11 Mac 2010

Rombakan: Dua exco k'jaan Kedah digugurkan

Dua muka baru menyertai senarai Exco Kerajaan Negeri Kedah, manakala lapan lagi dilantik semula ke jawatan berkenaan untuk tempoh setahun lagi.

Dua muka baru itu ialah ADUN Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad dan adun Sidam, Tan Chow Kang.

Mereka menggantikan dua exco yang digugurkan, iatu Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri, Abdullah Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri, Tan Wei Shu.

Abdullah adalah ADUN Pantai Merdeka manakala Tan pula merupakan ADUN Bakar Arang.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah Pakatan Rakyat yang mengugurkan exco mereka.

Barisan exco baru itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Star, pagi ini.

Upacara mengangkat sumpah ini juga dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak (atas, bersongkok).

"Lapan exco yang dilantik semula akan memegang portfolio yang sama dan hanya rombakan kecil sahaja yang akan dibuat," katanya.

Azizan berkata lapan exco yang kekal ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi, Datuk Muhamed Taulan Mat Rasul, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Hamdan Mohamed Khalib, Siti Aishah Ghazali, Dr Ismail Salleh, Manikumar Subramaniam dan Lim Soo Nee.

"Semua exco itu akan diberikan tempoh tiga bulan untuk membentangkan agenda mereka dan saya sendiri yang akan memantau tugas barisan exco itu sebelum pelantikan semula tahun depan," katanya.

Bulan lalu, Azizan dilaporkan berkata beberapa exco kerajaan negeri mungkin digugurkan bagi memberi peluang kepada orang baru untuk menunjukkan potensi mereka. Malaysiakini/-

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

us azizan patut belajar cara pemerintahan dari nizar

Tanpa Nama berkata...

kita inginkan perubahan, bukan setakat meneruskan kelangsungan pemerintahan UMNO

Tanpa Nama berkata...

pemerintahan pas perak wajar menjadi contoh terbaik bagi pimpinan pas kedah, jangan slow sangat...

Tanpa Nama berkata...

kita nak lihat pemerintahan pas kedah yang dinamik, supaya menjadi contoh terbaik

Tanpa Nama berkata...

penasihat us azizan wajar dari kalangan orang ada wawasan bukat setakat nak pendamkan isu saja

Tanpa Nama berkata...

dalam masa lima tahun nilah masa terbaik untuk us azizan buat perubahan, kalau nak sambung kerja UMNO, UMNO pun boleh buat

mohd ihsam zainuddin berkata...

teruskan kecemerlangan ustaz! jgn terperangkap dgn dakyah umno! ketelitian dan tidak terlalu gopoh bakal mengundang bencana.. umno sentiasa berlegar kiri dan kanan bagi mencari kesalahan pemerintahan pakatan rakyat.tahniah! kerana berjaya mengekalkan suasana yg amat harmoni di kalangan penduduk kedah.hanya penduduk kedah yg tahu apa yg mrk inginkan di kedah. tambahkan program dan dasar yg lebih memberi keutamaan kpd anak negeri.

hehe berkata...

slow n steady takpa....

kesian makhluk tuhan yang dengki dan busuk hati... taktau nk cari isu apa...hahaha

Tanpa Nama berkata...

YB,sy nk tnya,iklan kt ats tu wacana perdana bsama DS Nizar buat kt mana? Dataran Hayur Asyir kt mana tu? Bubuhla nama tmpat.

Tanpa Nama berkata...

dataran haiyu asyir tu bukan kat malaysia. tapi nama tempat di kaherah mesir. penempatan pelajar-pelajar malaysia di sana.

laman409 berkata...

hehe berkata, sebenarnya bukan orang sakit sahaja yang sakit dan bukan orang susah dahaja yang susah...
tapi orang yang denki kat orang lagi sakit dan lagi susah
itulah geng-geng sakit hati... terutamanya di kedah darul aman yang sejahtera untuk semua