15 Januari 2014

100 sunnah Nabi s.a.w. dalam kehidupan

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
kedahlanie.info
http://freeislamiccalligraphy.com/wp-content/uploads/2013/05/Muhammad-2-940x1005.jpg
Buatlah pilihan yang mana satu dari 100 nie jika hendak buat semua pun tak ada halangan dipersilakan...

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat

11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki

Tuan Guru Nik Aziz ceria dikunjungi MB, Exco

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menerima kunjungan daripada Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob sempena jamuan yang diadakan di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru Dato Bentara Setia di sini.

Ustaz Ahmad tiba di pejabat baru Tuan Guru itu kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Selain menikmati jamuan dengan menu Nasi Dagang dan Nasi Manis, Ustaz Ahmad turut meluangkan masa mengadakan perbincangan ringkas dengan Tuan Guru yang juga bekas Menteri Besar Kelantanitu.

Hiburan hari ini : Kangkung Dah Turun Harga

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

 

S'gor jamin air 20m3 tetap percuma

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penggunaan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 oleh kerajaan persekutuan untuk mengambil alih syarikat konsesi air memberi kuasa kepada kerajaan negeri.

Pemilu: Jusuf Kalla bakal jadi regu Jokowi?

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
AHMAD MUHAJIR
NAMPAKNYA Pilihanraya Umum atau Pemilihan Umum (PRU/Pemilu) Indonesia yang dijadualkan pada 4 April ini semakin hampir.

Senarai bakal calon untuk menjadi wakil rakyat di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Dewan Perwakilan  Daerah (DPD), calon untuk anggota atau ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Tingkat Satu (DUN/DPRD Tkt 1) serta Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Tingkat Dua untuk daerah dan bandar (DPRD Tkt Dua) sudah disahkan oleh Komisi Pemilihan  Umum (KPU semacam SPR) bersama Komisi Pemilihan Indonesia dan Badan Pengawas Pemilihan Umum (Banwaslu).

Senarai pengundi memang masih ada masalah di beberapa tempat, terutama yang ada dua nama dalam senarai atau orangnya sudah meninggal namun namanya masih ada. Ini tidak boleh dielakkan dari seramai 180 juta lebih pengundi, dan  berapa peratus akan Golput atau Golongan Putih tidak keluar mengundi, kerana kecewa dengan prestasi dan imej buruk yang ditampilkan oleh pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) serta ahli kabinetnya, begitu juga dengan parti-parti yang bertanding, dengan wajah atau kerja wakil rakyatnya di Parlimen, yang tidak banyak memihak kepada kepentingan rakyat banyak.

Bob Lokman daei Oley, doakan kesembuhan beliau

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Bekas pelawak pelakon dan komposer, Bob Lokman kini terlantar di hospital ekoran masalah paru-paru berair dan jantungnya yang lemah.

Sejak berita keadaan kesihatannya tersebar di media sosial dan juga portal berita, tidak putus-putus warga perihatin termasuk rakan dan kenalan datang mengunjungi beliau di Hospital UiTM Sungai Buloh .

Ada peneroka pendapatan hanya RM119 sebulan

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

GUA MUSANG: Kini selepas 58 tahun Felda diwujudkan, impian Tun Razak masih terkapai-kapai. Tidak semua peneroka menikmati perubahan hidup seperti diimpikan.

Masih ada peneroka berada di bawah garis kemiskinan, lebih-lebih lagi peneroka Kesedar. Rumah lama berdinding papan dan gelegar kayu masih banyak dilihat termasuk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lebir, Gua Musang.

Individu dakwa dirinya Sultan Melaka direman empat hari

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Ayer Keroh: Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V Kanasan membenarkan tahanan reman terhadap individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka, selama empat hari sehingga 18 Januari ini bagi membantu siasatan polis. 

Perintah reman itu dikeluarkan di Mahkamah Ayer Keroh pada jam 9.45 pagi tadi. 

Dia ditahan polis mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 susulan lapan laporan individu dan badan bukan kerajaan (NGO) berikutan dakwaannya yang meragukan sebagai Sultan Melaka. 

Rakyat Malaysia Menang Kes Larangan Masuki AS

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
SAN FRANCISCO: Hakim Amerika Syarikat (AS) menyebelahi seorang rakyat Malaysia yang mencabar dasar larangan memasuki AS oleh kerajaan negara itu.

Hakim turut memutuskan bahawa prosedur sedia ada untuk membetulkan kesilapan pada senarai tersebut tidak mencukupi.
Hakim Daerah San Francisco, Willian Alsup membuat keputusan itu ke atas saman yang dikemukakan oleh Profesor Rahinah Ibrahim, yang juga seorang pensyarah di sebuah universiti awam di Malaysia.
Polisi larangan masuk ke AS menetapkan mana-mana individu yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas disekat daripada menggunakan kapal terbang komersial memasuki negara itu.
Namun, pengkritik berkata, adalah mustahil untuk mengeluarkan nama individu daripada senarai tersebut.

Ditahan tak sempat melaram kereta curi

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Sandakan: Niat seorang lelaki melaram kereta baru dicurinya tidak kesampaian apabila dicekup tidak sampai lima jam selepas melakukan jenayah itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, suspek berusia 23 tahun itu dikesan berada di Ranau, kira-kira 200 kilometer dari lokasi kenderaan berkenaan dilaporkan hilang.

Cis...rompak budak-budak

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Kuching: “Sebaik mendapat tahu dua beradik itu cuba dirompak, saya segera memecut kenderaan mengejar suspek,” kata seorang ahli perniagaan yang mematahkan cubaan dua lelaki bersenjatakan pisau lipat merompak dua beradik, sekali gus membolehkan seorang daripadanya ditahan dalam kejadian di Tabuan Jaya, di sini, semalam.
Menceritakan kejadian itu, ahli perniagaan berusia 34 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia nekad memecut Toyota Harrier miliknya untuk mengejar suspek yang ditinggalkan rakannya sebaik orang ramai mengerumuni lokasi kejadian pada jam 3.15 petang.

Seedorf Jurulatih Baharu AC Milan

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
BEKAS pemain kebangsaan Belanda dan pemain tengah AC Milan, Clarence Seedorf dilantik sebagai jurulatih baharu kelab Itali itu, selepas mengumumkan persaraannya di atas padang pada Selasa.

Beliau menggantikan tempat Massimiliano Allegri yang dipecat pada Isnin lalu.

Malaysia dilanda fenomena kangkung (Koleksi Gambar dan Video)

13 Rabiul Awal 1435. [MOD] -


Berada di luar negara selama 6 hari macam-macam fenomena yang melanda negara ku yang dicintai. 


Sekembalinya saya dari China atas urusan perniagaan, terkejut besar saya dibuatnya dengan fenomena kangkung yang menjadi bualan dan berita hangat di pelbagai media baru akibat  dari  ucapan Najib Razak di Kemaman semalam sempena penyampaian bantuan kepada kumpulan pertama mangsa banjir yang naik berang sebab rakyat asyik persalahkan kerajaan dengan segala kenaikan harga barang.

Najib dipetik sebagai berkata:"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun."Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan,"