24 Jun 2009

Saf kepimpinan PAS P.Pinang 2009-2011

PULAU PINANG, 23 Jun : - Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berharap perlantikan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri sessi 2009-2011 semalam dapat mengali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

Kemenangan bagi PAS di negeri ini amat penting kerana satu kerusi yang di menangi oleh bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Hamdan Abdul Rahman di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir tidak mencukupi.


"Kita perlukan kepimpinan yang dapat mengali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

Jadi, semuanya harus menyasarkan program ke arah itu di samping turun padang selalu, " kata Ustaz Saleh ketika dihubungi selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Pejabat PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Menurut beliau antara mereka yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya ialah Dr Mujahid Yusuf Rawa, Haji Mohamad Sabu dan seorang tokoh muda, Rosidi Hussain.

Jawatan Setiausaha Perhubungan dikekalkan kepada Fazhil Kemi manakala Ustaz Taqiudin Hamzah diamanahkan sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan PAS Negeri diserahkan pada bekas Setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas, Zulkiply Ishak.

AJK Tambahan ialah Mohd Hamdan Abdul Rahman, Halim Kader, Rosli Hasan, Bukhari Ghazali, Jamaludin Said dan dua orang muslimat yang belum dilantik.

Pada mesyuarat ke dua nanti katanya, semua lajnah akan diberikan kepada individu yang difikirkan sesuai dan mampu membawa anjakan serta perubahan terhadap PAS selari dengan perkembangan terkini.

Bukan itu sahaja malahan PAS Pulau Pinang juga mahukan persahabatan dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP diperkemaskan dalam gagasan Pakatan Rakyat.

"Kita mahukan kemenangan maka kesatuan tenaga antara Pakatan Rakyat akan diperkemaskan. "Rakyat akan menilai sekiranya kita bergerak bersama bukanya berpecah dan mementingkan diri sendiri, " tegasnya. Harakahdaily/-

Sekolah ke-3 ditutup kekang H1N1

Sebuah lagi sekolah ditutup selama seminggu bagi mengekang penularan tempatan wabak selesema A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebuah bilik darjah Seri Cempaka International School di Batu 9 Cheras semalam diarah ditutup apabila pelajarnya dijangkiti wabak tersebut.



Dua lagi kes tempatan dan lapan kes import disahkan hari ini, menjadikan jumlah kesemuanya kes influenza A (H1N1) di seluruh negara meningkat kepada 69 kes, lapor Bernama.

SRJK(C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2, Petaling Jaya telah ditutup masing-masing pada Ahad dan semalam.

Sementara tiga lagi sekolah diarah menutup masing-masing satu kelas: SMK Seksyen 9 di Shah Alam, SMK Damansara Utama di Petaling Jaya dan SM Wangsa Maju di Kuala Lumpur.Malaysiakini/-

Saf pimpinan PAS Perlis 2009-2011

KANGAR, 23 Jun : - PAS Perlis mengumumkan saf kepimpinan Badan Perhubungan Negeri bagi sesi 2009/2011. Pengumuman dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin selepas mempengerusikan mesyuarat di sini Sabtu lalu.

Pengumunan yang dibuat itu menyaksikan Ustaz Ahmad Ali dan Abdul Karim Md Rejab kelal selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2.


Manakala, Yang Dipertua PAS (YDP) Padang Besar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, MOhd Anuar Tahir diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3.

Timbalan Yang Dipertua PAS Arau, Mohammad Shukeri dilantik selaku Setiausaha dan Abu Aiman Arof pula sebagai Bendahari. Bekas Setiuasaha PAS Padang Besar, Ustaz Yahya Ahmad pula dilantik sebagai Penolong Setiausaha.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat yang juga YDP Arau diamanahkan sebagai Ketua Penerangan yang baru.

Jawatankuasa harian PAS Perlis yang lain ialah Ustaz Abd Rashid Abd Rahman (Ketua Dewan Ulama), Ustaz Ya'akub Abu Seman (Ketua Dewan Pemuda) dan Latifah Mat (Ketua Dewan Muslimat).

Turut menganggotai saf kepimpinan kali ini ialah Hairy Hashim (YDP PAS Kangar), Hisharuddin Hassan, Ustaz Yussaine Yahya, Solahuddin Azmi, Ustaz Rijaluddin Ismail, Ustaz Mohd Azmir Azizan dan Zurina Ibrahim.

Manakala ahli yang dilantik pula terdiri dari Ahmad Tajuddin Salleh, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, Hassan Ismail, Abdul Jamil Khamis, Jaafar Daud, Ustaz Mohd Nasir, Ustazah Norseri Othman, Wan Kharizal Wan Khazim dan Othman Muhammad.

Perlantikan Pengerusi-pengerusi Lajnah dan Ketua Jabatan dijangka akan diumumkan selepas mesyuarat penuh pertama Badan Perhubungan PAS Perlis tidak lama lagi.Harakahdaily/-

Kenyataan Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Berikut adalah kenyataan media bersama pemimpin Pakatan Rakyat berhubung isu Kerajaan Perpaduan.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:



1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

Dato' Seri Anwar Ibrahim Dato' Seri Abdul Hadi Awang Lim Kit Siang.

Drs. Khalil tinjau masalah pesawah padi.

Inilah akibat serangan Bena Perang. Sejenis serangga yang kecil sahaja tapi beranak sehingga dekat 400 anak dan menghisap batang padi sehingga kering.

TITI SERONG : Kawasan DUN Titi Serong terkenal dengan kawasan Jelapang Padi di utara Perak. Malah kebanyakan penduduk asal yang terdiri dari suku Banjar adalah berkerja sebagai pesawah padi.

Pada 17 Jun yang lepas, ADUN titi Serong bersama rombongan yang terdiri dari pemberita Sinar Harian, ketua kampung dan pegawai Pertanian yang berdekatan telah turun ke Kampung Parit Tok Ngah meninjau permasalahan pesawah padi iaitu serangan serangga "Bena Perang".

Pada Kesempatan itu beliau telah meninjau keadaan dua sawah padi yang mendapat serangan dari serangga itu sehingga mengakibatkan tanaman yang hampir musnah.

Dalam kenyataan ringkas kepada pemberita dari Sinar harian, Drs. Khalil melahirkan rasa simpatinya dengan masalah itu dan memohon supaya pesawah yang terlibat terus bersabar dan berikhtiar untuk mengatasinya.

Drs. Khalil bergambar bersama rombongan.

Beliau juga menasihati supaya warga setempat meneruskan amalan masyarakat lama yang mengadakan bacaan yaasin, doa selamat dan kenduri "wadai kepeng" memohon doa dari Allah supaya wabak serangan serangan itu dapat di atasi.


ADUN Titi Serong lawat warga terlantar.


TITI SERONG : Dalam kesibukan menjanakan kerja rutin seharian sebagai ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham sekali menunjukkan sikap perihatinnya kepada warga yang terlantar dalam kawasan DUN yang dimenanginya.

Sekali ini beliau berpeluang melawat seorang Pesara Guru yang sudah 8 tahun telantar akbibat penyakit angin ahmar, Cikgu Mohamaad bin Yusof di kampung parit Hj. Wahab.

Semasa pebualan beliau dengan pesakit tersebut, Drs. Khalil sempat memuji kesungguhan Cikgu Mat yang tetap setia menjadi pelanggan akhbar mingguan Harakah dan Siasah. Malah beliau tidak akan senang dan dalam keadaan gelisah bila naskah terbaru lambat dihantar kepadanya.

Semasa memberi kenyataan ringkas kepada Rakan Media dari Sinar Harian, Drs. Khali meminta semua ahli PAS mengambil contoh dan merasa malu kalau malas untuk membeli dan mengikuti berita dari Harakah dan Siasah. Cikgu Mat yang terlantar begitupun masih setia dengan akhbar kesayangan parti itu, jelasnya.

Talian hayat BN telahpun putus.

Sebagai seorang yang memulai perjuangan bersama dengan PAS sejak dini bila memeluk Islam pada tahun 1985, saya adalah antara orang yang sangat bersyukur kepada Allah dan sangat gembira dengan penyelesaikan kemelut dalamam PAS dan Pakatan Rakyat bila kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS , Tok Guru Nik Abdul Aziz dan DS. Anwar setelah beberapa keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat Pimpinan Teringgi Pakatan Rakyat dan mesyuarat AJK PAS Pusatrkelmarin.

Sebenarnya tanpa menafikan masalah ini sebenarnya sangat mengugah keadaan ahli ketiga-tiga parti dalam Gabungan Pakatan Rakyat. Lebih parah kepada kami di negeri tempat kelahiran pakatan Rakyat pada subuh 9 Mac 2008 dengan nama asalnya Barisan Rakyat.


Namun begitu yang paling terpukul dan tergugat dengan penyelesaian kes ini ialah pimpinan UBN. Apapun yang diandaikan dengan keadaan BN sekarang, saya namakan dengan "talian hayat BN telahpun putus".

Gelojohnya pimpinan BN melibatkan dari UMNO, MIC dan MCA memperlihatkan mereka cuba mengambil peluang dan membesar-besarkan keadaan yang saya kira pada pandangan mereka adalah penyelamat kepada keadaan BN yang sangat lemah dan ternayata telah ditolak oleh rakyat sejak 8 Mac 2008 lepas.

Kekalahan demi kekalahan dalam PRK sebelum ini menampaknya Bn hanya boleh bertahan satu kerusi di Batang Ai Serawak.

Hari ini media perdana milik BN menyiarkan pelbagai kenyataan pemimpin BN. Antaranya kenyataan Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang mengatakan dalam usaha untuk menyatukan kaum sendiri pun parti Pas tunduk kepada tekanan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bilakah UMNO sudahh jadi juara penyatuan kaum Melayu ? sedangkan dialah sebenarnya juara yang memecah belahkan orang Melayu di"Tanah Melayu". Paling parah UMNOlah yang sedang membunuh Bahasa ibunda sendiri dengan pelaksanaan PPSMI tanpa mendengar desakan dan bantahan dari pelbagai pihak.

Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tidak berasas oleh Shafei. Hakikat yang berlaku kita tidak tunduk kepada sesiapa melainkan kita tunduk kepada kehendak ahli bawahan dan bukan hanya dari ahli PAS tapi dari ahli PKR dan DAP.

Malah keputusan menolak kerajaan perpaduan adalah keputusan semua pimpinan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat. Inilah sifat pemimpin Pakatan yang lebih terbuka dan telus mendengar kehendak dan suara pimpinan dan ahli disemua peringat. Ternyata perkara ini payah dan tidak berlaku dan UBN.

Talian hayat BN telahpun putus, selamat tinggal BN, jangan mimpi untuk berpaut lagi di "bahtera" Pakatan. Kamu akan tenggelam dan sedia untuk dikuburkan dalam apa saja jenis pilihanraya dimasa akan datang.

Manik urai sedang menunggu...!