22 Februari 2010

Ceramah di Terengganu



Ehsan dari Terengganukini.

Mustapa memang pengkhianat kepada rakyat Kelantan.

7 Rabiul Awwal 1431H.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini meluahkan rasa sedih apabila dianggap mengkhianati rakyat Kelantan kerana tidak memihak kepada kerajaan negeri yang diteraju PAS dalam menuntut royalti minyak. Seperti yang dilaporkan oleh bernama hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu cuba membela dirinya dengan berkata berkata beliau telah melakukan yang terdaya mengikut keupayaannya sebagai anggota kerajaan persekutuan sejak 1996 dalam memperjuangkan nasib rakyat Kelantan meskipun mereka ditadbir oleh parti PAS.



Beliau juga mendedahkan dengan katanya "Sebagai anak jati Kelantan, saya sanggup meluluskan peruntukan berpuluh juta ringgit bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan kerajaan negeri,"

Beliau memberi contoh antara projek pembangunan yang pernah diluluskannya ialah pembangunan Medan Tuan Padang bernilai RM1 juta, Pasar Siti Khadijah (RM3.3juta) dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan bernilai RM5 juta.

Dilihat dari jumlah itu saya kira jauh dari penghinatan yang dilakukan oleh Musataf yang menyekat dan menafikan wang royalti yang jauh lebih besar dari itu , malah melebihi 1 billion Ringgit.

"Saya amat sedih dan dukacita jika dalam begini saya masih dikatakan sebagai rakyat yang derhaka dan mengkhianati rakyat Kelantan kerana semata-mata tidak menyokong kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan kerajaan negeri ini," kata Anggota Parlimen Jeli itu.

Mengenai isu royalti itu, Mustapa mendakwa telah membantu rakyat Kelantan mendapat wang ihsan yang bakal diagih pada Mac ini. Sekali lagi rakyat kelantan hendak "dibodohkan" oleh beliau yang cuba menegakkan benang basanya.

"Soal tuntutan kerajaan negeri untuk mendapatkan wang royalti itu tidak berbangkit lagi, yang pastinya rakyat akan mendapat faedah melalui wang ihsan, cuma kaedahnya berbeza," katanya.

Mustapa diminta mengulas mengenai ceramah-ceramah yang diadakan penyokong PAS yang antara lain menyifatkan beliau sebagai pengkhianat dan menderhaka kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti minyak tersebut.

Mustapa cuba membela dirinya sendiri dengan menegaskan kerajaan persekutuan juga tidak pernah menganak tirikan Kelantan dalam agihan peruntukan pembangunan sepanjang negeri itu ditadbir PAS sejak 20 tahun lepas.

Malah katanya peruntukan yang diberi kepada kerajaan negeri Kelantan adalah berkali ganda lebih banyak berbanding kutipan hasil yang diserah kepada kerajaan pusat. Namun hakikat dari rakaman yang disiarkan diatas jelas dialah pengkhinat yang telah menghalang peruntukan saebenar turun ke kelantan.

Mengulas mengenai surat layang yang memburuk-burukkan veteran Umno dan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana menggunakan platform pembangkang untuk menyuarakan pandangan berhubung isu royalti minyak, Mustapa berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Saya tidak bersetuju kerana memang terdapat perbezaan pendapat antara pemimpin tetapi ia boleh dibincang dan diperdebatkan melalui fakta sebenar," katanya.

Ceramah Maulidur Rasul DS Nizar di Surau Tmn Rapat Koperasi, Rapat Setia, Ipoh

CERAMAH MAULIDUR RASUL
bersama
DATO SERI HAJI NIZAR JAMALUDDIN

21 Februari 2010 (Ahad)
Selepas Solat Maghrib
Surau Taman Rapat Koperasi,
Rapat Setia, Ipoh

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Kemalangan maut.

7 Rabiul Awwal 1431H.

SEORANG pemandu maut apabila kereta yang dipandunya dari Jalan Kucing ke pusat bandar gagal dikawal lalu merempuh pembahagi jalan di persimpangan Jalan Sultan Ismail sebelum terjunam ke dalam Sungai Gombak, jam 4 pagi tadi. Kereta mangsa hanya dapat ditarik keluar dengan bantuan Skuad Penyelam DBKL jam 11 pagi tadi akibat terbenam di dasar sungai sedalam kira-kira 4 meter. - Foto Rosdan Wahid

36 Orang Maut Dalam Kes Keruntuhan Bangunan Masjid di Maghribi

7 Rabiul Awwal 1431H.


Kementerian Dalam Negeri Maghribi mengumumkan , kes keruntuhan bangunan masjid yang berlaku di bandar Meknes di bahagian utara tengah negara itu jumaat lepas telah mengakibatkan 36 orang maut, lebih 70 orang lagi cedera.



Ketika sembahyang Jumaat lepas, menara azan di Masjid Khnata Bent Bekkar yang dibina pada abad ke-16 tiba-tiba runtuh. Operasi menyelamat menghadapi kesukaran disebabkan masjid itu terletak di kawasan kuno dan kelengkapan benda dan penyelamat yang besar susah memasuki ke masjid tersebut. Jumlah kematian dijangka akan meningkat lagi. CRI/-

Konvensyen PAS Perak.

Bergambar bersama Menteri Besar Rakyat Perak dan Blogger Nash Ar-Rawy(bertopi).

Penumpang Kereta Api China dalam Musim Perayaan Tahun Baru China Dijangka Mencatat 210 Juta Orang

7 Rabiul Awwal 1431H.

Penumpang kereta api dalam 22 hari dalam musim perayaan Tahun Baru China mencatat 103juta orang.

Musim perayaan Tahun Baru China sepanjang 40 hari, iaitu bermula dari 30 Januari hingga 10 Mac. Jumalah penumbang kereta api dalam tempoh tersebut dijangka mencatat 210 juta orang.

Menurut Kementerian Kereta Api China hari ini, sekarang perkhidmatan pengangkutan kereta api di seluruh China berjalan lancar dan teratur. Pada beberapa hari akan datang, penumpang kereta api akan semakin bertambah banyak dan perkhidmatan pengangkutan kereta api menjadi amat sibuk.