12 Jun 2012

Libya tangguh pilihan raya








Lebih 2.7 juta penduduk Libya atau 80 peratus layak mengundi berdaftar dengan badan pilihan raya itu.
Majlis Peralihan Kebangsaan memerintah memutuskan ‘pembebasan’ negara itu tiga hari selepas penangkapan dan pembunuhan Gaddafi 20 Oktober, melancarkan rancangan untuk Libya baru 20 bulan ke arah pilihan raya.

Misi keluarkan pesawat Stuka dari laut

22 Rejab 1433H. [MOD] -

GAMBAR bertarikh 9 Jun lalu menunjukkan enjin pesawat Stuka yang berjaya dikeluarkan dari Laut Baltik di Sassnitz, timur Jerman.

BERLIN - Sekumpulan penyelam tentera Jerman sedang berusaha untuk mengeluarkan bangkai sebuah pesawat Junkers JU87 atau lebih dikenali sebagai Stuka dari dasar Laut Baltik.

Misi itu dikendalikan oleh pihak Muzium Sejarah Ketenteraan Jerman di Dresden.

Serpihan enjin pesawat itu berjaya dikeluarkan dari dasar laut itu baru-baru ini.

Pesawat satu kipas era Perang Dunia Kedua milik tentera Nazi Jerman itu digeruni musuh kerana mengeluarkan bunyi semasa ia menggugurkan bom.

Bangkai pesawat yang pertama kali ditemui tersangkut di jaring nelayan pada tahun 1990-an itu terletak sekitar 10 kilometer dari Pulau Ruegen, milik Jerman pada kedalaman 18 meter di dasar Laut Baltik.

Sejak seminggu lalu, kumpulan penyelam tersebut melakukan persiapan bagi mengeluarkan pesawat bersejarah itu untuk dibaik pulih.

Ia pertama kali digunakan semasa Perang Saudara Sepanyol pada 1936 hingga 1939 kerana dihantar oleh pemimpin Jerman ketika itu, Adolf Hitler untuk membantu pihak fasis.

Hanya terdapat dua buah pesawat Stuka yang berada dalam keadaan sempurna.

Dua pesawat itu dipamerkan di Muzium Tentera Udara Diraja Britain di London dan di Muzium Sains di Chicago, Amerika Syarikat. - AGENSI

Gempa sederhana landa selat Sunda

22 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Selat Sunda pada jam 1.59 petang ini, demikian menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa itu ialah 179km ke barat Jakarta, Indonesia dan 847km ke selatan Johor Baharu, Johor.
Tidak ada ancaman tsunami dilaporkan, kata kenyataan itu. - Bernama

Rayuan ke IPTA/Politeknik boleh disemak 14 Jun

22 Rejab 1433H. [MOD] -

Status keputusan rayuan permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA)/Politeknik Premier) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara boleh disemak mulai 12 tengah hari Khamis ini

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan hari ini berkata semakan boleh dibuat melalui hotline 03-88706767, helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766, laman web rasmi IPTA berkenaan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No kad pengenalan) dan SMS ke 16888.

"Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier sehingga 30 Jun ini, maka rayuan dianggap gagal," kata kenyataan itu.

Kementerian itu juga memaklumkan ia tidak pernah melantik sebarang ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan calon yang gagal mendapat tempat ke IPTA/Politeknik Premier.

Semua pengurusan pengambilan pelajar adalah diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dengan mengguna pakai dasar, prosedur serta kriteria pemilihan yang ditetapkan kementerian.

Calon-calon yang ingin membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi boleh berbuat demikian melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik mulai 15 Jun.

- Bernama

'Pakatan yakin menang di 105 kerusi Parlimen'

22 Rejab 1433H. [MOD] -

Pakatan Rakyat yakin semakin dekat ke Putrajaya apabila mendakwa sudah selamat di 105 daripada 222 kerusi Parlimen untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Jumlah yang dianggap selamat itu hanya kurang enam kerusi untuk menewaskan BN dengan majoriti mudah.

"Saya rasa kalau dengan momentum ini, lepas soal PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ... kesilapan Datuk Seri Khaled (Nordin) tarik balik pinjaman, kita boleh lepas majoriti mudah.

"(Jumlah) 105 itu adalah perkiraan dan bacaan kita buat beberapa bulan lepas dan dalam masa sebulan ini lebih banyak sebenarnya isu yang berpihak kepada Pakatan," katanya dalam temubual di saluran atas talian Radio Bangsar Utama malam tadi.

Beliau juga berkata, untuk 105 kerusi Parlimen tidak menjadi masalah dan PKR sememangnya membuat perkiraan dengan teliti mengenai perkara ini.

Pakatan sekarang mempunyai penguasaan 75 kerusi dalam parlimen berbanding BN sebanyak 137 dan bebas 10 kerusi.

"Katakanlah ada lima hingga enam kerusi yang boleh bertukar tangan sebab menang tipis dahulu... tolak kerusi yang mungkin akan bertukar tangan, campur kerusi yang mungkin akan dapat balik. Jadi tak sukar untuk pertahankan 80 hingga 85 kerusi di Semananjung kecuali Johor," jelasnya.

Menurut Rafizi lagi, tiga negeri utama yang menjadi tunggak kemenangan BN iaitu Johor, Sabah dan Sarawak juga mempunyai peluang untuk Pakatan peroleh separuh daripada kerusi yang ada.

"Katakanlah kita menang sembilan (kerusi Parlimen) daripada Johor... sembilan Sarawak... dan Sabah lima. Ini semua bahaya dan akan jatuh ke tangan Pakatan.

"Ada ura-ura di Sabah ada gelombang tokoh politik tempatan mahu berpisah daripada BN. Kalau itu berlaku, paling kurang (Pakatan dapat) 110 (kerusi).

"Ini semua jumlah paling konservatif. Paling minima untuk Pakatan. Kita tak boleh lari daripada angka ini semua. Untuk dapat 100 hingga 105 kerusi Parlimen tidak mustahil. Soalnya sekarang, macam mana nak dapat 10 lagi kerusi untuk majoriti mudah.

"Kalau mereka panggil minggu depan (pilihan raya) kita lebih daripada bersedia," katanya lagi.

Sebelah kaki di Se'gor, sebelah di T'ganu

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang tetapi belum menetapkan lagi kawasannya.

"Kalau ikut saya, saya berminat untuk tidak bertanding dan teruskan dengan kehidupan saya. Itu kebenarannya. Saya tidak pernah ada rancangan untuk jadi ahli politik begini.

"Harapan untuk bertanding ada disampaikan dan saya tak boleh lari," kata Rafizi ketika ditemubual di saluran atas atas Radio Bangsar Utama malam tadi.

Beliau bagaimanapun berkata, perlu menunggu keputusan parti.

"(Sama ada) Terengganu, saya tak boleh kata. Itu keputusan parti. Tapi kalau saudara tengok dekat mana saya dok buat ceramah, saya rasa anda boleh tahu.

"Ia boleh jadi di Selangor atau Terengganu. Sebelah kaki di Selangor sebelah lagi di Terengganu.

"Itu saya perlu tunggu arahan dan keputusan parti. Tapi saya akan bertanding untuk pilihan raya akan datang," katanya lagi.

malaysiakini/-

Bakal menantu PM didakwa tipu AS$20 juta

22 Rejab 1433H. [MOD] -

Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Menurut The New York Post hari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.

The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.

malaysiakini/-

Perokok belanja purata RM180 sebulan

22 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 12 Jun - Seorang perokok dalam kalangan rakyat malaysia membelanjakan secara purata RM180 sebulan untuk membeli rokok dalam kehidupan mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hassan Abdul Rahman berkata, kajian itu yang pertama dilakukan oleh pihaknya dengan kerjasama WHO menunjukkan seramai 4.7 juta rakyat negara ini berusia 15 tahun ke atas adalah perokok.

“Malah 71 peratus orang ramai terdedah kepada asap rokok ketika mengunjungi restoran," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

Rupert, 9 kg, kucing paling besar di Australia

22 Rejab 1433H. [MOD] -

BESAR...Natalie Chettle menjulang Rupert, milik ibunya.

COMEL...Rupert menjuarai pertandingan kucing di Australia sebanyak tiga kali.

SYDNEY: Dengan saiz tiga kali ganda berbanding kucing biasa, ramai yang berfikir Rupert tidak akan membesar lagi buat masa ini.

Bagaimanapun, kucing saiz besar melampau itu yang berat sembilan kilogram dan dianggap sebagai antara kucing paling besar di dunia, hanya baru membesar separuh dan dijangka terus bertambah gemuk.

Kucing baka Maine coon itu baru mencapai separuh daripada berat kemungkinannya pada usia hampir tiga tahun. Beratnya dijangka bertambah sebanyak lima kilogram lagi.

Hakim pertandingan kucing berkata, Rupert yang tiga kali menjadi juara di negara asalnya, Australia, adalah kucing Maine coon baka tempatan paling besar pernah mereka lihat.

Hakim, Lesley Morgan Blythe berkata: “Dia sungguh besar, kucing gergasi dan masih belum membesar sepenuhnya.

“Dia lebih besar berbanding kucing Maine coon yang pernah saya lihat.”

Pemilik Rupert, Kyra Foster, berkata: “Dia kelihatan sungguh hebat dengan bulu yang panjang di samping mukanya yang kelihatan liar.

“Orang ramai akan terpesona apabila melihatnya.”

Kucing Maine coon terkenal sebagai baka yang menghasilkan kucing tempatan besar.

Berasal dari Maine, negeri di Amerika Syarikat, kucing itu mempunyai ciri tersendiri kerana ekornya yang berbulu lebat dan panjang dan boleh membesar sehingga lebih satu meter. - DM

Chong Wee tetap utamakan misi Olimpik

22 Rejab 1433H. [MOD] -

Meskipun menghadapi tekanan akibat krisis keluarga, perseorangan badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tetap mengutamakan misi yang diamanahkan kepada beliau, iaitu meraih emas pertama negara di Olimpik.

Tinjauan Bernama di Stadium Juara Bukit Kiara pagi ini mendapati jaguh badminton itu sedang menjalani rawatan fisioterapi.

Jurulatih Tey Siu Bock berkata Chong Wei buat masa ini belum meminta izin untuk pulang ke Pulau Pinang bagi melawat ahli keluarganya.

"'So far' saya tengok beliau OK. Beliau masih boleh 'handle'. Beliau banyak tumpu pada rawatan.

"Apapun yang menimpa saya tahu beliau akan cuba melakukan yang terbaik," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Juara All England 2011 itu kini dalam proses pemulihan kecederaan ligamen buku lali kanannya yang terkoyak ketika Kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China bulan lepas.

Tidak cukup dengan itu, beliau diuji pula dengan masalah keluarga apabila bapanya dilaporkan cuba membunuh diri Ahad lepas.

Atlet berusia 30 tahun itu, difahamkan, telah meminta abangnya Joe Lee untuk pulang ke Pulau Pinang bagi memantau serta meredakan keadaan.

Selain itu Tey berkata kecederaan yang dialami Chong Wei mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya sebelum temasya Olimpik di London yang akan bermula pada 27 Julai hingga 12 Ogos ini.

"Buat masa ini beliau akan terus menjalani rehab dan membuat latihan ringan. Beliau akan kembali berlatih pada tahap sebenar apabila sudah mampu," katanya.

- Bernama

Tolak usul jual rahsia: Pandikar Amin ditekan

22 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jingga 13 menyelar tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia apabila menolak usul tergempar yang meminta penjelasan Kementerian Pertahanan menjawab pendedahan penjualan dokumen sulit rahsia kepada syarikat pertahanan Perancis.

Tindakan Pandikar Amin ini turut menunjukkan bahawa beliau berada di bawah telunjuk Umno bagi melindungi pengkhianat negara.

Jelas Ketua Koordinatornya, Fariz Musa, alasan Pandikar Amin menolak usul tersebut kerana tidak mempunyai bukti dan hanya andaian semata-mata merupakan satu kenyataan yang dangkal dan tidak berasas.

"Sedangkan Peguam Joseph Breham yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan syarikat tersebut membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd kononnya untuk kerja-kerja kejuruteraan komersial tetapi sebenarnya telah menjual maklumat keselamatan negara kepada syarikat Pertahanan Perancis," jelasnya.

Tambahnya, Razak Baginda benar-benar kebal daripada sebarang tindakan , bukan sahaja usul tersebut ditolak sementah-mentahnya tetapi dakwaan serius berkaitan satu pengkhianatan kepada negera apabila membocor dan menjual maklumat kerahsiaan negara sedikit pun tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"Sikap berdiam diri pihak ATM dan PDRM benar-benar menghairankan seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan daripada rakyat berkaitan Skandak Scorpene yang benar-benar mengaibkan negara.

"Tetapi tindakan berbeda terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat dwi-standard apabila wujud fitnah dan tuduhan oleh pihak-pihak tertentu diambil tindakan drastik dan segera oleh pihak PDRM,SPRM dan sebagainya," jelas beliau lagi.

Menurut Fariz lagi, kes yang sudah ditutup 17 tahun dulu juga dibongkarkan semula supaya menimbulkan persepsi negatif kepada pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.

"Lagak Pandikar Amin benar-benar bertujuan menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak, ketika itu sebagai Menteri Pertahanan yang turut terpalit dengan skandal pembelian 2 buah kapal selam serta pembocoran dan penjualan dokumen rahsia negara oleh Razak Baginda dan bapanya yang merupakan rakan akrab kepada Najib.

"Rakyat ingin mengetahui siapakah yang telah memberikan keizinan atau membenarkan Razak Baginda memperolehi dokumen rahsia keselamatan negara tersebut?

"Skandal Scorpene adalah isu yang benar-benar memalu dan menjatuhkan maruah negara," tegasnya.

Jingga 13 mencabar agar Tan Sri Pendekar Amin meletak jawatan dengan segera kerana beliau tidak punya integriti dan kreadibiliti sebagai Speaker Dewan Rakyat yang bersekongkol dengan pengkhianat negara.

harakahdaily/-

Tiga jam seksa mangsa tak bersalah

22 Rejab 1433H. [MOD] -

TERUK... kesan lecur pada perut mangsa.

LUKA...bahu mangsa yang dicucuh besi kimpalan.

KUALA LUMPUR: “Dalam keadaan kedua-dua tangan dan kaki diikat, mereka tanpa belas kasihan mencucuh muka dengan besi kimpalan yang masih bernyala, malah saya turut dipukul dengan rotan dan kayu,” kata seorang ahli perniagaan yang menjadi mangsa ‘tersalah culik’ oleh lima penjenayah sebelum dia dihumban di tepi jalan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hamzi, 36, berkata demikian ketika menceritakan pengalaman ngeri dia diseksa lebih tiga jam selepas diculik ketika berada berhampiran sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, jam 8.30 malam, Khamis lalu.

Menurutnya, sebelum kejadian dia keluar bersama isteri dan empat anaknya, namun sebaik turun dari kereta, empat lelaki meluru ke arahnya dan menarik dia masuk dalam sebuah kereta Honda Accord.

“Seorang daripada suspek menutup kepala saya menggunakan beg,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, semalam.

metro/-

Selangor Sedia Bantu Khalid Ismeth Dapatkan Khidmat Guaman

22 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 12 JUN : Kerajaan Negeri Selangor sedia membantu mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismeth sekiranya ingin membuat permohonan berhubung penggantungan pengajiannya selama tiga semester di institusi berkenaan.

Menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar bantuan tersebut merangkumi pelbagai aspek antaranya kewangan dan khidmat guaman.

“Sekiranya ada permohonan daripada Khalid, saya sedia berbincang dengan Exco Kerajaan Negeri yang lain untuk pertimbangkan apa jua bantuan yang diperlukan Khalid termasuk kewangan,” katanya semasa sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Dr Xavier juga mendakwa tindakan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar adalah tidak adil dan berbaur politik serta meminta Khalid membuat rayuan supaya hukuman itu ditarik balik.

Beliau turut mendesak UiTM untuk menarik balik penggantungan penuntut jurusan undang-undang itu dan menasihatkan Sahol supaya memberi tumpuan bagi meningkatkan kedudukan universiti itu daripada kedudukan 601 kepada 100 terbaik di dunia.

“Hanya kerana dia beri komen atas perkara tertentu (ugut polis dalam akaun Facebook miliknya), dia digantung belajar. Ia boleh jejaskan pengajiannya. Biarkan dia habiskan pengajiannya, selepas itu dia boleh berhujah untuk diri sendiri,” katanya.

Tambahnya, sepanjang tahun 2008 hingga 2012, Kerajaan Negeri mengeluarkan pinjaman hampir RM9.7 juta kepada pelajar UiTM melibatkan 1,665 orang, manakala seramai 7,420 pelajar universiti itu mendapat hadiah RM1,000 selepas memasuki IPT berkenaan.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri menyifatkan tindakan penggantungan pengajian Khalid adalah sebagai percubaan pihak berkepentingan yang takut dengan kebangkitan mahasiswa.

Menurutnya, sekiranya penggantungan pengajian Khalid tidak ditarik balik, AMK tidak teragak-agak untuk mendedahkan isu tersebut kepada orang ramai menerusi siri jelajah mahasiswa di seluruh Selangor.

Katanya, siri pertama akan dijalankan di Taman Setia, Jalan Johan Setia, Klang, pada 17 Jun ini.

“Saya ada bukti yang menunjukkan kebanyakan program di UiTM lebih cenderung untuk sokong BN. Malah, ada program motivasi yang diadakan menyatakan, sekiranya BN jatuh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), UiTM juga akan jatuh. Itu semua tidak benar, malah kami akan pertahankan UiTM,” katanya.

selangorku/-

Ujian memandu guna kereta automatik ditangguh

22 Rejab 1433H. [MOD] -

Pelaksanaan ujian memandu menggunakan kenderaan transmisi automatik yang sepatutnya dilaksanakan bulan lepas terpaksa ditangguhkan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata penangguhan itu disebabkan kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut memandu selaras dengan pengenalan kurikulum baru pendidikan pemandu.

"Kurikulum baru sudah tersedia dan kita jangkakan pelaksanaan ujian mungkin dibuat dalam tahun ini juga," katanya kepada Bernama, hari ini.

Abdul Rahim berkata peruntukan yang diperlukan untuk mencetak buku dan membeli peralatan adalah kira-kira RM5 juta.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu akan dilaksanakan pada bulan Mei sebagai langkah memudahkan lebih ramai rakyat negara memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.

Kurikulum baru itu memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin berbanding kurikulum sebelum ini yang lebih kepada kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya.

- Bernama

Mayat dicampak tepi jalan

22 Rejab 1433H. [MOD] -

PERAI – Keengganan seorang lelaki warga Myanmar menyerahkan wang kepada tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis membawa padah apabila dia ditemui mati berhampiran
tapak pasar malam Taman Nagasari, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.25 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Tunminhlat, 27, dikatakan sedang berjalan kaki bersama seorang rakannya di kawasan berkenaan sebelum dihampiri tiga lelaki bermotosikal.

Lelaki berkenaan kemudiannya memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan mengajak mangsa dan rakannya berbincang mengenai dokumen pengenalan diri.

Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa menaiki motosikal suspek ke suatu kawasan gelap untuk berbincang namun rakannya yang mengesyaki sesuatu tidak kena bertindak melarikan
diri dengan terjun dari motosikal dan meninggalkan mangsa berseorangan bersama suspek.

Dalam keadaan gelap, suspek dikatakan meminta sejumlah wang daripada mangsa, bagaimanapun mangsa enggan memberikannya menyebabkan berlakunya pergelutan.

Malang tidak berbau apabila lelaki yang baru dua bulan datang ke sini untuk bekerja itu dibunuh dan mayatnya ditinggalkan di tepi jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, terdapat kesan tikaman pada mayat mangsa, selain kepalanya berlumuran darah.

“Siasatan masih dijalankan dan kita sedang berusaha untuk mengesan ketiga-tiga suspek yang melarikan diri dengan menunggang tiga motosikal sejurus selepas kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Sinar Harian

Jalan mudah dapat wang

22 Rejab 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH - Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini ditahan bersama empat remaja lain berusia antara 16 hingga 18 tahun dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri motosikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, kumpulan remaja ini merupakan antara kumpulan yang aktif mencuri motosikal sekitar daerah ini sejak sebulan lalu.

“Dalam serbuan pada jam 4 pagi semalam oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Butterworth diketuai Inspektor Mohd Yusof Ibrahim itu, sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Mak Mandin hampir sebulan lalu ditemui.

“Hasil siasatan ke atas pelajar berusia 14 tahun itu kemudiannya membawa kepada penemuan dua rangka motosikal yang ditemui di dalam anak Sungai Tok Sani dipercayai dibuang
suspek selepas komponennya dileraikan,” katanya.

Zulkifli berkata, turut ditemui beberapa komponen motosikal yang dileraikan malah sebahagiannya sedia untuk dijual di rumah remaja berusia 14 tahun itu.

Menurutnya, remaja yang diberkas itu kemudiannya mengaku terlibat dengan kegiatan mencuri tiga motosikal terbabit bersama empat rakannya yang lain.

“Kesemua remaja itu kemudiannya dicekup seorang demi seorang di rumah masing-masing awal pagi semalam dan kini direman selama tiga hari untuk disiasat di bawah Seksyen 379(A) (1) Kanun Keseksaan,” katanya.

Zulkifli berkata, remaja itu juga mengakui kegiatan mereka itu bermula sejak sebulan lalu dan ianya dijadikan jalan mudah memperoleh komponen untuk diguna sendiri dan
dijual.

Sementara itu, ketika dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman semalam, ahli keluarga semua remaja terbabit dilihat berada di perkarangan bilik reman untuk menemui
anak masing-masing.

Perintah tahanan reman terhadap semua remaja terbabit itu dikeluarkan Majistret Mohd Firdaus Abdul Wahab.

Sinar Harian

Tolak usul jual rahsia: Pandikar Amin ditekan

22 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jingga 13 menyelar tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia apabila menolak usul tergempar yang meminta penjelasan Kementerian Pertahanan menjawab pendedahan penjualan dokumen sulit rahsia kepada syarikat pertahanan Perancis.

Tindakan Pandikar Amin ini turut menunjukkan bahawa beliau berada di bawah telunjuk Umno bagi melindungi pengkhianat negara.

Jelas Ketua Koordinatornya, Fariz Musa, alasan Pandikar Amin menolak usul tersebut kerana tidak mempunyai bukti dan hanya andaian semata-mata merupakan satu kenyataan yang dangkal dan tidak berasas.

"Sedangkan Peguam Joseph Breham yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan syarikat tersebut membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd kononnya untuk kerja-kerja kejuruteraan komersial tetapi sebenarnya telah menjual maklumat keselamatan negara kepada syarikat Pertahanan Perancis," jelasnya.

Tambahnya, Razak Baginda benar-benar kebal daripada sebarang tindakan , bukan sahaja usul tersebut ditolak sementah-mentahnya tetapi dakwaan serius berkaitan satu pengkhianatan kepada negera apabila membocor dan menjual maklumat kerahsiaan negara sedikit pun tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"Sikap berdiam diri pihak ATM dan PDRM benar-benar menghairankan seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan daripada rakyat berkaitan Skandak Scorpene yang benar-benar mengaibkan negara.

"Tetapi tindakan berbeda terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat dwi-standard apabila wujud fitnah dan tuduhan oleh pihak-pihak tertentu diambil tindakan drastik dan segera oleh pihak PDRM,SPRM dan sebagainya," jelas beliau lagi.

Menurut Fariz lagi, kes yang sudah ditutup 17 tahun dulu juga dibongkarkan semula supaya menimbulkan persepsi negatif kepada pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.

"Lagak Pandikar Amin benar-benar bertujuan menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak, ketika itu sebagai Menteri Pertahanan yang turut terpalit dengan skandal pembelian 2 buah kapal selam serta pembocoran dan penjualan dokumen rahsia negara oleh Razak Baginda dan bapanya yang merupakan rakan akrab kepada Najib.

"Rakyat ingin mengetahui siapakah yang telah memberikan keizinan atau membenarkan Razak Baginda memperolehi dokumen rahsia keselamatan negara tersebut?

"Skandal Scorpene adalah isu yang benar-benar memalu dan menjatuhkan maruah negara," tegasnya.

Jingga 13 mencabar agar Tan Sri Pendekar Amin meletak jawatan dengan segera kerana beliau tidak punya integriti dan kreadibiliti sebagai Speaker Dewan Rakyat yang bersekongkol dengan pengkhianat negara.

Harakah Daily

Ibu: Takziah buat Jamil Khir

22 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana telah kehilangan ibunya yang meninggal dunia pada pagi tadi.

DPPWP dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Hasiah@Halijah AHmad telah meninggal dunia selepas Subuh tadi akibat sakit tua, kata Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.

DPPWP mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan para solihin.

"Semoga Datuk Seri Jamil Khir tabah sentiasa di atas kehilangan seorang ibu yang amat disayangi," kata Kamaruzaman.

Ibu Jamil Khir, Hasiah@Halijah Ahmad, 71, meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman menteri itu di ibu negara, pagi ini.

Setiausaha akhbar Jamil Khir, Mejar Suleiman Moideen, berkata jenazah Hasiah yang meninggal dunia selepas Subuh tadi kini ditempatkan di rumah Jamil Khir di No 8, Jalan 5-12 C, Kg Batu Muda, Batu 4 1/2 Jalan Ipoh.

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Saidina Hamzah dan dikebumikan di tanah perkuburan Raudahtul Sakinah, Kg Batu Muda, kata Suleiman ketika dihubungi hari ini.

Allahyarhamah meninggalkan tiga orang anak. Jamil Khir adalah anak sulung beliau.

Harakah Daily

Pemuda tawar Puad Zarkashi sertai PAS semula

22 Rejab 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU: Pemuda PAS Johor menyifatkan Dr Puad Zarkashi menyindir Umno Johor apabila berkata PAS Johor rugi besar kerana perpecahan dalam DAP.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, perpecahan Umno Johor terlalu ketara dan Puad perlu fikir kembali dan sewajarnya meninggalkan parti itu dan menyertai semula PAS yang pernah disertainya sebelum ini.

"PAS Johor tidak menjadi pilihan rakyat Johor semasa Dr Puad Zarkashi berada dalam PAS dahulu. Sekarang PAS Johor sudah jauh berubah.

"Saya kira sudah sampai masanya Dr Puad Zarkashi bersama pimpinan PAS Johor dan PR menubuhkan kerajaan yang jauh lebih bersih dan berkemampuan memerintah Johor selepas pilihanraya ke-13," kata Suhaizan dalam satu kenyataan medianya har ini.

Puad, ahli Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini mendakwa PAS Johor rugi kerana DAP sedang berpecah di negeri itu.

Bagi Suhaizan, ia hanya kenyataan sindiran kepada Umno yang rata-rata berpecah di negeri itu.

Pemuda PAS Johor berpandangan bahawa Dr Puad Zarkashi sedang memukul anak untuk sindir menantu, kata Suhaizan.

Perpecahan yang serius bukan berlaku dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebaliknya berlaku dalam kepimpinan UMNO di Johor sendiri.

Dr Puad Zarkashi kononnya memukul PAS dan DAP tetapi hakikat sebenarnya sedang memukul UMNO Johor, dakwa beliau.

Menurut Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS itu, pepecahan dalam UMNO Johor berlaku di semua peringkat daripada sayap-sayap, cawangan, bahagian dan negeri.

Pemuda UMNO Johor kelihatan tidak bermaya untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13, katanya.

Ketua Pemuda UMNO Johor Baharu dan Tebrau lebih menampil dibandingkan dengan Ketua Pemuda UMNO Johor. Perkara ini berlaku akibat daripada masalah dalaman Pemuda UMNO Johor sendiri.

UMNO Johor sudah 6 tahun tidak mengadakan konvensyennya, tambah beliau.

Kali terakhir konvensyen di adakan adalah pada 5 November 2006. Pada kovensyen tersebut Dr Puad Zarkashi dengan lantang membantah Pembelajaran dan Pengajaran Sains Dan Mathematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI).

Mengikut sumber dalaman, UMNO Johor tidak lagi membuat konvenysen adalah kerana Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman tidak dapat menjawab pelbagai masalah yang berlaku di Negeri Johor khusunya yang berlaku diperingkat bahagian-bahagian UMNO Johor.

Perpecahan UMNO di peringkat bahagian tertentu sangat serius sehingga sukar untuk kepimpinan UMNO meletakkan calon dalam pilihanraya umum akan datang, tambah beliau.

Sebagai contoh pertembungan klasik, yang semua orang UMNO mengetahuinya, berlaku dalam UMNO Bahagian Pulai di antara Ketua Bahagian UMNO Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Adun Kempas Datuk Osman Sapian.
"Pertembungan ini sangat serius sehingga menyukarkan UMNO meletakkan calon Parlimen Pulai dan DUN Kempas," dakwa Suhaizan.

Menurutnya, calon Menteri Besar Johor daripada Barisan Nasional (BN) juga menghadapi masalah.

Datuk Abdul Ghani besar kemungkinan tidak akan menjadi Menteri Besar Johor selepas pilihanraya umum akan datang.

Ini kerana UMNO Johor perlukan penyegaran dengan kempimpinan yang baru.

Kekosongan ini telah menyebabkan berlakunya lobi melobi antara bakal calon-calon Menteri Besar Johor.

Proses lobi melobi ini telah menyebabkan perpecahan UMNO Johor.
"Berita ini kebanyakkan rakyat Johor memahaminya," dakwa beliau.

Kesan kepada perpecahan UMNO Johor ini, dakwa beliau, telah menyebabkan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Datuk Abdul Ghani terpaksa membuat lawatan disetiap bahagian UMNO di Johor lebih daripada sekali untuk membuat persiapan pilihanraya umum akan datang.

Presiden UMNO dan Timbalannya kerap membuat lawatan ke Johor sehingga lebih tiga kali dalam tempoh satu bulan.

Lawatan-lawatan politik seumpama ini tidak pernah berlaku pada pilihanraya umum sebelum ini di negeri Johor.

"Salah satu punca kenapa Datuk Seri Mohd Najib Razak masih belum membubarkan parlimen adalah berpunca daripada ketidakyakinan Presiden UMNO mengekalkan kemenangan di Johor seperti sebelum ini," katanya.

Terdapat sembilan kerusi parlimen BN yang panas di Johor. Semakin hari semangkin banyak bilangan parlimen yang panas kepada BN di Johor.

Walaubagaimana pun, kata Suhaizan, keperihatinan Dr Puad Zarkashi terhadap PAS yang mahu menubuhkan kerajaan bersama PR di Johor adalah sesuatu yang membanggakan.

Ini memberi gambaran bahawa dalam hati Dr Puad Zarkashi sudah ada sinar cahaya PAS, sebuah parti yang pernah dianggotainya suatu masa dahulu.

Harakah Daily

Pengedar tak serik-serik

22 Rejab 1433H. [MOD] -

MANJUNG - Tidak pernah serik! Itulah yang berlaku kepada seorang pengedar dadah yang baru sahaja tamat menjalani hukuman di bawah undang-undang langkah pencegahan khas apabila dia ditangkap semula bersama dadah seberat 8.3 kilogram pada 7 Jun lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung telah melakukan serbuan
di sebuah tempat ternakan ayam di Pantai Remis, di sini.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya menemui 10 ketulan mampat dipercayai ganja dan dua bekas silinder dipercayai mengandungi ganja di dalam sebuah pondok.

“Pondok berkenaan didiami oleh seorang lelaki berumur lewat 30-an dan lelaki berkenaan turut ditangkap untuk siasatan.

“Tangkapan yang dilakukan di Batu 51, Jalan Kampung Sungai Batu, Pantai Remis itu adalah hasil maklumat orang awam dan juga intipan yang telah dilakukan,” katanya dalam sidang
media semalam.

Ahmad berkata, nilai rampasan itu dianggarkan sebanyak RM21,000. “Suspek yang kita tahan itu sudah lama melakukan kegiatan ini dan baru sekarang kita berjaya menahannya bersama barang bukti.

“Dia yang merupakan penagih memang bekerja sebagai pengedar dadah telah ditahan reman sehingga Khamis ini.

"Kita akan memohon bagi reman kali kedua,” katanya.

Katanya, suspek boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sinar Harian

Dua beradik berdepan hukuman gantung

22 Rejab 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Dua beradik dan seorang rakan mereka berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa atas kesalahan mengedar 105.6 gram dadah jenis methamphetamine, awal tahun ini.

Pasangan adik beradik Norasnirah Rahman, 31, dan Nuraini Nazihah Rahman, 24, bersama Goh Ming Han, 25, didakwa di Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, di sini semalam selepas kes
dipinda dari Mahkamah Majistret.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengedar dadah berkenaan di dalam almari sebuah di sebuah rumah No B1, Pangsapuri Kesidang Seksyen 2, Jalan Kesidang 2/11, Taman Kesidang Seksyen 2, Tengkera, kira-kira 3.30 petang pada 26 Januari 2012.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan setelah tertuduh faham pertuduhan dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Radzilawatee Abd Rahman.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Rebecca, sementara peguam bela S Chelvarajan mewakili Ming Han.

Selepas dimohon pihak pendakwaan, Radzilawatee menetapkan 2 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes, selain mengarahkan Norasnirah dan Nuraini Nazihah melantik peguam.

Sinar Harian

Pemandu lalui detik cemas

22 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LANGAT - Seorang pemandu melalui detik mencemaskan apabila kereta jenis Proton Saga berwarna hijau tiba-tiba mengeluarkan asap sebelum terbakar dalam satu insiden kira-kira jam 2.15 petang di hadapan Giat Mara Banting, semalam.

Pegawai Bomba Andalas Klang, Rusdi Hainan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 2.21 petang itu tiba di tempat kejadian jam 2.32 petang.

Menurutnya, mangsa, Sakon Kasman, 55, memandu dari arah Banting menghala ke Klang terpaksa memberhentikan kenderaan di bahu jalan apabila menyedari bahagian enjin kenderaannya mula mengeluarkan asap.

Menurutnya, mangsa berusaha memadamkan api melalui air paip dari sebuah pejabat berhampiran.

“Kira-kira 40 minit kemudian anggota bomba berjaya memadamkan api.

“Bomba Andalas Klang turut ke lokasi membantu jentera Balai Bomba Banting,” katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian

Misteri kehilangan tiga kanak-kanak terjawab

22 Rejab 1433H. [MOD] -

SUNGAI SIPUT - Misteri kehilangan tiga kanak-kanak di sini, Sabtu lalu, selesai setelah mereka ditemui oleh anggota Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), di Rimba
Panjang, dekat sini, pada malam kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput (U), Deputi Superintendan Ernest John memaklumkan, anggota JPAM yang menemui kanak- kanak terbabit merupakan sukarelawan yang turut
serta dalam operasi mencari bersama sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput.

Menurutnya, semua kanak- kanak terbabit yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Muhibbah, dilaporkan hilang sejak keluar rumah pada awal pagi, hari kejadian dan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumah masing- masing ketika ditemui.

"Berdasarkan keterangan kanak-kanak terbabit, mereka dipercayai takut untuk pulang ke rumah setelah berbohong kepada ibu bapa masing-masing, mengatakan mereka perlu menghadiri kelas tambahan di sekolah.

"Ketiga-tiga kanak-kanak itu telah berbasikal jauh hingga ke Chepor dan bermalam di kaki lima kedai di sekitar Chemor sebelum bergerak untuk pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi, semalam.

Tambah beliau, semasa dalam perjalanan pulang, semua kanak-kanak terbabit, iaitu, P Mugansundram, 12, S Vijay, 12, dan Muhamad Nazir Hussen, 12 ditemui anggota JPAM dan
dibawa ke IPD Sungai Siput, sebelum dihantar pulang ke rumah masing-masing.

"Setelah penemuan semua kanak-kanak terbabit, kita anggap kes ini selesai dan saya nasihatkan agar ibu bapa lebih mengambil berat tentang anak-anak mereka.

"Ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkara seumpama ini dan mereka perlu sentiasa mengambil tahu aktiviti anak-anak termasuk dengan siapa anak-anak mereka berkawan," tegas beliau

Sinar Harian

Racun lembu angkara cemburu

22 Rejab 1433H. [MOD] -

JENGKA – Seorang penternak lembu mengalami kerugian lebih RM17,000 apabila sebanyak 17 haiwan ternakannya itu mati dipercayai akibat termakan racun.

Penternak terbabit, Alias Ahmad, 38, berkata, kejadian berlaku Sabtu lalu dan ketika itu dia berada di Kuantan atas urusan kerja.

Menurutnya, dia hanya tahu mengenai perkara itu apabila dihubungi rakan pada sebelah petang hari sama.

“Petang itu saya mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan mengatakan lembu ternakan saya mati di ladang kelapa sawit Felda Ulu Jempol.

“Sebaik sahaja mengetahui perkara itu, saya bergegas pulang ke rumah untuk memeriksa keadaan lembu terbabit,” katanya.

Alias berkata, sebaik tiba sekitar jam 10 malam, dia mendapati beberapa bangkai lembu bergelimpangan di ladang kelapa sawit itu.

“Saya tidak nampak jumlah lembu ketika itu dan mengambil keputusan untuk melihatnya keesokan pagi.

“Sekitar jam 8 pagi, saya menjenguk kembali ladang terbabit dan mendapati terdapat lebih 17 bangkai lembu bergelimpangan,” katanya.

Alias berkata, dia percaya lembu-lembunya itu mati akibat termakan racun.

“Saya percaya ternakan saya mati akibat termakan racun diletakkan seseorang dalam garam dimakan lembu terbabit kerana arwah ayah juga pernah mengalami perkara sama 10 tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu mengesyaki sesiapa dan percaya dia tidak pernah menimbulkan kemarahan mana-mana pihak sebelum ini.

“Saya tidak pernah membuatkan orang sakit hati, malahan seingat saya tidak pernah menerima sebarang rungutan sama ada lembu saya mengganggu tanaman mereka,” katanya.

Bagaimanapun dia mengesyaki kemungkinan ada orang iri hati dengan kejayaannya menjuarai Kategori Ternakan Ruminan Anugerah Usahawan Felda 2012, Khamis lalu.

“Saya tidak menolak kemungkinan itu. Ketika kejadian sama menimpa arwah ayah, dia turut menerima anugerah dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Katanya lagi, dia sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu, bagaimanapun gagal menghubungi veterinar untuk menjalankan siasatan lanjut kerana kejadian tersebut berlaku ketika cuti umum.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

”Kita percaya tiada unsur jenayah berikutan haiwan ternakan terbabit bukan dalam kandang,” katanya.

Sinar Harian

Dua kenderaan rempuh babi

22 Rejab 1433H. [MOD] -

ROMPIN – Dua kenderaan remuk selepas masing-masing merempuh seekor babi hutan yang melintas jalan di Kilometer 132 Jalan Kuantan Seremban, di sini, lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, sebuah kereta Perodua Kancil remuk pada bahagian bamper depan, manakala kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora pula remuk pada bahagian bonet dan cermin depan penumpang.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata,kehadiran secara tiba-tiba babi hutan itu menyebabkan pemandu kereta kancil, Wan Mohd Saiful Wan Ishak, 24, gagal mengawal kenderaan lalu merempuh haiwan terbabit.

“Pemandu kancil terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Seremban menuju ke Keratong 9, namun mangsa tidak sempat mengelak apabila seekor babi hutan tiba-tiba melintas dari arah kanan ke kiri jalan,” katanya.

Johari berkata, secara kebetulan, Proton Exora yang melalui jalan bertentangan tidak sempat mengelak apabila haiwan
itu tercampak ke kiri jalan lalu terkena bonet depan kenderaan terbabit.

“Proton Exora yang tidak sempat mengelak haiwan itu berhenti secara tiba-tiba hingga mengakibatkan cermin depan tempat duduk penumpang pecah,” katanya.

Sementara itu, pemandu Proton Exora, Mohd Zainudin Sulong, 38, berkata, kemalangan itu menyebabkan urusannya untuk pulang segera ke rumahnya di Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan, tergendala.

“Kereta saya rosak teruk dan mujur adik saya dari Kuantan datang ke tempat kejadian sebelum menghantar kami pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Zainudin yang juga seorang anggota tentera di Gemas berkata, seorang anaknya, Khairul Afiq, 13, mengalami luka di bahagian tangan selepas terkena serpihan kaca cermin depan kereta tersebut.

Bagaimanapun, katanya, lima penumpang lain termasuk isterinya, Sulaiha Mustafa, 34, dan empat lagi anaknya iaitu, Khairul Nizam, 10, Khairul Hakimi, 9, Khairul Zakirin, empat tahun dan khairul Ikhwan yang berusia dua bulan, tidak mengalami kecederaan.

“Apa pun saya reda dengan kejadian ini dan bersyukur kerana kami selamat,” katanya.

Sinar Harian

Padang teruk: Fabregas

22 Rejab 1433H. [MOD] -

MENGAKUI aksi pembukaan kumpulan C menentang Itali merupakan perlawanan yang sangat sukar buat Sepanyol, Cesc Fabregas bagaimanapun percaya mereka berhak mencatat keputusan yang lebih baik daripada sekadar seri 1-1, awal pagi semalam.

Menyalahkan permukaan padang di Arena Gdansk yang kering melambatkan pergerakan mereka, pemain tengah La Roja itu nyata kecewa apabila gagal beraksi dengan baik meskipun berjaya menghadiahkan gol penyamaan buat pasukannya.

“Ia perlawanan yang sangat sukar buat kami terutama apabila berdepan dengan pasukan lawan yang kuat.

“Permukaan padang yang tidak elok banyak merencatkan pergerakan, malah boleh mendatangkan kecederaan sekiranya tersilap langkah,” katanya.

Sementara itu, tidak kecewa dengan aksi anak buahnya yang gagal mencatat kemenangan, pengendali Sepanyol, Vicente Del Bosque sebaliknya gembira dengan barisan pemain yang diturunkannya.

“David Silva, Fabregas dan Andres Iniesta berjaya mempamerkan aksi mantap dan mengekalkan momentum meskipun mereka gagal melaksanakan strategi dengan baik.

“Tidak dinafikan kami gagal menyudahkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol begitu juga dengan mereka (Itali), namun ini hanyalah permulaan,” katanya.

Sinar Harian

Kaki pancing lemas

22 Rejab 1433H. [MOD] -

KAMPAR - Keseronokan tiga kaki pancing bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas dipercayai terjatuh di lombong Kampung Changkat Baru, Malim Nawar, pagi semalam.

Mangsa, Yung Shu Gen, 34, warganegara China adalah penuntut jurusan kulinari di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur, ditemui tersangkut di celah batu kira-kira 15 meter
dari tempat terjatuh.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada rakan mangsa pada jam 5.50 petang kelmarin dan segera memaklumkan kepada
bomba untuk mendapatkan bantuan.

Menurutnya, sewaktu kejadian, mangsa bersama dua adik-beradik lelaki yang merupakan teman serumah sedang memancing di kawasan lombong berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai pergi ke tebing untuk mencuci muka kerana cuaca panas sebelum tergelincir dan jatuh.

“Dua rakannya yang berada di situ cuba menyelamatkan mangsa namun gagal apabila mangsa tenggelam dengan pantas kerana kawasan lombong itu mulai gelap dan airnya terlalu dalam,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, Abdul Aziz berkata, mangsa baru mengenali kedua- dua adik-beradik berusia 47 dan 41 tahun itu tiga bulan lalu.

Katanya, mereka sering ke lombong, sungai mahupun tasik untuk memancing.

“Kami difahamkan mereka sudah berada di sini (Kampar) sejak Jumaat lalu dan singgah di beberapa kolam pancing itu untuk memancing,” katanya.

Ujarnya, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah ditemui pada mayat mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Zainuddin Daud berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.04 petang dan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, pada operasi peringkat awal pihaknya menggunakan sebuah bot dalam operasi mencari dan menyelamat serta dibantu unit penyelam.

“Pada hari ini (semalam), operasi disambung bermula jam 7 pagi dan tiga bot digunakan dalam operasi tersebut.

“Seramai, 50 anggota terdiri daripada pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Ikatan Relawan Malaysia (Rela) terbabit dalam operasi
mencari dan menyelamat itu,” katanya.

Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10.20 pagi oleh unit penyelam dan operasi tamat 10 minit kemudian.

Difahamkan lombong itu pernah meragut tiga nyawa sebelum ini dan mangsa adalah mangsa keempat tragedi lemas di kawasan yang sama.

Sinar Harian

Croatia langkah kanan

22 Rejab 1433H. [MOD] -

CROATIA memulakan kempen Euro dengan cemerlang selepas mengalahkan Republik Ireland 1-3 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan C di Poznan, awal pagi semalam.

Pasukan di ranking kelapan dunia itu tidak menunggu lama apabila membuka jaringan seawal minit ke-3 menerusi tandukan Mario Mandzukic.

Bagaimanapun pertahanan Ireland, Sean St Ledger merapatkan kedudukan pada minit ke-19 sekali gus memberikan keceriaan buat lebih 20,000 penyokongnya yang berkampung di Poland.

Namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Croatia kembali mengatur serangan dan hasilnya anak buah Slaven Bilic menggandakan jaringan menerusi Nikica Jelavic dua minit sebelum babak pertama ditamatkan.

Mandzukic muncul pemusnah apabila menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-48, sekali gus memberi kemenangan selepas buat Croatia.

"Saya sudah menjangkakan kemenangan ini. Ia seperti apa yang saya ramalkan.

"Semuanya berjalan lancar dan saya berpuas hati dengan persembahan pemain," kata Bilic.

Sementara itu jurulatih Ireland, Giovanni Trapattoni percaya anak buahnya mampu melangkah ke suku akhir meskipun tewas pada perlawanan tersebut.

"Kami harus percaya. Setiap perlawanan mesti ada kejutan. Selepas ini kami bertemu Sepanyol dan ia bukannya tugas mudah.

"Mereka juara dunia dan juara bertahan. Tapi, dalam perlawanan bola sepak apa sahaja boleh berlaku," katanya.

Sinar Harian

Gol terbaik saya: Di Natale

22 Rejab 1433H. [MOD] -

BIARPUN dipalit skandal mengatur perlawanan dan tumpas dalam dua pertemuan persahabatan terakhir tahun ini, skuad Itali tidak patah semangat.

Buktinya, Azzuri hampir mengejutkan penyandang juara, Sepanyol dengan mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi pembukaan Kumpulan C Euro 2012 di PGE Arena di Gdansk, Poland, awal pagi semalam.

Penyerang Itali, Antonio Di Natale menggegar jaring lawan pada minit ke-60 dan menyifatkan gol itu antara jaringan tercantiknya di pentas antarabangsa.

"Saya teruja kerana menjaringkan gol dengan hanya satu sentuhan. Hantaran Andrea Pirlo tepat ke arah kaki dan saya fikir inilah gol terbaik sepanjang bersama Azzurri," katanya.

Di Natale pernah terlepas sepakan penalti pada Euro 2008 ketika perlawanan suku akhir menentang Sepanyol dan gembira kembali menebusnya pada kempen kali ini.

"Saya masih tidak dapat melupakan tragedi kegagalan menyempurnakan sepakan penalti empat tahun lalu. Kini, saya berpuas hati," katanya.

Sinar Harian

Sepanyol hampir diaibkan

22 Rejab 1433H. [MOD] -

JUARA bertahan, Sepanyol hampir diaibkan pada perlawanan pembukaan Kumpulan C sebelum bangkit mengikat Itali 1-1 pada aksi penuh rancak dan bertenaga di Gdansk, Poland, awal pagi semalam.

Di atas kertas, pasukan bimbingan Vicente del Bosque itu mudah menundukkan Azzurri namun sebaliknya berlaku.

Tanpa sebarang jaringan pada babak pertama walaupun kedua pasukan banyak mencipta banyak gerakan menarik.

Akhirnya, Antonio Di Natale memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-60 apabila melepaskan sepakan padu hasil hantaran Andrea Pirlo.

Namun, Cesc Fabregas menjadi penyelamat apabila menyamakan kedudukan selang empat kemudian bagi memastikan La Roja berkongsi satu mata dengan Itali.

Dalam pada itu penyerang Sepanyol, Fernando Torres menggesa rakan sepasukan bangkit memburu kemenangan andai mahu ulangi kejayaan Eruo 2008.

“Kami perlu memenangi perlawanan baki dua pertemuan selepas ini walau apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Itali, Cesare Prandelli kecewa dan menyifatkan mereka sepatutnya keluar sebagai pemenang.

“Memang kecewa, tapi saya anggap keputusan seri adil buat kedua-dua pasukan,” katanya.

Sinar Harian

Mathijsen kembalikan semula sinar Oranje

22 Rejab 1433H. [MOD] -

BELANDA dijangka bangkit daripada kekecewaan apabila tonggak pertahanan utamanya, Joris Mathijsen dilaporkan sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring dan akan turun beraksi dalam perlawanan kedua saingan peringkat kumpulan B.

Mathijsen yang tidak dapat diturunkan dalam perlawanan pembukaan saingan Euro 2012 kini diharapkan mampu mengembalikan semula sinar kepada skuad kendalian Bert van Marwijk selepas mereka tewas kepada pasukan bukan pilihan Denmark 0-1 Sabtu lalu.

Akan menggantikan Ron Vlaar dalam pertemuan menentang Jerman esok, pemain tengah Malaga berusia 32 tahun itu dilihat menggalas cabaran besar untuk memastikan The Oranje memenangi perlawanan tersebut ataupun mereka terpaksa mengangkat kaki lebih awal sebelum layak ke perlawanan final.

Terdesak untuk mendapatkan kemenangan pertama mereka, Belanda yang berkongsi kedudukan sebagai pasukan pilihan dengan Jerman dalam kumpulan B dilihat akan berdepan dengan laluan sukar apabila bertemu dengan skuad kendalian Joachim Low yang kini berada di tangga teratas dengan tiga mata.

Sinar Harian

Lori dipenuhi 10.6j rokok putih

22 Rejab 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Tindakan pantas anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menahan tiga lori dalam kejadian berasingan Jumaat lalu, berjaya merampas 10.6 juta batang rokok putih dan mematahkan tiga kes penyeludupannya membabitkan nilai dan cukai sebanyak RM5.8 juta.

Pengarah Kastam Negeri, Datuk Ramli Johari berkata, dua lori ditahan dalam kejadian berasingan pada jam 11.30 pagi ketika sedang berhenti di tengah-tengah Tambak Johor dalam keadaan mencurigakan.

“Pemandu kedua-dua lori gagal mengemukakan sebarang dokumen apabila dihampiri anggota penguatkuasa, dan mereka terus dibawa ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) bersama lori masing-masing untuk pemeriksaan rapi.

“Hasil pemeriksaan kami menemui sejumlah rokok putih jenama Luffman, Canyon dan John yang dianggarkan bernilai RM275,000 dengan nilai cukai sebanyak RM2.73 juta bagi kes pertama.

“Manakala dalam kes kedua, kami berjaya menemui 210 kotak rokok putih jenama John yang ditaksirkan bernilai RM105,000 dengan nilai cukai RM1.04 juta,” katanya dalam sidang media di Menara Kastam, di sini, semalam.

Sementara itu dalam kes ketiga, Ramli berkata, seorang pemandu bersama kelindannya ditahan dalam pemeriksaan lori di laluan pintu keluar barangan import, Unit Kawalan Risiko BSI pada jam 2 petang, Jumaat lalu.

“Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan menahan lori berkenaan untuk pemeriksaan rapi dan menemui sejumlah rokok jenama Modeng dan Romantis.

“Kesemua barang berkenaan dianggarkan bernilai RM150,000 dengan cukai terlibat sebanyak RM1.49 juta.

“Jumlah keseluruhan barangan yang ditahan bagi ketiga- tiga kes membabitkan nilai RM530,000 dengan jumlah cukai RM5.26 juta,” katanya.

Dalam pada itu Ramli berkata, barangan yang dirampas dalam ketiga-tiga kes berkenaan merupakan barangan larangan import dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dibaca bersama Seksyen 139 akta sama.

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 135(1) mereka yang sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang sepuluh kali gan-da nilai barang dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang atau
penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Katanya, mereka yang ditahan berusia di antara 22 hingga 44 tahun dan masih direman untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga kes berkenaan saling berkaitan.

Sinar Harian

Uefa ambil tindakan ke atas Jerman, Portugal

22 Rejab 1433H. [MOD] -

Uefa mahu mengambil tindakan ke atas pasukan Jerman dan Portugal berikutan penyokong kedua-dua pasukan yang gagal mengawal tingkah laku ketika pertemuan mereka dalam Kumpulan B, Ahad lalu.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Arena Lviv itu, penyokong Jerman dikatakan gagal mengawal tingkah laku dan bertindak ganas dengan membaling objek tajam ke bahagian padang.

Portugal pula yang mengalami nasib yang sama apabila cuba melengah-lengah perlawanan pada babak kedua pertemuan tersebut.

Insiden yang di luar jangkaan itu turut memaksa pihak berkuasa tempatan membuat satu pengumuman bagi meminta para penyokong kedua-dua pasukan bersikap postif dan menghentikan tindakan tersebut.

Jurucakap Uefa berkata, "kami telah melakukan siasatan, dan dua jawatankuasa disiplin dibentuk bagi membantu insiden tersebut."

"Jawatankuasa disiplin yang ditubuhkan itu akan menjalankan siasatan pada minggu ini," katanya.

Sebelum ini, Uefa turut melancarkan satu siasatan kepada penyokong Rusia ekoran tindakan mereka yang membaling bunga api sehingga menbahayakan orang lain.

Sinar Harian