10 Jun 2009

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 9 Jun : - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.

"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.

Nasharudin menjelaskan PAS tidak pernah membesarkan mengenai Kerajaan Perpaduan ini dan sehubungan itu katanya, tumpuan PAS ialah untuk memperkukuh parti dan Pakatan Rakyat serta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Manik Urai.

Sementara itu, Mustafa dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini merayu seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat supaya menghentikan kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya berkaitan dengan kerajaan perpaduan.

"Saya menggunakan perkataan merayu kerana saya tidak ada autoriti untuk arah. Jadi saya merayu khususnya pimpinan PAS agar tidak ada sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan yang akan memberikan barangkali gambaran serta persepsi negatif.

"Tugas saya hari ini bersama jentera pilihan raya PAS ialah lawan dengan Barisan Nasional. Berbicara mengenai Kerajaan Perpaduan adalah tidak relevan pada waktu ini. Sebab apabila kita menggunakan apa istilah pun mengenai kerjasama ini, ia 'misleading'.

"Sebab kerjasama kita hari ini adalah dengan Pakatan Rakyat. Kalau 'engagement' ya. Kita nak bercakap dengan MCA dan MIC tidak ada masalah. Bercakap tidak salah,"katanya.

Dalam pada itu beliau turut memberi respons kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta PAS memberi penjelasan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.

"Saya tidak salahkan Guan Eng membuat kenyatan itu. Saya tahu memang ada dilontarkan oleh Presiden PAS mengenai Kerajaan Perpaduan ini. Tapi ia hanya satu teori dan konsep. Pada saya sekadar melontarkan itu tidak salah,"katanya.

Jelas Mustafa, isu mengenai Kerajaan Perpaduan pernah dilontarkan dalam mesyuarat PAS tetapi tidak pernah dibincangkan sehingga menjadi satu keputusan.

Mustafa juga menyatakan beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa respons Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas itu. Dan selepas itu berlaku peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib.

"Sebab itu, bagi saya mungkin Tuan Guru Abdul Hadi apabila beliau maklumkan perkara tersebut kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dia mengandaikan maklumat tersebut sampai kepada DAP.

"Tetapi apabila DAP mengatakan tidak tahu mengenai perkara ini, maknanya maklumat tersebut tidak sampai kepada DAP," jelasnya.

Beliau berpandangan, kenyataan yang timbul adalah disebabkan berlaku salah faham mengenai isu Kerajaan Perpaduan ini. Bagaimanapun katanya, isu ini tidak akan berbangkit setelah diberi penjelasan.

Justeru katanya, dalam perjumpaan dengan pemimpin Pakatan Rakyat akan datang, isu mengenai Kerajaan Perpaduan ini akan dapat diterangkan oleh Presiden PAS. Harkahdaily.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

samada ia hanya satu konsep, teori, cadangan atau apa saja, bagi saya ia tersangatlah bijak pandai untuk dikemukakan oleh Pas... tak ada kerja cari kerja...tak ada masalah cari masalah...tak ada penyakit cari penyakit....

Tanpa Nama berkata...

salam..kalau x faham toksah le nak memandai komen..esok di tanya dek Allah..orang cakap benda lain hangpa tafsir lain..buruk sangka..sama je cam orang alik sana..main terkammmm je..

Pemburu Syahid berkata...

Salam....

Aku menyokong penuh KEPIMPINAN ULAMA. Aku akan pertahankan KEPIMPINAN ULAMA selagi mana Allah swt memilih aku untuk mempertahankannya.

Tapi AKU MEMANG PANTANG BILA KADUK NAIK JUNJUNG. PAS kalah sampai tersembam pada PRU Ke 11 dulu pun kerana KADUK KADUK ini. Dan sekarang KADUK KADUK ini buat hal lagi.

Ingat !! Yang masuk syurga adalah golongan MUTTAQEEN. Bukannya golongan bertitle ULAMA ataupun PROFESIONAL.

Ayuh !! Saudara saudara ku sekalian !! Bangunlah !! Pertahankan jemaah ini daripada KADUK KADUK ini !!

Yang menghancurkan PAS bukan ERDOGAN !! Yang menghancurkan PAS bukan ULAMA !! Tetapi yang menghancurkan PAS adalah KADUK KADUK YANG NAIK JUNJUNG !!

Siapakan KADUK KADUK YANG NAIK JUNJUNG itu?!

H1N1 !!

Sudahlah Nasa !! Kami di kampung nie dah jijik tekak nak sebut engkau sebagai Ust Nasa !!

Jika bukan Mursyid al-'Am menjadi penegur kita....siapa lagi wahai Nasa ??!!

www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Mengapa Pemimpin Pas Tidak Pernah serik dengan apa yang telah dialami/dilakukan oleh UMNO/BN.Mengapa terhegeh-hegeh untuk berpakat kembali dengan mereka.

Lebih baik dikukuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Tolong jaga hati dan perasaan komponen Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen yang telah berkorban dan bertongkos lomos untuk memenangkan PR.

Kepada Pemimpin Pas tolong buang ego setelah dipilih dalam muktamar yang lalu.Ingat kedudukan anda sekarang adalah kerana ahli

Ahli Pas yang Keluar UMNO

Tanpa Nama berkata...

pas biasalah nak jadi menteri semau tu ermm i nak kuar pas masuk PKR lagi best huuhuuuhuh

akutakfaham berkata...

YB Nasa & Dato Mustafa,

Siapa yg sebenarnya mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat? Bukankah ketiga2 pemimpin PAS yang mengutarakan saranan kerajaan perpaduan ini yang telah mengelirukan Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat? Sebelum perkara ini disebut, orang tak terkeliru pun. Dulu pun telah dinyatakan tiada lagi perbincangan dgn UMNO. Isu sudah tutup. Tapi sekarang beria nak sangat perpaduan dengan Kerajaan. Walau apa pun disebut konsep, tiori, idea.. kalau kerajaan perpaduan tu bukan kah berpadu dengan kerajaan sekarang? kerajaan sekarang tu bukan UMNO ke? Orang keliru apakah tujuan tuan2 hendak sangat kerajaan perpaduan dgn UMNO? Kalau tujuan tuan2 utk boleh jadi menteri, elok saja tinggalkan PAS dan masuk UMNO. Kerana orang seperti tuan2 tak layak dan tiada kredibiliti untuk memimpin PAS.

Untuk YB Nasa.. apa pasal YB hanya duduk diam terperok tak nak bersusah payah turun padang membela rakyat yang susah, tertindas dan dizalimi? Untuk Dato Mustafa.. apa pasal PAS yang dipimpin tuan tak boleh menang di terengganu?

Tanpa Nama berkata...

Teori @ konsep, tak perlu diwar-warkan. Apa ke jadah kalau yang menyeru kepada perkara di atas mula cik cak dengan UMNO. Jika PAS berpecah, salahkan diri masing - masing. Jangan salahkan ahli. Pimpinan yang mulakan dulu.

Telok Bakong berkata...

udah codek bebenor H1N1 ni

Unknown berkata...

My dear PR LEADERS and Supporters!

Enough is Enough!

Please stay FOCUS with our MISSION and VISION to take over and govern this country!
Please DO NOT get DISTRACTED with ALL these NONSENSE side-line issues such as UNITY GOVERNMENT etc.!
Please PUT a FULL-STOP to ALL these TALKS or ANY TALK that will eventually benefits the BN or others..!
Any side-line issue will give advantage to BN! They will HIGHLIGHT IT even more SO THAT PR will forget their MORE IMPORTANT ISSUES that already in-hand such as RRK Manek Urai, lost PERAK State Government right in front of our VERY OWN eyes, all the pending court cases etc..!
Please for ‘UNITY’ sake within PR, set aside our differences IF ANY, and work towards our COMMON GOAL - EVERYONE in PR from TOP (ESPECIALLY) all the way DOWN (THE GRASSROOTS) must SEE the SAME ‘BIG PICTURE’ that we are going to achieve at the end of this long battle, hurdle, fight and journey!

WE WORKED SO HARD AND SO LONG JUST TO UNITE US ALL IN PR, SO WE SHOULD NOT LET ANYONE, I MEAN ANYONE TO EVEN THINK OR TRY TO BREAK THAT ‘UNITY’ IN PR! FORGET THE UNITY WITH OTHERS, FOR NOW….!

IF WE, CAN’T EVEN GET OUR OWN HOUSEHOLD OR OUR OWN FAMILY TOGETHER, PLEASE DO NOT TRY TO UNITE THE COMMUNITY..! IT WILL BE A BIG LAUGH IN THE TAMAN (COMMUNITY)… CORRECT AND UNITE OURSELVES FIRST, BEFORE WE DO OTHERS!

YES, WE WON BIG IN PRU1999 AFTER DSAI SPECTACULAR REFORMASI WAVE, BUT LOST BADLY IN PRU2004 AFTER COULD NOT TAKE THE EXCITEMENT (STAY DREAMING) OF WINNING BIG IN PRU1999 (WE EVEN LOST THE TRENGGANU STATE - OVER CONFIDENCE PERHAPS!) AND LATER MANAGED TO PULLED OURSELVES BACK TOGETHER (MAYBE) AND WON BIG IN THE PRU2008 (THAT’S ALSO BECAUSE PEOPLE HATED BN SO MUCH AT THE TIME - AND NOT really BECAUSE OF PR INTERNAL (UNITY) STRENGTH..!

SO WE WENT THROUGH UPS AND DOWNS. WHAT WE NEED RIGHT NOW IS TO MOVE FORWARD, BE POSITIVE AND MORE IMPORTANTLY LEARN FROM OUR OWN MISTAKE AND OTHERS! AS A MUSLIM OR ANYONE FOR THAT MATTER, WE SHOULD NOT MAKE MISTAKE TWICE!

FOR PAS,I WOULD THINK AT 55 YEARS OLD, THE PARTY SHOULD BE MATURED ENOUGH TO THINK RATIONALLY AND NOT THINKING OR ACTING LIKE A 25 YEARS OLD YOUNG MAN (BARU BERJINAK DENGAN POLITIK) OR A 40 YEARS OLD MAN (BARU NAK JADI PEMIMPIN DALAM PARTI) - OR TRY TO RE-START THING ALL OVER AGAIN, AFTER ALL THE STRUGGLES MADE TO UNITE US ALL!

Till then, LOOKING FORWARD TO OUR BIG WINNING AT PRK MANEK URAI, RRK AFTER THAT… AND THE NEXT PRU-13!

MA

Sayang TGNA berkata...

betul tu TANPA NAMA 6/09/2009 4:09 AM
Aku sokong 100%.

Bangsa Cina Malaysia berkata...

InsyaAllah pas sedang mengali kubur sendiri.

biar DAP-PKR meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan kemakmuran kepada rakyat malaysia.

ameen.

Tanpa Nama berkata...

Kepada tanpa nama 6/09/2009 4:09AM....
Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah orang yang berilmu... Siasah Syariah adalah bidangnya. Sebagai Presiden Parti beliau adalah ketua ekskutif dalam bidang pengurusan dan pentadbiran PAS tapi tidak berkuasa untuk memberi kata pemutus bagi setiap kaedah pelaksananan. Beliau berusaha pelbagai cara memerah otak mencari jalan penyelesaian terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia. Teori dan Konsep Kerajaan Perpaduan ada dalam Sirah (Sejarah) Nabi. Rujuk bagaimana kisah Nabi Yusuf yang bermula sebagai Menteri seterusnya memegang tampuk pemerintahan negara menjadi Perdana Menteri. Teori dan Konsep Kerajaan Perpaduan ini TGHH lontarkan ketika Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Apa yang saya lihat, itu adalah satu langkah TGHH cuba menyelamatkan negara kita Malaysia daripada jatuh ke tangan Najib yang jelas jauh lebih teruk dan lebih jahat jika dibandingkan dengan Abdullah Badawi. Tapi belum pun sempat Majlis Syura Ulama' membuat keputusan (seperti kata Datuk Mustapha Ali, TGNA belum kata apa-apa), PM dah jatuh ke tangan Najib. Bila Najib dah jadi PM, keadaan dah lain. Kena tukar dan pikir plan lain pulak. Jadinya, Teori dan Konsep Kerajaan Perpaduan tadi kalau tak sesuai dilaksanakan,tinggal je la. Kenapa susah sangat nak fikir?kita jawab soalan matematik pun boleh jawab banyak kaedah kan?cuma kita kena perah otak, teori dan konsep mana yg betul.bila kita buat group discussion, klu ada kwn suggest teori dan konsep yang memang betul, kenapa mesti nak marah?Tapi bila kita baca lagi soalan, pada waktu lain dah berubah, teori dan konsep tu dah tak boleh pakai, kwn kita pun takde desak suruh pakai juga, yang sibuk nak mengata dia kenapa?PIKIR LAA...CARI ILMU...BACA...TANYA PADA YANG AHLINYA...PIKIR GUNA AKAL....

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum YB, saya hanya ingin melontarkan pandangan peribadi saya sahaja. PAS tidak sepatutnya membiarkan isu Kerajaan Perpaduan ini berterusan diperdebatkan di kalangan ahli-ahli PAS. Ia tidak sepatutnya ditimbulkan langsung sejak dari awal lagi. Apa yang dirisaukan sebilangan besar ahli PAS ialah PAS akan menjadi habuan UMNO akibat isu ini. Lihat sahajalah bagaimana respons kepimpinan UMNO terhadap cadangan Kerajaan Perpaduan yang diuar-uarkan kini.

Apa yang lebih membimbangkan ialah "senjata makan tuan" sepertimana PAS semasa bersama-sama BN di zaman Dato' Asri dahulu. Ahli-ahli PAS bimbang "yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran".

Selepas PRU12 Ogos 2008, PAS, DAP dan PKR sudah dapat membentuk suatu persepakatan alternatif kepada rakyat, menawarkan stail dan pandangan yang berbeza daripada dasar-dasar UMNO/BN. Rakyat menaruh harapan yang tinggi dan impian yang gemilang. Seharusnya diperkukuhkan lagi persepakatan di dalam Pakatan Rakyat supaya lebih mantap dan efektif. Hindarkan daripada membangkit dan memperdebatkan isu-isu remeh yang tidak menarik hati rakyat, seperti Kerajaan Perpaduan ini.

Sayangilah perjuangan PAS selama ini kerana rakyat sudah mula menaruh kepercayaan kepada PAS, PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat. Jangan diperjudikan harapan dan nasib rakyat.

Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Kita mesti ingat Islam itu kesejahteraan dunia dan akhirat. Pemimpin atasan dan jamaah PAS hendaklah berlapang dada, muhasabah diri masing-masing .Jaga tuturkata kita mengikut garis panduan Islam. Fikirkan perkara yang boleh menyumbang kemenangan pemerintahan Islam bukan merosakkan nya. Rujuklah bagaimana Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda berjuang dan memimpin dan berdakwah. Jangan hanya pandai bercakap tentang Islam ,tapi akhlak menyimpang daripadanya.Jadikan pertuturan dan akhlak seiring demi kejayaan Islam. Ingat manusia akan jatuh atau menyimpang daripada Islam jikalau kita asyik menjari kesalahan orang lain tetapi tidak melihat diri sendiri.Kita akan jatuh jika dalam diri ada sifat-sifat mazmumah. Manusia akan jatuh kerana pangkat /kedudukan ,perempuan dan harta benda. Ikhlaskan diri kita dalam perjuangan Islam insyaalah kita akan bahagia dunia dan akhirat.

dedakayam berkata...

banyaknya ahli pas yg lantang ni nak bagi sumbangn pd pergerakan pas susah nak mampus,tapi bab kutuk ni,bukan main lagi sampaikan menyamakn pimpinan mcm munafik,yg tu dah melampau lagi yop,agak2 le nak tegur pun...bingai punya hamba allah