3 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan terima kasih atas sumbangan bertali arus dari masyarakat yang prihatin terhadap musibah banjir yang berlaku di Pahang, Terengganu dan Johor beberapa hari ini.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, setakat hari ini, DPPM telah menerima sejumlah RM40,300 duit kutipan hasil sumbangan orang ramai dan jumlah tersebut terus meningkat setiap hari.