14 Syawal 1432H. [MOD] -
Sejarah memang memerihalkan perkara yang sudah berlalu, namun ia bukan benda mati, malah pentafsirannya cukup dinamik, hidup dan sentiasa berkembang, sehingga boleh merumuskan pelbagai persepsi. Fakta sejarah sukar dibohongi tetapi "pihak yang menang" mempunyai pengaruh tersendiri untuk "memesongkannya".
Begitulah menariknya polemik sejarah kemerdekaan negara, yang tiba-tiba saja menarik perhatian semua lapisan masyarakat mengikutinya daripada dekat, apabila ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disensasikan Utusan Malaysia dan hingga kini, selepas lebih dua minggu, masih menjadi tajuk utama akhbar dan berita TV.
Mat Sabu mungkin tidak mempunyai disiplin ilmu sejarah yang baik, seperti beberapa orang anggota Majlis Profesor Negara (MPN), misalnya Prof Zainal Kling dan Prof Ramlah Adam, namun beliau berupaya untuk memaksa "tafsiran baru" dibuat terhadap sejarah perjuangan menghalau penjajah.
Bagi saya, beliau berjaya -- melalui gaya tersendiri -- "menganjurkan" satu perdebatan yang sihat dan diharap membuahkan hasil yang positif dan adil kepada sejarah negara. Terjahan awal Zainal Kling yang mendakwa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, pastinya tidak terhenti di situ sahaja.
Dan tidak mustahil tafsiran Mat Sabu terhadap sejarah kemerdekaan negara akhirnya akan lebih diyakini khalayak berbanding dua profesor yang dikenali sebagai cukup rapat dan dekat dengan Umno itu. (Pengalaman saya membaca buku-buku Ramlah Adam dapat mengesan "kecurigaan" dan "buruk sangka" yang ketara kepada tokoh-tokoh golongan kiri, seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain).
"Kalau bukan disebabkan media secara berlebihan memainkan isu ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong, saya pasti ramai di kalangan kita tidak pernah kenal apa itu pertubuhan politik seperti PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malayu) atau API (Angkatan Pemuda Insaf)," kata seorang rakan, pensyarah kanan sains politik.
"Dan mungkin ada yang beranggapan lokasi Bukit Kepong itu berada di sekitar Kepong atau Jinjang," tambahnya, sambil ketawa. "Di sinilah hebatnya Mat Sabu. Sejarah yang mungkin dianggap sudah mati itu kembali segar-bugar. Kepada saya, biarlah orang berdebat siapa Mat Indera, dan pula siapa petualang dan pejuang kepada negara."
Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya MPN dalam sidang media di Putrajaya mendakwa, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun. Beliau juga menafikan gerakan kiri sebagai golongan memperjuangkan kemerdekaan.
Kenyataan Zainal sebenarnya tidaklah mengejutkan. Ia dilihat mewakili aspirasi perjuangan Umno, yang lebih bertindak sebagai "perunding" dalam fasa-fasa akhir menuntut kemerdekaan. Ya, di sinilah menariknya perbahasan yang dicetuskan Mat Sabu itu, yang bakal menyerlahkan perbedaan besar di antara peranan Umno dengan parti-parti terdahulu yang diharamkan penjajah British.
Saya tidak pasti di manakah kedudukan penentang-penentang British, yang mempertaruhkan nyawa demi membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah seperti Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Dol Said, Maharajalela, Tok Janggut dan Rosli Dhobi, pada kacamata Zainal dan orang-orang seumpamanya?
Saya cuba membayangkan bagaimana sukarnya tokoh-tokoh awal, seperti Ibrahim Yaakub, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam, yang membangkitkan kesedaran rakyat untuk menentang British.
Bukan mengenangkan kepayahan mereka diburu penjajah, dengan kelengkapan yang cukup minimum, tetapi kesukaran untuk meyakinkan anak bangsa sendiri -- terutama yang merasa selesa di bawah dagu orang putih -- bahawa mereka perlu bangun daripada lena yang panjang, selain menimbulkan kesedaran awal pemikiran politik.
Sebelum menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938, Ibrahim Yaakub memimpin gerakan pelajar, Ikatan Pemuda Pelajar pada 1929, seterusnya pada 1930, Ikatan Semenanjung Borneo, yang berpusat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, sehinggalah British menghancurkan gerakan itu pada 1932.
Sekiranya nasionalis Umno hanya baru sedar untuk membebaskan diri daripada penjajahan selepas konsep Malayan Union diperkenalkan pada 1946, anak-anak Melayu yang terdidik di Timut Tengah, terutama di Universiti Al-Azhar sudah menjiwai roh kemerdekaan sejak awal 1900-an lagi, dipengaruhi mujaddid agung Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh dan Rashid Ridha.
Tidak hairanlah apabila majalah al-Imam, yang dikeluarkan pada 22 Julai 1906 di Singapura oleh tokoh-tokoh pembaharu Islam, Kaum Muda, mengungkapkan dengan jelas tujuan penerbitannya: "Mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan."
Dari segi organisasi yang lebih teratur, perjuangan ini diteruskan dengan kelahiran Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak, pada 14 Mac 1948, di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Dalam kenyataannya pada 26 April 1948, Dato Onn Jaafar mengingatkan satu lagi "bahaya dari gunung" dan menyifatkan "Parti Islam itu Merah". Onn berjaya menghasut British bahawa Hizbul Muslimin prokomunis.
Melalui Akta Darurat 1948, pada 29 Julai tahun sama, semua pemimpin Hizbul Muslimin, termasuk Abu Bakar, ditangkap dan dipenjarakan sehinggakan tiada yang tinggal untuk memimpin. Parti itu turut diharamkan. Ramai pengkaji menyifatkan penubuhan PAS pada November 1951 adalah kesinambungan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan penjajah itu.
Saya tidak bermaksud mahu bermain dengan fakta sejarah. Saya percaya perdebatan status Tanah Melayu, sama ada sebagai negara jajahan ataupun naungan British akan menarik pembabitan lebih ramai sejarahwan yang jujur dengan ilmunya untuk berkongsi pandangan.
Implikasi perbahasan itu juga menjangkaui skop yang jauh lebih besar, termasuk memberi kesan besar terhadap situasi politik terkini. Ia bukan lagi berlegar di sekitar kontroversi Mat Indera dan Bukit Kepong semata-mata. Dan inilah yang saya jangkakan dalam tulisan saya sebelum ini.
Isu ini mulanya dicetuskan oleh Utusan Malaysia bagi menjerat Mat Sabu dan PAS itu sendiri, iaitu sebuah parti yang dilihat bakal memberi saingan paling sengit buat Umno, khususnya untuk merebut simpati dan sokongan pengundi Melayu dalam PRU13. Ia juga diharapkan BN bagi menenggelamkan isu-isu membabitkan kepentingan rakyat, seperti kenaikan harga barangan dan pelbagai skandal kewangan, serta yang terbaru caj perkhidmatan enam peratus telefon prabayar.
Menjadi kelaziman kepada strategis Umno untuk meneropong kegiatan dan kenyataan pemimpin pembangkang dengan sehalus-halusnya, untuk dimanipulasi dan diputarbelitkan, bagi menggambarkan kepada rakyat kelemahan Pakatan Rakyat.
Saya boleh bersetuju dengan pandangan seorang rakan yang mengingatkan bahawa dalam PRU13 nanti kemenangan bukan ditentukan oleh kehebatan parti atau calon yang bertanding, tetapi difaktorkan oleh "kesilapan paling minimum" yang dilakukan parti atau calon berkenaan.
Maknanya, mereka yang melakukan kesilapan lebih banyak akan mudah untuk ditumpaskan.
Di peringkat awal, nampak kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera itu (dan bukannya tentang sejarah kemerdekaan negara) seperti mudah dieksploit Umno, terutama kepada bekas anggota keselamatan dan orang-orang tua di kampung-kampung, tetapi apabila skop perbincangannya menjadi lebih meluas, saya yakin kedudukannya menjadi lebih seimbang.
"Saya rasa kesungguhan luar biasa media Umno menimbulkan isu Mat Sabu, Mat Indera dan sejarah kemerdekaan negara ini boleh menikam balik dirinya," rumus seorang penganalisis politik.
"Apa pun, saya ingatkan kepada pemimpin pembangkang, berhati-hatilah daripada terjebak dengan perangkap Umno menjelang pembubaran Parlimen. Banyak isu yang sedia memihak Pakatan Rakyat, selain menampilkan gabungan mantap yang diyakini rakyat untuk mengambil alih Putrajaya," tambahnya.
Sekurang-kurangnya kini terpampang dengan lebih jelas wajah Umno yang propenjajah, di mana pemimpinnya sejak sebelum merdeka sehinggalah hari ini, lebih memikirkan soal kepentingan dan kesenangan diri. Dengan kata lain, Umno dan British saling perlu-memerlukan.
Dalam buku Perniagaan British di Malaysia Pascapenjajah 1957-70 (terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010), Nicholas J White mengungkapkan: "Pada masa bunga tahun 1959, usaha diambil pada peringkat menteri untuk mendekati pelbagai pemimpin perniagaan British bagi mendapatkan dana bagi membantu Perikatan dalam pilihan raya umum yang akan datang.
"Diharapkan M$500,000 dapat dikumpulkan daripada perniagaan Eropah. Oleh sebab wakil ekspatriat memang dijangka kehilangan tempat mereka dalam badan perundangan Malaysia pada akhirnya, maka Tan Siew Sin, Menteri Perdagangan dan Industri, menjelaskan bahawa firma British 'pasti menyumbang untuk menyokong kerajaan
yang memegang tampuk kuasa, dan kerana (mereka) tidak mungkin mengharapkan layanan lebih baik daripada mana-mana parti yang lain berbanding dengan layanan oleh Perikatan, sudah tentu dasar yang baik bagi mereka adalah untuk berusaha sedaya upaya demi memastikan Perikatan terus memegang kuasa dengan besar'."
12 September 2011
Umno punca kuasa sultan terhad
14 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 12 Sept: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib(gambar) menyifatkan Umno adalah pewaris kepada sistem yang ditinggalkan oleh penjajah.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas situasi terkini di tanah air berkenaan dakwaan bahawa hanya Umno adalah pejuang kemerdekaan.
“Ianya seolah-olah menafikan peranan golongan lain yang turut berjuang untuk mencapai kemerdekaan di negara ini.
“Apa yang kita lihat melalui sejarah ialah kemerdekaan diberikan kepada orang Melayu oleh orang putih kepada golongan yang paling mereka (British) percayai pada waktu iaitu Umno,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, British sudah tentu akan memastikan bahawa bukan sahaja kepentingan politik mereka akan terjaga bahkan ekonomi British juga turut dijaga.
Katanya, Umno dilihat sebagai pihak yang paling sesuai setelah kemerdekaan untuk menjaga kepentingan itu kerana British tidak percaya kecuali kepada hanya Umno sahaja untuk menjaga kepentingan mereka.
“Saya ingin ingatkan kepada seluruh orang Melayu di Malaysia bahawa sistem perlembagaan yang meletakkan pihak sultan hanya mempunyai kuasa yang terhad adalah berpunca kerana Umno.
“Umno ketika ingin memperolehi merdeka daripada British bersetuju untuk mengikut sistem yang diamalkan di British di mana raja hanya memegang jawatan terhormat dan hanya mempunyai kuasa yang terbatas dalam pentadbiran,” ujar beliau lagi.
|
Rakyat yakin Negara Berkebajikan PAS
14 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 12 Sept: PAS membuat ketetapan untuk menjelaskan konsep Asas Negara Berkebajikan kepada kepimpinan parti sehingga ke akar umbi sebelum pilihan raya umum ke-13.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketetapan itu merupakan resolusi yang dicapai daripada Konvensyen Negara Berkebajikan Sabtu lalu.
Menurutnya, sesi penerangan akan bermula dengan sambutan besar-besaran penubuhan PAS di Pulau Pinang pada 1 Oktober depan.
"Dalam masa terdekat PAS kita adakan sambutan 60 tahun PAS di Pulau Pinang kemudian semua negeri akan adakan sambutan ini yang merupakan salah satu program wajib dalam menerangkan konsep Begara Berkebajikan," kata beliau ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka parti itu di Taman melewar, dekat sini, semalam.
Bagi memberikan penerangan mengenai perkara itu juga, PAS katanya akan mengadakan himpunan pemberita dan blogger agar mereka dapat menyebarkan konsep Negara Berkebajikan kepada umum melalui media massa.
"PAS menjangkakan dalam masa dua, tiga bulan ini kita akan selesai membina keyakinan masyarakat tentang Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Tambahnya, manifesto Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS merupakan tawaran yang dapat diterima rakyat yang memerlukan sistem pemerintahan yang telus dan diyakini.
"Tawaran Negara Berkebajikan yang kita tawarkan ini merupakan tawaran yang sangat dinanti-nantikan rakyta. Rakyat perlukan satu sistem pemerintahan dan dasar yang jujur telus dan diyakini.
Konvensyen anjuran Lajnah Penerangan PAS yang diadakan di Dewan Datuk Fadhil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) itu melibatkan seluruh jentera penerangan dari setiap negeri.
Konvensyen itu rentetan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada muktamar PAS Jun lalu, "Menuju Negara Berkebajikan".
Ustaz Hadi sendiri membentangkan Konsep Asas Negara Berkebajikan dalam ucaptama beliau dan diulas oleh Ketua Penerangan PKR, Dr. Mohd Noor Manuty, Naib Pengerusi DAP Pusat, Dr. Tan Seng Giaw dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid.
Manakala Dokumen Negara Berkebajikan yang menjelaskan tawaran-tawaran PAS kepada rakyat dibentangkan oleh Naib Presiden, Salahuddin Ayub.
harakahdaily/-
Buaya gergasi baham antelop
14 Syawal 1432H. [MOD] -
TAMAN NEGARA MAASAI MARA, Kenya - Seekor buaya gergasi sepanjang 6.4 meter membaham seekor antelop seberat 136 kilogram di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Aksi buaya itu membaham haiwan tersebut sempat dirakamkan oleh jurugambar terkenal, Paolo Torchio dari Itali di sebatang sungai di sini.
Menurut Torchio, kejadian tersebut menyebabkan seseorang itu berfikir bahawa betapa kecilnya diri kita dalam dunia haiwan.
Sungai itu dipenuhi dengan bangkai haiwan yang mati semasa ia cuba untuk berhijrah dari Tanzania ke Kenya.
Dua minggu lalu, sekumpulan penduduk di bandar Bunawan, Filipina berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 6.1 meter hidup-hidup.
Buaya itu kini ditempatkan di sebuah kurungan dan ia dipercayai buaya paling besar pernah ditangkap hidup-hidup di dunia. - Agensi
Satelit berkembar dilancar ke bulan
14 Syawal 1432H. [MOD] -
WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) kelmarin melancarkan satelit berkembar berharga AS$500 juta (RM1.5 bilion) sempena misi penjelajahan terbaru ke bulan.
Roket Delta II membawa kedua-dua satelit GRAIL itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Cape Canaveral di Florida dan akan menjalankan misi selama tiga bulan.
Jurucakap Nasa, George Diller berkata, misi pada kali ini adalah untuk mengkaji struktur batuan yang terdapat pada bahagian dalam bulan.
“GRAIL akan menjadi misi pertama yang akan mendedahkan rahsia tersembunyi yang terdapat di bulan,” menurut saintis program, Bobby Fogel.
Semasa misi tersebut ia akan berada pada jarak 60 hingga 225 kilometer dari permukaan bulan.
sinar harian/-
Jerman arah siasat pengubahan wang haram
14 Syawal 1432H. [MOD] -
Kementerian Kewangan Jerman telah mengarahkan siasatan ke atas hubungan perniagaan di antara keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Deutsche Bank, bagi mengenalpasti jika terdapat unsur-unsur pengubahan wang haram.
Menurut NGO Bruno Manser Fund (BMF), yang berpangkalan di Switzerland, arahan siasatan itu dikeluarkan berikutan aduan pihaknya.
BMF mendakwa kementerian kewangan Jerman dalam jawapan e-mel berkata ia telah 'meminta pihak berkuasa penyeliaan kewangan Jerman untuk menjelaskan dan memeriksa keadaan yang dinyatakannya dalam surat kepada Canselor dari sudut pengubahan wang haram.
Katanya, institusi kewangan tertentu dan pihak berkuasa penyeliaan kewangan (BaFin) perlu menyiasat jika mereka berpendapat ia bersesuaian.
BaFin adalah pihak berkuasa penyeliaan bagi institusi kewangan berkenaan undang-undang pengubahan wang haram.
BMF pada Jun lalu, dengan kerjasama dua lagi NGO lain iaitu - Persatuan Penduduk Terancam dan Rettet den Regenwald telah menulis kepada canselor Jerman meminta campurtangannya.
“Kami minta kerajaan Jerman menjelaskan hubungan perniagaan antara Deutsche Bank dengan Taib dan minta supaya semua aset Taib) di Jerman dibekukan.
"Kami amat prihatin kerana sebagai sebuah institusi perbankan utama di Jerman, Deutsche Bank bekerjasama dengan seorang perasuah.
"Kami berpendapat kerjasama ini tidak boleh memberikan kepentingan kepada kerajaan Jerman, yang secara antarabangsa memupuk cara menangani rasuah,” tulis NGO itu.
malaysiakini/-
Hanya hitung masa
14 Syawal 1432H. [MOD] -
DERITA...keadaan Eyrshah dengan otaknya di luar kepala.
JOHOR BAHRU: Kegembiraan sepasang suami isteri dikurniakan anak selepas menanti hampir enam tahun bertukar duka apabila bayi itu yang lahir pada tarikh keramat 31 Ogos lalu mengalami kecacatan otak berada di luar tempurung kepalanya.
Lebih menyedihkan, bayi lelaki itu disahkan doktor menunggu masa untuk pergi buat selama-lamanya kini ditempatkan di bawah kawalan doktor pakar Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
Bapa bayi yang diberi nama Eyrshah Elman itu, Erywan Yaacob, 32, menyifatkan akur nasib menimpa bayinya, namun dia dan isteri, Noraishah Alaby, 32, kesal dengan kegagalan petugas sebuah klinik kesihatan berhampiran rumahnya di Gelang Petah yang tidak dapat mengenal pasti masalah kandungan isterinya sejak awal.
“Setiap kali menjalankan pemeriksaan, doktor dan jururawat di klinik itu menyatakan isteri dan bayi di dalam kandungan sihat dan selamat.
“Sehingga seminggu sebelum kelahirannya, doktor di klinik kesihatan terbabit menghantar isteri ke HSA kerana menurutnya kandungan mengalami masalah dan memerlukan pengawasan doktor pakar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Erywan yang juga pembantu jurutera berkata, doktor di HSA memberitahu, keadaan bayi itu di luar jangkaan kerana kes berkenaan yang pertama berlaku di negeri ini dan antara kes terawal di negara.
“Tetapi, saya kesal doktor dan jururawat di klinik kesihatan terbabit tidak dapat mengenal pasti punca masalah kandungan isteri, sedangkan menurut doktor di HSA, masalah seperti itu sepatutnya boleh dikesan ketika kandungan berusia empat atau lima bulan.
“Hancur dan hiba hati terutama isteri sebaik melihat cahaya mata pertama kami yang dinantikan hampir enam tahun dilahirkan dalam keadaan sungguh menyedihkan.
“Menitis air mata kami setiap kali memandangnya yang kelihatan amat menderita dengan keadaan otaknya di bahagian luar. “Jika doktor dan jururawat klinik kesihatan itu dapat mengesan masalah ini dari awal, anak saya mungkin tidak menderita.
“Kini, kami berserah ke hadrat Ilahi dengan apa juga ketentuan, namun saya merayu mana-mana pihak terutama yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk membantu,” katanya.
Menurut Erywan, tiga hari lalu dia cuba menghubungi beberapa pakar perubatan untuk bertanyakan mengenai masalah anaknya, namun semuanya memberi jawapan menghampakan.
“Doktor mengatakan kes seperti ini amat jarang terjadi dan masih menjalankan kajian berhubung cara atau kaedah terbaik bagi menyelamatkannya,” katanya.
Sesiapa yang ingin memberi bantuan atau mempunyai maklumat yang boleh membantu Eyrshah Elman boleh menghubungi Erywan di talian 017-7746696.
metro/-
Mangsa banjir Perlis meningkat kepada 300 orang
14 Syawal 1432H. [MOD] -
KANGAR 12 Sept. - Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada lebih 300 orang daripada lebih 90 buah keluarga berbanding 100 orang semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata, mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir iaitu lima di kawasan Padang Besar, tiga di Kangar dan dua di Arau.
Sementara itu, dua buah sekolah ditutup hari ini akibat banjir iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Melangit dan Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Ir. Nishad Mohamed berkata, hujan lebat luar biasa menyebabkan banjir sejak semalam. - Bernama
Kelantan dekati komuniti Muslim di Thailand
14 Syawal 1432H. [MOD] -
NARATHIWAT, 12 Sept: Mengenali masyarakat Muslim di Thailand bukan lagi perkara asing bagi rakyat Kelantan, malah ramai mempunyai hubungan persaudaraan.
Namun bagi masyarakat Islam yang tinggal di Bangkok dan di wilayah-wilayah di utara Thai jarang dikenali kerana kedudukan geografi jauh dan komunikasi berlainan.
Mereka tidak bertutur bahasa Melayu seperti masyarakat Islam di wilayah selatan, sebaliknya menggunakan bahasa Siam.
Oleh itu bagi mengenali lebih dekat komuniti masyarakat Islam di utara Thailand, Konsul Diraja Thailand di Kota Bharu membawa pemimpin masyarakat Islam, pentadbir, pendidik dan wartawan Kelantan menyertai lawatan muhibah ke Thailand bermula hari ini.
Seramai 35 peserta yang mewakili beberapa jabatan kerajaan dan syarikat media dibawa melawat beberapa wilayah di selatan Thailand, Hadyai, Bangkok, Ayutthaya dan Chiangmai.
Rombongan berkenaan diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Ismail Saamah akan berada di Thailand sehingga 17 September ini.
Turut menyertai rombongan berkenaan, Senator Datuk Dr Johari Mat, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), Muhammad Salleh, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Islam Kelantan, Muhammad Ya dan Penolong Pengarah Jaheaik, Saibon Ismail,
Turut diundang beberapa wakil agensi media antaranya Berita Harian, Metro, Utusan Malaysia dan Harakahdaily.
Di Narathiwat pagi ini rombongan mendengar taklimat disampaikan Timbalan Gabenor Narathiwat, Dejrat Simsiri.
Selepas itu diadakan pula perjumpaan dengan Majlis Agama Islam Narathiwat. Dan selepas ini bertolak ke Pattani bagi mengadakan perjumpaan dengan Majlis Agama Islam Wilayah Pattani.
Manakala esok akan diadakan taklimat oleh Gabenor Yala dan perjumpaan dengan Majlis Agama Islam Yala. Perjumpaan juga akan diadakan dengan Setiausaha General Pentadbir Wilayah Selatan. Dan pada sebelah petang bertolak ke Bangkok.
Perjumpaan dengan Menteri Luar Thailand, Surapong Tonchakchaikul juga akan diadakan sempena lawatan itu.
Sementara itu Ismail ketika ditemui berharap lawatan berkenaan akan dapat memberi pengalaman baru dan mengetahui perkembangan penduduk Islam di Thailand.
“Kita berharap akan mendapat manfaat yang lebih baik sempena lawatan ini khususnya dalam mengeratkan hubungan dua hala antara kerajaan negeri dan Thailand,” ujarnya.
Palestin tetap tidak berganjak
14 Syawal 1432H. [MOD] -
AMMAN 11 Sept. - Presiden Mahmoud Abbas berkata, Palestin akan meneruskan permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara merdeka di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekalipun menghadapi 'ancaman' Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan bantuan kewangan.
"Kami akan pergi ke PBB untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa bagi negara Palestin, walaupun menghadapi banyak halangan dan bahaya, termasuk ancaman dari AS untuk menghentikan bantuan tahunan berjumlah AS$470 juta (RM1.41 bilion)," kata Abbas dalam wawancara yang disiarkan oleh akhbar kerajaan Jordan, Al-Rai, hari ini.
"Jika Washington menggunakan kuasa veto ke atas kami, ini tidak bermakna kami akan memboikotnya, kerana kami pernah berbalah dengan AS pada masa lalu.
"Namun, kami akan mengambil keputusan yang sesuai sejajar dengan perkembangan yang berlaku," katanya kepada akhbar berbahasa Arab itu.
Abbas dijadual menghadiri sidang kemuncak para pemimpin dunia pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) mulai 20 September ini, tetapi Washington berikrar akan menggunakan kuasa vetonya bagi menghalang Palestin membawa permohonan ke Majlis Keselamatan PBB bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara Palestin, kerana mahukan negara itu ditubuhkan menerusi rundingan dengan Israel.
Namun, jika permohonan itu disekat di Majlis Keselamatan PBB, Palestin merancang untuk membawa kes itu kepada UNGA, di mana mereka dijangka mendapat undi cukup banyak untuk menaikkan status perwakilan di PBB daripada badan pemerhati kepada negara bukan anggota.
Mengenai usaha perdamaian dengan pergerakan Hamas, Abbas berkata, rundingan untuk membentuk sebuah kerajaan akan disambung semula selepas bulan depan, meskipun Israel mengancam untuk membekukan dana kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA).
"Kerajaan akan datang bukanlah kerajaan perpaduan, tetapi sebuah kerajaan teknokrat yang akan mengendalikan pilihan raya umum," kata Abbas, sambil menambah kata bahawa beliau tidak akan bertanding semula untuk jawatan Presiden jika pilihan raya diadakan pada Mei ini. - AFP
Zunar akan terima anugerah Hellmann-Hammett
14 Syawal 1432H. [MOD] -
BANGKOK, 12 Sept: Selepas menerima anugerah di Amerika melalui CRNI, kini kartunis Zulkifli Anuar ul Haq atau Zunar akan menerima anugerah dari badan hak asasi antarabangsa pula. Beliau akan menerima anugerah Hellmann-Hammett award di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT), Bangkok Rabu, 14 September ini. Selain Zunar, dua lagi penulis akan menerima anugerah Hellmann-Hammett ini iaitu Chiranuch “Jiew” Premchaiporn (Thailand) dan Hang Chakra (Cambodia). Turut berucap di di majlis ini nanti adalah Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Wilayah Asia, Phil Robertson di samping Shawn Crispin, Wakil Asia Tenggara Committee to Protect Journalists (CPJ). Tahun ini, 48 penulis dari 24 negara seluruh dunia akan menerima geran Hellman/Hammett sebagai satu pengiktirafan kepada kesungguhan mereka dalam memperjuangkan hak asasi manusia termasuk menghadapi pendakwaan.
Zunar terkenal dengan buku-buku kartunnya bermula dengan Harakah pada tahun 1998 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dipenjarakan ketika itu.
Beliau telah menghasilkan kartun-kartun editorial yang sangat menarik dan telah menyumbang kemenangan besar PAS pada pilihan raya 1999.
Zunar selepas itu menjadi pengarang Warta Keadilan dan berjaya menaikkan edaran akhbar itu sehingga melebihi 100,000 naskah setiap keluaran.
Kini Zunar menerbitkan sendiri buku-buku kartunnya namun sentiasa sahaja mendapat sekatan dari pihak kerajaan di mana buku-buku terbitannya diharamkan oleh kerajan.
|
Minum petang Najib-Hakim timbul persoalan pemisahan kuasa
14 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 12 Sept: Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk “minum petang” dengan beberapa hakim tertinggi di Istana Kehakiman telah menimbulkan prasangka Majlis Peguam terhadap sistem pemisahan kuasa di negara ini.
Dalam satu kenyataannya, pengerusinya Lim Chee Wee (gambar) berkata adalah penting untuk membezakan antara pembaharuan kehakiman yang menjadikan proses pentadbiran cekap dalam satu tangan, dan pembaharuan untuk mengatasi masalah, yang dilihat atau sebaliknya, dengan integriti kehakiman.
“Sesetengah berpandangan bahawa adalah tidak menyenangkan untuk ketua-ketua tiga cabang kerajaan untuk mengadakan mesyuarat rasmi atau untuk bersosial sekali-sekala. Ini mungkin amat benar di mana institusi masing-masing adalah kukuh dan bebas, dan dilihat sebagai demikian, sekali gus menikmati keyakinan orang ramai.
"Yang menggelisahkan kini ialah kesenyapan orang awam ke atas 'jamuan teh petang' ini boleh dilihat sebagai tanda bahawa institusi kita tidak lagi menikmati keyakinan penuh,” kata beliau.
Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa melawat Istana Kehakiman untuk satu jamuan teh petang yang didakwanya kerana menerima undangan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi.
Najib berkata, beliau hanya bersedia melakukan lawatan kerja ke Istana Kehakiman tersebut apabila menerima undangan daripada Zaki sendiri.
"Sebenarnya dalam menimbang untuk membuat lawatan kerja ke Istana Kehakiman ini, saya mengambil sikap berhati-hati supaya tidak timbul sebarang tanggapan atau perspektif negatif mengenai hubungan antara badan eksekutif dan badan kehakiman.
"Jalinan hubungan ini bukan hanya perlu sempurna tetapi ia juga perlu nampak sempurna," kata beliau.
Malah, beliau menambah, Zaki sendiri menganggap lawatan itu tidak akan memberi sebarang tanggapan atau perspektif negatif dari masyarakat umum.
"Saya berani buat lawatan ini apabila Ketua Hakim Negara (Zaki) yang mengundang dan beliau menyatakan tidak ada masalah kerana pertemuan seperti ini pernah berlaku sebelum ini," katanya.
Selepas dikecam, Zaki menyangkal mengenai lawatan Najib ke Istana Kehakiman sebagai tanda campur tangan politik dalam badan kehakiman negara.
“Perdana Menteri adalah ketua badan kehakiman bagi tujuan pentadbiran terutama dalam soal peruntukan kerana beliau akan mewakili kami di Parlimen. Ia adalah fakta yang tidak boleh dinafikan.
“Selama ini, beliau (Najib) sentiasa menjarakkan hubungan dengan pihak hakim tetapi kini, mungkin memikirkan bahawa saya akan bersara tidak lama lagi, maka dia sudi melawat kami. Itu sahaja.
“Kerajaan membelanjakan banyak wang bagi memantapkan badan kehakiman. Bukankah sesuatu yang wajar untuk beliau memastikan bagaimana peruntukan itu dibelanjakan? Adakah kami akan terpengaruh dengan hanya minum teh bersama Perdana Menteri?” katanya.
Berdasarkan kenyataan Najib, Lim berkata masa sudah sampai untuk kerajaan melaksanakan dengan segera cadangan yang terkandung dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat klip video seorang peguam yang dikatakan cuba mempengaruhi pelantikan badan kehakiman pada 9 Mei 2008.
Menurut Lim, suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat perbualan peguam Datuk V K Lingam dan Ahmad Fairuz berbual menerusi telefon mengenai pelantikan hakim mencadangkan agar Perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan ditukar kembali ke bentuk asalnya supaya “badan kehakiman boleh bebas sekali lagi untuk mencapai harapan tertinggi masyarakat selama ini – dengan ini tiada ruang untuk kebimbangan mengenai isu kuasa kehakiman."
Menurut Professor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, pemindaan Perkara 121(1) telah menimbulkan persepsi silap bahawa badan eksekutif negara berhasrat untuk mendiamkan badan kehakiman, dan ini telah memalukan semua hakim negara.
Kata Lim lagi, adalah tanggungjawab Perdana Menteri dan kerajaan untuk berusaha ke arah komitmen yang diisytiharkan itu untuk mencapai satu sistem kehakiman yang bebas, dan dakwaan bahawa hubungan antara pelbagai institusi kerajaan mesti, tidak hanya menjadi betul, tetapi juga mesti dilihat sebagai betul.
“Majlis Peguam turut berharap Badan Kehakiman dapat mengukuhkan kebebasannya, dan berusaha untuk mengembalikan doktrin pengasingan kuasa ke tempat yang sah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia,” tambah beliau.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk 'minum petang' dengan beberapa hakim tertinggi di Istana Kehakiman, menimbulkan kecurigaan dan merbahaya.
Katanya, tindakan itu boleh menyebabkan orang ramai tidak yakin Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima perbicaraan yang adil dalam kes yang dihadapinya.
“Perkara yang lebih memburukkan adalah hakim-hakim tertinggi turut sama ikut serta dalam perjumpaan ini yang terus menghakis keyakinan orang ramai dalam sistem kehakiman kita,” kata Surendran.
harakahdaily/-
Kalau tidak dijajah, JWW Birch kawan kita
14 Syawal 1432H. [MOD] -
GOMBAK, 12 Sept: PAS membidas sikap membisu pemimpin Umno BN berhubung kenyataan Profesor Datuk Dr Zainal Kling bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, pemimpin Umno perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan itu kerana Zainal adalah ahli Umno. "Pemimpin Umno kena bertanggungjawab sebab Zainal Kling mewakili Umno. Kita nak tahu pendirian pemimpin Umno. "Apa pendirian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Kalau tak pernah dijajah semua buku teks kita perlu diubah semula," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka PAS di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM) semalam. Ianya sebagai mengulas sikap 'senyap' pemimpin Umno terhadap kenyataan Zainal yang dianggap mengelirukan itu. Zainal dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi. Mengulas lanjut, Husam yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan berkata sejarawan Umno seperti Dr Zainal hanya merosakkan negara kerana sanggup memutarbelitkan fakta untuk membolehkan Umno sentiasa menjadi juara setiap masa. "Kalau kita angkat orang putih ini sebagai rakan kita, sehingga dilantik menjadi penasihat, kita telah menolak semua sejarah yang tersimpan dalam arkib di London sendiri. "Bagi orang putih Tanah Melayu adalah Koloni, iaitu negara jajahan, bukan negeri perlindungan," katanya. Tambah Husam lagi, British menjajah negara ini menggunakan cara sangat halus iaitu dengan tidak menghapuskan sistem beraja agar mereka tidak mendapat penentangan rakyat di Tanah Melayu. Namun pada hakikatnya, perlantikan pesuruhjaya British di setiap negeri membuktikan bahawa Tanah Melayu adalah dijajah. "Kalau kita tidak pernah dijajah, bermakna JWW Birch yang dibunuh oleh Maharajalela akan kita anggap sebagai kawan kita," katanya. |
Hishammuddin harus akui kelemahan sendiri
14 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 12 Sept: Datuk Seri Hishammuddin Hussein harus mengakui kelemahannya sendiri sebagai Menteri Dalam Negeri, bukannya menyerang pemimpin-pemimpin PAS dan menafikan fakta-fakta jelas yang dikemukakan oleh PAS. Sebagai parti yang memperjuangkan dasar Islam dan bertanggungjawab, PAS tidak akan mengemukakan isu-su rekaan, tetapi kesemua isu yang dibangkitkan berdasarkan fakta jelas yang boleh dibuktikan pada bila-bila masa. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, begitu juga dengan isu yang dikemukakan oleh PAS berhubung dengan pemberian kerakyatan kepada warganegara asing yang dilakukan oleh Kerajaan BN yang ternyata mempunyai bukti-bukti yang jelas. Menurut beliau, isu tersebut bukanlah isu rekaan, tetapi ia dikemukakan berdasarkan semakan yang dilakukan dari semasa ke semasa oleh PAS. Katanya, Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri sememangnya bertanggungjawab ternyata isu itu tetapi sehingga kini beliau masih tidak boleh menjawab perkara itu. "Kegagalan Datuk Seri Hishammuddin menjawab perkara itu merupakan kelemahannyanya selaku Menteri Dalam Negeri dan kelemahan beliau itu harus diakui oleh Hishammuddin sendiri," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Bernama Online semalam melaporkan Hishammuddin menolak dakwaan PAS bahawa Barisan Nasional (BN) sengaja memperbesar-besarkan isu Bukit Kepong untuk menutup “segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.” Kenyataan tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan mengatakan tindakan BN itu bertujuan untuk memastikan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang dan dilaporkan dalam sebuah portal berita kelmarin. “Adalah tidak adil menuduh dan mempersalahkan BN kerana ia (kontroversi Bukit Kepong) ditimbulkan oleh pemimpin PAS sendiri,” kata Hishammuddin. Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, rakyat boleh menilai tindakan pembangkang yang gemar menyerang pelbagai institusi negara semata-mata untuk gimik politik mereka. Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, memberikan kerakyatan kepada warganegara asing merupakan satu tindakan yang amat bahaya kepada negara dan tujuan PAS mengemukakan isu itu adalah untuk kepentingan negara. "Jumlah warganegara asing yang diberikan kerakyatan oleh Kerajaan BN amat besar dan sangat dipertikaikan. Isu yang dikemukakan oleh PAS itu adalah satu isu yang sangat bahaya kepada negara dan Menteri Dalam Negeri selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertanggungjawab terhadap perkara itu," katanya. Bahaya pemberian kerakyatan kepada warganegara asing, menurut beliau, tidak boleh dinafikan sebarang pihak, apatah lagi oleh Menteri Dalam Negeri dan tiada menteri yang tidak nampak perkara itu jika dia tidak tidur di pejabatnya. |
China ambil kesempatan daripada tragedi 11 September
14 Syawal 1432H. [MOD] -
BEIJING 11 Sept. - China terus menggunakan kempen global memerangi keganasan sejak serangan 11 September, 2001 ke atas Amerika Syarikat (AS) sebagai alasan untuk menindas masyarakat Uighur yang menyokong prokemerdekaan.
Presiden Kongres Uighur Sedunia, Rebiya Kadeer hari ini berkata, pihak berkuasa China menjadikan tragedi 11 September sebagai alasan untuk mengambil tindakan kekerasan ke atas penentangan politik, sosial dan budaya yang dilakukan secara aman oleh etnik Uighur.
Katanya, protes yang diadakan secara aman oleh etnik Uighur di wilayah Xinjiang, barat China sering kali dicap sebagai 'keganasan' dan polis menahan beratus-ratus penduduk Uighur dalam tempoh sedekad lalu atas dakwaan kabur 'mengancam keselamatan negara'.
Kerajaan China 'menganggap pendiriannya disokong' oleh tindakan Amerika Syarikat (AS) menahan 22 lelaki Uighur di Teluk Guantanamo selepas tentera bersekutu pimpinan AS menangkap mereka di Afghanistan, kata Kadeer.
Bagaimanapun semua tahanan Uighur itu dibebaskan tanpa dakwaan dan kebanyakan mereka ditempatkan semula di negara lain, meskipun China mendesak negara terlibat supaya jangan menerima mereka.
Kongres Uighur Sedunia juga mengkritik Kemboja, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Pakistan, Thailand dan Uzbekistan kerana menghantar balik sekurang-kurangnya 180 orang Uighur ke China sejak 2001 'tanpa mempedulikan hak-hak mereka, termasuk hak untuk memohon suaka politik'.
Pertubuhan hak asasi manusia AS, Human Rights Watch (HRW) menyuarakan kebimbangan serupa selepas Malaysia mengusir 11 orang Uighur ke China pada bulan lepas.
Kumpulan hak asasi manusia melaporkan banyak kes pencabulan oleh pihak berkuasa China di Xinjiang sejak sedekad lalu termasuk menyeksa tahanan, orang hilang dan penahanan etnik Uighur secara sewenang-wenangnya.
Kerajaan China menuduh Gerakan Islam Turkestan Timur yang berpangkalan di Pakistan mendalangi serangan etnik Uighur yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh di Xinjiang pada akhir Julai lalu. - dpa
PKR terkejut negara tidak pernah dijajah
14 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 12 Sept: Parti Keadilan Rakyat (PKR) merakamkan rasa terkejut dan rasa aneh atas kenyataan sekumpulan ahli akademik yang diketuai Prof Dr. Zainal Kling atas nama Majlis Profesor Negara (MPN) yang menegaskan bahawa negara ini hakikatnya tidak pernah dijajah oleh British.
Sebaliknya mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah semata-mata sebagai pelindung berasaskan perjanjian dengan raja-raja Melayu di ketika itu.
"Sesungguhnya, kita melihat kenyataan tersebut mempunyai implikasi yang besar terhadap kedudukan kemerdekaan negara yang telah diraikan sejak 54 tahun lalu.
"Ia menimbulkan persoalan baru, apakah kita ini benar-benar merdeka dan untuk apakah kita meraikan kemerdekaan? Dari satu sudut, ia seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan menganggap bahawa rakyat tidak dapat membezakan hakikat bahawa negara kita ini pernah dijajah atau benar-benar dilindungi oleh British," kata Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar).
Bagi beliau, kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan semua fakta sejarah yang ada.
Umum menyedari bahawa istilah ‘protectorate’ yang diguna penjajah adalah strategi licik untuk mengelakkan penentangan rakyat sebagaimana yang dialami di negeri-negeri lain.
Sebab itulah British telah meletakkan residen sebagai penasihat yang nasihatnya terpaksa diikuti oleh raja-raja Melayu. Dengan kaedah ini, British telah menguasai segala sumber ekonomi dan segala urusan negeri-negeri yang dikuasainya.
"Bukankah ini namanya penjajahan? Bukankah ini yang mencetuskan penentangan pejuang-pejuang Melayu silam seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Rosli Dobi, Abdul Rahman Limbong, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar Al-Bakir, Mat Indera dan lain-lainnya?" soal bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.
PKR, katanya, melihat bahawa kenyataan kontroversi di atas hanyalah merupakan langkah amat terdesak pendokong Umno dan para kuncunya dalam menghadapi kebangkitan dan kesedaran rakyat dalam menghadapi PRU 13 akan datang.
"Sehubungan hal ini, kita amat kesal dengan tindakan beberapa ahli akademik yang sanggup menjatuhkan nilai diri sebegitu rupa sehingga sanggup membenarkan apa yang dilakukan penjajah demi menjamin survival tuan-tuan politik mereka. Dalam peradaban keilmuan, mereka yang berilmulah yang seharusnya memberi nasihat kepada ahli politik, bukan sebaliknya," tambah beliau.
PKR juga, katanya, menyeru agar semua kaum intelektual dan ahli akademik bangun bersama mengembalikan martabat ilmu dengan menyatakan pendirian untuk menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan demi membela seluruh rakyat berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan.
KUALA LUMPUR, 12 Sept: Parti Keadilan Rakyat (PKR) merakamkan rasa terkejut dan rasa aneh atas kenyataan sekumpulan ahli akademik yang diketuai Prof Dr. Zainal Kling atas nama Majlis Profesor Negara (MPN) yang menegaskan bahawa negara ini hakikatnya tidak pernah dijajah oleh British.
Sebaliknya mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah semata-mata sebagai pelindung berasaskan perjanjian dengan raja-raja Melayu di ketika itu.
"Sesungguhnya, kita melihat kenyataan tersebut mempunyai implikasi yang besar terhadap kedudukan kemerdekaan negara yang telah diraikan sejak 54 tahun lalu.
"Ia menimbulkan persoalan baru, apakah kita ini benar-benar merdeka dan untuk apakah kita meraikan kemerdekaan? Dari satu sudut, ia seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan menganggap bahawa rakyat tidak dapat membezakan hakikat bahawa negara kita ini pernah dijajah atau benar-benar dilindungi oleh British," kata Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar).
Bagi beliau, kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan semua fakta sejarah yang ada.
Umum menyedari bahawa istilah ‘protectorate’ yang diguna penjajah adalah strategi licik untuk mengelakkan penentangan rakyat sebagaimana yang dialami di negeri-negeri lain.
Sebab itulah British telah meletakkan residen sebagai penasihat yang nasihatnya terpaksa diikuti oleh raja-raja Melayu. Dengan kaedah ini, British telah menguasai segala sumber ekonomi dan segala urusan negeri-negeri yang dikuasainya.
"Bukankah ini namanya penjajahan? Bukankah ini yang mencetuskan penentangan pejuang-pejuang Melayu silam seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Rosli Dobi, Abdul Rahman Limbong, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar Al-Bakir, Mat Indera dan lain-lainnya?" soal bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.
PKR, katanya, melihat bahawa kenyataan kontroversi di atas hanyalah merupakan langkah amat terdesak pendokong Umno dan para kuncunya dalam menghadapi kebangkitan dan kesedaran rakyat dalam menghadapi PRU 13 akan datang.
"Sehubungan hal ini, kita amat kesal dengan tindakan beberapa ahli akademik yang sanggup menjatuhkan nilai diri sebegitu rupa sehingga sanggup membenarkan apa yang dilakukan penjajah demi menjamin survival tuan-tuan politik mereka. Dalam peradaban keilmuan, mereka yang berilmulah yang seharusnya memberi nasihat kepada ahli politik, bukan sebaliknya," tambah beliau.
PKR juga, katanya, menyeru agar semua kaum intelektual dan ahli akademik bangun bersama mengembalikan martabat ilmu dengan menyatakan pendirian untuk menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan demi membela seluruh rakyat berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan.
77 askar AS cedera kena bom
14 Syawal 1432H. [MOD] -
KABUL (Afghanistan): Seramai 77 tentera Amerika cedera dan lima rakyat Afghanistan terbunuh apabila bom trak Taliban meletup di pangkalan tentera Amerika Syarikat di timur negara itu pada malam ulang tahun ke-10 serangan 11 September ke atas AS, kata Nato semalam.
Letupan itu memusnahkan bangunan kedai di luar pangkalan tentera AS di Sayed Abad di wilayah Wardak dan turut memecahkan tingkap bangunan kerajaan berdekatan, kata seorang bekas ahli Parlimen yang mempunyai klinik di bandar berhampiran, Roshana Wardak. Kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Lapan orang awam yang cedera dibawa ke kilinik di Wardak dengan dua daripadanya parah dan dikejarkan ke hospital di Kabul. Menurutnya, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang cedera mati ketika dalam perjalanan ke klinik.
Serangan itu dilakukan pengebom berani mati Taliban yang meletupkan sejumlah besar bom di dalam trak mengangkut kayu api. Insiden pengeboman trak itu berlaku beberapa jam selepas Taliban berikrar untuk memerangi tentera AS di Afghanistan hingga mereka meninggalkan negara itu. - AP
KABUL (Afghanistan): Seramai 77 tentera Amerika cedera dan lima rakyat Afghanistan terbunuh apabila bom trak Taliban meletup di pangkalan tentera Amerika Syarikat di timur negara itu pada malam ulang tahun ke-10 serangan 11 September ke atas AS, kata Nato semalam.
Letupan itu memusnahkan bangunan kedai di luar pangkalan tentera AS di Sayed Abad di wilayah Wardak dan turut memecahkan tingkap bangunan kerajaan berdekatan, kata seorang bekas ahli Parlimen yang mempunyai klinik di bandar berhampiran, Roshana Wardak. Kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Lapan orang awam yang cedera dibawa ke kilinik di Wardak dengan dua daripadanya parah dan dikejarkan ke hospital di Kabul. Menurutnya, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang cedera mati ketika dalam perjalanan ke klinik.
Serangan itu dilakukan pengebom berani mati Taliban yang meletupkan sejumlah besar bom di dalam trak mengangkut kayu api. Insiden pengeboman trak itu berlaku beberapa jam selepas Taliban berikrar untuk memerangi tentera AS di Afghanistan hingga mereka meninggalkan negara itu. - AP
Budak yang pernah merokok usia dua tahun kini berbadan gempal
14 Syawal 1432H. [MOD] -
JAKARTA - Seorang budak lelaki di Sumatera, Indonesia, Ardi Rizal yang pernah mengejutkan dunia kerana menghisap rokok ketika berusia dua tahun telah berjaya berhenti tabiat buruk itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu memberitahu dia akan menghisap kembali rokok jika ibunya tidak membelikannya permainan.
Ardi menjadi terkenal setelah klip video dia sedang menghisap rokok tersebar luas di Internet.
Dia kini berusia empat tahun.
Budak itu menjadi terkenal selepas sebuah program televisyen Amerika Syarikat (AS), 20/20 terbitan stesen televisyen ABC menyiarkan kisahnya. - Agensi
Najib bentang cukai kerajaan 6% pra bayar
14 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 12 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa berpura-pura lupa atau sememangnya tidak tahu apa-apa dengan cukai enam peratus cukai pra bayar kerana ia telah dimasukkan dalam Bajet 2011 lalu oleh beliau.
"Pihak Telco hanya melaksanakan Bajet yang telah dibentangkan oleh Najib menjelang tahun 2011 lalu dan telah diluluskan oleh kerajaan.
"Kini apabila mereka hanya ingin melaksanakannya, Najib menyalahkan Telco pula, seolah-olah beliau pemimpin yang prihatin menjelang pilihan raya ini," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) , Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).
Baru-baru ini, syarikat telekomunikai di Malaysia telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.
Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.
Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.
Langkah ini memberikan tekanan teruk kepada golongan berpendapatan rendah terutama remaja, pelajar dan pekerja kilang kerana mereka golongan paling banyak menggunakan perkhidmatan pra bayar ini.
Golongan yang mempunyai pekerjaan tetap dan berada biasanya menggunakan khidmat post paid atau menggunakan bil penggunaan.
Ekoran pengumuman Telco untuk melaksanakan cukai ini, pelbagai pihak khasnya golongan remaja membuat bantahan terhadapnya melalui laman sosial dan media baru yang kebanyakannya dikuasai mereka.
Ekoran itu, Perdana Menteri Najib menyalahkan Telco kerana mengenakan cukai ini padahal ia telah dikemukakan beliau melalui Bajet 2011 dan pihak Telco hanya melaksanakan keputusan itu sahaja.
Harakahdaily difahamkan, selama ini cukai hanya diserap oleh Telco melalui keuntungan jualan pre paid mereka namun ia tidak mampu lagi berbuat demikian sedangkan duit itu dibayarkan kepada kerajaan dan bukannya diperolehi mereka.
Ekoran itu, semua Telco, terutama tiga yang utama iaitu Celcom, Digi dan Mexis akan mula mengenakannya kepada pengguna pra bayar.
Difahamkan, pengguna terbesar pra bayar adalah pengguna Digi.
Najib baru-baru ini mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas kad prabayar sambil menegaskan ia sukar untuk diterima dalam situasi kenaikan kos sara hidup sekarang.
Perdana Menteri menegaskan cukai itu dikuatkuasakan ketika kerajaan pula sedang berusaha untuk mengurangkan beban di sebalik kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan yang lalu.
“Reaksi dan maklum balas daripada orang awam ialah langkah Telco, tidak popular dan sukar untuk diterima,” kata beliau.
“Jadi, saya berharap Telco akan mengkaji semula langkah ini memandangkan kita sedang cuba mengurangkan beban ke atas orang ramai yang perlu menanggung kenaikan kos harga barang,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Najib juga menafikan Telco telah menerima kelulusan Kementerian Kewangan, sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sendiri.
Pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak semalam berkata pihaknya kesal dengan keputusan syarikat telekomunikasi yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar dan pek atau kad SIM berkuat kuasa pada 15 September ini.
KUALA LUMPUR, 12 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa berpura-pura lupa atau sememangnya tidak tahu apa-apa dengan cukai enam peratus cukai pra bayar kerana ia telah dimasukkan dalam Bajet 2011 lalu oleh beliau.
"Pihak Telco hanya melaksanakan Bajet yang telah dibentangkan oleh Najib menjelang tahun 2011 lalu dan telah diluluskan oleh kerajaan.
"Kini apabila mereka hanya ingin melaksanakannya, Najib menyalahkan Telco pula, seolah-olah beliau pemimpin yang prihatin menjelang pilihan raya ini," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) , Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).
Baru-baru ini, syarikat telekomunikai di Malaysia telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.
Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.
Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.
Langkah ini memberikan tekanan teruk kepada golongan berpendapatan rendah terutama remaja, pelajar dan pekerja kilang kerana mereka golongan paling banyak menggunakan perkhidmatan pra bayar ini.
Golongan yang mempunyai pekerjaan tetap dan berada biasanya menggunakan khidmat post paid atau menggunakan bil penggunaan.
Ekoran pengumuman Telco untuk melaksanakan cukai ini, pelbagai pihak khasnya golongan remaja membuat bantahan terhadapnya melalui laman sosial dan media baru yang kebanyakannya dikuasai mereka.
Ekoran itu, Perdana Menteri Najib menyalahkan Telco kerana mengenakan cukai ini padahal ia telah dikemukakan beliau melalui Bajet 2011 dan pihak Telco hanya melaksanakan keputusan itu sahaja.
Harakahdaily difahamkan, selama ini cukai hanya diserap oleh Telco melalui keuntungan jualan pre paid mereka namun ia tidak mampu lagi berbuat demikian sedangkan duit itu dibayarkan kepada kerajaan dan bukannya diperolehi mereka.
Ekoran itu, semua Telco, terutama tiga yang utama iaitu Celcom, Digi dan Mexis akan mula mengenakannya kepada pengguna pra bayar.
Difahamkan, pengguna terbesar pra bayar adalah pengguna Digi.
Najib baru-baru ini mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas kad prabayar sambil menegaskan ia sukar untuk diterima dalam situasi kenaikan kos sara hidup sekarang.
Perdana Menteri menegaskan cukai itu dikuatkuasakan ketika kerajaan pula sedang berusaha untuk mengurangkan beban di sebalik kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan yang lalu.
“Reaksi dan maklum balas daripada orang awam ialah langkah Telco, tidak popular dan sukar untuk diterima,” kata beliau.
“Jadi, saya berharap Telco akan mengkaji semula langkah ini memandangkan kita sedang cuba mengurangkan beban ke atas orang ramai yang perlu menanggung kenaikan kos harga barang,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Najib juga menafikan Telco telah menerima kelulusan Kementerian Kewangan, sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sendiri.
Pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak semalam berkata pihaknya kesal dengan keputusan syarikat telekomunikasi yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar dan pek atau kad SIM berkuat kuasa pada 15 September ini.
Lucutkan gelaran profesor dari Zainal Kling
14 Syawal 1432H. [MOD] -
PULAU PINANG, 12 Sept: Anggota Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof mendesak Majlis Profesor Negara (MPN) melucutkan keahlian Profesor Zainal Kling dari mengganggotainya di samping melucutkan gelaran profesor beliau.
Ini ekoran kenyataan Zainal bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi sahaja.
Kenyataan sebegini bagi beliau menghina pejuang kemerdekaan selama ini kerana jikalau bukan penjajahan mengapakah adanya istilah 'pejuang kemerdekaan'?
"Saya juga menuntut beliau menarik balik kenyataannya bahawa kita tidak dijajah, kita hanya dinaungi oleh British," katanya.
Jika beliau tidak menarik balik, ini menandakan bahawa seluruh rakyat Malaysia yang masih hidup dan yang mati selama ini telah ditipu dengan mempercayai bahawa kita telah dijajah sedangkan kita hanya dinaungi sahaja.
"Saya menyeru kepada Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan yang tegas terhadap Profesor ini yang menimbulkan kekeliruan yang amat berbahaya terhadap perjuangan bangsa yang terbina selama ini," katanya.
Bagi Dr Mujahid Yusof, kenyataan Zainal Kling adalah sesuatu yang memalukan dan menjatuhkan kredebiliti beliau sebagai ahli akademik yang sayangkan perjuangan bangsanya.
Kenyataan beliau yang mewakili MPN (Majlis Profesor Negara) menghina perjuangan bangsa yang selama ini menjadi sumber inspirasi generasi anak merdeka, kata Mujahid (gambar) yang juga AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS.
"Kurikulum sejarah sekolah-sekolah sejak sekian lama memahamkan pelajar kita bahawa British adalah penjajah dan kita merdeka dari penjajah dengan laungan Merdeka!
"Ia tidak memerlukan seorang Profesor untuk memahami bahawa 'MERDEKA' membawa pengertian kebebasan dari sesuatu penjajahan dan bukan naungan," kata Mujahid.
Kenyataan Zainal juga, katanya, turut menghina pejuang bangsa selama ini kerana jikalau bukan penjajahan mengapakah adanya istilah ' pejuang kemerdekaan'?
"Mengapakah adanya semangat nasionalisma menentang penjajahan British? Bukankah perjanjian pangkor menandakan penjajahan kepada kekayaan negara dan eksploitasi kekayaan hasil bumi untuk memberikan kekayaan kepada penjajah?" kata beliau.
Beliau bertanya lagi, tidak cukupkah maruah bangsa diinjak apabila anak bangsa tidak ada suara dalam menentukan nasib bangsanya selama dijajah?
"Saya tidak tahu apa maksud Profesor ini apabila memutarbelitkan istilah penjajah kepada penaung? Adakah beliau mahu mengatakan bahawa generasi anak merdeka telah ditipu oleh buku-buku sejarah atau tawarikh yang kita baca di bangku sekolah dan di universiti?" soalnya.
PULAU PINANG, 12 Sept: Anggota Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof mendesak Majlis Profesor Negara (MPN) melucutkan keahlian Profesor Zainal Kling dari mengganggotainya di samping melucutkan gelaran profesor beliau.
Ini ekoran kenyataan Zainal bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi sahaja.
Kenyataan sebegini bagi beliau menghina pejuang kemerdekaan selama ini kerana jikalau bukan penjajahan mengapakah adanya istilah 'pejuang kemerdekaan'?
"Saya juga menuntut beliau menarik balik kenyataannya bahawa kita tidak dijajah, kita hanya dinaungi oleh British," katanya.
Jika beliau tidak menarik balik, ini menandakan bahawa seluruh rakyat Malaysia yang masih hidup dan yang mati selama ini telah ditipu dengan mempercayai bahawa kita telah dijajah sedangkan kita hanya dinaungi sahaja.
"Saya menyeru kepada Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan yang tegas terhadap Profesor ini yang menimbulkan kekeliruan yang amat berbahaya terhadap perjuangan bangsa yang terbina selama ini," katanya.
Bagi Dr Mujahid Yusof, kenyataan Zainal Kling adalah sesuatu yang memalukan dan menjatuhkan kredebiliti beliau sebagai ahli akademik yang sayangkan perjuangan bangsanya.
Kenyataan beliau yang mewakili MPN (Majlis Profesor Negara) menghina perjuangan bangsa yang selama ini menjadi sumber inspirasi generasi anak merdeka, kata Mujahid (gambar) yang juga AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS.
"Kurikulum sejarah sekolah-sekolah sejak sekian lama memahamkan pelajar kita bahawa British adalah penjajah dan kita merdeka dari penjajah dengan laungan Merdeka!
"Ia tidak memerlukan seorang Profesor untuk memahami bahawa 'MERDEKA' membawa pengertian kebebasan dari sesuatu penjajahan dan bukan naungan," kata Mujahid.
Kenyataan Zainal juga, katanya, turut menghina pejuang bangsa selama ini kerana jikalau bukan penjajahan mengapakah adanya istilah ' pejuang kemerdekaan'?
"Mengapakah adanya semangat nasionalisma menentang penjajahan British? Bukankah perjanjian pangkor menandakan penjajahan kepada kekayaan negara dan eksploitasi kekayaan hasil bumi untuk memberikan kekayaan kepada penjajah?" kata beliau.
Beliau bertanya lagi, tidak cukupkah maruah bangsa diinjak apabila anak bangsa tidak ada suara dalam menentukan nasib bangsanya selama dijajah?
"Saya tidak tahu apa maksud Profesor ini apabila memutarbelitkan istilah penjajah kepada penaung? Adakah beliau mahu mengatakan bahawa generasi anak merdeka telah ditipu oleh buku-buku sejarah atau tawarikh yang kita baca di bangku sekolah dan di universiti?" soalnya.
PBB bantu mangsa banjir Pakistan
14 Syawal 1432H. [MOD] -
ISLAMABAD 11 Sept. – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, mereka akan membantu mangsa banjir di selatan Pakistan yang menyebabkan kira-kira 200,000 orang kehilangan tempat tinggal baru-baru ini.
Banjir kilat tersebut bermula pada Ogos lalu dan sehingga kini kira-kira 200 orang dilaporkan terbunuh, manakala empat juta orang lagi terpaksa dipindahkan.
PBB berkata, mereka akan mula mengedarkan bekalan makanan, air dan menyediakan penempatan di wilayah Sindh.
Perdana Menteri, Yusuf Raza Gilani menerusi wawancara dengan sebuah stesen televisyen, semalam memohon bantuan daripada komuniti antarabangsa.
“Kemusnahan yang disebabkan oleh hujan, baru-baru ini adalah lebih daripada anggaran awal, dan sokongan masyarakat antarabangsa adalah perlu untuk mengatasi kerugian,” kata Gilani
Gilani turut merayu penduduk Pakistan agar menyokong usaha kerajaan untuk memberi bantuan di kawasan yang terjejas akibat banjir. – Agensi
Veteran PAS Gua Musang meninggal dunia
14 Syawal 1432H. [MOD] -
GUA MUSANG, 12 Sept: Aktivis veteran PAS yang juga seorang usahawan, Zakuan Taib, 69 meninggal dunia akibat sakit kanser di Hospital Gua Musang kira-kira jam 2 pagi tadi.
Allahyarham sebelum ini dirawat di hospital sejak tiga bulan lalu. Beliau meninggalkan dua isteri dan lima anak. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Papan II pagi tadi.
Sebelum itu solat jenazah ke atasnya diadakan di rumah salah seorang isterinya di Taman Rahimah, Kampung Pulai.
Allahyarham Zakuan merupakan seorang usahawan berjaya. Beliau juga memiliki stesen pam minyak Petronas.
Sebelum menyertai PAS beliau merupakan antara pengasas Parti Melayu Semangat 46 di Gua Musang dan mempunyai hubungan rapat dengan bekas presiden parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.
Bagaimanapun sebelum Semangat 46 dibubar Allahyarham menyertai PAS dan pernah dilantik sebagai anggota jawatankuasa PAS kawasan Gua Musang.
Yang Dipertua PAS Gua Musang, Abdullah Hussain berkata, kematian Allahyarham Zakuan merupakan satu kehilangan besar memandangkan Allahyarham seorang aktivis PAS yang komited terhadap perjuangan.
”Allahyarham banyak menabur jasa kepada perjuangan Islam di sini sepanjang hayat selepas meninggalkan Semangat 46.
”Beliau merupakan antara penggerak utama PAS memandangkan Gua Musang merupakan kubu Umno sejak kawasan parlimen itu diwujudkan,” katanya.
Pada Ramadan lalu isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan rombongan Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan (Purnama) menziarahinya.
”Semoga rohnya ditempatkan bersama orang soleh,” kata Ustaz Abdullah yang juga Penyelia Parlimen Gua Musang. Al Fatihah
Penyamun bengkel kereta kebal
14 Syawal 1432H. [MOD] -
AMPANG JAYA – Nasib malang terus menghantui seorang pemilik bengkel kereta di Taman Keramat AU3 di sini apabila dalam tempoh kurang tiga tahun bengkel tersebut didakwa telah lapan kali diceroboh penyamun.
Dalam tujuh kejadian dengan dua kejadian berlaku pada bulan ini, mangsa Mohd. Affendy Mustafar, 35, mendakwa, dia terpaksa menanggung kerugian mencecah ratusan ribu ringgit selepas kehilangan pelbagai alat ganti dan aksesori kereta.
Dalam tempoh itu, turut menjadi sasaran penyamun adalah sebuah kereta BMW E46 dan Naza Citra milik pelanggan.
Kejadian terbaharu di bengkel yang membaiki pelbagai kenderaan dan memasang aksesori berlaku pada 4 September lalu iaitu ketika umat Islam menyambut Aidilfitri hari keenam.
“Saya syak bengkel dipecah masuk pencuri sama yang mahu mencuri wang tunai namun hari itu saya bernasib baik kerana telah menyimpan semua wang di bank,” cerita Mohd. Affendy ketika ditemui baru-baru ini.
Tiada barang lain yang hilang.
Selang tiga hari sebelum itu, Mohd. Affendy mendakwa bengkel miliknya kehilangan empat rim kereta yang melibatkan kerugian sebanyak RM1,500.
“Semasa kejadian pada 1 September, saya merasa tertekan kerana terpaksa menanggung kerugian besar,” katanya yang membuat laporan polis dengan harapan kegiatan pecah masuk ke bengkel miliknya akan berakhir.
Dakwanya, selepas membuat laporan itu, polis datang ke bengkelnya dan merakam beberapa keping gambar.
Mohd. Affendy memberitahu, dia amat buntu kerana bengkel miliknya dilihat menjadi sasaran penjenayah manakala polis pula seolah-olah tidak membantu ‘menyelamatkan’ bengkelnya.
Selain bengkel miliknya, sekitar kawasan tersebut mempunyai lebih 10 bengkel kereta lain namun bengkel-bengkel tersebut tiada masalah dipecah masuk.
Najib timbang mansuh ISA tingkat undi PRU-13
14 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 12 Sept — Datuk Seri Najib Razak kemungkinan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menjadi kritikan pembangkang, seawal minggu ini untuk mendapatkan momentum menjelang pilihan raya umum dalam waktu terdekat ini.
Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 dengan janji mahu mengkaji semula undang-undang itu tetapi kredibiliti kepimpinan perdana menteri yang dipersoalkan dengan serius ekoran pendirian dasarnya yang sering berubah sedang mempertimbangkan untuk memansuhkan ISA.
ISA yang diperkenalkan lebih lima dekad lalu menyediakan peruntukan menahan seseorang tanpa perbicaraan.
The Malaysian Insider difahamkan ada sedikit “halangan” di Kementerian Dalam Negeri dan elemen-elemen sayap kanan dalam Umno sendiri, tetapi dengan mengambil kira keperluan Najib untuk mendapatkan sokongan golongan pertengahan,
penasihatnya merasakan bahawa beliau perlu mengambil tindakan yang drastik.
“Pilihan beliau terhad,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
“Ada tentangan ke atas idea itu tetapi Perdana Menteri diyakinkan bahawa undang-undang itu tidak perlu memandangkan ada undang-undang lain untuk berurusan dengan keselamatan,” kata beliau merujuk kepada Ordinan Darurat, yang telah digunakan untuk menahan enam aktivis Bersih 2.0 dua bulan lalu.
Keenam-enam mereka telah dibebaskan kemudian tetapi dikenakan tuduhan lain.
Najib (gambar) dikritik teruk dengan cara beliau mengendalikan perhimpunan tersebut pada 9 Julai.
Kajian Merdeka Center pula menunjukkan populariti beliau menjunam terus sejak Mei 2010.
Kata satu sumber, Najib yang juga Presiden Umno mahu mendapatkan balik sokongan golongan pertengahan dengan mencuba usaha terbaru ini.
ISA telah digunakan dengan meluas ketika Operasi Lalang 1987. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan buat kali pertama di bawah ISA pada 1970-an dan kali kedua ditahan atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa pada 1998.
Pada Julai lalu, Najib berkata kerajaan akan mengkaji akta-akta lain yang dilihat berkaitan dengan ISA bagi memastikan satu perubahan yang besar dalam usaha menangani keselamatan di negara ini.
Perdana Menteri berkata kajian dan perubahan melibatkan akta lain yang berkaitan dengan ISA dilihat perlu bagi kesesuaian keadaan semasa dan kehendak rakyat.
Sehari sebelum itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pindaan ISA perlu dibentang di Dewan Rakyat bersama enam akta undang-undang pencegahan yang berkaitan dan kajian semula akta itu akan dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Majlis Peguam.
Hishamuddin berkata akta akta berkenaan termasuk Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang akan dikaji daripada aspek keberkesanan undang-undang dalam pencegahan jenayah; Seksyen 27 Akta Polis 1960 berkaitan perhimpunan awam yang tidak memerlukan permit; Akta Buang Negeri 1959 (Pindaan 1972) berkaitan sama ada undang-undang itu masih relevan.
Selain itu, Akta Kediaman Terhad 1933 berkaitan keberkesanan undang-undang dan perintah yang dikeluarkan dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 berkaitan tempoh tahanan, hak dan layanan terhadap tahanan, kuasa Menteri Dalam Negeri dan penahanan tanpa perbicaraan.
Hishammuddin berkata akta itu sebenarnya sudah lama dalam penelitian kementeriannya dan Pejabat Peguam Negara dan cadangan sama ada akta berkenaan akan dipinda atau dimansuhkan sedang diambil kira.
Najib berkata kerajaan serius dalam usaha membawa perubahan dalam soal keselamatan dalam negara ini.
“Kerajaan serius membawa perubahan dalam soal keselamatan dalam negara kita yang lebih terbuka, kita perlu lihat undang-undang lain juga supaya kita dapat membuat perubahan yang besar dalam menangani keselamatan negara kita.
“Kita akan buat kajian dan perubahan terhadap akta tersebut supaya lebih sesuai dengan keadaan semasa dan sesuai dengan kehendak rakyat,” kata Najib ketika itu.
the malaysian insider/-
Langgan:
Catatan (Atom)