01 Oktober 2009

Gegaran gempa bumi dirasai di Semenanjung

Gempa bumi berskala 7.7 Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada jam 6.16 petang menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi, lapor Bernama.

Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.

Agensi berita Reuters melaporkan gempa bumi itu berukuran 7.9 skala Richter dan amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Tsunami Pasifik.

Sementara itu, Jakarta Post melaporkan bahawa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira jam 5:17 petang tetapi tidak mengakibatkan berlaku sebarang tsunami.

Di Medan, ratusan penduduk keluar meninggalkan rumah dan bangunan kerana bimbang berlaku keruntuhan bangunan ekoran gegaran yang kuat itu.

Manakala Kompas.com pula melaporkan warga Kota Jambi dan sekitarnya juga merasakan goncangan gempa yang berpusat di Pariaman, Sumbar, itu.

Gegaran itu menyebabkan warga Kota Jambi berlari keluar rumah untuk menyelamatkan diri.

Setakat ini belum ada maklumat mengenai kerosakan akibat gempa bumi itu yang turut dirasai di kabupaten di Jambi, Bengkulu, dan Aceh.

Sementara itu, Bernama melaporkan, seramai 330 pelajar Malaysia di Padang, umatera dilaporkan selamat selepas kejadian gempa bumi yang berlaku berhampiran andar itu, demikian disahkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Dr Junaidi Abu Bakar berkata 80 peratus daripada pelajar telah berkumpul di lapangan kampus perubatan Universiti Andalas ehingga jam 6.30 petang tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berskala 7.7 Richter
berlaku di selatan Sumatera pukul 6.16 petang menyebabkan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Sementara itu, Pusat Tsunami Pasifik telah menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi itu.

MalaysiaKini/-


Kesahihan MB Perak, Mahkamah Persekutuan dengar 5 Nov

Mahkamah Persekutuan akan mendengar pada 5 November depan, kes pertikaian berhubung siapa menteri besar Perak yang sah.

Leong Cheok Keng, seorang daripada peguam Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu Bernama, firma itu telah menerima sepucuk surat bertarikh 3 September yang difakskan dari Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, memaklumkan mereka bahawa mahkamah itu telah menetapkan tarikh itu untuk mendengar rayuan Mohammad Nizar.

zambry and nizarMohammad Nizar membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 9 Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membantah berhubung permohonan itu.

Pertikaian bagi jawatan Menteri Besar Perak Menteri bermula selepas tiga anggota dewan undangan negeri meninggalkan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional pada Februari.

Mohammad Nizar, 52, kemudian memfailkan semakan kehakiman menuntut writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk tunjuk sebab berhubung atas asas apa atau hak beliau (Zambry) adalah

MalaysiaKini/-

Kebenaran Alqur'an Bahwa Seluruh Makhluq Adalah Berpasangan

Manusia, hewan, burung dan makhluq hidup lainnya, kemudian juga pepohonan, tanaman, benda padat, air, sinar cahaya, semuanya telah terbukti secara ilmiyah bahwa semuanya berpasangan. Semuanya diciptakan dari sesuatu dibarengi dengan lawan jenisnya atau yang menyempurnakannya.

Realitas ini telah dibuktikan oleh Alqur'an al – Karim dimana Allah telah menyebutkan bahwa Dia telah menciptakan segala sesuatu dengan berpasangan.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman :


وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ


”Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah”. (ad – Dzariyaat : 49)

Ibnu Katsir rahimahullah berkata :
“ Firman Allah : “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan ” maksudnya : seluruh makhluq adalah berpasang – pasangan ; langit dan bumi, malam dan siang, matahari dan bulan, darat dan laut, terang dan gelap, iman dan kufur, mati dan hidup, sengsara dan bahagia, surga dan neraka, sampai juga hewan dan tanaman, manusia dan jin, lelaki dan perempuan. Oleh karena itu Allah berfirman : “supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah” maksudnya : agar kamu mengetahui bahwa sesungguhnya pencipta itu adalah satu yang tidak ada sekutu baginya”. ( Tafsir Ibnu Katsir : 4/303 )

Ibnu Katsir rahimahullah telah menyebutkan bahwa ayat tadi mencakup seluruh makhluq. Penyebutan contoh dari beliau hanyalah mahkluq berpasangan yang bisa terlihat yang dikenal pada zaman itu, sedangkan maksud ayat dari segi lafadznya lebih umum dari penyebutan contoh beliau, rahimahullah.

Maka ayat ini menunjukkan bahwa Allah 'Azza Wajalla menciptakan seluruh makhluq di alam semesta ini dengan berpasang – pasangan. Itu mencakup seluruh yang ada, baik benda hidup, benda mati, benda elektrikal dan yang lainnya, baik yang telah diketahui oleh manusia ataupun yang belum.

Hal inilah yang dicapai oleh pengetahuan manusia saat ini. Berpasangannya makhluq hidup dan tanaman hampir seluruh manusia pada waktu sekarang telah mengetahuinya. Adapun berpasangannya benda –benda dan sinar cahaya, telah ditemukan di awal – awal abad keduapuluh dan penelitian – penelitian selanjutnya menetapkan realitas ini.

Seorang ilmuwan Amerika, Karel Anderson, telah sampai pada kesimpulan dari penelitiannya bahwa sinar kosmik terbentuk dari berbagai unsur.
Dan seorang ilmuwan fisika dari Inggris, Paul Dirac, pada tahun 1928 telah berkesimpulan bahwa atom – atom mencakup dua unsur yang saling berlawanan.Setelah itu ada dua orang ilmuwan Inggris yang mengumpulkan dua eksperimen tadi dan berakhir dengan penetapan dua teori itu, yaitu bahwa benda – benda dan sinar cahaya terbentuk dengan berpasangan.

Jadi, Alqur'an telah menetapkan bahwa seluruh yang ada ini ada dengan berpasangan, dan itulah yang disimpulkan oleh manusia sekarang melalui berbagai eksperimen.

Dan lihatlah pada aliran listik, dia terbentuk dari dua arus : positif ( plus ) dan negatif (min ), apabila keduanya bertemu maka akan menghasilkan energi atau cahaya.

Ya, begitulah. Setiap kali pengetahuan manusia mengalami kemajuan, terlihatl jelaslah baginya bahwa Alqur'an al – Karim adalah perkataan Sang Pencipta 'Azza Wajalla.
Wallahu A'lam

( Abu Maryam, diambil dari kitab Dalailul Islam oleh : Dr.Ahmad ibn Sa’ad al-Ghomidi )/AsSofwah/-

KENYATAAN MEDIA : Simbah cat, awas dengan provokasi pihak lawan.

Sejak kebelakangan ini antara isu yang hangat diperkatakan ialah tindakan pihak yang tidak dikenali menyimbah cat kepada kain rentang beberapa orang pimpinan BN, terbaru seperti dilapor dalam sinar harian kain rentang ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin juga disimbah dengan cat.

Ekoran dari itu BN telah menuduh tindakan tersebut dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan telah dijawab oleh banyak pihak sehingga menibulkan kehairanan Zambry kenapa kami kononnya beria-ia sangat menafikannya.

Sehubungan dengan itu saya suka memberi beberapa kenyataan pada hari ini :

1. Saya memohon dari semua pimpinan, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, khususnya PAS supaya terus berhati-hati dengan provokasi pihak lawan kita iaitu BN setelah melihat sejak akhir-akhir ini semacam isu menyimbah cat ini sengaja diada-ada kan.

2. Saya mengakui mustahil tidak ada pihak yang bertanggung jawab, namun timbul persoalan kenapakah perkara ini hanya berlaku terhadap kain rentang milik pemimpin BN sahaja dan banyak kain rentang yang dipasang oleh pimpinan Pakatan Rakyat tidak terusik. Setahu saya perkara ini sering berlaku semasa pilihanraya apabila pihak yang membina pintu gerbang misalnya, membakar pintu gerbang itu dan segera ditujukan kepada pihak PAS yang melakukannya.

3. Adakah ini adalah salah satu dari taktik kotor BN untuk kembali menarik sokongan rakyat setelah mereka melakukan kudeta yang jijik dan memalukan serta merosakkan kemurnian amalan demokrasi yang sekian lama diamalkan dinegara kita.

4. Pelajar sekolah tadika sehinggalah ke pusat pengajian tinggi tidak akan percaya kalau tuduhan itu ditujukan kepada PAS, kerana sekali lagi saya tegaskan bukan kerja kami untuk membuang masa dengan melakukan kerja yang tidak diajar oleh Islam dan peradaban manusia itu.

5. Saya meminta pihak keselamatan memastikan segala siasatan yang dilakukan secara adil dan tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan. Atau yang paling malang perlu saya nyatakan lebih awal jangan sampai ada yang berlakon dan ditangkap dan mengaku tindakan menyimbah cat itu adalah arahan dari mana-mana pimpinan PAS.

Sekian terima kasih/01 Okt. 2009

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
Ketua Penerangan PAS Perak.

RUMAH TERBUKA PAS KAWASAN TAMBUN

RUMAH TERBUKA EIDULFITRI
PAS KAWASAN TAMBUN


TARIKH
04 OKT 2009 (AHAD)

MASA
5.00 PETANG - 7 PETANG

TEMPAT
PADANG TAMAN MERU 1B
TAMAN MERU, IPOH

TETAMU JEMPUTAN
AF DRS. KHALIL IDHAM LIM
KETUA PENERANGAN PAS NEGERI PERAK

YM SHARIFAH KHASIF FADZILAH SYED MOHD BADIUZZAMAN
JUARA AKADEMI AL-QURAN
JUARA TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA



PENGHIBUR JEMPUTAN
BALI & SILENT MIGRATON (ALTERNATIF BAND)

HIDANGAN ISTIMEWA
7000 CUCUK SATE
150 BATANG LEMANG
30 KILO RENDANG AYAM
10 KILO NASI HIMPIT
500 MANGKUK AIS KACANG & CENDOL
KUIH MUIH & MACAM-MACAM LAGI..
PERLU DIHABISKAN KESEMUANYA

SEMUA DI JEMPUT HADIR BERSAMA-SAMA

Gempa bumi kuat gegarkan Sumatera, musnahkan bangunan besar

JAKARTA: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.9 menggegarkan Sumatera, Indonesia sebentar tadi, memusnahkan bangunan-bangunan besar dan mula mencetuskan kebakaran di Padang, demikian menurut laporan dan ahli-ahli geologi.

"Sebilangan hotel di padang telah musnah," kata ketua amaran tsunami bagi agensi geofizik dan metereologi, Rahmat Triyono.

Bagaimanapun katanya, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawai bagaimanapun telah mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, Malaysia, India dan Thailand.

Menurut agensi tersebut dalam laman webnya, gempa tersebut berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) yang melanda kawatan laut di wilayah Sumatera Barat.

Saluran berita tempatan, Metro TV melaporkan, kebakaran berlaku di tengah serpihan bangunan di Padang yang didiami kira-kira 900,000 penduduk. Para penduduk bertempiaran lari ke jalan-jalan apabila gempa tersebut melanda.

Tidak ada sebarang laporan segera berhubung kematian atau kecederaan.

Gempa bumi itu turut dirasai di Jakarta yang terletak kira-kira 940 km dari Padang. AFP.

Tsunami: Sekurang-kurangnya 34 maut di Samoa

Sebuah bot dari Malaloa Marina kelihatan terdampar di pinggir jalan utama di sebuah kampung di Fagatogo, Samoa Amerika selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa. Sekurang-kurangnya 34 orang dilaporkan terbunuh dalam bencana itu.--fotoAP

PAGO PAGO (Samoa Amerika): Sekurang-kurangnya 34 dilaporkan terbunuh selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa.

Sementara itu, sejumlah pekerja turut dilaporkan hilang selepas kemudahan Perkhidmatan Taman Negara di sini musnah dalam kejadian bencana itu.

Kenderaan dan manusia dihanyutkan ke laut selepas satu ombak deras melanda menyebabkan mereka melarikan diri ke kawasan tinggi dan berada di situ selama berjam-jam.

Dengan kekangan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi, pegawai-pegawai bertugas bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa-mangsa dan kerosakan.

Gempa bumi itu dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) dari Samoa Amerika yang merupakan wilayah Amerika Syarikat yang didiami sehingga 65,000 penduduk dan terletak 125 batu (200 km) dari Samoa. AP

mStarOnline/-

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang

TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu9 Teluk Kemang sebentar tadi.

Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkifli adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.

Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.

Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan masjis tersebut.

Turut berucap pada majlis tersebut Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.

Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

Beliau dijangaka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.

PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar, ketua PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS.

Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober.

Pilihan raya kecil bagan Pinang diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.

Isu pengundi pos, sebanyak hampir 5,000 daripada 14,192 pengundi menjadi perhatian dalam pilihan raya ini, dengan PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon PAS menemui pengundi pos terbabit dan menjaga kerahsiaan identiti mereka.

Bagan Pinang penting kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan mahu meneruskan momentum kemenangan manakala BN mahu menang untuk membina kembali moral yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

Biodata lengkap calon Pas ini adalah seperti berikut :

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

HarakahDaily.Net/-

Umno diboikot, jika Isa tak jadi calon

TELOK KEMANG, 29 Sept:"Kami mahu Isa. Kalau tak kami BOIKOT". Demikian kain rentang yang masih dapat dilihat di beberapa kawasan Batu 6 Teluk Kemang, di sini.

Dipercayai kain rentang itu dibuat sendiri oleh penyokong tegar bekas Menteri Besar, Tan Seri Mohd Isa Abdul Samad.

Kain rentang itu juga dikatakan sebagai isyarat awal kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa akar umbi bertegas mahukan Isa.

Ini kerana Najib dijadualkan mengumumkan calon pilihan Umno BN petang ini.

Bersebelahan rumah kampung Isa, Balai Raya Si Rusa yang dijadikan bilik gerakan Umno kelihatan tidak dihiasi sebarang bendera dan kain rentang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Umno Telok Kemang, Datuk Ismail Taib berkata, dia telah mengarahkan budak-budaknya menurunkan kain-kain rentang berkenaan.

(Gambar: Salah satu kain rentang yang dinaikkan di Bagan Pinang)

"Ini kerja orang gila,"kata beliau sebagaimana dilaporkan The Malaysian Insider.

Ekoran itu, kain rentang protes yang sama mula diturunkan di sekitar kampung halaman Isa, Kampung Baru Si Rusa, sejak pagi tadi.

Suasana hambar di situ, seolah-olah menggambarkan Umno tempatan boikot pilihan raya jika Isa tidak terpilih sebagai calon.

Beberapa perkembangan terkini menjangkakan Umno masih berdepan pergelutan kuasa dalaman dalam Umno, walaupun Umno berjaya menampilkan seorang calon yang bersih.

HarakahDaily.Net/-

Mahathir diguna untuk selamatkan BN

PULAU PINANG,29 Sept: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menegaskan, akhirnya Barisan Nasional (BN) terpaksa mengcugkil 'bahan purba' untuk menyelamatkan senario politik tanahair apabila Barisan Nasional (BN) dilihat tertekan dengan isu yang mencengkam peribadi kepimpinan.

Mantan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa dapat meningkatkan sokongan ekoran terkenal dengan jolokan 'cucu Tok Guru' juga tidak berdaya menyekat kemaraan rakyat menolak BN setelah terbongkar menantunya, Khairy Jamaluddin menjadi pengerak utama pengtadbiran.

Malahan di era kepimpinannya, BN terus menjunam apabila kalah teruk pada pilihan raya ke-12 lalu walaupun pada awal penguasaanya menyaksikan peningkatan.

Di era kepimpinan Perdana Menteri sekarang, Dato' Seri Najib Tun Razak masih terpalit isu Antantuya, kapal selam dan sebagainya maka jalan pintas BN terpaksa memanggil mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdiri di belakang untuk menguatkan hujah serta bercakap bagi pihak kerajaan.

"BN terpaksa mengeluarkan 'bahan purba' semula untuk selamatkan senario politik tanahair yang semakin meruncing dengan berbagai isu termasuk rasuah, penyelewengan, kroni, sistem kehakiman yang musnah, penindasan dan ugutan politik berleluasa, " terangnya dalam ceramah di Kampung Pelet, Penanti semalam.

Baginya, panggillah sesiapa pun kerana rakyat sendiri sudah muak dengan gelagat kepimpinan BN yang asyik mementingkan diri.

Pada tujuh pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum ke-12 lepas juga memperlihatkan kecenderungan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang berjaya merampas lima negeri daripada Umno dan BN.

Justeru itu sambungnya, Dr Mahathir dibenarkan memberikan kenyataan di siaran televisyen atau media cetak setiap malam mengulas atau memberi pandangan tentang keadaan politik atau permasalahan yang terjadi dalam BN.

"Dr Mahathir seolah nak jadi Perdana Menteri balik bila mukanya sering terpampang di kaca TV dan akhbar tidak sepertimana Pak Lah sepi umpama sudah meninggal, " tambahnya yang juga bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan dan Kuala Kedah, Kedah.

Najib ujar beliau, menyedari tidak mampu lagi mengetuai jentera pilihan raya kerana semuanya tewas dengan majoriti besar kecuali di Manik Urai, Kelantan sekadar 65 undi sahaja.

HarakahDaily.Net/-

Calonkan Isa: Umno terpaksa realistik, elak boikot

ANALISIS

Selepas debat mengenai calon yang paling sesuai berlanjutan sehingga beberapa minggu, kepimpinan Umno terpaksa akur dengan kehendak akar umbi dan keperluan untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan.

Pengumuman dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden Umno sebentar tadi menunjukkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang amat penting bagi Umno selepas tewas kesemua tujuh pilihan raya kecil di Semenanjung selepas Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu.

Usaha untuk membersihkan parti dan meletakkan calon yang bersih untuk memenangi semula sokongan rakyat terpaksa ditangguhkan dahulu.

Pencalonan Isa itu juga menunjukkan ketidakupayaan kepimpinan Umno melawan ketua-ketua Umno yang berpengaruh seperti bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, yang membina kumpulan yang kuat sepanjang memerintah negeri kubu kuat Barisan Nasional itu.

Tindakan tidak mencalonkan Isa bakal mengundang boikot daripada ahli-ahli Umno akar umbi di negeri ini yang menyokong kuat Isa untuk kembali sebagai menteri besar akibat tidak senang dengan kepimpinan menteri besar hari ini, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Menjelang pengumuman calon, petanda buruk sekiranya Isa tidak dicalonkan mula kelihatan apabila muncul sepanduk-sepanduk memberi amaran boikot sekiranya Isa tidak dipilih sebagai calon Bagan Pinang.

Bekas pemimpin Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bersuara berkali-kali secara terbuka menentang pencalonan Tan Sri Isa Abdul Samad, tokoh yang terpalit dengan rasuah politik dan digantung oleh parti.

Mahathir walau bagaimanapun dalam satu kenyataannya mengaku Isa mampu menang di Bagan Pinang, menunjukkan sokongan meluas untuk ketua Umno Teluk Kemang itu.

Berdasarkan tinjauan, Isa terus popular di Negeri Sembilan dalam kalangan Umno, menjadikan pencalonannya sebagai pertaruhan terbaik bagi Umno dan Barisan nasional untuk mencapai kemenangan di Bagan Pinang, walaupun terpaksa mengorbankan agenda membersihkan parti.

Isu ini, yang melalui debat yang agak panjang dan terbuka telah mendedahkan pergeseran dalaman Umno sejak beberapa minggu sebelum kempen bermula, memberi kelebihan untuk kempen pembangkang yang dijangka akan memberi fokus pada kelemahan calon parti lawan seperti dilakukan di Permatang Pasir pada Ramadhan lalu.

Pencalonan Isa bakal memberi bahan kempen kepada pembangkang, tetapi pada masa sama menjadi penyatu Umno tempatan, sesuatu yang tidak diperolehi Umno dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini seperti Kuala Terengganu dan Permatang Pasir yang menyaksikan calon Umno mendatangkan liabiliti.

Pemilihan Isa sebagai calon ini menunjukkan Umno masih sukar untuk melakukan tindakan yang betul memilih calon yang bersih sekiranya tindakan itu bertembung dengan kepentingan kuasa.

Isa yang memberi harapan kepada kempen umno di Bagan Pinang ini juga menenggelamkan lagi usaha Umno untuk memilih calon yang lebih bersih.

HarakahDaily.Net/-

Kerana Air Gau .. Guru dimarahi.

Oleh : Nik Noor Azman Ghazali

Tanpa disangka rupanya hidangan Air Gau kepada VIP di Kejohanan Olahraga peringkat Negeri Pahang menimbulkan kemarahan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Pahang.

Difahamkan insiden berlaku sejurus sebelum upacara perasmian kejohanan di Kompleks Sukan Bandar Jengka 25 March lalu. Air Gau dihidang dan dipersilakan minum kepada tetamu untuk merehatkan diri.

Malangnya, ia gagal menyejukan tetamu sebaliknya mengundang kemarahan, melihat sahaja botol air minuman berjenama Gau dihidangkan kepadanya, Tuan Pengarah menyinga memarahi pihak urusetia. Pengetua sekolah yang menjadi urusetia ‘tumpang sekaki’ memarahi guru terlibat . Biasalah bagi kaki bodek, bila Tuannya marah, dia turut marah sama !

Diantara kata-kata Tuan Pegarah kepada guru berkenaan ialah “ Hey! ada unsur-unsur politik ke ni?” dengan nada yang marah. Oleh kerana perasaan marahnya sedang membara menguasai dirinya, Maka upacara perasmian yang diadakan telah ditiadakan acara doa seperti mana lazimnya.

Suasana di Kompleks berkenaan menjadi sunyi sepi selepas perasmian disempurnakan. Namun sesuatu yang aneh telah berlaku apabila ribut dan hujan lebat turun disertai kilat sambar menyambar berlaku dengan tidak semena-mena membuatkan semua yang hadir termasuk Tuan Pengarah sendiri senyap dan berpandangan sesama sendiri dengan nada kehairanan.

Penulis difahamkan, Air Gau tidak ada kaitan langsung dengan parti politik, PAS . Kata-kata Tuan Pengarah yang melebelkan air Gau sebagai ada unsur politik PAS adalah tidak benar. Kata-katanya mendedahkan siapa dirinya, kegagalanya mengawal perasaan menunjukkan betapa lemahnya mental dan betapa ceteknya pengetahuan amnya. Lebih jauh layakkah dia menjadi pengarah kerana sikap panas Barannya itu?

Untuk pengetahuan Tuan, Air Gau adalah air minuman terbaik kerana kandungan manirelnya yang tinggi berbading dengan air minuman lain dipasaran. Air Gau dijual di kebanyakkan kedai runcit, pasaraya dan juga di stesen minyak petronas. Ia adalah satu-satunya air minuman yang diusahakan oleh orang Melayu/Bumiputera iaitu sebangsa dengan Tuan Pengarah sendiri.

Difahamkan guru yang memilih air gau sebagai air minuman pada majlis tersebut tidak pernah menduga sama sekali insiden sedemikian boleh berlaku dan dia tidak pernah terfikir akan terjadi demikian. Mungkin jika guru berkenaan tahu demikian jadinya dia tentu lebih rela membeli air jenama lain yang lebih murah harganya iaitu air paip yang disuling atau air dari sisa kumbuhan najis (Ne Water) yang diimpot dari Singapura atau air minuman berlambang dacing untuk dihidangkan kepada Tuan Pengarahnya!, Asalkan bukanya Air Gau yang menjadi punca kemarahan Tuan Pengarah.

Dikalangan guru-guru kemarahan Tuan Pengarah bererti mala petaka bagi mereka, maklumlah Tuan Pengarah ada kuasa besar untuk menghukum guru-guru mengikut kehendak hatinya. Orang berkuasalah katakan!.

Bagi penulis, sikap Tuan Pengarah berkenaan amat tidak rasional, sikap Tuan sebenarnya bersikap lebih sudu dari kuah, lebih Umno dari Umno, Jenama Air Gau adalah air minuman terkenal, ia diminum oleh semua tanpa mengira parti politik dan agama dan bangsa, airnya berkhasiat dengan kandungan manirel yang tinggi tetapi dijual pada harga air minuman!. Kenapa perlu marah-marah hanya kerana hidangan air Gau? Jika anda berjiwa besar!

Jika air gau ia ada kaitan dengan PAS sekalipun, Tuan Pengarah tidak perlulah marah-marah dihadapan umum kerana ia tidak akan menukar jenama air berkenaan, ia tetap air untuk diminum, ia bukan air Haram, kecualilah Tuan Pengarah itu mengharamkanya berdasarkan kitab Umno miliknya.

Finger paintings ...Amazing

Oleh : Zamri Keciks

These are amazing!!!

It'll take him four hours to do a hand. Then he photographs it for posterity. I cannot imagine how he does the eyes so remarkably lifelike. It took him 10 hours to do the two-handed Eagle in picture #2.



















Nik Aziz jemput Mahathir lawat Kelantan

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melawat dan melihat sendiri pembangunan di bawah pentadbirannya di Kelantan.

Beliau berkata, tidak perlu bekas Perdana Menteri itu datang ke pejabatnya (secara rasmi) untuk meninjau sejauh mana kejayaan yang dicapai sepanjang mentadbir negeri ini yang dianggap mundur dan tidak membangun itu.

Nik Aziz mendakwa, pembangunan yang dibawa oleh kerajaan negeri ialah pembangunan dari segi fizikal dan pembersihan minda dan ini paling penting berbanding pembangunan fizikal.

"Kenyataan itu, (kononnya) kerajaan negeri di bawah tadbiran saya ini tidak maju dan mundur, tidak betul.

"Sebab itu saya jemput dia mari sendiri tengok dari segi pembangunan fizikal, sekarang ada KB Mall, ada Hotel Renaissance, ada pasar raya Tesco, ada Parkson, ada Nirwana, dia boleh tengok sendirilah," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Menteri Besar Kelantan itu harus bertanggungjawab terhadap kemunduran negeri itu di bawah pentadbiranya.

Dr Mahathir berkata, pada satu tahap tertentu, beliau (Nik Aziz) bertanggungjawab terhadap kemunduran Kelantan. Beliau perlu menerimanya. Di negara lain, orang akan letak jawatan jika mereka gagal.

Nik Abdul Aziz berkata tindakan perubahan utama yang dilaksanakan di Kelantan adalah membetulkan tauhid orang Islam di negeri tersebut termasuklah isu halal dan haram.

Antara perubahan yang dibawa adalah menutup premis judi nombor ekor, menghadkan penjualan arak, melaksanakan sistem gadaian Islam dan mengimarahkan masjid.

"Brain wash yang paling penting sekali, daripada syirik kepada tauhid dan Kelantan sekarang ni tegak di atas Islam, halal haram kami ambil peduli," katanya.

Mursyidul Am PAS itu juga memberi contoh pembangunan ala pembersihan minda yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinannya dibuat sebelum hari raya barubaru ini.

Di bawah program itu, belia Islam berkerjasama dengan belia Cina dan India membahagikan juadah dan air minuman untuk berbuka puasa di jalan Kuala Krai kepada pemandu kenderaan (anak Kelantan di perantauan) yang pulang berhari raya. BERNAMA

mStarOnline/-

Dua pemimpin Pemuda Umno diberkas terlibat dadah

Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.

Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.

Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.

HarakahDaily.Net/-