04 April 2009

Nizar dibenar cabar Zambry sebagai MB

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Ini berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Ferubari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

Hakim Abdul Aziz berkata bahawa semasa hujahan, kedua-dua pihak iaitu peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar, dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Said yang mewakili Pejabat Peguam Negara, bersetuju bahawa keputusan Sultan Azlan Shah melantik Dr Zamry sebagai Menteri Besar dan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak tidak boleh dihakimi, tetapi Mohammad Nizar dalam permohonannya tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Sultan Azlan Shah cuma mempersoalkan mengenai kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar.

Hakim Abdul Aziz menetapkan Rabu depan untuk pengurusan kes itu dan memerintahkan Sulaiman supaya memfailkan dokumen yang sedia ada dan juga yang baru antaranya afidavit kepada mahkamah selewat-lewatnya Selasa depan.

Mohammad Nizar, yang tidak hadir hari ini, memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih menteri besar yang sah selain memohon injunksi melarang Zambry daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar.

Beliau memohon bagi mendapatkan tafsiran Perkara 16 (6) UndangUndang Tubuh Kerajaan Perak sama ada jawatan menteri besar boleh dikosongkan disebabkan menteri besar telah menasihatkan Sultan supaya membubarkan dewan undangan negeri; tidak berlaku sebarang pembubaran dewan; tiada usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan dewan; dan beliau tidak meletak jawatan.

Sulaiman memberitahu pemberita bahawa soal Mohammad Nizar derhaka kepada Sultan Azlan Shah tidak timbul kerana Mohammad Nizar tidak pernah mempersoalkan kuasa sultan.

Kamaludin pula berkata beliau akan mendapat arahan lanjut daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada untuk membuat permohonan sebagai pencelah semasa perbicaraan kes itu atau pun memfailkan rayuan terhadap keputusan itu. Mstar.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

well our jurisdiction system is a joke. the highest you go the corrupted you will get.
i don't think there is any hope.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa ending kes ini jelas iaitu segala galanya akan ditentukan oleh tangan tangan ghaib, mahkamah hanyalah tukang angguk! Kan dalam mesyuarat agong UMNO pun terang terang perwakilannya sebut....kita silap...bebaskan Anwar..... Jadi yg bebaskan Anwar bukanlah Hakim tapi ..

Jadi dlm kes Nizar, walaupun semua bangsa dan agama serta pelbagai intelek setuju bahawa Nizar dan Teamnya dianiaya, namun telah jelas bahawa endingnya ialah ia akan ditamatkan riwayatnya oleh tangan tangan ghaib yg zalim tadi melalui mahkamah. Negeri Perak lagikan mereka samun, inikan pula kes Nizar seorang. Harti kecil semua insan yg ada ilmu, pasti berkata...cara BN amat buruk laku dan tidak bertamadun