04 April 2009

Najib umum Harakah dan Suara Keadilan bebas, dan 13 tahanan ISA juga bebas.

Semasa memberi ucapan exclucive sebentar tadi melalui TV, Perdana Menteri Malaysia yang baru dilantik, DS. Najib Tun Razak mengumumkan pembebasan akhbar Harakah dan Suara Keadilan dari sekatan permit penerbitannya yang digantung sebelum ini selama 3 bulan.

Selain itu beliau juga mengumumkan sama seramai 13 orang tahanan ISA dibebaskan.

Abdullah serah tugas PM kepada Najib

KUALA LUMPUR: Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

Upacara penyerahan tugas itu berlangsung di tingkat lima, Pejabat Perdana Menteri pada pukul 4.50 petang.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ini merupakan sejarah negara apabila buat pertama kalinya anak Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri pula.

Najib merupakan anak sulung Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Dalam upacara itu, Abdullah yang berbaju Melayu jingga menyerahkan Fail Meja YAB Perdana Menteri berwarna biru sebagai tanda penyerahan tugas dan tanggungjawab kepada Najib yang berbaju Melayu merah jambu sambil disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Upacara itu juga menandakan lengkapnya proses peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib secara tersusun dan berjalan dengan lancar, mengekalkan tradisi peralihan kuasa negara dari dahulu hingga sekarang.Mstar.

Nizar dibenar cabar Zambry sebagai MB

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Ini berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Ferubari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

Hakim Abdul Aziz berkata bahawa semasa hujahan, kedua-dua pihak iaitu peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar, dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Said yang mewakili Pejabat Peguam Negara, bersetuju bahawa keputusan Sultan Azlan Shah melantik Dr Zamry sebagai Menteri Besar dan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak tidak boleh dihakimi, tetapi Mohammad Nizar dalam permohonannya tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Sultan Azlan Shah cuma mempersoalkan mengenai kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar.

Hakim Abdul Aziz menetapkan Rabu depan untuk pengurusan kes itu dan memerintahkan Sulaiman supaya memfailkan dokumen yang sedia ada dan juga yang baru antaranya afidavit kepada mahkamah selewat-lewatnya Selasa depan.

Mohammad Nizar, yang tidak hadir hari ini, memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih menteri besar yang sah selain memohon injunksi melarang Zambry daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar.

Beliau memohon bagi mendapatkan tafsiran Perkara 16 (6) UndangUndang Tubuh Kerajaan Perak sama ada jawatan menteri besar boleh dikosongkan disebabkan menteri besar telah menasihatkan Sultan supaya membubarkan dewan undangan negeri; tidak berlaku sebarang pembubaran dewan; tiada usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan dewan; dan beliau tidak meletak jawatan.

Sulaiman memberitahu pemberita bahawa soal Mohammad Nizar derhaka kepada Sultan Azlan Shah tidak timbul kerana Mohammad Nizar tidak pernah mempersoalkan kuasa sultan.

Kamaludin pula berkata beliau akan mendapat arahan lanjut daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada untuk membuat permohonan sebagai pencelah semasa perbicaraan kes itu atau pun memfailkan rayuan terhadap keputusan itu. Mstar.

Kenyataan 'kejutan' Anwar di Bukit Selambau esok

Oleh G. MANIMARAN

TAIPING: Ketika kempen pilihan raya kecil serentak kini memasuki peringkat kritikal, Pakatan Rakyat berkata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan "membuat pengumuman mengejutkan" menyentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak esok.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sehingga kini belum membuat ucapan kempen pilihan raya yang mampu menarik fokus pengundi dijangka mengeluarkan kenyataan mengejutkan di Bukit Selambau malam esok.

Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution menyatakan demikian ketika ditanya sama ada Ketua Pembangkang itu akan membuat apa-apa pengumuman mengejutkan berkaitan individu yang bakal keluar Barisan Nasional.

Kempen tiga pilihan raya kecil serentak sedang berlangsung bermula Ahad lalu manakala pengundian adalah pada Selasa ini.

Anwar telah melawat sekali masing-masing ketiga-tiga kawasan - Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai dijadual kembali ke Bukit Selambau malam ini.

Beliau dijadual menyampaikan dua ceramah di Bukit Selambau malam ini dan esok.

Kenyataan Saifuddin, Ahli Parlimen itu muncul ketika Najib yang pagi tadi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keenam.

Minggu lalu Pakatan Rakyat telah menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong meminta Najib tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Pengumuman esok berdasarkan reaksi awal yang kami terima berkaitan pelantikan beliau (Najib)," katanya.Mstar.

Kecoh di Mesjid Pekan Terong, pengerusi mesjid naik angin kepada petugas PAS.

Petugas Pemuda PAS Selangor akur dengan arahan kasar dari pengerusi mesjid yang naik berang kononnya tidak mahu mana-mana parti politik berada dalam kawasan mesjid. saya sempat bertanya "adakah abang pakai duit abang untuk bina mesjid ini, menyungguh sangat, sabarlah" rupanya dia makin naik minyak. Maklumlah terlalulah UMNOnya dan Islam Hadharinya.

Sebelum itu kenderaaan dan petugas memulai mengagihkan kelapa jelly dan risalah di dalam kawasan mesjid berhampiran pintu pagar utama. Disinilah bermulanya episod naik angin dan suara tinggi "saya diamanahkan untuk jaga mesjid ini, saya minta keluar". Semuanya tenang dan terkawal perasaannya kecuali si pengerusi mesjid yang nampaknya sudah "hilang air sembahyangnya".

aksi dari jauh, cekak pinggang berbaju putih itulah si pengerusi mesjid. Anehnya yang lain tidak menyokongnya, nmpaknya layak letak jawatan kerana sudah buat keputusan sendiri dan halau tetamu Allah sesuka hati.

Kalau tidak boleh berpolitik ini khemah untuk apa? tanya petugas pemuda, tambah naik anginlah dia. Begitulah manusia kalau sudah cerdik tapi tidak boleh ikut dan bodoh tetapi tidak boleh diajar !

Surat kontraversi, siapakah sebenarnya dalangnya ?


Siapakah sebenarnya yang menjadi dalang kepada surat ini ? Muhyiddin Yassin telah membuat kenyataan dan menafikan bahawa surat ini adalah bukan dari UMNO. Namun persoalannya adakah yang dikatakan itu berasas atau tidak. Rasanya ada sedikit asas seperti yang dinyatakan dalam surat itu, makanya penafian yang dilakukan bukan bermaksud membenarkan surat itu memang benar, tetapi yang saya faham penafian itu cuma hendak melindungi jenayah rasuah/politik wang yang mereka lakukan.

MCA minta jawatan TPM

Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow menggesa Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan jawatan timbalan pengerusi BN untuk diisi oleh presiden MCA bagi mencermin perkongsian kuasa sebenar.

"Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.

"Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi realiti pada suatu hari nanti.

"Oleh itu, rakyat Malaysia kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ianya hanyalah merupakan satu cakap kosong," katanya lagi.

Menurutnya, pewujudan jawatan timbalan perdana menteri untuk presiden MCA, bukan sahaja membantu menrealisasikan ideologi sebenar pentadbiran perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.

Juga, katanya, jika diberi jawatan tersebut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang adil yang memberi faedah kepada semua pihak, terutama dalam bidang yang berkaitan dengan masyarakat Cina dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Lok juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, bersama Umno dan MIC pada 1957 untuk mencapai kemerdekaan negara.

"Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang diberi MCA dan masyarakat adalah amat banyak dan amat besar," tambahnya.

Pada masa yang sama, beliau mengulangi bahawa presiden MCA mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN.

"Ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa dalam pentadbiran Datuk Seri Najib," tambahnya.

"Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat pentingnya dan perlunya diwujudkan dua jawatan - timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA," tegas Loke lagi.Mstar.

Najib Perdana Menteri keenam

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib,55, mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada pukul 10:12 pagi tadi.

Upacara yang penuh adat istiadat itu berlangsung di Balai Rong Seri Istana Negara di sini, menyaksikan Najib melafazkan ikrar berbunyi berikut:

"Bismillahirahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi."

"Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah dilantik memegang jawatan Perdana Menteri dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan jujur, dengan segala dayaupaya saya, bahawa saya akan menumpahkan kepercayaan dan taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan juga memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya."

"Bismillahirahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

"Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan kepada sesiapa sama ada secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan diketahui oleh saya sebagai seorang Perdana Menteri kecuali sebagai mana yang mungkin dikehendaki untuk menunaikan dengan sempurna kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian atau sebagai mana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong."

Najib mencipta sejarah kerana mewarisi bapanya, Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Perdana Menteri kedua.

Najib menyertai politik secara aktif selepas Razak meninggal dunia.

Upacara bersejarah itu akan bermula pukul 10 pagi ini dengan disiarkan secara langsung oleh RTM.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Pagi semalam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.

Ia diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara.

Semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Tuanku Mizan untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri, selaras dengan proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang dirancang sebelum ini.

Najib, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, turut menghadap Seri Paduka di Istana Negara, selepas istiadat menghadap oleh Abdullah pagi tadi.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Oktober 2003.

Menurut atur cara sempena upacara mengangkat sumpah yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, selepas upacara di Istana Negara ini, Najib dijadual ke Masjid Negara untuk solat Jumaat dan menziarah pusara ayah beliau di Makam Pahlawan, di perkarangan masjid itu.

Pada pukul 4 petang, Abdullah dengan rasminya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib dalam satu upacara di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Lewat petang, Najib akan pulang ke kediaman beliau di Jalan Duta di sini untuk majlis tahlil serta doa selamat dan akan ke udara untuk berucap di seluruh negara melalui RTM pada pukul 8.10 malam.mSTAR.

Nizar dianiaya, tolak perampas kuasa

KUALA LUMPUR, 3 April : - Para pengundi di Parlimen Bukit Gantang diseru untuk terus memberi sokongan kepada pemimpin yang dianiaya yang sekaligus menjadi mangsa kerakusan kuasa Barisan Nasional (BN) - Umno sehingga menjadi suasana di Perak tergugat kestabilannnya.

Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din berkata undi yang bakal diberikan nanti sudah pasti akan memberi kesan besar kepada masa depan penduduk di negeri itu termasuk membawa kebahagiaan dan keharmonian masyarakat di dunia bahkan di akhirat kelak.

"Kita mesti melihat wadah parti yang disokong, bagi pengundi di Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin mewakili parti Islam yuang mencari keredhaan Allah. Pengundi di Bukit Gantang bukan sekadar pilih calon tetapi untuk masa depan negara dan rakyat.

"Dengan maksud jika wakil kelompok yang memperjuangkan Islam dipilih, ianya satu mesej jelas bahawa masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam sedang melakukan proses penolakan ke pada parti Barisan Nasional (BN) - Umno dan sekaligus menerima baik Pakatan Rakyat," katanya dalam satu temubual dengan Harakahdaily semalam.

Dr Haron Din berkata bahawa proses penolakan ini mestilah diterjemahkan terus bukan sahaja di Bukit Gantang tetapi di DUN Bukit Selambau dan Batang Ai, yang mewakili satu wadah perjuangan ke arah memartabatkan Islam dan kukuhkan Pakatan Rakyat.

Pilihan raya ini katanya bagi mengubah kemungkaran dan kerosakan Umno-BN dan gantikan dengan sebuah negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan manifesto Pakatan Rakyat yang dinantikan seluruh masyarakat.

Ditanya tentang kemelut rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN tempoh hari, Haron Din menyatakan bahawa yang menjadi mangsa keadaan ialah Nizar yang dijatuhkan dengan cara tidak beretika seterusnya dikecam dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.

"Dalam kes ini Nizar dianiaya. Ianya dirujuk kepada rakyat untuk buat keputusan..." katanya.

(Ikuti temubual bersama Haron Din dalam akhbar alternatif Harakah yang baru, HUJJAH keluaran akan datang). Harakahdaily.

GILA KUASA....AGAMA DAN DIRI SENDIRI MENJADI ROSAK

Oleh : Ahmad Ali

KUASA DAN TAKHTA TAK SALAH
Nak harta tak salah.
Nak kuasa tak salah.
Nak wanita tak salah. ALlah tak marah. Nabipun tak kisah, Islampun tak menyumpah.

Yang salah gila harta,
Yang salah gila kuasa-takhta,
Yang salah gila wanita.

Islam adalah agama fitrah, agama yang tak bercanggah dengan naluri manusia yang mahu harta, kuasa, wanita dan lain-lain. Cuma jangan sampai harta, kuasa dan wanita menjadi matlamat BUKANNYA jadi wasilah atau alat untuk kita menjalani hidup dan beribadat kepada ALLah.

GILA KUASA ADALAH SIFAT MAZMUMAH

Hubb al-Jah atau Hubb ar-riyasah (cinta kekuasaan-gila kuasa) adalah salah satu syahwat yang sering menimpa manusia. Bagi orang yang terkena penyakit ini, kekuasaan, jabatan dan segala yang mengiringinya berupa populariti dan keglamouran adalah merupakan tujuan hidupnya.

RasuluLlah saw telah bersabda yang diriwayatkan oleh Ka'ab bin Malik ra, "Dua ekor serigala yang dilepas kepada seekor kambing tidak lebih parah kerosakannya bagi kambing itu, bila diban-dingkan ketamakan seseorang terhadap harta dan pangkat-kedudukan dalam merosakkan agamanya." (dikeluarkan oleh at-Tirmidzi dan mengatakan, "hadith hasan sahih")

Ketamakan seseorang terhadap harta dan kedudukan/pangkat/ kuasa akan merosakkan agamanya. Isyarat Nabi ini menunjukkan bahawa tidak akan selamat agama seseorang jika dia tamak terhadap harta dan kuasa/pangkat/ kedudukan dunia KECUALI segelintir sahaja. Sebagaimana seekor kambing tidak akan selamat dari keberingasan dua ekor serigala yang sedang lapar kecuali sangat sedikit.

Tidak mudah untuk kita mendidik-asuh nafsu yang ada dalam diri.

Imam al-Ghazali menggariskan sepuluh sifat-sifat hati yang terkeji, sifat-sifat mazmumah. Antaranya ialah: Bakhil, Hasad Dengki, Riya'(menunjuk-nunjuk) , Takabbur-sombong, hubb al-Mal(gila harta) dan hubb al-Jah(gila/ cinta pangkat-kedudukan) .

SUSAHNYA MELAWAN CINTA PANGKAT-KUASA
Sabar menahan diri dari hal tersebut(tamak harta dan kuasa/kedudukan) sangatlah sulit, kerana untuk mencari kedudukan dan kekuasaan biasanya seseorang sanggup mengorbankan harta yang amat banyak. Bayangkan seseorang yang mahu dirinya diangkat menjadi ketua atau pemimpin sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit, bahkan jutaan. Bahasa politik disebut politik wang, bahasa orang awam rasuah. Sama sahaja, kedua-duanya adalah haram.

Al-Imam Ibnu Rajab kemudian menyebutkan (uslub) cara-gaya setiap orang dalam meraih kedudukan/pangkat/ kuasa di dunia. Beliau mengatakan," Tamak terhadap kemuliaan dunia ada dua macam;

TAMAK KEMULIAAN DUNIA

i-Melalui kuasa dan harta.
ii-Melalui ilmu, ibadat dan zuhud.

Pertama, mencari kemuliaan dunia dengan kekuasaan-sultah( power) dan harta. Ini semua sangat berbahaya karena pada umumnya akan menghalang pelakunya untuk mendapat kebaikan dan kemuliaan di akhirat. Allah berfirman,

”Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di muka bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”. (AL-QASAS=83)

Hingga beliau mengatakan, "Di antara bentuk cinta kedudukan dunia yang jelas bahayanya adalah berupa tamak terhadap pemerintahan (yakni tamak ingin menjadi penguasa). Ini merupakan masalah yang sangat pelik yang tidak diketahui kecuali oleh orang yang berilmu, mengenal Allah Ta'ala dan mencintai-Nya.

Perlu diketahuai bahwa cinta kemuliaan dengan cara tamak terhadap kekuasaan agar dapat memerintah dan melarang serta mengatur urusan manusia (seesuka hatinuanya), jika hanya dimaksudkan semata-mata untuk tujuan memperoleh kedudukan yang tinggi di atas sekalian orang, merasa lebih besar daripada mereka dan agar orang terlihat memerlukannya, selalu merendah serta menghinakan diri kepadanya ketika ada hajat dan keperluan terhadapnya, maka bentuk seperti ini telah mengusik rububiyah dan uluhiyah Allah .

Untuk mendapatkan kuasa, kedudukan dan pangkat(Hubb al-Jah@Hubb ar-Riyasah) manusia sanggup berbuat apa sahaja. Bukan setakat pijak kepala kawan bahkan sanggup jual anak isteri. Setakat jual agama dan bangsa adalah menjadi mainan mereka yang gila kuasa dan kedudukan. Yang diucap, lain di mulut lain di hati, mereka hanya pura-pura dan bermuka-muka dengan Islam dan umat Islam semata-mata untuk meraih kepercayaan dan akhirtnya cita-cita 'gila kuasa'tercapai.

Al Imam Ibnu Rajab menyebut cara kedua bagaimana seseorang meraih kedudukan dunia.
Kedua; Mencari kemuliaan dunia dan kedudukan dengan hal-hal yang berkait dengan agama seperti ilmu, amal ibadah dan kezuhudan. Ini lebih buruk dari yang pertama serta lebih besar bahaya dan kerosakannya. Kerana ilmu, amal dan seumpamanya adalah untuk mencari darjat yang tinggi dan kenikmatan abadi di sisi Allah, juga untuk bertaqarrub dan mendekatkan diri kepada ALlah.

Apa yang sangat dikejar dan dicari oleh kebanyakan manusia dalam kehidupan dunia yang sementara ini?

Pesanan Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah

"Sesungguhnya manusia jika merenung serta mengenali dirinya dan orang lain, MAKA seseorang akan mendapati bahawa dirinya sentiasa ingin ditaati dan ingin berada di atas. Dan jiwa itu dipenuhi dengan rasa cinta terhadap kedudukan yang tinggi dan kekuasaan setinggi-tingginya. Maka anda dapati dia akan memberikan imbuhan kepada orang yang cocok dengan hawa nafsunya, sebaliknya memusuhi orang yang menyalahi hawa nafsunya. Maka akhirnya dia menjadi hamba hawa dan keinginannya."

"Dan kalau dia ditaati, maka dia ingin segala yang menjadi keinginannya terus ditaati, meskipun berupa dosa dan kemaksiatan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sehingga orang yang taat kepadanya lebih dia cintai dan lebih mulia baginya daripada orang yang taat kepada Allah dan menyalahi keinginannya. Ini merupakan bahagian dari keadaan Fir'aun dan seluruh orang yang mendustakan rasul-rasul.

Yang salah dan dilarang ialah Hubb al-Jah atau Gila Kuasa. Kuasa tak salah. Kita ikuti seterusnya tentang tajuk ini.

Salahkah atau berdosakah kita berusaha untuk mendapatkan kekuasaan?

Bahawa ada perbedaan antara cinta kekuasaan dan menjadikan kekuasaan sebagai prasarana untuk da'wah kepada Allah.
Tujuan seseorang dalam memegang kekuasaan di sini adalah untuk mengagungkan Allah dan ajaranNya, sedangkan tujuan orang yang cinta kekuasaan adalah agar orang lain mengagungkan dan menyanjung dirinya.

Para pemimpin yang adil dan hakim yang lurus tidak akan mengajak orang lain untuk mengagungkan diri mereka sama sekali, namun mereka mengajak manusia agar selalu mengagung-kan Allah dan mengesakan-Nya dalam beribadah. Dan di antara mereka ada yang tidak menginginkan jabatan kecuali hanya sekadar sebagai prasarana untuk dakwah di jalan Allah.

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. AL-HAJJ=41

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان وَلَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنَ الإِيمَانِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ

Barangsiapa yang melihat di kalangan kamu kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangan-nya, jika tidak mampu dengan lidahnya, dan jika tidak mampu dengan hati-nya, itulah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi keimanan selepas itu, walaupun sebesar biji bayam.

Maka orang yang memohon kepada ALLAH agar menjadikan dirinya sebagai imam/pemimpin yang selalu dijadikan contoh oleh orang-orang yang bertakwa, sebagaimana dia juga mencontohi orang-orang yang bertakwa, maka hal ini tidak dikeji. Bahkan layak untuk dipuji karena dia telah menjadi penyeru ke jalan Allah.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَاقُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Ya Tuhan Kami ! Kurniakanlah bagi kami akan isteri/suami kami dan anak-anak keturunan kami sebagai penyejuk mata-hati kami serta jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI! SELAMATKANLAH KAMI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. JAUHKANLAH HATI-HATI KAMI DARIPADA SIFAT MAZMUMAH SEPERTI RIYA', TAKABBUR, GILA KUASA, GILA HARTA DAN GILA DUNIA. tk..

Ahmad Ali
Lot 7441, Alor Tempoyak,
23000 Dungun, Terengganu.

Larangan mempercayai tukang tilik

MEMBUAT ramalan atau mempercayai sesuatu ramalan boleh menghampiri syirik. Iman yang nipis mudah goncang apabila kita taksub mempercayai tukang tilik, tukang tenung, ramalan bintang atau apa saja bentuk tilikan.

Menurut sebuah Hadith:

Dari Aisyah r..a katanya:.”Ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang tenung. Jawab baginda: ”Mereka itu tidak benar.”

Mereka bertanya lagi:” Kadang-kadang apa yang me

reka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?” Jawab Rasulullah SAW, “Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh bangsa jin lalu dibisikkan ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina.

Dan mereka tokok tambahkan dengan seratus pembohongan, bahkan lebih.” (Muslim)

Huraian

1. Tukang tenung dikenali juga dalam masyarakat hari ini dengan istilah ‘orang pintar’, paranormal ataupun tukang ramal nasib yang dipercayai dapat mengetahui nasib seseorang atau perihal ghaib lainnya.

2. Sesungguhnya pengetahuan terhadap perkara ghaib adalah termasuk hal yang menjadi rahsia Allah. Sesiapa yang berkeyakinan bahawa dirinya atau orang lain boleh menguasai perkara ghaib adalah termasuk dalam perbuatan syirik kerana adanya ketergantungan kepada yang selain Allah.

3. Allah telah berfirman yang maksudnya:”Katakanlah," Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan. (an- Naml : 65).

4. Sebagai umat Islam kita tidak harus mempercayai atau membenarkan apa yang dikatakan oleh tukang ramal kerana sesuatu yang mereka katakan mengenai hal-hal yang ghaib itu hanya didasarkan atas perkiraan belaka, atau dengan cara mendatangkan jin-jin untuk meminta pertolongan kepada jin-jin tersebut sesuai dengan apa yang mereka inginkan.

5. Rasulullah SAW bersabda : 'Sesiapa yang mendatangi 'arraaf' (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari." (Muslim).

OraNg KaMpoNg"