6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Bekas Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan sebagai umat Islam, menggunakan alasan "ini semua takdir" tidak seharusnya diguna pakai tanpa sebarang usaha.
Menurut Mohd Asri, Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita tentang takdir dan berusaha pada masa yang sama.
"Apabila manusia berusaha, namun gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabit pelbagai pihak seperti iklim,
manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur dengan kehendak Allah dalam hal itu.
"Tiada apapun yang boleh berlaku tanpa izin Allah. Namun, apa yang Allah izinkan, bukan semestinya DIA redha. Demikian, apa yang DIA redha bukan semestinya DIA izinkan," kata Mohd Asri.
Mohd Asri berkata manusia disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu sering berkaitan dengan usaha yang menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam.
"Jika anda masuk ke kedai, anda dapati pekedai menaikkan harga barang dan bila anda tanya kenapa lalu dia jawab “Allah menaikkan harga barang”. Apakah anda akan berkata: ‘MasyaAllah, akidah awak terlalu teguh, awak sangat beriman’. Ataupun, ‘awak menggunakan nama Tuhan untuk ketamakan awak!’.
"Namun, jika naik turun harga tidak semulajadi, ada unsur permainan harga maka seperti mana peniaga tidak boleh dizalimi, demikian pembeli juga tidak boleh dizalimi," kata Asri.
Justeru Islam kata Asri melarang monopoli yang zalim seperti menyembunyikan barangan, dan pemerintah boleh masuk campur dengan menetapkan harga barang.
"Dalam negara ini, ada berbillion projek yang dipersoalkan. Ada istana yang dibina dengan harga berbillion ringgit. Ada projek harta awam yang tersangkut atas pelbagai alasan berbillion harganya. Apakah jawapannya: ‘semua itu takdir Allah?!’.
"Saya juga lebih tertarik dengan kerajaan sekarang, lebih dari pembangkang, tapi bukan itu cara berhujah yang betul untuk membela."
Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya semalam mempertahankan kenyataannya mengaitkan kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah, serta menegaskan konsep "subsidi" tidak digunapakai di dalam ekonomi Islam.
Fathul Bari mendakwa Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis itu memutar-belit kenyataannya dan menegaskan tujuan asal artikel beliau ditulis dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu adalah untuki memberi kefahaman kepada masyarakat.
"Mereka sebenarnya telah memutar belitkan kenyataan saya, saya sebenarnya bercakap tentang kenaikan harga minyak menurut perspektif akidah. Bagaimana kita nak mendekati isu ini.
"Saya bercakap dalam konteks sabar, saya bukan bercakap dalam konteks melarang kita dalam mempersoalkan perkara itu secara berhemah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.
themalaysianinsider.com
2 ulasan:
Fathol bari melaung begitu lantang mempertahankan langkah Najib....sedangkan dia langsung tak kisah derita rakyat dgn kenaikan harga petrol...adakah ini matlamat penubuhan Ulamak Muda UMNO untuk menjadi agen mempertahankan tingkah laku buruk pemerintah,,,inikah ajaran Rasulullah atau kaum salaf yang kononhya mereka ini mengaku mengikut salaf....
Secara peribadi saya setuju dgn pendapat FB yg naiknya harga petrol/diesel adalah TAKDIR. Sebagai contoh, anak darjah 6 yg belajar dgn rajin dan tusyen lagi. Bila diuji disekolah dpt 5A. Bagaimanapun dlm peperiksaan UPSR dpt 5E.
Pendukung2 BN secara umumnya tak yakin Najib akan bertindak sekejam ini dgn manaikkan harga bahan api bila BN menang PRU13.
Oleh itu amat wajar FB bermadah TAKDIR naiknya harga bahan api sbb ianya diluar dugaan sebagaimana budak darjah 6 yg gagal dpt 5A.
Tetapi bagi penyokong PR ianya BUKAN TSKDIR sbb telah dijangka dari awal apa yg BN nak buat lepas PRU13. Sbb itu PR menawarkan harga bahan api diturunkan, GST tak dilaksanakan dll.
Rumusannya... puak2 BN ditipu hidup2 oleh pemimpin mereka dan kita yang tak ada kaitan pun dapat tempiasnya....
Catat Ulasan