17 Jun 2009

Sokong titah Sultan Perak - Pemuda PAS Perak

IPOH, 16 Jun : - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh titah yang telah disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bahawa sebarang gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Demikian ditegaskan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Salle dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pemuda PAS Perak yakin saranan yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Sultan Perak adalah menjadi pegangan dan keyakinan PAS sejak ianya ditubuhkan.

PAS yang meletakkan Islam sebagai pegangan yang tertinggi sudah tentu akan memastikan semua aspek pembentukan dan pemerintahan di dalam sesebuah negera atau negeri menjadi perlaksanaannya.

"Kita yakin dengan asas Raja Beperlembagaan sebagai satu pendekatan yang telah kita semua amalkan sebagai demokrasi tulen selama ini," jelasnya.

Pemuda PAS Perak akan memberikan komitmen jitu di dalam memahamkan seluruh rakyat akan asas-asas yang telah dibawa semenjak merdeka lagi sehingga sekarang iaitu rukun Negara .

"Akibat rakuskan kuasa sesetengah pihak, mereka sanggup menolak dan menafikan keutuhan sistem Raja Beperlembagaan ini sebagai prinsipnya di dalam rukun Negara kita," tegasnya. Harakahdaily.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Akibat rakuskan kuasa sesetengah pihak, mereka sanggup menolak dan menafikan keutuhan sistem Raja Beperlembagaan ini sebagai prinsipnya di dalam rukun Negara kita,"

Sanggup tolak rukun Iman dan Islam inikan pula rukun negara..

akulajuki berkata...

Salah satu prinsip asas Rukun Negara ialah Keluhuran Perlembagaan dan satu lagi ialah Kedaulatan Undang-Undang. Pertanyaan saya "Apakah apa yang berlaku di Perak di Perak di mana Sultan Perak samaada dilibatkan atau terlibat secara lansung itu mencerminkan kedua-dua prinsip tersebut?".

Sebenarnya, yang paling bagus ialah kita kembali kepada yang paling asas iaitu Islam, di dalam Islam takdak raja atau apa juga bentuk pewarisan kuasa samaada diselimuti dengan perlembagaan atau tidak.

ubatkuat berkata...

yang sediakan teks TITAH AL SULTAN TU SAPE???Aku NAK TANYA DAN TERUS BERTANYA LAGI siape yang sediakan teks titah ucapan,,,ape jawatan orang yg sediakan teks ucapan NI,,KORANG RASA LAH SEGALA TITAH YG DITITAHKAN OLEH SETIAP SULTAN ADALAH DARI BAGINDA SULTAN 100% KE TANPA DINASIHATI ATAU DITOKOK TAMBAH OLEH SESEORANG,,,golongan mana yg tolak RUKUN ISLAM/IMAN...JANGAN TAHU NAK KRITIK tanpa fakta

Unknown berkata...

Salam.
Maaf, kadang kadang saya risau dengan Pemuda PAS. Nampaknya macam dah terikut perangan UMNO. Kenapa? Apabila sebut sahaja soal Melayu, kita cepat betul terasa dan melenting. Solah-olah Melayu ni tak boleh disentuh langsung. PAS ialah parti atau jamaah yang Islam menjadi tunjangnya. Maka sewajarnya Islam lah yang lebih diutamakan daripada pemikiran sempit perkauman yang telah lama diperjuangkan oleh UMNO. Saya fikir pendakwah dan aktivis dalam PAS lebih maklum tentang hal ini.

Islam tidak pernah memberi kelebihan kepada sesuatu kaum atau keturunan. Semuanya sama disisi Islam. Baik dia Melayu, Cina atau India semunya sama disisi Allah Tuhan kita kecuali TAQWA.

Undang-undang dan peraturan yang memberikan kelebihan kepada sesuatu kaum ternyata pada saya amat bercanggah dengan prinsip Islam. Adil itu lebih dekat dengan Taqwa. Malaysia ini bukan milik Melayu sahaja, bukan juga ia milik Cina mahupun India. Ia milik Allah. Dan Allah tidak mengajar kita perkauman yang sempit ini.

Jika prinsip perkauman sempit ini tewrus diamalkan oleh Pemuda PAS, samalah mereka seperti UMNO dan pemuda UMNO.

Islam harus dikenali melalui aqeedah. Dan hasil kemantapan aqeedah akan menyelamatkan kita semua dari prinsip perkauman sempit ini.

Saya fikir lebih elok ahli ahli Pemuda PAS diperdengarkan semula dengan kuliah Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang tajuknya 'Melayu Bukan Melayu'. Ianya satu penerangan yang baik untuk kita faham perkauman dan Islam.

Saya menegur kerana saya sayangkan Pemuda PAS, supaya kita tidak jadi seperti UMNO.

Saudara Mu,
Al Faqir Muhammad Afiq