04 April 2009

MCA minta jawatan TPM

Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow menggesa Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan jawatan timbalan pengerusi BN untuk diisi oleh presiden MCA bagi mencermin perkongsian kuasa sebenar.

"Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.

"Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi realiti pada suatu hari nanti.

"Oleh itu, rakyat Malaysia kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ianya hanyalah merupakan satu cakap kosong," katanya lagi.

Menurutnya, pewujudan jawatan timbalan perdana menteri untuk presiden MCA, bukan sahaja membantu menrealisasikan ideologi sebenar pentadbiran perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.

Juga, katanya, jika diberi jawatan tersebut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang adil yang memberi faedah kepada semua pihak, terutama dalam bidang yang berkaitan dengan masyarakat Cina dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Lok juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, bersama Umno dan MIC pada 1957 untuk mencapai kemerdekaan negara.

"Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang diberi MCA dan masyarakat adalah amat banyak dan amat besar," tambahnya.

Pada masa yang sama, beliau mengulangi bahawa presiden MCA mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN.

"Ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa dalam pentadbiran Datuk Seri Najib," tambahnya.

"Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat pentingnya dan perlunya diwujudkan dua jawatan - timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA," tegas Loke lagi.Mstar.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus lah tu najib. buktikan lah kesepakatan. dulu dok kata nizar jadi tunggangan DAP, la ni giliaq hangpa pula.
dah memang UMNO tu bodoh, parlimen untuk kawasan bukan Islam di perbanyakkan walaupun pengundi cuma ada 18000. tapi tempat pengundi melayu yang lebih 80000 spt di baling, k kedah hangpa tak mau tambah.
jenih hati busuk sesama orang islam, ni lah padahnya

Tanpa Nama berkata...

adoi pasni dpa minta jadi pm laks!!!!!

Unknown berkata...

erk..kalah besar aritu,ade hati lagi nak jadi timbalan?? wah3.. ini boleh mendatangkan marah..abeslah ko jib..

Tanpa Nama berkata...

So,siapa yang jadi boneka sekarang ni? baru je angkat sumpah pagi tadi dah memandai nak meminta jawatan kedua tertinggi negara.

Tanpa Nama berkata...

betol..betol kata 'tanpa nama' tu, byk kawsan melayu yang melebihi 35000 pun tidak dipecah dua. spt jugak dihulu terengganu tu, kan boleh buat 2 kawsan melayu,ramai jugak ahli parlimen melayu kat dewan rakyat

NH Shah Alam berkata...

Itu hari UMNO hentam YB DSN kununnya jadi boneka DAP... So sekarang kita nak dengar apa pula komen dari orang piau UMNO apabila MCA minta Jawatan TPM....

Allah maha berkuasa. Dia bayar cash atas dunia lagi....

Unknown berkata...

setuju dgn cdgn MCA. tp TPM jela.. tp TPM gilir2. CINA, INDIA, atau mana2 bumiputra sabah dan sarawak.

Sayanik berkata...

rakan-rakan sekalian..kalau kita fikir2kan balik situasi yg UMNO buat kepada parti pembangkang, semuanya dah berbalik kepada diri sendiri. benarlah firman Allah lebih kurang maksudnya

"..terdapat tanda-tanda kekuasaan, jika kamu orang2 yang berfikir".

Mohd berkata...

Maafla mencelah, sokong BN ke, ssokong PR ke, yang tersepit kemudiannya dah tentulah orang islam sendiri... Politik ni memang menyusahkan

Tanpa Nama berkata...

Salam... ye la encik mohd... kita x payah la nak perjuangkan apa2. perjuangkan la perut kita dan keluarga jer. Berkenaan agama dan negara, kita abaikan jer la. Kita x payah ambil tahu langsung. Biar agama tunggang terbalik, biar negara hancur tergadai. Biar hilang maruah kita, biar kita jadi barua.. Kita kerja, makan dan tidur jer dah la.. baru la kita ni dikira sebagai org yg pandai... hehehehehe....

(YB Hasan Rahman ADUN BN Sg.Rambai Melaka) tel:0196265625

Mohd berkata...

Salam "YB Hasan"
Tapi dalam situasi hari ni, Politiklah yang menghuru-harakan negara. Baik dipihak "Kerajaan" maupun dipihak "pembangkang".
Terimalah hakikat yang tiada pihak yang betul sebetul2nya. Yang rosak hanyalah umat islam sendiri yang biasanya menjadi "penyokong totok" yang xtahu membuat pertimbangan waras.