24 Jun 2009

Talian hayat BN telahpun putus.

Sebagai seorang yang memulai perjuangan bersama dengan PAS sejak dini bila memeluk Islam pada tahun 1985, saya adalah antara orang yang sangat bersyukur kepada Allah dan sangat gembira dengan penyelesaikan kemelut dalamam PAS dan Pakatan Rakyat bila kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS , Tok Guru Nik Abdul Aziz dan DS. Anwar setelah beberapa keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat Pimpinan Teringgi Pakatan Rakyat dan mesyuarat AJK PAS Pusatrkelmarin.

Sebenarnya tanpa menafikan masalah ini sebenarnya sangat mengugah keadaan ahli ketiga-tiga parti dalam Gabungan Pakatan Rakyat. Lebih parah kepada kami di negeri tempat kelahiran pakatan Rakyat pada subuh 9 Mac 2008 dengan nama asalnya Barisan Rakyat.


Namun begitu yang paling terpukul dan tergugat dengan penyelesaian kes ini ialah pimpinan UBN. Apapun yang diandaikan dengan keadaan BN sekarang, saya namakan dengan "talian hayat BN telahpun putus".

Gelojohnya pimpinan BN melibatkan dari UMNO, MIC dan MCA memperlihatkan mereka cuba mengambil peluang dan membesar-besarkan keadaan yang saya kira pada pandangan mereka adalah penyelamat kepada keadaan BN yang sangat lemah dan ternayata telah ditolak oleh rakyat sejak 8 Mac 2008 lepas.

Kekalahan demi kekalahan dalam PRK sebelum ini menampaknya Bn hanya boleh bertahan satu kerusi di Batang Ai Serawak.

Hari ini media perdana milik BN menyiarkan pelbagai kenyataan pemimpin BN. Antaranya kenyataan Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang mengatakan dalam usaha untuk menyatukan kaum sendiri pun parti Pas tunduk kepada tekanan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bilakah UMNO sudahh jadi juara penyatuan kaum Melayu ? sedangkan dialah sebenarnya juara yang memecah belahkan orang Melayu di"Tanah Melayu". Paling parah UMNOlah yang sedang membunuh Bahasa ibunda sendiri dengan pelaksanaan PPSMI tanpa mendengar desakan dan bantahan dari pelbagai pihak.

Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tidak berasas oleh Shafei. Hakikat yang berlaku kita tidak tunduk kepada sesiapa melainkan kita tunduk kepada kehendak ahli bawahan dan bukan hanya dari ahli PAS tapi dari ahli PKR dan DAP.

Malah keputusan menolak kerajaan perpaduan adalah keputusan semua pimpinan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat. Inilah sifat pemimpin Pakatan yang lebih terbuka dan telus mendengar kehendak dan suara pimpinan dan ahli disemua peringat. Ternyata perkara ini payah dan tidak berlaku dan UBN.

Talian hayat BN telahpun putus, selamat tinggal BN, jangan mimpi untuk berpaut lagi di "bahtera" Pakatan. Kamu akan tenggelam dan sedia untuk dikuburkan dalam apa saja jenis pilihanraya dimasa akan datang.

Manik urai sedang menunggu...!

7 ulasan:

Tok Pambu berkata...

Itulah hebatnya DSAI yang menerajui PR. Segala masalah yang timbul dengan segera dapat diselesaikan oleh nya. Sekarang sudah nampak jelas bahawa DSAI dan LKS boleh diharaf memerintah negara.

Pada mula nya PAS dibawah pimpinan Tn Guru Hj Hadi tertarik dengan kerajaan perpaduan. Tentangan hebat dari Tn Guru Hj Nik Aziz telah membawa krisis ini kemeja pengadilan.

Dari mula lagi nala sudah agak bahawa kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh BN tidak sesuai bagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

Sebenarnya tujuan ianya diujudkan cuma untuk menyatu padukan melayu/Islam yang sudah berpecah belah. Tetapi sebaliknya ianya akan mengancam keharmonian kaum lain.

Nala sangat gembira kerana PAS yang pada mulanya mahukan kerajaan perpaduan akhirnya bersetuju menolaknya. Mungkin PAS sudah sedar bahawa kerajaan Perpaduan tidak membela semua kaum seperti PR.

Sejak tertubuhnya PR, sudah nampak nyata kaum cina dan india sudah lebih menonjol kehadapan dalam politik Malaysia. Kalau dulu kaum ini terkongkong di bawah BN, sekarang sudah bebas dan ada lebih berkuasa dan bersuara.

Kami sangat berhutang budi kepada melayu dalam PAS dan PKR yang telah membantu memberi lebih kekuatan kepada kami.

Sekarang kaum india dan cina sudah ada lebih kuasa dalam politik di Malaysia kerana pertolongan kaum melayu dalam PAS dan PKR. Jika PR sudah dapat berkuasa penuh memerintah negara, Jasa2 melayu dalam PAS dan PKR ini akan terus dikenang.

Tanpa Nama berkata...

Kita terus putuskan tali hayat UMNO dan kuburkan UMNO sekali lagi di Manik Urai.
Syabas Pimpinan PAS. Kami yang bukan ahli PAS merasa bangga, "magnanimous" buat TGNA dan Nasha serta semua pemimpin PAS.

Tanpa Nama berkata...

melalui kenyataan Tok Jid semalam nyatalah kenyataan memujuk hati yang lara,kerana gagal memecah blhkan pktan rkyt,yelah tu UMNO masih kukuh utk terus memerintah.kenyayaan tdk bersunguh T.Jid utk perpaduan rkyt Malaysia.pktn rkyt telah membawa rkyt Malaysia bersatu padu.T.Jid cuba memecahkan demi survival khidupan UMNO dan Kuasanya utk mengaut kekayaan negara.BRAVOOO...UMNO.

Tanpa Nama berkata...

nala.. cukuplah tu.. tak perlu nak belakon jd india lak.. Hehe nampak sgt ko kecewa....

abu muaz berkata...

63 tahun UMNO menerajui negara tolong tunjukkan dimana orang-orang melayu terbela nasib mereka? Kalau ada masalah pasti isu perkauman dicanangkan.Seperti tulisan diatas menonjolkan DSAI sebagai pengadai maruah politik melayu.Kalau saya katakan UMNO itulah pengadai politik melayu macam mana ya? DiTrg sebuah sekolah dirobohkan tempat anak anak melayu menyambung pelajaran boleh dilanyak waktu pemerintahan wan mokhtar....mana lebih rakus? UMNO telah banyak terbukti rakus dalam berpolitik.

Tanpa Nama berkata...

nak buat kerajaan perpaduan dng umno....SORRYLAH TAK DAPEK DEN NAK NOLONG EEHH DOOO MENGHABISKAN BOREH DEN JOO

Ahmad Syafiq berkata...

Actually, this unity government idea was started by Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah). His plan is to win the UMNO presidential election and then propose a unity government and make reforms within UMNO. That didn't happen and thus, unity government is impossible.

Anyway, I never liked the idea of a unity government in the first place. We are not as bi-partisan as the US Senate. It will take a long time before anyone can undertake the bi-partisan view.

I'm happy with Pakatan as the way it is. But I want to see better governance than what is seen now. And we have to be careful of the civil servants as most of them are loyal to UMNO. I won't be surprised to see Kedah, Selangor and Penang fall before the next GE. Of course most of us hope it doesn't happen, but the civil servants are the kingmakers.

Anyway YB, you are doing a real good job as ADUN Titi Serong. Keep up the good work and Insya-Allah, you will continue to serve the Malaysian people for as long as you live.