30 November 2021

KL City julang Piala Malaysia selepas 32 tahun, atasi JDT 2-0

 

AKSI perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 melibatkan JDT dengan KL City di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR: Taktikal Bojan Hodak untuk tidak membenarkan gol awal diperolehi Johor Darul Ta’zim ( JDT) nyata membuahkan hasil apabila Kuala Lumpur City (KL City) berjaya melakar kemenangan 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Final Piala Malaysia: KL juara, JDT menangis

 Pemain Kuala Lumpur City (KL City),  Zhafri Yahya (kanan) meraikan gol pertama jaringannya bersama rakan sepasukan Akram Mahinan  pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. -  NSTP/AIZUDDIN SAAD

Pemain Kuala Lumpur City (KL City), Zhafri Yahya (kanan) meraikan gol pertama jaringannya bersama rakan sepasukan Akram Mahinan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City (KL City) FC menyempurnakan 'kisah dongeng' mereka apabila mengejutkan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-0 untuk merangkul Piala Malaysia ke-100 tahun pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Lelaki 69 selamat selepas 22 jam hanyut di laut

 Foto hiasan

Foto hiasan

TOKYO: Seorang lelaki berusia 69 tahun diselamatkan di laut bergelora di Jepun selepas menghabiskan 22 jam hanyut di perairan terbuka, dengan seorang pegawai menyifatkan kelangsungan hidupnya sebagai 'keajaiban'.

Nikmati daging premium, harga mampu milik

 

Saheran (kanan) dan Mohd. Shazwan menunjukkan menu unik dan popular di restoran mereka di Ampang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Secara kebetulan seorang usahawan yang sebelum ini memiliki berat badan lebih 100 kilogram dan sedang berusaha menjaga diet pemakanannya bagi mengelakkan da­ripada terjebak dengan penyakit diabetes serta obesiti lebih serius, telah berjaya membangunkan perniagaan unik berasaskan da­ging premium.

Batu Bulan mampu bekal oksigen kepada penduduk Bumi selama 100,000 tahun

 

NASA menjangkakan bahawa Bulan dapat menyalurkan gas oksigen kepada hidupan di Bumi untuk 100,000 tahun akan datang sekiranya oksigen tersebut dapat diekstrak. - Getty

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) percaya bahawa batuan di permukaan Bulan berpotensi menyimpan bekalan oksigen yang mencukupi untuk menampung populasi sedia ada 8 bilion penduduk Bumi bagi tempoh 100,000 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star semalam.

Guna seguni duit syiling beli motosikal secara tunai

 

Lelaki itu memunggah guni wang simpanannya untuk membeli motosikal. - Tik Tok

JAKARTA – Seorang lelaki tular di media sosial kerana bertindak memunggah guni simpanannya yang berisi duit syiling untuk membeli sebuah motosikal, lapor program berita Liputan 6 semalam.

Pfizer mula bangunkan vaksin khusus Omicron

 Pfizer. FOTO fail AFP

Pfizer. FOTO fail AFP

Washington: Pfizer mula mengusahakan versi vaksin Covid-19 yang khusus menyasarkan varian Omicron sekiranya vaksin semasa tidak berkesan terhadap varian terbaharu itu.

Hukum makan sushi, sashimi harus, dibenarkan – Mufti Wilayah

 

PUTRAJAYA: Hukum memakan sushi dan sashimi adalah harus dan dibenarkan selagi mana ia tidak melanggar hukum syarak dan tidak memudaratkan tubuh badan mahupun akal fikiran. 

Semua bakal jemaah haji masih diberikan subsidi

 

IDRIS Ahmad menyantuni kumpulan pertama 228 orang jemaah umrah diuruskan Amal by Malaysia Airlines di KLIA, Sepang. - FOTO/FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG: Kerajaan memberi jaminan bahawa semua bakal jemaah haji negara ini masih lagi diberikan subsidi kecuali yang mahu memilih pakej swasta dan sanggup membayar kos lebih.

Perang ekonomi terhadap Turki

 

SELEPAS kegagalan peristiwa rampasan kuasa pada tahun 2016, Turki telah melalui fasa perubahan yang agak ketara dari sudut politik dan ekonomi samada dalam mahupun luar negara.

Hentikan polemik Mandi Safar

 

ISLAM pada asasnya merupakan agama yang meraikan adat, tradisi dan kebudayaan manusia. Selagi mana adat, tradisi dan kebudayaan tersebut tidak bertentangan dengan akidah dan syariat, maka ia bebas untuk diamalkan. Namun jika sebaliknya, ia mesti ditinggalkan atau diletakkan garis panduan.

Fasa peralihan ke endemik ditangguh seketika

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pada sidang media di Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk memperhalusi semula langkah bagi mengumumkan fasa 'Peralihan ke Endemik' sehingga mendapat maklumat lanjut berhubung varian baharu COVID-19, Omicron.

KKM kesan 25 kes positif di Parlimen

 Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

PUTRAJAYA: Sebanyak 25 kes positif COVID-19 yang dikesan melalui saringan berkala pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 semalam, berkemungkinan besar adalah varian delta.

4 terbunuh, 38 cedera ribut kencang badai Istanbul

 Istanbul mengalami angin kencang sejak pagi Isnin sehingga mengakibatkan pokok tumbang, bumbung rumah rosak dan sebuah menara jam runtuh. - Foto AGENSI

Istanbul mengalami angin kencang sejak pagi Isnin sehingga mengakibatkan pokok tumbang, bumbung rumah rosak dan sebuah menara jam runtuh. - Foto AGENSI

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 38 cedera semalam apabila bandar metropolis Istanbul di Turki dilanda ribut dan angin kencang, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Pengganti pilihan Duterte tarik diri bertanding pilihan raya presiden

 Christopher Go (kanan) berkata, keputusannya untuk menarik diri juga adalah untuk mengelak daripada menimbulkan ‘lebih banyak masalah’ kepada Presiden Rodrigo Duterte (kiri). - Foto AFP

Christopher Go (kanan) berkata, keputusannya untuk menarik diri juga adalah untuk mengelak daripada menimbulkan ‘lebih banyak masalah’ kepada Presiden Rodrigo Duterte (kiri). - Foto AFP

MANILA: Pengganti pilihan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengumumkan penarikan diri bagi bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2022.

Pas ekspatriat kini siap 1 minit berbanding 30 hari

 

HAMZAH Zainudin melancarkan secara rasmi pembukaan premis ESC di aras tiga, balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). -UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG: Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat (ESD) hari ini melakar sejarah apabila mampu memproses Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pegawai dagang asing hanya dalam tempoh seminit.

‘Saya jadi individu pertama menentang kehadiran atlet Israel’- Peja

 

AHMAD Faizal Azumu, mencuba peralatan tinju ketika mengadakan lawatan dan merasmikan Kompleks MSN Nilai di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN: Malaysia tidak melakukan sebarang diskriminasi terhadap atlet daripada Israel dalam isu penolakan pemberian visa kepada pemain skuasy dari negara itu bagi menyertai Kejohanan Berpasukan Dunia Lelaki yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur bulan depan.

96.8% populasi dewasa lengkap divaksin

 

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,345,233. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 22,665,493 individu atau 96.8% daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Kehadiran murid ke sekolah lebih 85%, Dewan Rakyat diberitahu

 

Kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di kawasan yang berada bawah Fasa 4 PPN telah dibuka semula dengan 4.2 juta murid menghadiri sesi persekolahan secara bersemuka.

KUALA LUMPUR: Purata trend kehadiran murid ke sekolah melebihi 85% sejak ia mula dibuka semula pada 3 Okt, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

PRN Sarawak medan ukur gerak kerja PAS hadapi PRU15

 

Foto daripada Facebook Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

BANGI: Keputusan PAS bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 adalah untuk dijadikan medan pengukur gerak kerja jentera PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Penternak ayam dapat bantuan pinjaman mudah

 

Oleh ZIAUDDIN SHARUDDIN

KUALA LUMPUR: Kerajaan membantu penternak ayam mengurangkan kos operasi dengan menyediakan pinjaman mudah sebagai antara usaha memastikan harga ayam di pasaran dapat distabilkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi, berkata bantuan itu adalah antara hasil libat urus kementeriannya dengan pelbagai pihak yang terbabit dengan penawaran bekalan ayam di negara ini.

Normalisasi penyelamat Israel

 

KUMPULAN negara yang terlibat dengan penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948 yang lalu, kini bersekongkol bersama beberapa buah negara yang berperanan menjatuhkan kuasa dunia Islam yang pernah menjadi benteng pertahanan umat. Bahkan, kini wujud pula perancangan untuk melaksanakan agenda yang dinamakan normalisasi atau al-tatbi‘, bertujuan menghalalkan dan mengiktiraf kewujudan negara haram itu.

Omicron merebak di seluruh dunia

 

Orang ramai dirakam sebelum menaiki penerbangan Air France ke Paris di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo, Johannesburg, Afrika Selatan pada 26 November 2021. (FOTO AP)

LONDON: Varian baharu Covid-19, Omicron yang mula merebak di seluruh dunia pada Ahad (28 Nov), dengan kes baharu ditemui di Belanda, Denmark dan Australia walaupun lebih banyak negara mengenakan sekatan perjalanan untuk menghalang penularannya.

Segerakan PEDi bantu usahawan mikro teroka perniagaan digital

 PEDi sedia latihan  berasaskan ICT kepada usahawan mikro  tingkat kemahiran perniagaan digital. - Foto  hiasan

PEDi sedia latihan berasaskan ICT kepada usahawan mikro tingkat kemahiran perniagaan digital. - Foto hiasan

Oleh Dr Maizatulakma Abdullah

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melaporkan lebih 90 peratus perusahaan mikro tidak dapat mengekalkan daya tahan dan kemampanan ketika tempoh pandemik.

Harga barang pengeluar terus melonjak

 Harga komoditi yang lebih tinggi menyumbang kepada peningkatan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) - NTSP/Danial Saad

Harga komoditi yang lebih tinggi menyumbang kepada peningkatan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) - NTSP/Danial Saad

PUTRAJAYA: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan terus merekodkan peningkatan dua angka untuk bulan ketujuh berturut-turut pada Oktober 2021 dengan kenaikan 13.2 peratus berbanding penurunan 3.6 peratus pada bulan sama tahun lalu, demikian mengikut data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

2 pengembara transit di Singapura dikesan positif Omicron

 (Gambar fail - hiasan) Sebuah pesawat Singapore Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney. - FOTO AFP

(Gambar fail - hiasan) Sebuah pesawat Singapore Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney. - FOTO AFP

SINGAPURA: Dua pengembara menaiki penerbangan dari Afrika Selatan dan transit di Singapura, dikesan positif varian baharu COVID-19, Omicron di Sydney, Australia.

Arab Saudi sudah sedia anjur perlumbaan sulung F1

 Lakaran Litar Corniche Jeddah yang bakal menganjurkan perlumbaan sulung F1 Grand Prix Arab Saudi pada Ahad ini. - Foto ihsan Grand Prix 247.

Lakaran Litar Corniche Jeddah yang bakal menganjurkan perlumbaan sulung F1 Grand Prix Arab Saudi pada Ahad ini. - Foto ihsan Grand Prix 247.

JEDDAH: Perlumbaan sulung Formula Satu (F1) di Arab Saudi akan memperkenalkan negara itu kepada dunia, kata bos sukan permotorannya sambil menyelar kritikan terhadap dakwaan hak asasi serta tuntutan membatalkan konsert Justin Bieber.

Eksport negara dijangka berkembang 25 peratus tahun ini

 Eksport Malaysia berkembang lebih pantas sebanyak 25.5 peratus pada Oktober 2021 - Foto hiasan

Eksport Malaysia berkembang lebih pantas sebanyak 25.5 peratus pada Oktober 2021 - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: AmBank Research menjangkakan eksport berkembang sekitar 23 peratus hingga 25 peratus pada 2021, yang jauh lebih baik daripada penguncupan 1.1 peratus yang direkodkan pada 2020, kerana permintaan dari luar dilihat kekal bagi baki bulan tahun ini.

Varian baharu jadikan pandemik lebih panjang

 Varian Omicron menyebabkan beberapa negara menyekat kemasukan pelawat. - Foto hiasan AFP

Varian Omicron menyebabkan beberapa negara menyekat kemasukan pelawat. - Foto hiasan AFP

KOTA BHARU: Pandemik COVID-19 akan kekal untuk tempoh yang lebih lama dengan penularan varian baharu di beberapa negara dan Malaysia tidak terkecuali, walaupun pelbagai langkah diambil bagi membendung wabak itu.

Isu harga sayuran, ayam melambung hangatkan sesi Dewan Rakyat

 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail BERNAMA

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Isu kenaikan harga makanan, khususnya sayur-sayuran dan ayam menghangatkan sesi Dewan Rakyat pagi tadi, dengan Ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan mengambil tindakan serta-merta dalam usaha mengawal kenaikannya ketika ini.

29 November 2021

‘Sempadan lebih terbuka’ Singapura, Malaysia walau diancam Omicron – PM Lee

 

Lee (kanan) dan Ismail Sabri berucap di Istana, Singapura pada 29 Nov, 2021. (FOTO CNA)

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia tetap mahukan ‘sempadan yang lebih terbuka’ walaupun kemunculan varian baharu Covid-19, Omicron mengganggu perancangan untuk meluaskan laluan perjalanan vaksin (VTL) antara kedua-dua negara.

Indonesia tawar 8 blok baru penerokaan minyak dan gas

 Gambar hiasan. - Foto AFP

Gambar hiasan. - Foto AFP

JAKARTA: Indonesia membuka tawaran bagi lapan blok minyak dan gas baharu yang terletak di seluruh kepulauan itu, menurut Ketua Pengarah Minyak dan Gas di Kementerian Tenaga, Tutuka Ariadji.

Sultan Nazrin hadiri sambutan 100 tahun UPSI

 

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun UPSI di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah di Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

TANJUNG MALIM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Royalti minyak tiada kena mengena dengan perairan wilayah, Zaid jawab Zafrul

 

Zaid Ibrahim mempersoalkan bagaimana Kelantan dapat maju tanpa wang yang mencukupi.

PETALING JAYA: Bayaran royalti minyak bergantung kepada perjanjian antara negeri dengan kerajaan persekutuan dan tiada kaitan dengan perairan wilayah, kata bekas menteri Zaid Ibrahim.

Perjanjian ialah 5% royalti minyak, bukannya wang ihsan, kata Ku Li

 

Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Putrajaya perlu menghormati perjanjian antara kerajaan negeri dan Petronas berhubung pembayaran tunai 5% royalti minyak kerana menyerahkan hak minyak dan gas kepada syarikat itu.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pembayaran wang ihsan kepada negeri tidak termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum.

Perkhidmatan bas VTL darat Malaysia-Singapura mula beroperasi

 

Untuk permulaan, VTL darat melibatkan 1,440 orang (satu hala) dengan 64 trip sehari, menggunakan perkhidmatan bas Handal Indah (Causeway Link) (Malaysia) dan Transtar (Singapura). (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Perkhidmatan bas yang membawa pengembara Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor mula beroperasi hari ini tepat pukul 7.30 pagi ini.

Arab Saudi batal had usia 50 tahun bagi visa umrah

 Gambar fail menunjukkan jemaah melakukan Tawaf mengelilingi Kaabah. - Foto AFP

Gambar fail menunjukkan jemaah melakukan Tawaf mengelilingi Kaabah. - Foto AFP

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sudah membatalkan had usia 50 tahun dikenakan bagi jemaah antarabangsa yang mahu mengerjakan umrah.

Tolak rancangan tambakan: PAS Pulau Pinang ucap tahniah

 

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR: PAS Pulau Pinang menzahirkan ucapan tahniah kepada Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (Pen Mutiara) atas keputusan tepat menolak rancangan tambakan di perairan selatan (PSR) Pulau Pinang dan Bagan Ajam, Butterworth melalui resolusi Mesyuarat Agung ke-36 Pen Mutiara baru-baru ini.

Ketaasuban membawa ke lembah kebinasaan

 

BAHAYANYA taasub kerana ia boleh membuatkan seseorang menjadi tidak rasional. Batang tubuh pihak yang dikagumi secara melampau akan sering ‘disucikan’ walaupun dia telah melakukan pelbagai kesilapan. Perkara ini adalah dilarang dalam agama.

Bukit Gunung dipromosi pusat tarikan pelancong

 

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
 Bukit Gunung yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Jelawat bakal dipromosikan sebagai satu lagi pusat tarikan pelancongan tahun depan.

Bukit yang terletak berhampiran simpang empat pekan Gunung itu berkeluasan hampir 200 hektar mempunyai nilai tarikannya sendiri dengan keindahan alam semula jadi.

Isu judi: 20 NGO Islam sokong penuh pengumuman MB

 

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR: 
Sebanyak 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menzahirkan sokongan penuh akan pengumuman Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak lagi mengeluar serta memperbaharui lesen premis judi di Kedah.

28 November 2021

Keletihan teruk antara gejala varian Omicron

 DR Angelique Coetzee . FOTO Agensi

DR Angelique Coetzee . FOTO Agensi

Afrika Selatan: Doktor yang memberi amaran mengenai varian baharu Covid-19, iaitu Omicron memaklumkan simptom dihadapi pesakit adalah luar biasa, tetapi sederhana.

Dr Angelique Coetzee berkata, dia mula-mula dimaklumkan mengenai kemungkinan ada varian baharu apabila pesakit yang dirawat di sebuah klinik swasta di Pretoria, mempunyai gejala Covid-19 yang tidak masuk akal.

Konvoi basikal tua sejauh 57km

 Antara peserta yang menyertai Kayuhan Lautan Biru daripada Ampangan, Seremban - Rantau hingga ke Port Dickson oleh ahli Kelab Basikal Tuo Seremban (KBTS) ketika ditemui di Dataran Kemang, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA

Antara peserta yang menyertai Kayuhan Lautan Biru daripada Ampangan, Seremban - Rantau hingga ke Port Dickson oleh ahli Kelab Basikal Tuo Seremban (KBTS) ketika ditemui di Dataran Kemang, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA

Port Dickson: Basikal tua atau basikal klasik sudah biasa dibuat pertunjukan kayuhan, tetapi jarang dilakukan dalam kayuhan jarak jauh.

Bagaimanapun, seramai 25 ahli Kelab Basikal Tuo Seremban (KBTS) melakukan Kayuhan Lautan Biru edisi kedua sejauh 57 Kilometer daripada Ampangan-Rantau-Port Dickson, semalam.

Indonesia dicadang negara kedua pelaksanaan VTL, kata menteri

 

Putrajaya tidak mempunyai jangka masa bila ia dapat dilakukan, namun berharap ia bermula pada awal tahun depan, menurut Saifuddin Abdullah.

KUANTAN: Indonesia dicadangkan sebagai negara kedua bagi pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dengan Malaysia selepas Singapura yang akan bermula Isnin ini, kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

2 ADUN PN kekal sokong kerajaan BN di Melaka, kata Peja

 

Mohd Aleef Yusof mewakili Sungai Udang dan Mohd Yadzil Yaakub di Bemban kekal sebagai ADUN biasa.

PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) yang menang pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka tetap memberi sokongan terhadap kerajaan negeri, kata Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

Kes jangkitan Covid-19 di China boleh cecah lebih 600,000 sekiranya batalkan polisi sifar Covid

 

CHINA melaksanakan perintah berkurung di dua bandar di wilayah Jilin susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19. - AFP

BEIJING: China boleh berdepan dengan lebih 630,000 jangkitan Covid-19 sehari sekiranya membatalkann polisi sifar Covid-19 dengan membenarkan perjalanan antara negeri.

Pelantikan Mufti hak prerogatif Sultan Perak

 

SAARANI MOHAMAD

SUNGAI SIPUT: Pelantikan Mufti Perak yang baharu adalah prerogatif Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sehubungan itu semua pihak tidak ada hak untuk membantah pelantikan berkenaan.

Rakyat Jordan bantah perjanjian air-elektrik dengan Israel

 Ratusan penunjuk perasaan membanjiri jalanan di Amman membantah tindakan Jordan memeterai perjanjian pertukaran air dan tenaga elektrik dengan Israel. - Foto AFP

Ratusan penunjuk perasaan membanjiri jalanan di Amman membantah tindakan Jordan memeterai perjanjian pertukaran air dan tenaga elektrik dengan Israel. - Foto AFP

AMMAN: Ratusan rakyat Jordan dilaporkan berkumpul di sekitar Amman bagi membantah perjanjian air-tenaga elektrik yang dimeterai negara itu dengan Israel.

Menurut laporan Al Jazeera, rakyat Jordan seboleh-bolehnya tidak mahu negara itu menjalin hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu.

Gempa bumi magnitud 7.5 landa Peru

 Seorang wanita duduk di atas sisa runtuhan yang menimbus sebuah kereta selepas gempa bumi di Lima, Peru. - Foto AFP

Seorang wanita duduk di atas sisa runtuhan yang menimbus sebuah kereta selepas gempa bumi di Lima, Peru. - Foto AFP

LIMA: Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi berukuran magnitud 7.5 pada skala Richter melanda utara Peru.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan akibat gempa bumi pada jam 5.52 pagi waktu tempatan hari ini.

Ibu dan anak dikebumi bersama

 Nadia Fizatul (kanan) yang maut dalam nahas ketika perjalanan pulang menziarahi jenazah ibunya, Nurul Ainun Yacob (kiri). - Foto IHSAN KELUARGA

Nadia Fizatul (kanan) yang maut dalam nahas ketika perjalanan pulang menziarahi jenazah ibunya, Nurul Ainun Yacob (kiri). - Foto IHSAN KELUARGA

MACHANG: "Selepas waktu Subuh tadi, kami maklumkan kepada penggali kubur untuk menyediakan liang kedua kerana ada dua jenazah bakal dikebumikan."

Beberapa panggilan telefon tidak dijawab dan pergerakan menerusi 'live location' yang terhenti membuatkan keluarga seorang mangsa nahas jalan raya berasa ada yang tidak kena.

PAS tak wajar bertanding di Sarawak

 Petugas GPS membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Sarawak Ke-12. - Foto NSTP/NADIM BOKHARI

Petugas GPS membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Sarawak Ke-12. - Foto NSTP/NADIM BOKHARI

MARANG: PAS tidak wajar meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Senator Datuk Razali Idris, berkata PAS sepatutnya membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan berdepan dengan Pakatan Harapan (PH).