27 Mei 2008

Kerajaan Selangor haram program berkaitan Islam Hadhari

SHAH ALAM, 26 Mei :- Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang bentuk program yang mempunyai kaitan dengan Islam Hadhari mulai hari ini kerana tidak mahu konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikembangkan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, berkata selaras dengan arahan itu, semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.

Beliau memberi alasan konsep Islam Hadhari tidak diperlukan kerana ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini sudah lengkap dan menyeluruh membabitkan semua aspek kehidupan manusia sejagat.

"Kita tidak mahu konsep Islam Hadhari dikembangkan di negeri ini. Ini kerana, ajaran Islam yang kita amalkan sudah lengkap dan ajaran inilah yang kita mahu sandarkan untuk memerintah Selangor," katanya pada sesi penggulungan hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.
Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga menafikan pemimpin Pas di negeri itu pernah berjanji untuk menutup semua pusat hiburan dan kilang arak sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.

Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin Pas, termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya.

ADUN Titi Serong tahnik mulut bayi

PARIT BUNTAR, 26 Mei :- ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim meluangkan waktunya untuk menyampai hajat sebuah keluarga yang datang dari Tanjung Piandang ke rumahnya bagi mentahnik mulut bayi yang baru lahir di sini petang tadi .


Drs. Khalil mentahnik bayi DUN Titi Serong

Pengertian tahnik secara bahasa dan syr’ie adalah mengunyah sesuatu dan meletakkannya di mulut bayi. Maka dikatakan engkau mentahnik bayi, jika engkau mengunyah kurma kemudian menggosokkannya di langit-langit mulut bayi.

Dianjurkan agar yang melakukan tahnik adalah orang yang memiliki keutamaan,dikenal sebagai orang yang baik dan berilmu. Dan hendaklah ia mendo’akan kebaikan (barakah) bagi bayi tersebut.

Dalil tentang tahnik ini disebutkan dalam beberapa hadits di antaranya.

Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata.“Artinya : Lahir seorang anakku maka aku membawanya ke hadapan NabiShallallahu ‘alaihi wa sallam maka beliau memberinya nama Ibrahim. Beliau mentahniknya dengan kurma dan mendoakan barakah untuknya. Kemudian beliaumenyerahkan bayi itu kepadaku”

Dalam hadits yang lain, Dari Asma binti Abi Bakar Ash-Shiddiq ketika ia sedang mengandung Abdullahbin Az-Zubair di Makkah, ia berkata.
Artinya : Aku keluar dalam keadaan hamil menuju kota Madinah. Dalamperjalanan aku singggah di Quba dan di sana aku melahirkan. Kemudian aku mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan meletakkan anakku dipangkuan beliau. Beliau meminta kurma lalu mengunyahnya dan meludahkannya kemulut bayi itu, maka yang pertama kali masuk ke kerongkongannya adalah ludah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Setelah itu beliau mentahniknya dengan kurma dan mendoakan barakah baginya. Lalu Allah memberikan barakah kepadanya (bayi tersebut)”

MB Perak rasmi pelepasan konvoi Kembara Zakat 2008

IPOH, 26 Mei :- Menteri Besar Perak, Dato� Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merasmikan pelepasan peserta konvoi Program Kembara Zakat 2008 di Kompleks Islam dekat sini pagi tadi.

Beliau mengibarkan bendera negeri Perak sebagai perasmian upacara pelepasan tersebut kepada setiap sebuah daripada 20 buah kereta yang kesemuanya dijadualkan melakukan expedisi menjelajah seluruh Perak selama tiga hari bermula pagi ini.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya beliau berharap Jabatan Zakat Agama Islam Perak dapat mengumpul sebanyak RM200 juta kutipan wang zakat pada tahun ini bukannya RM50 juta seperti yang diramalkan oleh Pegawai Pentadbir Zakat Perak.

Pasukan Kembara Zakat 2008 tersebut terdiri daripada 40 orang Pegawai dan Kakitangan Kutipan Zakat Pejabat Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perak yang beribu pejabat di Komplek Islam di sini.

Aturcara pertama kembara tersebut adalah menziarahi dua buah rumah fakir miskin di Kampung Seri Jaya, Batu Gajah dan kemudianya mengedarkan risalah zakat di Lumut, Seri Manjung dan Seri Iskandar.

Hari kedua, peserta kembara akan mengadakan pelbagai program bersama masyarakat di Masjid Daerah Manjung.

Manakala pada hari ketiganya, menziarahi Rumah Anak Yatim Kg. Jarum Mas, Sungai Nyior, penyampaian bantuan zakat, modal, bot, barangan bengkel dan pukat serta penerangan motivasi kepada asnaf penerima bantuan zakat oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Zakat), Ustaz Mohd. Latiff bin Talib di Masjid An-Nawawi Pengkalan Bharu.

Majlis penutupan akan disempurnakan oleh ADUN Titi Serong, YB Drs Khalil Idham Lim pada jam 10.00 pagi di Masjid Muhyiddin Batu 5. Pada kesempatan itu juga akan diadakan penyampaian sumbangan pakej makanan kepada 50 orang fakir miskin.

Dialog bersama exco bincang pelbagai masalah penduduk

KUALA KANGSAR, 26 Mei:- Pelbagai masalah rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Rengas dekat sini telah dibangkitkan dalam perjumpaan bersama Exco Agama dan Kebajikan, Haji Mohd. Zainuddin Yusof semalam.

Antara masalah yang dibangkitkan ialah mengenai kedudukan kuil-kuil Hindu, pelajaran anak-anak India yang tinggal di ladang-ladang getah, keselamatan jalan raya murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Pekan Padang Rengas dan maslah ketiadaan jalan di Taman Perumahan Awam yang menghubungkan jalan raya utama.

"Semua masalah tersebut kita akan berusaha selesaikan bersama Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Yang memerlukan rundingan dengan individu terbabit, ia akan dilakukan dengan cara terbaik di samping mendapat bantuan teknikalnya dari Pegawai Daerah di sini," katanya dalam perjumpaan dengan Kelab Penyokong PAS kaum India, Cina dan ahli parti Barisan Alternatif.

Beliau juga menegaskan bahawa Kerajaan Perak akan membantu mendapatkan geran hak milik tanah kekal kepada penoroka kebun dan kampung di Hulu Sungai Kangsar dekat sini yang menunggu sejak 30 tahun lalu.

Mereka katanya, diharapkan dapat membayar premium dan perbelanjaan bersangkutan dengannya kepada Pejabat Daerah Dan Tanah disini secepat mungkin.

"Segala usaha yang dilakukan itu adalah tanda kerajaan sekarang tidak lupa kepada rakyat setelah menang dalam PRU-12 lalu, tetapi sentiasa berusaha mencari jalan memberikan keselesaan hidup kepada semua rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto ketika kempen dulu," katanya.

Indah khabar dari rupa..

Saya sudah hampir tidak percaya langsung jika masih ada isu mengenai tuntutan pulau-pulau diperairan Malaysia dengan negara jiran terkini mengenai isu Pulau Pisang.

Beberapa kenyataan dikeluarkan seolah-olah pandainya kita mengurus kedaulatan tanah air ini, sedangkan saya beranggapan ianya tidak lebih dari kenyataan untuk menutup malu setelah kita terlepas Pulau Batu Putih.

Al-kisah bermula suatu episod kononnya kerajaan perlu segera merangka program untuk membangunkan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau tersebut berkekalan, selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut diminta mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura.