12 September 2013

Bekas mufti Perlis jawab ulama Umno berhubung “ini semua takdir”


6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Bekas Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan sebagai umat Islam, menggunakan alasan "ini semua takdir" tidak seharusnya diguna pakai tanpa sebarang usaha.

Menurut Mohd Asri, Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita tentang takdir dan berusaha pada masa yang sama.

Najib pertahan Bank Negara pendek tempoh pinjaman, tegas rakyat perlu urus kewangan ikut kemampuan


6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Datuk Seri Mohd Najib Razak mempertahankan langkah kontroversi Bank Negara Malaysia (BNM) memendekkan tempoh pinjaman, menegaskan rakyat Malaysia perlu menguruskan kewangan mengikut kemampuan.

Pertahan kampung tradisi, 12 ditahan

6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang, lima penduduk Kampung Hakka, Mantin Negeri Sembilan dan tujuh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) masih ditahan di Balai Polis Mantin ketika ini.

Mereka ditahan pagi tadi kerana didakwa menganggu kerja polis sewaktu polis menghalang mereka daripada terus berada di tanah persendirian yang dikatakan milik pemaju perumahan, Mega Nine.

Sultan Qutuz dan kenaikan harga minyak


6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Majdan Dagang,
Nama Sultan Qutuz atau Sultan Muzaffar Saifuddin al-Qutuz tidaklah sepopular Sultan Salahuddin al-Ayubi atau Sultan Muhamad al-Fateh. Namun, sumbangannya terhadap Islam tidak kurang hebatnya. 


Secara umumnya, ramai yang biasa mendengar dan membaca tentang empayar Mongol, kehebatan tentera Tartar dan kejatuhan kota raya Baghdad. Tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang peperangan Ain Jalut yang mengakhiri kemaraan tentera tartar di wilayah Islam.

Serangan bom beracun di Syria


6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,
DAMSYIK: Selepas penggunaan senjata kimia yang membunuh ratusan rakyat khususnya kanak-kanak bulan lalu, Syria dikejutkan sekali lagi dengan serangan bom beracun hari ini.

Insiden berlaku berhampiran balai polis daerah Jobar, dan menyebabkan beberapa kecederaan.

Dua disyaki ahli Geng 36 ditembak mati di Melaka

6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -


Dua disyaki ahli Geng 36 ditembak mati di Melaka ANGGOTA polis mengawal tempat kejadian dua penjenayah disyaki anggota kongsi gelap Geng 36 yang ditembak mati di persimpangan lampu isyarat Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Cheng, Melaka Tengah, pagi tadi. - Foto Mohd Khairul Helmy
MELAKA TENGAH: Dua lelaki disyaki anggota kongsi gelap Geng 36 ditembak mati di persimpangan lampu isyarat Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Cheng, dekat sini kira-kira jam 9.20 pagi tadi. 

Selepas Anwar, Guan Eng pula terima ugutan bunuh Di Twitter

6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menerima ugutan bunuh di Twitter tetapi belum membuat keputusan sama ada untuk membuat laporan polis mengenai perkara itu.
"Saya ragu-ragu sama ada polis akan mengambil tindakan," kata Lim pada sidang akhbar, Khamis.

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Kereta 'Dipandu' Abang Mengundur

6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

PARIT BUNTAR: Seorang budak lelaki dua tahun maut apabila kereta di mana abangnya dikatakan sedang bermain di dalamnya berundur, di Taman Kerian dekat sini.
Mohd Adam didapati tersepit di antara kereta dan dinding rumah dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari Rabu.

37 maut serangan bom nekad di masjid Baghdad


6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 37 maut dan berpuluh lagi cedera dalam serangan bom di sebuah masjid Syiah, awal hari ini yang dianggap kejadian berdarah paling buruk sejak 2008. 


Kejadian itu berlaku di kawasan kajiranan Waziriyah di utara Baghdad apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di dalam masjid kira-kira jam 6.40 petang waktu tempatan ketika jemaah sedang bersolat. 

Taufan Humberto muncul di Atlantik

6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

HAMILTON: Taufan Humberto mula menjelmakan dirinya jauh di Atlantik hari ini dan menjadi taufan pertama pada musim Atlantik manakala Bermuda pula dibasahi Ribut Tropika Gabrielle, hari ini. 


Kelajuan maksimum Humberto kekalpada 140 kilometer sejam tetapi Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat berkata, kadar itu akan berkurangan dalam dua hari selepas ini. 

5 pekerja ladang maut, 9 cedera van bertembung lori di Bintulu

6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

BINTULU: Lima pekerja ladang dipercayai warga asing terbunuh, manakala sembilan lagi cedera selepas van pekerja yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Ladang Derawan, Kilometer 46, Jalan Pesisir Bintulu-Miri, di sini kira-kira jam 8 malam tadi.

Penstrukturan semula air S'gor hujung tahun ini - MB


6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Selangorku,
SHAH ALAM: Penyusunan semula industri air di Selangor akan diselesaikan sebelum 31 Disember tahun ini setelah Kerajaan Negeri mendapat pengesahan daripada Kerajaan Pusat.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan berkenaan dimaklumkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam satu surat bertarikh 9 September lalu.

Dalam surat itu, Menteri KeTTHA Datuk Seri Maximus Ongkili menyatakan bahawa Kementerian sudah mempertimbangkan semua hujah dan fakta yang dikemukakan Kerajaan Negeri dan yakin ia mampu diselesaikan.

Projek IC: Jangan mangsakan pegawai kerajaan

6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tindakan menuding jari dan menyalahkan pegawai kerajaan dalam isu pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Sabah adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar.

Kudeta Mesir larang ulama berkhutbah di masjid

6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,
MESIR: Kerajaan kudeta Mesir mengeluarkan larangan baru terhadap pendakwah bebas dan ulama yang disebut "tidak berlesen" dari menyampaikan khutbah atau mengajar di masjid di negara itu.

Presiden Nigeria rombak Kabinet, pecat 9 menteri


6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

ABUJA 12 Sept. - Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan semalam memecat sembilan menteri sebagai usaha terbesarnya untuk merombak barisan kabinet sejak memenangi pilihan raya lebih dua tahun lalu.

Jurucakap Jonathan berkata, sembilan menteri yang dipecat termasuk Menteri Hal Ehwal Luar, Menteri Pendidikan, Menteri Sains dan Teknologi, Menteri Pembangunan Perumahan dan Bandar, Menteri Perancangan Negara dan Menteri Alam Sekitar.

12 maut minum bahan tercemar di Pakistan


6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

MULTAN 12 Sept. - Sekurang-kurangnya 12 orang maut akibat meminum minuman keras yang dicemari bahan toksik di tengah Pakistan, kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku di pekan Rahim Yar Khan, di mana sekumpulan lelaki mengadakan parti dan meminum minuman keras terbabit.

Pemimpin Sabah dakwa Dr Mahathir menipu dalam RCI

6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Pemimpin politik Sabah membidas keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini dan menyifatkannya satu penipuan kerana bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu pernah membuat kenyataan sebaliknya sebelum ini.
Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir yang sering meletak kesalahan kepada pihak lain.

Pelancaran kempen “Endless Possibilities” ditangguhkan


6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Pelancaran kempen baru Putrajaya “Endless Possibilities” dalam negara telah ditangguhkan dari tarikh asal 17 September kepada satu tempoh yang belum pasti selepas mendapati Mongolia menggunakan slogan sama 19 bulan sebelum Malaysia.
The Malaysian Insider difahamkan, pegawai-pegawai yang menguruskan kempen panik kerana Mongolia merupakan satu subjek sensitif selepas dua anggota polis Malaysia didakwa dan kemudian dibebaskan di atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Khutbah Jumaat : Bersungguh-sungguh dan berhati-hati hadapi cabaran.

6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (التوبة :32)  
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).

Pak Samad: Jalur Gemilang harus hormati Sang Saka


6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Tujuan pertemuan di OldTown White Coffee LRT Bangsar petang tadi pada asalnya hanyalah mahu berbual santai mengenai program bedah buku yang akan diadakan Sabtu ini.

Namun dalam suasana politik sekarang, saya percaya sesiapa pun yang bertemu dengan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tidak akan melepaskan peluang bertanya tentang kisah beliau ditahan polis pada tengah malam untuk disoal siasat.

iPhone 5S, 5C kukuh semula operasi Apple

6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
iPhone 5S, 5C kukuh semula operasi Apple     Orang ramai berjalan melepasi iklan iPhone 5 di kedai Apple di tengah bandar raya Tokyo. - Foto AFP
San Francisco: Pelancaran terbaru daripada Apple Inc esok dijangka menyaksikan iPhone kini dikembangkan kepada pasaran baru sejajar aspirasi syarikat teknologi paling bernilai di dunia itu, melebarkan kembali penguasaan dalam segmen telefon pintar. 

Kem PLKN tak diselenggara dengan baik

6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Kem PLKN tak diselenggara dengan baik
Katil patah dan berkarat masih digunakan di Kem PLKN White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang manakala gambar kecil kedaan bantal yang digunakan pelatih.
Balik Pulau: Kira-kira 200 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sebuah kem program itu di sini, mendakwa kemudahan yang disediakan untuk mereka tidak diselenggara dengan baik termasuk makanan tidak mencukupi dan tercemar.