka dan inikah orangnya untuk kita berpakat?

Saya benar-benar berharap agar isu Kerajaan Perpaduan ini dinoktahkan samasekali sebagaimana Tuan Guru Presiden pernah berkata tiada lagi Kerajaan Perpaduan sejurus Najib mengambil alih kerusi PM dari Pak Lah. Muktamar sebelum ini juga menentang pendekatan itu sebaliknya inginkan PR sebagai `Government Waiting'. Niat yang baik kadangkala tidak disukai ramai apabila kaedah dan perlaksanaannya tidak kena malah terpesong. Tugas Pas dan juga PR seharusnya untuk menyelamatkan ahli-ahli Umno dari terus berada di dalam parti yang hampir karam itu, bukan tugas kita untuk menampal segala lubang yang bocor pada bahtera Umno yang semakin reput tersebut.

Sewajarnya isu ini diselesaikan secepat mungkin sebelum PRK Dun Manek Urai. Jika tidak, suasana kempen dan keceriaan sesama kita di dalam Pas serta PR mungkin kelihatan suram nanti. Mungkin semangat petugas-petugas kempen dan jentera agak luntur kerana mereka merasakan seolah-olah mereka akan berperang dengan parti yang bakal bersama Kerajaan Perpaduan. Percayalah, kesemua pandangan mereka yang seolah-olah mengkritik kepimpinan Pas bukan kerana mereka bencikan Pas tetapi kerana terlebih sayang kepada Pas. Kami semua mahu Pas terus mendominasi PR satu hari nanti dan pada kami Umno semakin hampir untuk ditalkinkan. Buktikan di Manek Urai nanti, InsyaAllah.

Kerajaan perpaduan

Email : Kamil adli puteh ariffin

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kehadapan Saudara Idham Lim, saya sungguh terharu dengan perjuangan saudara di dalam PAS dan PR. Tetapi yang menjadi isu disini disebabkan isu KERAJAAN PERPADUAN hati saya rasa berbelah bagi terhadap perjuangan PAS. Disini ada beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Kepimpinan PAS sendiri iaitu.

i. Adakah PAS boleh lupa apa juga perkara yang amat buruk dilakukan oleh UMNO kepada PAS. PAs sepatutnya mengambil ikhtibar dan adakah pas bersedia untuk dipatuk untuk kali kedua..........

ii. dengan kemenangan yang diberikan oleh ALLAH SWT, PAS sepatutnya pandang isu untuk mencapai kemenangan bukannya perpaduan.Muhasabah diri, tawakdu' dan perbanyakkan mendampingi rakyat terutama masyarakat di kampung bagi meraih sokongan.

iii. Sudah lupakah kepahitan yang diterima oleh PAS pada tahun PRU11 di mana PAS kalah teruk dengan UMNO. Adakah pada masa itu Muzakarah yang PAS lemparkan disahut oleh UMNO. Jauuuuuuuuuuuuh sekali.

iv. Adakah PAS menjangka kemenangan PRU12 lepas atas sokongan UMNO. tidaaaaaaaaaaak. Ini adalah kekuasaan ALLAH SWT, Mungkin ada diantara jemaah PAS yang bertahajud dan memohon kemenangan untuk PAS telah dimakbulkan . Di mana sokongan non-muslim telah mula diraih oleh PAS. Atas inisiatif PAS kah kemenangan ini tidak sama sekali. Tetapi adalah dengan pertolongan ALLAH SWT.

v. Adakah kerana PAS merasa mempunyai kuasa sedikit lalu mendampingi UMNO(musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan).Cuba saudara imbau kembali Kemenangan PAS PRU10 dan saya lihat betapa egonya semuanya kepimpinan PAS pada masa itu. Dan cuba saudara bandingkan PRU11 baru tahu apa itu kemenangan. PRU12 cuba saudara lihat ianya dah mula nampak persamaan dengan PRU10 dimana PAS dah mula tunjuk egoisnya. Sepatutnya PAS dah bergerak langkah menuju untuk mencapai kejayaan dengan mengambil kira padangan rakan pakatan rakyat.

vi. Kenapa pimpinan PAS kurang senang dengan Saudara Anwar Ibrahim. sepatutnya PAS mencari peluang untuk meningkatkan sokongan untuk kemenangan.

vii. Kenapa PAS banyak timbul isu yang boleh menggugat kestabilan PAS sendiri dan sokongan pengundi kepada PAS.

Hayatilah apa TOK GURU NIK AZIZ katakan. PAS sepatutnya fikir bagaimana untuk mencapai kejayaan yang gemilang PRU 13. Apabila kuasa sudah ada ditangan PAS boleh gunakan sepenuhnya seperti menarik benang didalam tepung. Dengan itu Islam dapat ditegakkan dibumi malaysia .

AKHIR KATA MANA LEBIH BAIK UNTUK KITA BERKAWAN

ORANG KAFIR YANG TENTU KITA TAHU LATARBELAKANGNYA DENGAN ORANG MELAYU YANG BERSIFAT MUNAFIK.

BN- Barang Naik lagi..

SEREMBAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata surcaj 30 peratus bagi bas henti-henti dan bas ekspres yang dilaksanakan dari musim perayaan tahun lalu akan ditukarkan kepada kenaikan tambang.

Beliau berkata, oleh itu kadar kenaikan tambang bas henti-henti dan ekspres yang akan diumumkan bakal menyaksikan kenaikan 10 sen saja atau tiada sebarang perbezaan.
"Surcaj 30 peratus yang dikenakan dulu akan ditukar kepada kenaikan tambang.

"Sebagai contoh, harga tambang bas harian dari Seremban ke Kuala Lumpur adalah sebanyak RM4.70 sebelum musim perayaan tahun lalu, ia kemudian dikenakan surcaj RM1.30 (kesemuanya RM6) dan jika kenaikan (tambang) baru diumumkan, pengguna tetap membayar harga tiket RM6," katanya selepas menyampaikan permit teksi dan kereta sewa kepada 85 pemohon di sini, hari ini.

Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas SeMalaysia, sebelum ini mahu kerajaan menaikkan kadar tambang bas berikutan peningkatan kos operasi termasuk kos penyelenggaraan, alat ganti dan upah pemandu serta kenaikan harga minyak Jun tahun lalu.

Kali terakhir kenaikan tambang bas dibuat pada tahun 2005.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan pada dasarnya bersetuju memberi kenaikan tambang 30 peratus bagi meringankan beban pengusaha pengangkutan awam dan ini termasuk surcaj 30 peratus tambang bas ekspres yang dikekalkan sehingga hari ini.

Sementara itu, Mohamed Nazri, memberi amaran bahawa pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemilik teksi yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing.

"Selepas tiga kali mereka dikompaun, kita akan tarik permit mereka...kita bagi tiga kali peluang. Kalau kita terus ambil tindakan keras semasa kali pertama tertangkap, itu maknanya kita sudah tutup pintu rezeki dia sedangkan teksi itu masih ada hutang dengan bank, bank pula mungkin tidak dapat bayaran balik," katanya.

Beliau berkata, kompaun bagi kesalahan itu ialah RM300.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamed Nazri berkata, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan had usia teksi dan kereta sewa kepada 10 tahun berbanding tujuh tahun sebelum ini bagi meringankan bebanan pemiliknya.

"Dengan cara ini, tuan-tuan dapat memaksimumkan penggunaan kereta berbanding dengan pembiayaan pinjaman," katanya. - Bernama.

Komen :

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Nazri, nampaknya sekali lagi BN tidak dapat mempertahankan hak rakyat yang diberikan sejak tahun lepas, sekali ini ia mempertahankan hak pengusaha bas.

Sebenarnya ada beberapa alasan yang boleh diberikan oleh kerajaan kalau dia benar-benar hendak membela rakyat. kenaikan minyak tahun lepas sebenarnya melalui beberapa proses penurunan.

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 9 Jun : - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.

"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.

Nasharudin menjelaskan PAS tidak pernah membesarkan mengenai Kerajaan Perpaduan ini dan sehubungan itu katanya, tumpuan PAS ialah untuk memperkukuh parti dan Pakatan Rakyat serta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Manik Urai.

Sementara itu, Mustafa dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini merayu seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat supaya menghentikan kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya berkaitan dengan kerajaan perpaduan.

"Saya menggunakan perkataan merayu kerana saya tidak ada autoriti untuk arah. Jadi saya merayu khususnya pimpinan PAS agar tidak ada sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan yang akan memberikan barangkali gambaran serta persepsi negatif.

"Tugas saya hari ini bersama jentera pilihan raya PAS ialah lawan dengan Barisan Nasional. Berbicara mengenai Kerajaan Perpaduan adalah tidak relevan pada waktu ini. Sebab apabila kita menggunakan apa istilah pun mengenai kerjasama ini, ia 'misleading'.

"Sebab kerjasama kita hari ini adalah dengan Pakatan Rakyat. Kalau 'engagement' ya. Kita nak bercakap dengan MCA dan MIC tidak ada masalah. Bercakap tidak salah,"katanya.

Dalam pada itu beliau turut memberi respons kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta PAS memberi penjelasan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.

"Saya tidak salahkan Guan Eng membuat kenyatan itu. Saya tahu memang ada dilontarkan oleh Presiden PAS mengenai Kerajaan Perpaduan ini. Tapi ia hanya satu teori dan konsep. Pada saya sekadar melontarkan itu tidak salah,"katanya.

Jelas Mustafa, isu mengenai Kerajaan Perpaduan pernah dilontarkan dalam mesyuarat PAS tetapi tidak pernah dibincangkan sehingga menjadi satu keputusan.

Mustafa juga menyatakan beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa respons Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas itu. Dan selepas itu berlaku peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib.

"Sebab itu, bagi saya mungkin Tuan Guru Abdul Hadi apabila beliau maklumkan perkara tersebut kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dia mengandaikan maklumat tersebut sampai kepada DAP.

"Tetapi apabila DAP mengatakan tidak tahu mengenai perkara ini, maknanya maklumat tersebut tidak sampai kepada DAP," jelasnya.

Beliau berpandangan, kenyataan yang timbul adalah disebabkan berlaku salah faham mengenai isu Kerajaan Perpaduan ini. Bagaimanapun katanya, isu ini tidak akan berbangkit setelah diberi penjelasan.

Justeru katanya, dalam perjumpaan dengan pemimpin Pakatan Rakyat akan datang, isu mengenai Kerajaan Perpaduan ini akan dapat diterangkan oleh Presiden PAS. Harkahdaily.

Tip: 50 Rangsangan Anak Bijak

raffizmy@yahoo.com

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Semoga bermenfaat!

MANIK URAI JGN TERURAI

Alhamdulillah 3 hari saya bercuti di Kelantan berbagai perkara dapat saya simpulkan tentang negeri ini kerana saya bukan berasal di sini seperti YB. Pertamanya dakyah yang selama ini dikatakan Kelantan jauh ketinggalan dengan negeri lain adalah tidak benar sama sekali. Jalan jem, bukan kerana jalan rosak ataupun ada kemalangan tetapi orang ramai yang teramat sangat hingga mengalami kesesakan teruk terutama di Rantau Panjang, Kota Bharu, Ketereh,Machang dan Pasir Mas.

Pelik juga bila si lompat dari Pasir Mas dok kata benda yang buruk mengenai Pas. Hotel semua penuh. Rumah penginapanpun sama. Pasar Besar Siti Khadijah jem dengan orang yang cari parking,yang membeli belah dan bermacam2 gaya manusia. Kalau negeri Kelantanni xmaju sedarlah BN, orang takkan berpusu2 kesini. Teringat saya ada seorang kawan yang merupakan penyokong kuat BN ni mengambil cuti rehat 2 hari dan bila cuba menghubunginya tak dapat2. Rupa2nya dalam diam beliau dan famli bercuti di Kelantan. Agaknya dia dah tahu kot nak pangkah apa sekarang?

MANIK URAI. Sampai juga saya disini walau terpaksa menghadapi kesesakan jalan yang teruk saya sampai juga ke daerah ini. Bila masuk saja kawasann ini hatini mula berdetik Insyaalah Pas boleh mempertahankan Dun Manik Urai. Justeru, sayapun mengambil gambar2 di situ dan mulalah menemuramah penduduk di situ. Rupa2nya perang saraf sudah dimulakan oleh Bn.Padanlah mereka dok menoreh getah dengan orang kampung.

Mereka dah mula menjalankan propaganda terutama isu Perak. Mereka kata YB Nizar menggadai banyak tanah kepada orang cina dan isu sembah derhakapun dah mula dimainkan. Nampakya Pak Teh Grik kena turun Manik Uraila begitu juga Mb Nizar dan segala pimpinan Pas dan Pakatan Rakyat bagi menjelaskan isu sebenarnya agar bagi mereka yang dok tengok tv media kerajaan ini tidak terus tertipu dengan dakyah yang tidak benar.

Bergerak sekarang, jangan sebab bendera Pas penuh, Pas yakin mempertahankan Manik Urai. Saya takut Manik Urai akan terurai tetapi saya yakin orang2 Kelantan ni bijak dalam menilai yang mana intan yang mana kaca yang mana emas yang mana permata...khususnya di Manik Urai...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Pantun.

Oleh : Leenoh

Dari Puchong ke Stadium Malawati.
Menghadiri muktamar serta jamuan.
Bahtera Sejahtera sudah dimiliki.
Pastikan nakhoda menjaga haluan.

Menghadiri muktamar serta jamuan.
Banyak keputusan telah dipersetujui.
Haluan dituju jangan keruan.
Istiqamah ikrar hendaklah dipatuhi.

Banyak keputusan telah dipersetujui.
Agar Islam memimpin ummah.
Pemimpin mengajak bersatu hati.
Supaya sanggup memikul amanah.

Agar Islam memimpin ummah.
Negara sejahtera terus maju.
Pemimpin hendaklah menjaga hemah.
Jangan alih arah dituju.

Negara sejahtera terus maju.
Kehidupan bersih bukan batil.
Semua bangsa hidup bersatu.
Rezeki diagih samalah adil.

Kehidupan bersih bukan batil.
Indah dilihat, indah dinilai.
Musuh menyerang secara batil.
Hikmah bijaksana perlulah dipakai.

Indah dilihat, indah dinilai.
Memimpin umamah bukanlah dangkal.
Penipuan demokrasi perlu diintai.
Menanganinya memerlukan bijak akal.

Memimpin ummah bukanlah dangkal.
Di zaman maju alatnya canggih.
Silap langkah hilanglah pangkal.
Langkah pahlawan hendaklah dilatih.

Di zaman maju alatnya canggih.
Di alam maya manusia bersidang.
Jika pahlawan memang terlatih.
Mentadbir negara menjadi senang.

Sekian. Wassalam.