30 Jun 2021

Bantuan tambahan dibayar mulai hari ini

 


Bayaran tambahan untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kepada 8.4 juta penerima akan dibayar secara berperingkat mulai hari ini membabitkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pembayaran BPR Tambahan berkenaan membabitkan 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas yang bujang atau tiada pasangan dan 3.8 juta individu bujang.

Sidang khas Parlimen dicadang sebelum 1 Ogos

 

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim (kanan) dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. - Foto NSTP

Persidangan khas Parlimen dicadang diadakan sebelum 1 Ogos ini mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan bersama memaklumkan, perkara itu sudah dicadangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

PEMULIH adalah pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi yang menyeluruh.

 


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyifatkan pakej perlindungan dan pemulihan ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang berjumlah RM150 billion merupakan pakej ransangan yang sangat menyeluruh meliputi setiap segmen rakyat iaitu miskin tegar, anakmuda, B40, M40 juga pengusaha dan perniagaan kecil serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

32 peratus rakyat mahu undi ikut prinsip

SHAH ALAM – Sebanyak 32 peratus rakyat Malaysia memilih untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan prinsip manakala 24 peratus berdasarkan parti.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Arif berkata, hasil kajian kali pertama itu turut menyaksikan 23 peratus lagi mahu mengundi atas faktor calon yang bertanding sementara 12 peratus mengikut gabungan parti serta 10 peratus tidak menyatakan pendirian tanpa menjawab soalan kajian.

Boleh ambil makanan asas di 578 masjid seluruh Kedah

ALOR SETAR: Penduduk yang terputus bekalan makanan boleh mendapatkan makanan asas disediakan melalui program bank makanan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di 578 masjid seluruh Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Zakaria Othman, berkata golongan yang kelaparan akibat terputus sumber pendapatan boleh terus menghubungi pengurusan masjid untuk mengambil set bekalan makanan berkenaan.

Malaysia terima 2 juta dos vaksin dari Jepun, AS

KUALA LUMPUR: Malaysia dijadualkan menerima dua juta dos vaksin Pfizer dan AstraZeneca yang disumbang kerajaan Jepun dan Amerika Syarikat (AS) pada esok dan lusa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata sebanyak satu juta dos vaksin AstraZeneca daripada kerajaan Jepun akan tiba esok, dan satu juta dos vaksin keluaran Pfizer sumbangan kerajaan AS akan tiba pada Jumaat.

Wanita 120 tahun lengkap 2 dos vaksin.


KOTA BHARU: Seorang warga emas berusia 120 tahun lengkap menerima dua dos suntikan vaksin secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Wanita berkenaan, Siti Liah Mamat dipercayai wanita tertua di Kelantan dan individu yang dikenal pasti memenuhi kriteria menjadi antara 84 orang penerima suntikan vaksin di SPPV HUSM.

Ebit Lew kongsi rasa sayu, risau ketika bermalam di Gaza... kagumi ketabahan kanak-kanak mangsa perang masih mampu tersenyum

Ebit Lew berjaya memasuki Gaza pada Isnin lalu.
 

PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew meluahkan rasa syukurnya kerana dapat membuka Rumah Kasih Umat di Gaza yang akan menempatkan penduduk-penduduk termasuk kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal dan orang tersayang.

Bank tawar moratorium enam bulan mulai 7 Julai ini

 

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) akan menawarkan moratorium enam bulan mulai 7 Julai.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, ia seiring dengan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Tenntera Myanmar guna industri jed biaya operasi

 

Lombong batu jed di Myanmar.

BANGKOK: Industri perlombongan batu jed bernilai berbilion dolar dipercayai menjadi penyumbang utama 'dana' yang digunakan untuk biaya operasi junta tentera Myanmar selepas rampasan kuasa 1 Februari lalu.

Perkara itu didedahkan Global Witness dalam satu laporannya, yang turut menggesa orang ramai memboikot pembelian batu permata dan jed dari Myanmar.

Moratorium: Tiada faedah terkompaun, penalti lewat bayar

 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyampaikan taklimat media Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di Kementerian Kewangan hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun atau penalti lewat bayar kepada peminjam yang memohon moratorium automatik yang ditawarkan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata perkara itu telah dipersetujui oleh bank dalam satu perbincangan baru-baru ini, selepas kerajaan membangkitkan perkara terbabit.

Pakar cadang SOP ikut situasi negeri

 

Orang ramai mula dibenarkan makan dalam restoran selepas pengumuman kebenaran itu dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor semalam ketika tinjauan di restoran di Pekan Donggongon Penampang hari ini. - Foto BERNAMA

Kerajaan perlu melihat semula prosedur operasi standard (SOP) kerana ia sepatutnya dilaksana berdasarkan situasi kes COVID-19 di setiap negeri.

Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Azmawati Mohammed Nawi, berkata tidak adil untuk semua negeri mengikut SOP sama sedangkan hanya beberapa negeri menjadi menyumbang peningkatan kes.

Keluarga anak tertukar ambil tindakan undang-undang

 

Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, (kiri) bersama Adryana Iwani, 20, (tengah) dan Noratirah Husin, 20. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Dua keluarga yang tiga anak mereka tertukar sejak lahir 20 tahun lepas, dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan, telah melantik barisan peguam untuk menasihati dan mengambil tindakan undang-undang yang perlu.

Jurucakap bagi pihak Tetuan Sam Masri & Associates, Tetuan Khairul Naim Rafidi, Tetuan Azam Rashid & Co serta Tetuan Mohd Nasir & Co, peguam Samry Masri, berkata barisan peguam itu dilantik pada November tahun lepas.

Tiada golongan terpinggir, pakej bantuan menyeluruh

 

Penambahan bekalan vaksin dalam Pelan Pemulihan Negara mempercepat jadual pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan kerajaan bersifat menyeluruh dan mampu membantu mengurangkan kesan pandemik kepada golongan terjejas.

Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, melihat pakej PEMULIH sebagai pakej kombo yang memanfaatkan golongan sasar.