17 Jun 2009

BIODATA RASULULLAH SAW

Mohd Farizul Mohamad Radzi

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

Boleh saya jumpa isteri anda"?

oleh 1Utama 1Ismud-Semarak
bypass308.blogspot.com

makan satey kat Malaysia ni perkara biasalah, tapi kalau satey dibakar ds rosmah lain pula ceritanya. bertuah pemimpin luar dapat makan satey dibakar wanita pertama malaysia, dengar kata pak lah masa jadi pm pun tak pernah dilayan sedemikian.

nasib le, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, memang emaslah yang dipilih.

yang saya naik bingung tak terfikir ialah kenapa lky jumpa rosmah, dia bukan orang politik pun, dia bukan ahli parlimen, bukan vincent tan, bukan tony air asia, bukan....dia cuma isteri pm.

ertinya, dia ada power tertentu dalam mempengaruhi jadual perjalanan lky ke malaysia. orang lain kalau lawatan rasmi negara, jumpa pemimpin, ini lky lepas jumpa pm secara rasmi, ada pulak acara jumpa isteri pm secara berasingan.

seperti pujian lky bahawa pm dan isteri merupakan satu team work yang amat serasi, isteri sedikit sebanyak pengaruhi tugas suami. kalau dilihat pada hakikat sebenar, anda tentu dapat menelah "sedikit" mana rosmah boleh pengaruhi pm, termasuk ada acara khas jumpa rosmah dfalam rangka lawatan lky. pikir je lah beb.

masa kegemilangan chek dek pu, tidak pernah ada pemimpin luar jumpa siti hasmah secara berasingan, kalau jumpa chek dek bersama isteri dalam satu majlis khas, biasalah.

bukan setakat tu je, memang tak ada dalam sejarah pemimpin tertinggi luar buat lawatan dengan acara khas jumpa isteri pm. memang janggal kalau lky kata pada pm, "boleh saya jumpa isteri anda"?, atau bila najib ke China dan dia minta nak jumpa isteri Wen jiabao, rasanya terkejut gila pm china.

inti cerita ni ialah, betul ke rosmah begitu power dalam pengaruhi pm? itu baru soal lawatan, yang lain-lain guane pulok, bise sengoti die, dok gitu awang ?

Liu Bang, Maharaja Yang Berasal Daripada Rakyat Jelata

"Alif H'ng"

Pada tahun 202 sebelum Masihi, Liu Bang menubuhkan pemerintahan Dinasti Han selepas Dinasti Qin ditumbangkan. Liu Bang menjadi maharaja pertama Dinasti Han dan juga merupakan maharaja pertama yang berasal daripada rakyat jelata.

Pada akhir abad ke-3 sebelum Masihi, pemerintahan zalim Dinasti Qin telah menimbulkan kemarahan rakyat dan banyak tentera pemberontak petani ditubuhkan di pelbagai tempat di China, Liu Bang ialah ketua salah satu tentera pemberontak petani itu. Antara pelbagai tentera pemberontak petani itu, tentera yang paling kuat ialah tentera yang diketuai oleh Xiang Yu.

Dalam peperangan menumbangkan pemerintahan Dinasti Qin, Liu Bang dan Xiang Yu menjalinkan kerjasama dan saling membantu dalam peperangan sehingga berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Qin. Pada masa itu, tentera yang diketuai Xiang Yu berjumlah 400 ribu orang askar, manakala tentera yang diketuai Liu Bang hanya berjumlah 100 ribu orang.

Selepas Dinasti Qin ditumbangkan, gabungan kerjasama antara Xiang Yu dan Liu Bang telah dibatalkan disebabkan kedua-dua mereka berebut kuasa dan berperang antara satu sama lain. Peperangan antara tentera Xiang Yu dan Liu Bang berlangsung selama 4 tahun. Pada tahun 202 sebelum Masihi, tentera yang diketuai Liu Bang mengalahkan tentera Xiang Yu, Xiang Yu membunuh diri. Liu Bang menubuhkan pemerintahan Dinasti Han dan melantik dirinya sebagai Maharaja Gaozu.

Kebanyakan ketua pelbagai tentera pemberontak petani adalah keturunan raja, pegawai dan hulubalang terkenal, hanya Liu Bang rakyat biasa dan seorang petani, tetapi beliau berjaya memerintah China, kejayaan beliau terutamanya disebabkan watak beliau yang istimewa.

Liu Bang pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Liu Bang yang berasal dari kampung suka bergaul dan bersahabat dengan tokoh pelbagai lapisan masyarakat baik pegawai atau penyembelih binatang. Sebagai sahabat, mereka memberi bantuan kepada Liu Bang apabila beliau mengalami kesukaran.

Ketika beliau terlibat dalam kes perbicaraan, pegawai penjara membebaskan beliau dan apabila beliau memerlukan wang, ada orang memberi wang kepadanya. Lantaran itu, sahabat-sahabatnya menjadi pengikut setia beliau dalam tentera pemberontak pimpinannya dan membuat jasa baik dalam peperangan menumbangkan pemerintahan Dinasti Qin dan menubuhkan pemerintahan Dinasti Han. Setelah Dinasti Han ditubuhkan, mereka dilantik oleh Liu Bang menjawat jawatan pegawai kanan.

Liu Bang mementingkan orang yang berkebolehan dan melantik mereka menjawat jawatan tinggi. Han Xin yang berasal daripada keluarga miskin adalah pengawal Xiang Yu. Han Xin banyak kali memberi nasihat yang baik kepada Xiang Yu tetapi Xiang Yu tidak menghiraukannya. Ini menyebabkan Han Xin menganggotai tentera yang diketuai Liu Bang. Berdasarkan maklumat pengikut Liu Bang tentang Han Xin, Liu Bang telah mengadakan upacara meriah melantik Han Xin sebagai panglima tenteranya. Han Xin memang berkebolehan dan membuat jasa yang cemerlang terhadap Liu Bang untuk menumbangkan pemerintahan Dinasti Qin dan menubuhkan pemerintahan Dinasti Han. Pegawai kanan terkenal dalam tentera Liu Bang seperti Zhang Liang dan Chen Ping menumpukan usaha membantu Liu Bang kerana mereka mengetahui bahawa Liu Bang mementingkan orang yang berkebolehan. Mereka juga memainkan peranan penting dalam kemenangan Liu Bang.

Kebanyakan ketua tentera pemberontak petani hidup leka dan hanya menikmati kehidupan mewah selepas mencapai kemenangan dalam peperangan, tetapi Liu Bang berpandangan jauh dan berusaha mewujudkan matlamat yang lebih tinggi. Kebanyakan keturunan raja dan pegawai tinggi sangat sombong dan memandang rendah orang yang mempunyai kepakaran, manakala Liu Bang tidak iri hati terhadap orang yang mempunyai kepakaran, melainkan melantik mereka menjawat jawatan tinggi sehingga mereka memainkan peranan penting dan membuat jasa cemerlang dalam usaha Liu Bang menyatupadukan pelbagai tentera pemberontak petani lain dan menumbangkan pemerintahan Dinasti Qin.

CERAMAH ROAD SHOW KEMPEN BUBAR DUN PERAK

Tarikh: 17hb Jun 2009
Hari: Rabu
Jam: 9.00 Malam
Tempat : Dewan Orang Ramai RPT Tawas Tambahan, Kg. Tawas, Ipoh, Perak
Penganjur: PAS Kawasan IPOH BARAT
Hubungi: 012-5137095 SU PAS Kawasan Ipoh Barat
Penceramah:
1. YB Hj. Mohd Zainuddin
2. YB Kulasegaran
3. YB Chang Li Kang
4. Hj. Yusof bin Ismail
5. Sdr. Amran bin Harun
6. AF USTAZ Norazli Musa
HARAP SEBARKAN...
TERIMA KASIH


DUA SYED `BEREBUT KIPAS' DI HUJAH TV9

Oleh: WFAUZDIN NS

HUJAH di TV9 sempat saya tonton malam tadi yang menampilkan dua tokoh Umno dari puak Syed iaitu Syed Ali Al-habshee dan Syed Hamid Albar. Sepertimana biasa rancangan tersebut di Pengerusikan oleh Prof Agus. Cuma, yang tidak kelihatan adalah mana-mana tokoh dari pembangkang mahu pun tokok-tokok akademik atau pun penganalisa poltik. Hujah malam tadi adalah lebih kurang membincangkang tentang `Kerajaan Perpaduan Umno-Pas' yang sememangnya satu tajuk yang menarik dan panas ketika ini.

Oleh kerana tiadanya tokoh-tokoh Pas mahu pun pembangkang di dalam rancangan tersebut seperti lazimnya, maka tajuk hujah malam tadi amat `selesa' diperkatakan oleh dua orang tokoh yang dikenali ramai selaku `pengipas agung' dalam Umno. Syed Ali mungkin bernasib baik kerana ada sedikit peluang untuk maju dalam politik di dalam Umno, manakala Syed Hamid, bekas Menteri Dalam Negeri yang sering menipu dan putar belit sewaktu menjadi menteri itu mungkin tiada lagi masa depan di dalam parti yang hampir reput itu. Apa pun, sesekali pertanyaan spontan atau `gertakan' oleh Prof Agus menampakkan Syed Ali tergagap-gagap seketika untuk menjawabnya. Saya tidak dapat bayangkan jika YB Mahfuz atau YB Azmin berada di situ. Nescaya, kedua-dua orang Syed tersebut akan berpeluh di kepala masing-masing yang licin itu.

Saya cuba untuk memahami fakta dan hujah bernas dari kedua-dua Syed tersebut, tetapi malangnya hujah di antara kedua-duanya seperti menggunakan skrip yang sama. Mereka menyebut Perpaduan itu dituntut oleh Islam, Melayu mesti bersatu padu, jangan jadi macam negara Palestine dan bermacam-macam lagilah hujah mereka yang sering kita dengar di mana-mana ceramah politik Umno sehinggakan kita naik jemu dan meloya. Paling lucu bagi saya apabila Syed Ali cuba membaca terjemahan ayat Al-Quran tentang perpaduan, tetapi tersilap, tersangkut dan lintang pukang bunyinya walaupun beliau membaca dari nota yang beliau bawa. Begitulah bila lidah sudah jarang menyebut ayat-ayat suci, kecuali hanya untuk menegakkan benang yang basah.

Syed Ali mengambil kesempatan di dalam rancangan tersebut untuk menjadi `batu api' agar Pas menjauhi DAP. Beliau memberikan contoh mengapa di Perak, orang-orang Melayu berugama Islam yang bersungguh-sungguh mempertahankan PR di Perak dengan berbagai perhimpunan jalanan dan demontrasi, sedangkan kerusi Pas jauh lebih sedikit dari DAP. Hujahnya, beliau beranggapan DAP telah mempergunakan Pas. Betapa bebalnya pemikiran Ketua Umno Bahagian Ceras ini yang masih mempunyai minda perkauman yang menebal. Di zaman rakyat tidak memandang warna kulit dan keturunan, Syed yang seorang ini ketinggalan zaman walaupun menjadi pemimpin di kawasan maju. Syed ini mungkin keturunan dari Arab samada dari Arab Badwi atau pun tidak, mungkin membawa budaya pemikiran keldai atau unta.

Seringkali saya melihat Prof Agus selaku Pengerusi tersenyum meleret apabila mendengar hujah-hujah dari dua insan Syed ini dan saya faham apa yang tersirat di fikiran Prof Agus tersebut. Hujah dari Syed Hamid adalah hujah usang dan sebelum ini sering kita dengar beliau menggunakan hujah tersebut. Tiada satu pun hujah dari kedua-dua mereka yang boleh membantu kita menyokong untuk diadakan kerjasama Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh Pas. Diharapkan TV9 di masa-masa akan datang boleh mencari tokoh-tokoh dari Umno/Bn yang mempunyai pemikiran dan idea yang bernas tidak seperti pemikiran Ketua Cawangan Umno. Kita juga berharap agar TV9 menjemput mana-mana tokoh dari PR yang mempunyai `authority' untu mengulas isu-isu yang diperdebatkan. /wfauzdin.blogspot.com

KEBEBASAN, ADAKAH DITUNTUT ATAU DILARANG?

Di dalam memperjuangkan satu bentuk kebebasan, perlulah difahami bahawa di sana terdapat etika-etika yang digariskan oleh Allah SWT. Kita sememangnya tidak wajar menuntut kebebasan bersuara sehingga mencetuskan fitnah. Kalau dahulu, kita sibuk-sibuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara ini, tetapi akhirnya, ia telah disalahgunakan oleh kita sendiri. Maka, kita sepatutnya memahami, dimanakah yang dikatakan kebebasan bersuara, dan dimanakah yang dikatakan sebagai fitnah.

Kebebasan bersuara, boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, kebebasan yang dituntut, dan kedua kebebasan yang dilarang. Sama juga seperti perniagaan. Di sana terdapat perniagaan yang dituntut dan perniagaan yang diharamkan. Begitu juga kebebasan makan. Terdapat kebebasan makan yang dituntut, dan kebebasan makan yang dilarang.

Kebebasan makan yang dituntut ialah bebas makan apa sahaja asalkan halal. Kita tidak pernah dipaksa untuk makan sesuatu yang kita tidak suka, melainkan makan ubat yang dipaksa oleh doktor, atau dipaksa makan apabila boleh membawa maut sekiranya tidak makan. Kebebasan makan yang dilarang pula ialah bebas makan apa sahaja, sehinggakan memakan buah rambutan di kebun orang, memakan makanan haram, dan sebagainya.

Maka, kita sepatutnya memperjuangkan kebebasan yang dituntut, dan kita menolak kebebasan yang dilarang. Perjuangan menuntut kebebasan yang dituntut seperti seorang yang berjuang untuk makan makanan yang dimilikinya. Tetapi kebebasan ini telah dilenyapkan oleh Kapitalis yang menafikan pemilikan individu. “Sayur yang aku tanam sendiri pun belum tentu aku punya” Ini adalah fahaman Kapitalis.

Maka, kita seharusnya memperjuangkan kebebasan makan, yang dinafikan oleh Kapitalis. Tetapi ia berbeza dengan kebebasan yang dilarang. Kita juga dilarang memperjuangkan kebebasan yang dilarang ini. Contohnya memperjuangkan kebebasan orang Islam untuk makan daging khinzir, atau meminum arak. Maka, perjuangan menuntut kebebasan ini adalah haram dan sepatutnya dihapuskan.

Maka, sama sahaja dengan kebebasan bersuara.. Kita dituntut memperjuangkan kebebasan bersuara yang dituntut, dan kita dilarang memperjuangkan kebebasan bersuara yang dilarang. Kebebasan bersuara yang dituntut. Contohnya kita memperjuangkan kebebasan bersuara menuntut keadilan, dan kita dilarang memperjuangkan kebebasan menabur fitnah, mereka cerita dan sebagainya.

Maka, kedua-dua perbezaan ini seharusnya jelas dan difahami dengan baik. Nak tidur pun, bukan senang-senang kita boleh tidur. Kita tidak dibenarkan tidur di kawasan laluan orang ramai seperti di tengah jalan raya, di rumah orang lain tanpa kebenaran dan sebagainya. Tetapi kita bebas tidur di mana sahaja, “yang dibenarkan”.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

PRK DUN Manek Urai 14 Julai, Ulangi sejarah PRK Pengkalan Pasir?

Mohd Shuhaimi Al-Maniri
KALAM PERANTAU http://kalamperantau.wordpress.com

Kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaakub pada 22 Mei lalu membuka satu lagi pilihanraya kecil. Dalam keadaan UMNO/BN fobia dengan PRK dan cuba mengelak ianya diadakan oleh mana-mana pihak setelah mereka tewas dalam semua siri pilihanraya kecil di Semenanjong Malaysia.

Di Pulau Pinang baru-baru ini, Sungguhpun keputusan PRK Penanti belum diketahui, tetapi sudah dijangkakan PKR akan memenangi semula kerusi yang dikosongkan mereka untuk menukar ADUN yang sudah ditetapkan akan menjadi Timbalan Ketua Menteri 1.

Menang DUN Penanti, Dr. Mansor Osman calon PKR dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menggantikan Mohd Fairus Khairuddin yang meletak jawatan.

Manakala satu lagi PRK selepas ini adalah di Kelantan pula. PRK DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai dengan tempoh berkempen lapan hari.

Dalam pengumumannya di Putrajaya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi di kerusi tersebut, bawah parlimen Kuala Krai.

Pilihanraya kecil ini menarik kerana sungguhpun kerusi ini kerusi tradisi PAS, tetapi UMNO pernah menang dalam tahun 2004. Malah dalam pilihanraya kecil di Kelantan, iaitu PRK Pengkalan Pasir pada tahun 2003 juga dimenangi oleh UMNO walaupun kerusi tersebut adalah milik PAS sebelumnya.

Apakah peristiwa Pengkalan Pasir akan berulang di Kelantan dalam PRK DUN Manik Urai ini? Jawabya tidak musthil jika jentera PAS Kelantan ‘over confident’!

Renungan Hadits.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “ Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”

Jenazah Dr Fathi Yakan selamat dikebumikan

Jenazah Syeikh Dr Fathi Yakan pengasas Jamaah Islam (cawangan ikhwanul Muslimin) di lubnan telah selamat dikebumikan di bandar Tarablas selatan Lubnan selepas solat asar/Ahad. Jenazah beliau telah diiringi secara rasmi dan manusia dalam keadaan kesedihan memenuhi masjid Tinal (tempat jenazah disembahyangkan).

Diantara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden syria, ketua dewan rakyat Nabih Barri, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad ar-Rifaie, timbalan setiausaha agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.

Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:


إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل


"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."

Ulasan: Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:


مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ


"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)

Rujukan: Ikhwanonline dan Mukhtasar Jami'u Bayanil ilmi wa Fadlih oleh Ibnu Abdul Bar.

Posted by akhisalman

FILEM “PEREMPUAN BERKALUNG SERBAN” MENYUNTIK FAHAMAN FEMINISME

Sebuah filem yang sedang tersebar di Malaysia hari ini, “Perempuan Berkalung Serban”, yang telah diterbitkan oleh perfileman Indonesia, jelas mempunyai objektif penyesatan yang hebat. Anda boleh dapatkan sendiri filem tersebut, atau melarang anak-anak anda daripada menontonnya. Ini kerana fahaman yang dibawa daripada filem tersebut adalah feminism.

Feminisme adalah pemikiran yang memperjuangkan hak kebebasan wanita. Bahkan di dalam filem tersebut menonjolkan bahawa pusat pengajian pondok ini menyekat kebebasan wanita, mengongkong dan sebagainya. Seolah-olah wanita itu dipenjarakan oleh Islam. Secara jujur saya sebut, filem tersebut bertujuan merosakkan pemikiran manusia, dan memburuk-burukkan Islam.

Adakah Islam mengongkong, memenjarakan wanita? Orang bodoh sahaja yang berkata demikian. Memang benar, Islam mendidik wanita, supaya wanita tidak bebas melakukan kejahatan. Ini kerana Islam memelihara wanita daripada bebas melakukan kejahatan. Dalam erti kata lain, menghalang daripada wanita bebas menjerumus dalam kejahatan.

Filem tersebut menggambarkan bahawa wanita diharamkan menjadi pimpinan, tidak dibenarkan menyambung pelajaran ke pengajian tinggi, meredhai kekejaman suami dan sebagainya. Sebaliknya itu hanyalah rekaan terhadap Islam. Islam bukan seperti yang digambarkan di dalam filem tersebut.

Tentang aurat, Islam menjaga harga diri wanita daripada aurat mereka yang bernilai itu, didedahkan di hadapan khalayak ramai. Kepimpinan pula, Islam membenarkan perempuan menjadi pimpinan, tetapi yang pastinya, pimpinan tertinggi adalah lelaki. Islam tidak menyekat wanita untuk menyambungkan pelajaran, selagi mana pelajaran tersebut tidak bercanggah dengan Islam.

Filem tersebut menggambarkan juga bahawa pusat pengajian pondok mengharamkan perempuan daripada belajar menulis, membaca buku dan sebagainya. Mana mungkin Islam sedemikian rupa. Ramai sahaja penulis Islam dari kalangan perempuan. Membaca buku juga dibenarkan oleh Islam, bahkan digalakkan selagi mana buku tersebut mengandungi ilmu dan tidak tersimpang dari kebenaran.

Islam meletakkan wanita di bawah suami, menunjukkan bahawa suami bertanggungjawab terhadap isterinya. Menzalimi isteri bukanlah ajaran Islam sepertimana yang digambarkan di dalam filem tersebut. Filem tersebut menggambarkan seorang wanita yang dianiaya oleh suaminya yang memiliki sijil sarjana dalam pengajian Islam, sedangkan Islam bukan sedemikian teruknya.

Bahkan isteri dibenarkan untuk meminta cerai daripada suami sekiranya benar suaminya berlaku zalim terhadapnya. Tetapi, isteri diharamkan berlaku curang terhadap suami sekiranya suami tersebut tidak menzaliminya! Hari ini, sekawan isteri menuntut cerai terhadap suami sewenang-wenangnya, sedangkan mereka sendiri yang menzalimi diri mereka.

Menyebut tentang isu poligami. Sebab suami berpoligami tidak boleh dikatakan sebagai kesalahan isteri kurang melayani suami. Juga tidak boleh menyalahkan suami sebagai gila seks. Sebaliknya, di dalam filem tersebut menggambarkan bahawa si perempuan di hina kerana suaminya berpoligami, bahkan si suami berjanji akan berlaku adil. Inilah penghinaan mereka terhadap sunnah Nabi SAW.

Perempuan ingin berdikari juga dibenarkan dalam Islam. Menunggang kuda juga dibenarkan selagi mana tidak terdapat unsur-unsur haram yang bercanngah dengan Islam. Sekiranya perempuan tersebut berdikari untuk merosakkan dirinya sendiri, maka ia diharamkan! Begitu juga perempuan bersukan dengan cara yang diharamkan, juga diharamkan oleh Islam..

Saya tidak pernah menemui pusat pengajian pondok yang menyekat perempuan. Melainkan menjaga nilai kewanitaan dan harga diri mereka daripada terjerumus kepada haram. Sedutan daripada filem tersebut, kiyai yang sedang mengajar menyebut “haram bagi isteri menolak pelawaan suaminya, ketika suaminya berhajat…”

Lalu si heroin pun bertanya “Apakah dosa suami sekiranya si suami tersebut menolak permintaan isterinya untuk bersama?”.. Lalu Kiyai yang berlakon itu mengatakan “Isteri yang begitu adalah isteri yang gatal…” Ini bukanlah jawapan daripada seorang Kiyai. Tetapi ia adalah imaginasi pengarah filem semata-mata untuk memburukkan golongan ilmuan! Bodoh punya pengarah filem!!

Sepatutnya jawapannya begini, suami wajib memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Apatah lagi sekiranya isterinya berkeinginan! Bodoh punya pengarah filem!!. Manakala si isteri pula wajib melayan keinginan suami. Kesimpulannya kedua-duanya berhak mendapatkan keinginan masing-masing. Bodoh punya pengarah filem!! Semoga engkau diazab di dunia lagi supaya menunjukkan bahawa engkau cuba memburukkan Islam!

Bahkan saya mendoakan supaya pengarah filem ini, dan sesiapa sahaja yang terbabit dalam perancangan filem ini, supaya ditunjukkan azab mereka di dunia lagi. Apabila engkau diazab, semoga engkau kembali ke jalan yang sebenar, dan berhenti daripada terus mengembangkan ajaran sesat itu! Semoga doa ini dimakbulkan.. tetapi Allah sahaja yang berhak menentukan balasan yang “terbaik” untuk kamu semua!

Wahai kaum perempuan, kebebasan yang dibawa oleh orang kafir laknatullah bertujuan merosakkan kamu. Bahkan merosakkan keperibadian seorang perempuan, maruah, dan harga diri kamu. Seorang anak juga akan rasa terkongkong bersama ibubapa mereka, sedangkan ibubapa mereka menyayangi mereka, dan tidak mahu anak mereka rosak dan tiada harga diri.

Orang kafir berusaha mencetuskan keinginan kepada anak-anak untuk lari daripada keluarga mereka. Kononnya mereka mendakwa bahawa ibubapa mereka mengongkong. Maka, pemikiran ini sepatutnya dihapuskan!

Salam Perjuangan
Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

DIMANAKAH ERTI KEPATUHAN KEPADA PIMPINAN?

Masing-masing ingin membawa jalan,
Tidak mahu ikut pimpinan,
Kalau begini, tiadalah pengakhiran,
Melainkan tersungkur di pertengahan..

Sirah Nabi SAW telah menceritakan tentang satu peristiwa tragis yang sepatutnya menjadi pengajaran buat kita pada hari ini. Tambahan pula, kita sebagai seorang pejuang, yang sedang berjuang menegakkan Islam. Peristiwa ini juga sedang berlaku di hadapan mata kita hari ini. Peristiwa yang dimaksudkan ialah Perang Uhud. Perang Uhud sepatutnya mengajar kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang terjadi ketika itu.

Sebelum berlakunya perang, Nabi SAW sebagai seorang pemimpin perang, telah memberi beberapa arahan kepada tentara perang. Antara arahan yang diberikan ialah kepada bahagian pemanah. Kumpulan pemanah diperintahkan supaya berada di atas bukit dan jangan sekali-kali berganjak daripada kedudukan mereka walau apapun yang terjadi. Inilah arahan Baginda SAW kepada tentera pemanah yang ditugaskan untuk berada di atas bukit.

Ketika peperangan terjadi, kelihatan umat Islam sedang meraih kemenangan. Pada peringkat ini, umat Islam hampir boleh dikatakan menguasai peperangan, dan berjaya menghalau orang kafir yang berbaki. Maka, apabila orang kafir bertempiaran lari, mereka telah meninggalkan harta-harta mereka. Lalu harta-harta tersebut adalah harta rampasan perang.

Maka, umat Islam ketika itu berlumba-lumba memungut harta tersebut. Bahkan, tentera pemanah yang berada di atas bukit, turut sama ingin memungut hasil rampasan perang tersebut. Sedangkan Nabi SAW sudah memberi arahan supaya tidak berganjak daripada kedudukan asal mereka. Tetapi disebabkan keindahan harta yang berada di hadapan mata, mereka tidak lagi mematuhi arahan tersebut.

Mereka berkata “kita sudah menang, tunggu apa lagi..” Bahkan mereka menganggap bahawa berdiam diri di atas bukit hanya merugikan sahaja. Apa perlunya kita berada di atas bukit lagi sedangkan kita sudah menang? Ia hanya merugikan sahaja.. Sedangkan arahan Baginda SAW tadi, diletakkan ke tepi.

Melihat keadaan itu, maka, romponglah satu pasukan tentera Islam. Ini kerana pasukan pemanah tersebut bertindak sebagai bahagian serangan belakang yang boleh melumpuhkan tentera kafir. Tetapi apabila pasukan ini sudah hilang posisinya, maka ia memberi pulangan yang besar kepada orang kafir untuk melancarkan serangan kedua.

Lalu serangan kedua pun dilancarkan dalam keadaan umat Islam sedang sibuk memungut harta perang. Sehingga menyebabkan umat Islam hampir-hampir kalah, dan Baginda SAW hampir dibunuh. Semuanya disebabkan keingkaran pasukan pemanah tersebut terhadap arahan Baginda SAW.

Pengajaran di sini ialah, patuhlah setiap arahan dan keputusan. Adakah kita ingin biarkan UMNO menghapuskan PAS ketika kita sedang bergaduh sesama kita? UMNO boleh sahaja menyerang kita semula disebabkan kita sendiri sudah berani melawan keputusan pimpinan. Bahkan kita sendiri bergaduh sesama sendiri, sedangkan keputusan itu di tangan Presiden.

Cuba bayangkan seolah-olah Presiden PAS sedang memberi arahan kepada kita .. “Jangan tinggalkan posisi anda!” Tetapi kita menjawab, “Apa gunanya posisi ini pada saya, saya lebih suka dengan posisi lain..” Atau anda menjawab “Posisi ini tidak sesuai, Presiden tidak patut mengatur strategi seperti ini..” Maka, apakah yang akan terjadi selepas itu?

Salam Perjuangan
Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

Sokong titah Sultan Perak - Pemuda PAS Perak

IPOH, 16 Jun : - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh titah yang telah disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bahawa sebarang gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Demikian ditegaskan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Salle dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pemuda PAS Perak yakin saranan yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Sultan Perak adalah menjadi pegangan dan keyakinan PAS sejak ianya ditubuhkan.

PAS yang meletakkan Islam sebagai pegangan yang tertinggi sudah tentu akan memastikan semua aspek pembentukan dan pemerintahan di dalam sesebuah negera atau negeri menjadi perlaksanaannya.

"Kita yakin dengan asas Raja Beperlembagaan sebagai satu pendekatan yang telah kita semua amalkan sebagai demokrasi tulen selama ini," jelasnya.

Pemuda PAS Perak akan memberikan komitmen jitu di dalam memahamkan seluruh rakyat akan asas-asas yang telah dibawa semenjak merdeka lagi sehingga sekarang iaitu rukun Negara .

"Akibat rakuskan kuasa sesetengah pihak, mereka sanggup menolak dan menafikan keutuhan sistem Raja Beperlembagaan ini sebagai prinsipnya di dalam rukun Negara kita," tegasnya. Harakahdaily.

Sekretariat Pakatan Rakyat perlu ditubuhkan segera - Tuan Ibrahim

TEMERLOH, 15 Jun :- Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan berpendapat, Pakatan Rakyat perlu menyegerakan penubuhan sekretariat tetap bagi menangani segera isu berbangkit di kalangan anggotanya.

Menurutnya, dengan adanya sekretariat tetap beliau percaya ia akan dapat memantapkan dan meningkat hubungan dua hala antara parti gabungan serta menjadi pusat pengumpulan maklumat terkini sebelum disalur dengan lebih cepat kepada kepimpinan parti tanpa menunggu lama.

Menurutnya, serangan gerak saraf pihak lawan terhadap mana-mana anggota Pakatan Rakyat mampu ditangkis dengan cepat oleh sekretariat berkenaan.

Beliau memberi contoh bagaimana serangan bertubi-tubi lawan terhadap PAS dalam isu Kerajaan Perpaduan. Sepatutnya isu berkenaan dapat ditangani dengan mudah jika Pakatan Rakyat mempunyai sekretariat tetap yang dibekalkan dengan maklumat lengkap isu berkaitan untuk dirujuk oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat.

"Tidak timbul lagi isu kenyataan bercanggah para pemimpin ketika mengulas sesuatu isu kerana maklumat lengkap telah disedia pihak sekretariat," katanya.

Tuan Ibrahim berkata beliau kesal kerana ada di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat mengulas seuatu isu berkaitan tanpa mendapatkan maklumat lengkap sehingga bercanggah dengan hakikat sebenar.

"Kita tahu agenda utama media arus perdana ialah untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat, justeru jika pihak media bertanya sesuatu soalan ia harus dijawab dengan cermat dan teliti supaya tidak terperangkap dengan agenda Umno-BN," ujarnya.

Harakahdaily.

Senarai barisan kepimpinan Pemuda PAS 2009-2011

KUALA LUMPUR, 16 Jun : - Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Berikut merupakan senarai tersebut:

Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof
Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Zuhdi Marsuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Harakahdaily.

Apakah sebenarnya maksud 1Malaysia ?

Semalam saya sempat berbual dengan orang-orang penting dalam UBN dan mereka sempat memperkatakan mengenai masalah yang betul-betul membelit kehidupan dan pemerintahan PM baru dan Isterinya.

Yang lucunya katanya bila ditanya kepada Rosmah apakah maksud 1Malaysia, dia menjawab Satu Isteri, percaya atau tidak itulah yang Rosmah pernah cakapkan kepada pemberi maklumat di Parlimen kepada saya kelmarin.

Saya kurang berminat untuk mempercayai atau meberi komen panjang kepada masalah ini, cuma yang jelas banyak pihak tidak memahami mengenai konsep ini termasuklah orang UBN sendiri.

Cukuplah masyarakat pelbagai bangsa di malaysia ditipu dengan berbagai slogan sebagai pemanis mulut dan penghias suasana pemerintahan UBN yang semakin reput itu.