11 Mac 2010

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi Meninggal Dunia

CAIRO: Sheikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.

Tantawi, 81, meninggal dunia di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.

Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka dalam dunia Islam, mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.

Tantawi sering dikatakan sebagai pemimpin rohani kepada penganut Islam Sunah.

Pada 1986, Allahyarham dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada sambutan hari lahirnya yang ke-58.

Beliau memegang jawatan itu selama sepuluh tahun sehingga dilantik menjadi Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Sheikh Besar Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996. - AP

Tahniah....

MENTERI Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengucap tahniah kepada ADUN Air Hitam, Abdul Ghani Ahmad (kanan) selepas mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang baru, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, 10 Mac. Turut dilantik, ADUN Sidam, Tan Chow Kang (kiri). Foto : Utusan.

Rombakan: Dua exco k'jaan Kedah digugurkan

Dua muka baru menyertai senarai Exco Kerajaan Negeri Kedah, manakala lapan lagi dilantik semula ke jawatan berkenaan untuk tempoh setahun lagi.

Dua muka baru itu ialah ADUN Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad dan adun Sidam, Tan Chow Kang.

Mereka menggantikan dua exco yang digugurkan, iatu Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri, Abdullah Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri, Tan Wei Shu.

Abdullah adalah ADUN Pantai Merdeka manakala Tan pula merupakan ADUN Bakar Arang.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah Pakatan Rakyat yang mengugurkan exco mereka.

Barisan exco baru itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Star, pagi ini.

Upacara mengangkat sumpah ini juga dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak (atas, bersongkok).

"Lapan exco yang dilantik semula akan memegang portfolio yang sama dan hanya rombakan kecil sahaja yang akan dibuat," katanya.

Azizan berkata lapan exco yang kekal ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi, Datuk Muhamed Taulan Mat Rasul, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Hamdan Mohamed Khalib, Siti Aishah Ghazali, Dr Ismail Salleh, Manikumar Subramaniam dan Lim Soo Nee.

"Semua exco itu akan diberikan tempoh tiga bulan untuk membentangkan agenda mereka dan saya sendiri yang akan memantau tugas barisan exco itu sebelum pelantikan semula tahun depan," katanya.

Bulan lalu, Azizan dilaporkan berkata beberapa exco kerajaan negeri mungkin digugurkan bagi memberi peluang kepada orang baru untuk menunjukkan potensi mereka. Malaysiakini/-

Zulklifi sahkan dia sebagai pengkhianat.

Zulkifli Noordin, yang dipecat dari PKR, Sabtu lalu mengesahkan bahawa dia akan menjadi wakil bebas di Dewan Rakyat. Sekaligus pengesahan itu adalah pengesahan dirinya sebagai penghinat kepada para pengundinya di Kulim-Bandar bahar.

“Saya telah menulis kepada speaker semalam bagi memaklumkan kepada beliau bahawa saya kini adalah MP bebas,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.Tindakan beliau ini adalah berlainan dengan ahli parlimen yang lain yang mengumumkan keluar parti dan bebas. Tetapi Zulkifli terlebih dulu dipecat oleh partinya.

Zulklifi yang mewakili kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu akan menyertai empat MP bebas yang lain apabila Dewan Rakyat bersidang semula Isnin depan.

Tindakan mereka jelas telah bertentangan dengan hasrat dan kehendak rakyat di kawasan parlimen masing-masing yang memilih mereka dengan lambang parti masing-masing yang dimenangi.

Kalaulah mereka bertanding dengan labang bebas lebih awal saya pasti kesemuanya akan hilang wang deposit dan jauh sekali untuk menang. Muka mereka pun tidak dikenali dan mereka menjadi populer atas lambang parti masing-masing dalam gelombang tsunami pada tahun 2008.

Empat penghinat yang lain itu adalah wakil Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim, Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Samsuri (Bagan Serai) and Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas).

Walaupun pada sidang akhbar setelah dia dipecat Zulkifli membayangkan dia akan menyertai PAS , tetapi kelmarin menafikan menafikan laporan kononnya dia akan menyertai PAS. Dan begitu juga lebih awal PAS telah menyatakan perinsipnya atas nama Pakatan Rakyat dan PAS sendiri yang tidak memerlukan orang seperti Zulkifli.

Tindakan beliau menyaman Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad adalah jelas tindakan yang melangkau semangat dan kesetia kawan dalam Pakatan Rakyat. Semangat Mesyauwarah yang sekian lama diamalkan oleh parti diketepikan dengan menggunakan saluran yang selama ini dipertikaikan oleh beliau sendiri. Kemanalah sudahnya membuat laporan polis berbanding rakan Pakatan Rakyat yang boleh dibawa berbincang.

Mansuh bayaran PIN MTesT- Pemuda PAS

24 Rabiulawal 1431H

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) memansuhkan bayaran bagi permohonan untuk menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST).

Menurut iklan yang dikeluarkan oleh Kementerian berkenaan sebelum ini, para pemohon dikehendaki membuat bayaran RM 6 di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mendapatkan Nombor Pengenalan Individu (PIN) sebelum dibenarkan mengisi borang permohonan secara on-line.

"DPPWP difahamkan bahawa lebih 70 ribu pemohon telah membuat permohonan secara online, namun hanya 50 ribu sahaja yang dipanggil bagi mengikuti ujian MTesT diseluruh negara pada 28 Mac nanti.

"Ini bermakna 20 ribu lagi ditolak, walaupun telah membuat bayaran dan mengisi borang permohonan online.

"Dengan itu, Kementerian berkenaan telah mengaut untung atas angin sebanyak RM 120 ribu hanya dengan menjual nombor pin sahaja," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan.

Jelasnya, bahagian pengambilan di kementerian itu ketika dihubungi memberitahu bahawa pemilihan dibuat secara rawak berdasarkan merit yang dikira secara berkomputer.

"Maknanya pemilihan calon dibuat oleh komputer bukan pegawai penilai. Walaupun hanya memohon untuk ikuti peperiksaan tetapi mereka sudah dikenakan bayaran, sedangkan tidak semua pemohon akan dipanggil bagi mengikut MTesT," tegasnya lagi.

Menurutnya lagi, keadaan tersebut berbeza dengan apa yang diamalkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di mana calon-calon kakitangan awam boleh mengisi borang online secara percuma.

Manakala SPA akan membuat pemilihan sama seperti yang dibuat oleh MOE dan hanya calon yang layak sahaja yang akan dipanggil.

Sehubungan itu beliau mahu bayaran bagi mendapatkan nombor PIN untuk membuat permohonan secara online ini dimansuhkan kerana ianya tidak releven dan mencuri wang rakyat yang begitu memerlukan pekerjaan.

"DPPWP tidak melihat keperluan untuk MOE mengenakan bayaran pada peringkat permohonan, dan perkara ini tidak sewajarnya menjadi amalan kerana jelas menindas pemohon yang belum tentu dipanggil untuk mengikuti peperiksaan tersebut", katanya.

Harakahdaily.net/-

Selangor komited angkat martabat wanita

24 Rabiulawal 1431H
Sekretariat Akhbar

SHAH ALAM, 9 Mac: Kerajaan Negeri Selangor terus komited dalam usaha mengangkat martabat kaum wanita dalam negeri ini ke arah menyediakan sistem sokongan yang sewajarnya untuk matlamat tersebut.

"Jangan biarkan wanita terus kekal sebagai satu statistik atau sekadar angka mangsa keganasan dan penindasan dalam negara ini," ujar Rodziah Ismail, Exco Hal Ehwal Wanita, Sains dan Teknologi dan Inovasi dalam satu majlis sambutan Hari Wanita Sedunia semalam di Foyer Bangunan SSAAS, di sini.

Dalam majlis tersebut, kerajaan negeri melalui Exco Selangor itu menyampaikan bantuan kewangan sejumlah RM5,000 kepada mangsa keganasan polis, Norizan Salleh seorang ibu tunggal yang hampir maut kerana ditembak polis sebanyak lima kali. (gambar atas)

Beliau berkata, Norizan telah meminta untuk berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, namun sehingga ke hari ini Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih enggan berjumpa malah tidak mengambil tindakan ke atas anggota polis yang menyerang ibu tunggal itu.

"Menteri Dalam Negeri tidak harus melarikan diri daripada tanggungjawab terhadap tindakan ganas anggota polis itu kerana ini membabitkan keselamatan awam khasnya kaum wanita," tegasnya.

Menurut Rodziah, Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada wanita yang jumlahnya lebih 50 peratus daripada penduduk dunia ini.

"Lebih 49 peratus daripada penduduk Selangor terdiri daripada kaum wanita, maka kerajaan negeri telah meletakkan kepimpinan tertinggi negeri lebih 30 peratus adalah wanita untuk terlibat secara langsung dalam perancangan dan pembangunan negeri.

"Kerajaan juga sedang berusaha untuk mempertingkatkan peratusan wanita yang menduduki kedudukan di peringkat pembuat dasar dan keputusan tidak kira di sektor awam atau swasta," sambungnya.

Yang turut hadir adalah Yang Dipertua Pekawanis, Puan Sri Salbiah Tunut, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin, Exco Selangor, Teresa Kok, Adun Rawang, Gan Pei Nei, Adun Kampung Tunku, Lau Weng San, Adun Kota Damansara, Mohd Nasir Hashim dan wakil-wakil NGO hak wanita.

Harakahdaily.net/-


Najib tolak pilihan raya PBT takut hilang kuasa

24 Rabiulawal 1431H
Dzulfikar Mashoor

PETALING JAYA, 9 Mac: Mungkin takut hilang kuasa politik dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor dan Pulau Pinang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak tuntutan dua kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu untuk mengadakan pilihan raya peringkat kerajaan tempatan.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yakin bahawa Najib sedar pengaruh politik Umno di negeri-negeri terbabit kian rapuh.

“Najib tidak akan buat pilihan raya dia dua negeri ini kerana dia yakin bahawa mereka akan tetap kalah di kebanyakan kawasan, walaupun mereka selalu kata bahawa mereka sudah mulai kuasai kedua-dua negeri ini,” jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Keengganan Najib menerima tuntutan Selangor dan Pulau Pinang itu menurut Badrul, sekaligus mencerminkan bahawa kerajaan pimpinan Najib tidak bercita-cita memulihkan sistem demokrasi tanah air.

“Kalau demokrasi dapat menghilangkan kuasa politik mereka, maka rejim ini akan cuba sedaya-upaya tolak apa jua sistem pemilihan (termasuk) pilihan raya kerajaan tempatan,” jelasnya.

Badrul berkata, rakyat sepatutnya dibenarkan memilih ahli majlis PBT mereka sendiri kerana mereka membayar cukai.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa maksud ‘politiking’ yang cuba dielak Najib itu bermaksud Umno BN tidak mahu rakyat didedahkan dengan isu royalti minyak, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), misteri pembunuhan Altantuya, masalah ekonomi dan sebagainya.

Dalam pada itu, beliau memuji inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang kerana berani menuntut diadakan pilihan raya kerajaan tempatan atas nama demokrasi.

Cadangan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan itu kembali timbul apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengutuskan sepucuk surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof supaya menguruskan proses pilihan raya ahli majlis bagi mengisi PBT.

Ianya membabitkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Begitu juga dengan inisiatif Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengutuskan surat tuntutan yang sama kepada SPR.

Sejak diperkenalkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 pada 40 tahun yang lalu, pilihan raya kerajaan tempatan tidak lagi diadakan di tanah air.

Ketiadaan pilihan raya kerajaan tempatan itu dikaitkan dengan pengisytiharan darurat pada 3 September 1976.

Pakatan Rakyat sebelum ini meletakkan pilihanraya kerajaan tempatan dalam manifesto Pilihanraya Umum ke-12 lalu sebagai salah satu perubahan yang akan dibuat.

Harakahdaily.net/-

Pakatan urus Selangor cara terbaik

24 Rabiulawal 1431H
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 9 Mac: Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berjaya mengurus sumber kewangan negeri dengan berkesan malah menggunakan hasil itu pula untuk kesejahteraan rakyatnya.

Banyak kejayaan dicapai termasuk peningkatan jumlah pelaburan masuk sepanjang 2009 kepada RM6.76 bilion dan mengutip RM50 juta daripada hutang Talam Corporation sebanyak RM392 juta.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi ketika menyampaikan syarahan perdana sempena perayaan dua tahun kerajaan baharu Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

Turut berucap dalam majlis yang adiadakan di Stadium Malawati dekat sini adalah Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali, Exco Teresa Kok, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Dun Selangor, Azmin Ali dan bekas timbalan menteri, Datuk Kalakau Untul yang menyertai PKR, baru-baru ini.

Tan Sri Khalid juga berkata, daripada hasil RM50 juta yang berjaya dikutip itu telah digunakan pula untuk membiayai program tabung mikro kredit bagi membantu golongan berpendapatan rendah di Selangor.

“Jumlah hutang yang sebesar itu dilupa atau digelapkan tapi kita dapat cungkil,” tegasnya dengan mendapat sambutan ribuan orang ramai yang memenuhi ruang di stadium tertutup itu.

Menurutnya, sebuah jawatankuasa berkaitan dengan proses mengadakan tabung itu dipengerusikan oleh Datuk Dr Hasan dengan dipantau oleh Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Khalid sendiri.

Tabung bantuan kepada mereka yang berhak itu berkonsepkan kredit secara Islam yang dikenali sebagai al-Qardhul-Hasan, jelasnya lagi.

Menteri besar seterusnya berkata, sepanjang dua tahun PR memerintah Selangor, kerajaan berjaya memperkenalkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang kesemua tujuh pendekatannya mengembalikan hasil sumber negeri kepada rakyat.

Untuk rekod, ketujuh perkara itu meliputi pemberian 20 meter pertama air secara percuma, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Mesra Usia Emas, sumbangan pelajar ke universiti, Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang, Pusat Khidmat Krisis Sehenti dan Peningkatan Hasil Bahan Mineral dan Galian.

Harakahdaily.net/-




Mazlan Aliman ditangkap di Raub

24 Rabiulawal 1431H
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, sebentar tadi mengesahkan bahawa beliau ditangkap dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) berkata, polis tidak memberitahunya sebab beliau ditangkap.

Pun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kaitan dengan ceramah politik di Felda Klau, Raub petang tadi.

Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudddin Ayub berkata, pihak polis wajib menjelaskan tujuan penangkapan tersebut.

"Sebagai rakyat, Mazlan sendiri wajib diberitahu sebab penangkapan beliau, itu hak asasi mereka yang polis tak boleh nafikan," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Penangkapan itu, menurutnya sekaligus mengakibatkan rakyat bertambah benci kepada Umno dan BN sendiri.

Harakahdaily.net/-

RM4 juta bantu pelajar sekolah Tamil

24 Rabiulawal 1431H

KLANG, 9 Mac: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyediakan RM4 juta bagi membantu anak-anak yang belajar di sekolah-sekolah Tamil seluruh negeri, kata Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatian negeri, Dr Xavier Jayakumar.

Katanya, semenjak dua tahun Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri, kerajaan begitu komited dan sangat mengambil berat untuk menyediakan keperluan prasekolah bagi kemudahan dan keselesaan anak-anak dalam menimba ilmu pengetahuan terutamanya di kalangan masyarakat India.

Menurutnya, dari rekod dan statistik yang diperolehi dari Tamil Foundation dan NGO pendidikan yang lain jelas menunjukkan bahawa anak-anak kalangan masyarakat India jauh ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan awal di peringkat prasekolah sebelum mereka memasuki alam persekolahan.

“Lantaran itu kita melihat bahawa seramai 42 peratus pelajar tahun satu yang memasuki Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil tidak tahu membaca dan menulis kerana kebanyakan dari mereka tidak pernah berpeluang pergi ke tadika sebelum memasuki Tahun Satu,” ujarnya pada majlis perasmian Tadika Rakyat Taman Sentosa dekat sini, semalam.

Majlis perasmian tadika yang berharga RM300,000 itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali. (Gambar)

Katanya, masalah itu berlaku bukan sahaja kerana kekurangan kemudahan dan infrastruktur tetapi juga kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan keluarga yang berpendapatan rendah tidak mampu menghantar anak ke tadika prasekolah swasta.

Menurutnya lagi, berdasarkan feedback dari pelbagai pihak yang prihatin tentang tahap pendidikan awal anak-anak di kalangan masyarakat India, kerajaan negeri mengambil pedekatan yang proaktif untuk menyediakan infrastruktur bangunan bagi tujuan menempatkan tadika prasekolah tersebut.

Setakat ini, katanya kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa lokaliti yang mempunyai kepadatan penduduk di kalangan masyarakat India yang berpendapat rendah dan kelas pertengahan yang memerlukan pusat-pusat tadika dengan harga yang rendah dan berpatutan.

“Bangunan tadika prasekolah yang sedia ada ini merupakan satu mercu tanda kebanggaan dalam sistem pendidikan kita. Sejarah sedang diukir di mana kerajaan negeri komited menyediakan pusat tadika prasekolah dengan harga yang berpatutan dan dikendalikan oleh pihak-pihak yang peka dan prihatin terhadap masa depan anak-anak masyarakat India,” ujarnya yang juga Adun Seri Andalas.

Harakahdaily.net/-

Awan aneh di Uruguay(Allah Hu Akbar)

24 Rabiulawal 1431H
Email : noorsaifah osman






PEMIMPIN UMNO PERLU KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM

24 Rabiulawal 1431H
Email : mohd hafez sabri

IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang perjuangannya semata-mata politik berasaskan perkauman yang sempit seperti yang diamalkan mereka selama ini.

Menurut beliau UMNO tidak terkecuali daripada kesesatan itu maka pemimpin UMNO hendaklah bertaubat dan kembali menerima perjuangan yang berasaskan kepada Islam.

Menurut beliau Umat Islam yang mengambil perjuangan politik berasaskan sekularisma seperti yang diamalkan UMNO adalah sesat disisi Islam dan mereka perlu bertaubat dan kembali kepada asas-asas perjuangan Islam yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.

Beliau menjelaskan lagi untuk tahu perjuangan itu betul atau salah, umat Islam hendaklah merujuk perjuangan masing-masing berasaskan Al Quran dan As Sunnah.

Memetik kata-kata beliau, ” jika merujuk semula kepada al quran, sunnah dan sirah perjuangan para Anbiya’, perjuangan UMNO jelas bertentangan dengan perjuangan yang dibawa para anbiya’, ini kerana UMNO tidak meletakkan al quran sunnah sebagi rujukan utama bagi memandu perjuangan mereka ”.

Menurut beliau lagi UMNO membawa fahaman bahawa nak ikut Islam hanya dalam perkara sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya. Dalam bab politik dan undang-undang tak nak ikut Islam . Inilah pemikiran sesat, berhala baru yang terkeluar dari ajaran Islam.

Tambah Ustaz Abu Bakar lagi, bagi memelihara keteguhan keimanan umat Islam mereka perlulah bersama-sama perjuangan PAS, hal ini kerana PAS adalah parti yang konsisten memperjuangan Islam sejak dari zaman penubuhannya lagi.

Selain itu beliau juga menyeru supaya rakyat sering menghadiri majlis-majlis ilmu yang dianjurkan pada setiap masa smada di surau, masjid atau dimana tempat-tempat pengajian bagi menambahkan kefahaman mereka terhadap Islam.

”Jika kita mahu mencari kebenaran maka selulah kita menghadiri majlis ilmu, zaman ini perkara yang merosakkan keimanan banyak. Kalau kita tak ada ilmu maka ia akan menjerumuskan diri kita kepada kejahilan.

” Kita juga perlu sentiasa beringat bahawa hidayah datang dengan dua cara, pertama melalui pengajian ilmu seperti kuliah, ceramah dan lain-lain. Dah dapat ilmu belum tentu lagi maka kena cari hidayah yang kedua dengan berdoa kepada Allah SWT minta petunjuk,” katanya.