IPOH 11 Nov.- Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak hari ini akan menganjurkan SEMINAR PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK bertempat di Ruang Ballroom, Tingkat 6, Hotel Hillcity, Ipoh. Seminar yang mengumpulkan lebih 200 peserta dari seluruh Perak itu akan dimulakan pada jam 1 tengahari ini dan akan berakhir pada jam 7 petang.
Satu sidang akhbar akan juga diadakan oleh pihak Sekretariat pada jam 5:30 petang nanti. Rakan media dan wartawan dialu-alukan untuk hadir ke majlis tersebut. Untuk keterangan lanjut sila hubungi saudara Anuar Zakaria, 012-5162685 (Penyelaras Program Dan Media).