BINTULU: Lima pekerja ladang dipercayai warga asing terbunuh, manakala sembilan lagi cedera selepas van pekerja yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Ladang Derawan, Kilometer 46, Jalan Pesisir Bintulu-Miri, di sini kira-kira jam 8 malam tadi.
Sebuah jentera bomba bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sejurus dimaklumkan mengenai nahas itu kira-kira jam 8.24 malam oleh orang awam.
Mayat mangsa, selain pekera yang cedera dihantar ke Hospital Bintulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan