12 September 2011

Penduduk jual beras zakat

14 Syawal 1432H. [MOD] -





RIYADH: Pengerusi Persatuan Perlindungan Pengguna (CPS) mengecam penduduk yang menjual beras diberikan kepada mereka sebagai zakat fitrah kepada pengusaha restoran dengan harga murah menjelang perayaan itu.

Nasser Al-Tuwaim juga mengancam untuk menyaman pengusaha yang menaikkan harga barangan, lapor akhbar harian al-Riyadh.

Rakyat Arab Saudi dan penduduk membayar kira-kira 450 juta (RM360.8 juta) untuk beras yang diberikan sebagai zakat kepada golongan miskin pada beberapa hari akhir Ramadan.

Nasser juga berkata, CPS menggesa hukuman berat dikenakan kepada pengusaha yang menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Sebilangan pengimport beras berkualiti tinggi dilaporkan menghantar surat kepada Kementerian Perdagangan kelmarin mengandungi nama individu dan syarikat yang menggunakan nama jenama mereka di bungkusan yang berisi produk kurang berkualiti. Jawatankuasa perdagangan di Dewan Perdagangan dan Industri Riyadh menafikan beras kurang berkualiti dijual kepada restoran tetapi menegaskan kes penipuan barang komersial semakin meningkat. - AN

Tiada ulasan: