اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ
بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ
الْكَافِرُونَ (التوبة :32)
Mereka hendak
memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tidak
menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir
tidak suka (akan Yang demikian).
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ
سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ
بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اِتَّقُواْ اللَّهَ
حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
Wahai Hamba-Hamba Allah Sekelian!
Marilah kita mencari jalan
bahagia dengan kita memilih jalan yang
menuju kepada keredhaan Allah sebelum kita dipaksa bertemu dengan Allah dalam
keadaan Allah murka kepada kita. Berkata al Syahid Syed Qutb Rahimahullah Taala
:
اَلْكُلُّ
سَيَذْهَبُ اِلَى اللهِ بَعْدَ وَفَاتِهِ * لَكِنِ السَّعيِدُ ذَهَبَ اِلَى اللهِ
فِى حَيَاتِهِ
Semua orang
akan kembali kepada Allah selepas kematiannya,
Tetapi orang
yang bahagia telah dan tetap pergi kepada Allah semasa hidupnya lagi.
Janganlah berterus-terusan diri kita, keluarga kita,
masyarakat kita berada dalam zon kelalaian kerana Imam al Syafie r.a pernah
mengungkap:
Berapa ramai manusia yang
masih hidup dalam kelalaian
sedangkan kain kafannya
sedang ditenun.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Mari
kita sama–sama mengukur diri masing
masing sekuat mana kita mempunyai daya ketaqwaan diri masing-masing. Mari kita perbaiki diri
kita dengan kita menganalisa dialog antara Saidina Umar r.a dan Saidina
Ubay bin Ka’ab mengenai hakikat taqwa menerusi analogi yang sangat baik dan
mudah difahami. Mari kita ukur diri kita masing-masing samada kita sudah
mencapai matlamat TAQWA berdasarkan piawai yg telah digagaskan oleh Saidina
Umar al Khattab :
وَسَأَلَ عُمَرُ بن الخَطَّابِ رَضِيَ
الله عَنْهُ أُبَيّاً عَنِ التَّقْوَى، فَقَالَ : هَلْ أَخَذْتَ طَرِيقًا ذَا
شَوكٍ ؟ قَالَ : نَعَم : قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فيِه ؟ قاَلَ : تَشَمَّرْتُ
وَحَذَرْتُ، قَالَ : فَذاَكَ التَّقْوَى
Saidina
Umar al Khattab r.a bertanya kepada Saidina Ubai bin Ka’ab mengenai taqwa. Maka
Kaab bertanya kepada Saidina Umar al
Khattab r.a : Pernahkah tuan melalui sebatang jalan yang penuh dengan duri? Ya
jawab Umar . Ubay bertanya lagi : Apa tindakan tuan ketika itu? Saidina Umar
menjawab : aku bersedia dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati.
Taqwa akan menyelamatkan diri dan umat dari terjerumus ke
kancah dosa dan kemaksiatan yang akhirnya akan memusnahkan kehidupan di dunia
dan di akhirat. Ia dapat dilakukan dengan gabungan dua sifat seperti di dalam
dialog di atas ; iaitu (التَشَمُّرُ) persediaan
yang bersungguh-sungguh dan (اَلْحَذَرُ) berhati-hati.
Sidang Jamaah sekelian.
Dalam kehidupan sehari-harian setiap kita wajib
bersungguh-sungguh melakukan apa jua suruhan Allah bukan dibuat secara sambil
lewa seperti melepaskan batuk di tangga dan dan dalam masa yang sama kita mesti
sentiasa berhati-hati daripada melakukan
sebarang dosa. Kita semua sedang dalam perjalanan menuju Allah . Atas
perjalanan ini kita ada peraturan yang perlu dipatuhi bersungguh-sungguh, bukan
sambil lewa apatah lagi hanya patuh pada yang berkenan di hati sahaja. Di atas
jalan yang sama ini kita dinanti dengan segala jenis duri-duri maksiat dan dosa
yang perlu kita berhati-hati apabila kita melaluinya.
Untuk membangunkan semula ummah yang sedang sakit ini, umat
Islam memerlukan kepada kapsul mujarrab
gabungan antara(التَشَمُّرُ) persediaan
yang bersungguh-sungguh dan (اَلْحَذَرُ) berhati-hati.
Semenjak merdeka 56 tahun dulu, kita berhempas pulas untuk
menyelesaikan masalah urustadbir seperti amalan
rasuah, penyelewengan dan lain-lain. Belum pun selesai isu-isu
urustadbir, kita menghadapi gerakan terancang mengubah rupa wajah kedudukan
Islam di negara ini. Suara-suara lantang berucap atas landasan hak asasi
manusia, hak kebebasan bersuara dan berkarya, cuba merubah keistimewaan Islam
dalam negara ini. Kritikan lantang terhadap Institusi Islam dan fatwa,
institusi Raja dan bahasa kebangsaan semakin menjadi-jadi dan diwarnai dengan
karya-karya tulisan dan filem-filem pendek yang mencabar perundangan dan menguji
kadar sensitiviti umat Islam. Sekali lagi sifat (التَشَمُّرُ) persediaan
yang bersungguh-sungguh perlu untuk menyelesaikan masalah urus tadbir yang
sudah mengakar lama di Malaysia ini dan sifat(اَلْحَذَرُ)
berhati-hati dan waspada dengan gerakan licik
golongan-golongan liberalis dan pluralis yang tidak jemu berusaha merubah wajah
Islam dalam negara. Mereka berhajat jika boleh Islam hanya sekadar penyeri
majlis dalam acara-acara rasmi sahaja. Kalau boleh agama jangan diinstitusikan
pentadbirannya dan akhirnya membawa kepada natijah urusan agama hanya urusan
peribadi masing-masing tanpa perlu campurtangan pihak berkuasa agama. Akan
bermaharajalelalah penagih-penagih tegar, peminat-peminat LGBT, peminat-peminat
pertandingan ratu cantik, peminum arak
di khalayak ramai tanpa mampu lagi disekat.
Sidang Jamaah sekelian,
Setiap
individu muslim di negeri ini khususnya, wajib bersungguh-sungguh (التَشَمُّرُ) mempelajari asas-asas agama Islam samada
aqidah , ibadah dan akhlaq. Kerana dengan pengetahuan ini barulah muncul sifat (اَلْحَذَرُ)
berhati-berhati
terhadap fahaman-fahaman dan amalan-amalan yang menyeleweng dan menyimpang dari
ajaran Islam. Lebih-lebih lagi pada hari ini terdapat bermacam- macam aqidah
dan amalan yang bercanggah dengan amalan ahli sunnah wal jamaah antaranya ialah
seperti ajaran syiah.
Ajaran
ini telah diwartakan sebagai sesat oleh Kerajaan Negeri Perak pada 1 Mac 2012.
Ajaran yang sangat merbahaya kepada aqidah dan keharmonian masyarakat ini perlu
disekat secara (التَشَمُّرُ) secara bersungguh- sungguh. Jika dibiarkan
sudah tentu ia akan mengocak ketenangan rukun kehidupan. Jadikanlah pergolakan
berdarah antara mazhab yang berlaku di beberapa negara Islam sebagai iktibar
seperti di Pakistan dan Iraq.
Keghairahan
sebahagian masyarakat mendekatkan diri dengan agama jika tidak menekuni
terlebih dahulu ilmu aqidah dan syariat akan menghantarkannya ke jurang bahaya.
Bertarekat pada asasnya dibenarkan di dalam syarak asalkan ia tidak
bertentangan dengan aqidah dan syariat. Mimbar pada hari ini menyeru para
jemaah untuk (التَشَمُّرُ) menekuni ilmu asas
aqidah dan syariat. Dalam masa yang sama hendaklah ada sifat (اَلْحَذَرُ) berwaspada dengan
tipu daya segelintir pengasas- pengasas tarekat yang salah. Menurut Dr Husni
Hassan, ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan Ketua Panel Kajian amalan
tarekat, beliau menemui dapatan yang amat memeranjatkan dari seorang Syeikh tarikat
di selatan Perak yang mengatakan bahawa Allah menjelma di Kaabah menyerupai
seorang pemuda dan beliau mampu untuk berunding dengan malaikat maut dalam isu
penangguhan saat kematian.
Sidang Jamaah sekelian.
Gerakan
mempersatukan kembali umat Islam di negara ini memerlukan kesediaan semua pihak
secara bersungguh-sungguh (التَشَمُّرُ) untuk kembali
mempertautkan hubungan kasih sayang tanpa meletakkan berbagai-bagai syarat awal
dan setiap pihak perlu menunjukkan keikhlasan tanpa ada niat-niat yang tersirat
lain. Dalam masa yang sama kita mesti bersifat (اَلْحَذَرُ) terhadap usaha mana-mana pihak yang tidak senang melihat
umat ini bersatu lantaran itu sangat kreatif melaga-lagakan sesama umat Islam.
Budayakan ibadah tasbih, tahmid dan
takbir membasahi mulut-mulut kita sebagai ganti kepada cacian, makian, mengadu
domba sesama umat Islam. Kata Imam Malik :
إِذَا رَأَيْتَ الرَّجُلَ يُدَافِعُ عَنِ
الحَقِّ، فَيَشْتُمُ، وَيَسُبُّ، وَيَغْضَبُ
فَاعْلَمْ
اَنَّهُ مَعْلُولُ النِّيَّةِ، ِلأَنَّ الحَقَّ لاَ يَحْتَاجُ اِلَى هَذَا
Apabila
kamu melihat seorang lelaki mempertahankan kebenaran, maka ia mencaci, memaki
memarahi dengan nada marah. Ketahuilah bahawa niatnya telah cacat kerana
kebenaran tidak memerlukan semua ini.
Berkasih
sayanglah sesama kita, saling memaafi kesalahan. Ini akan menggerunkan pihak
lain kepada umat Islam. Tetapi apabila umat Islam bercakaran sesama sendiri,
hilang kekuatan kita walaupun bilangan kita ramai sehingga terpaksa melayan
tuntutan demi tuntutan mereka. Ingat lah pesan orang- orang tua:
Berpada-pada memberi
muka nanti kita sendiri hilang air muka; Berpada-berpada bertolak ansur, nanti
kita ditolak beransur- ansur.
Sidang Jamaah sekelian.
Jangan lazat dengan pertelingkahan
sesama kita kerana kerana tanpa disedari kita sedang dilingkari dengan berbagai
cabaran dan ujian. Sebagai contoh ujian yang datangnya dengan gabungan dalam
dan luar negara adalah seperti tekanan PBB terhadap Malaysia agar menerima
deklarasi hak asasi manusia sejagat versi barat. Pada 20 Oktober 2013 tiba
giliran Malaysia akan menjalani Universal Periodic Review (UPR). Tujuannya
adalah untuk menyemak rekod dan pencapaian hak asasi manusia di Malaysia.
Badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berpaksi perjuangan hak asasi manusia
seperti Suaram telah menubuhkan gabungan NGO yang dikenali sebagai COMANGO
melobi PBB sebanyak 62 cadangan. Tujuan mereka untuk menekan Malaysia tunduk
terhadap nilai-nilai antarabangsa yang pada hakikatnya mengikut acuan fahaman
sekular barat yang menjunjung isu-isu mencabar aqidah dan syariah di negara
ini. Dan kebanyakkan syor-syor itu terkait dengan kedudukan Islam sebagai Agama
Persekutuan serentak dengan usaha penyuburan fahaman kesaksamaan mutlak hatta
dalam soal pertukaran agama serta undang-undang sekatan terhadap murtad dan pembelaan
terhadap kebebasan seks.
بَارَكَ
اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ
الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا
وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ
وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ
الغَفُورُ الرَّحِيمُ.
KHUTBAH KEDUA
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ
لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُولُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكَ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا
وَذُخْرِنَا وَقُدْوَتِنَا وَأُسْوَتِنَا مُحَمَّدٍ إِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ
وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ سَارَ
عَلَى نَهْجِهِ وَجَاهَدَ جِهَادَهُ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ
اللهِ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ
الْمُتَّقُونَ.
قاَلَ الله تَعاَلَى
: وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.
Ya Allah kami ini lemah tapi dalam kami dalam keadaan lemah
ini kami masih menderhakai Mu ya Allah.
Ya Allah kami ini hanya bergantung hidup dengan ihsan nikmat
dan kasih kasih sayang Mu, tapi dengan nikmat Mu yang melimpah ruah ini kami
gunakan pula untuk memaksiati Mu ya Allah.
Ya Allah Engkau Maha Tahu betapa berdosanya hamba-hambaMu
ini namun Engkau masih melimpahi nikmat-nikmatMu kepada kami. Engkau masih
memberi peluang demi peluang untuk kami menyesal dan bertaubat.
Ya Allah pada hari perhimpunan kami yang penuh dengan kasih
sayang dan pengampunanMu, kami menadah tangan merintih pengampunanMu.
Ya Allah lihatlah ke wajah-wajah kami ini ya Allah. Sambutlah
permohonan kami ini ya Allah. Kami tidak mampu menanggung peritnya NerakaMu
walaupun kami tahu amalan kami yang sedikit ini tidak melayakkan kami ke
syurgaMu namun kami masih berharap dengan limpahan redha Mu ya Allah agar
mengampuni segala dosa dosa kami dan memasukkan kami ke syurga Mu.
Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami atas kecuaian kami
menjaga agama kami sehingga sehari demi sehari ia cuba dipermain-mainkan. Ya
Allah kembalikanlah sikap tegas dan berani kepada kami.
Ya Allah kami memohon ampun kepadaMu atas kecuaian kami
menjaga saudara-saudara Islam kami sehingga anak-anak mereka dimurtadkan
semula. Apa yang kami ingin jawab di hadapanMu apabila anak-anak ini mengadu di
hadapan Allah nanti. “Ya Allah apa yang telah mereka lakukan kepada kami”
Ya Allah kami memohon ampun kepadaMu atas kecuaian kami
menjaga saudara-saudara Islam kami sehingga darah mereka mengalir setiap hari
sedangkan kami bersenang lenang dan bersuka ria. Kami tidak sanggup lagi
melihat dan mendengar tangisan dan raungan anak-anak mereka yang sebaya dengan
anak-anak kami, isteri- isteri mereka memerlukan perlindungan sepertimana
isteri-isteri kami. Ya Allah hentikanlah segala kezaliman ini dengan kekuatan
Mu ya Allah.
Ya مُثَبِّتَ
الْقُلُوْبِ tetapkan hati-hati saudara-saudara kami etnik Ronghinya dan
Rakhine di Mynmar, saudara-saudara kami ahli sunnah wa al jamaah di Syria,
saudara-saudara kami di Mesir dan Palestin serta di seluruh mukabumi ini agar
tetap dalam iman tidak berganjak walaupun sedetik terhadap sebesar manapun ujian
yang menimpa. Kalau mereka mati di sana dan kami mati di sini, himpunkanlah
kami semuanya di dalam syurgaMu Ya Allah.
Ya Allah kami semua yang hadir ini memohon restuMu agar
mengurniakan taufiq, inayah serta riayah kepada Raja kami DYMM Paduka Seri
Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni al Marhum Sultan
Yussuf Izuddin Shah Ghafarullah lah.
Ya
Allah bantulah hamba-hambaMu ini membentengi agamaMu di negeri ni. Kurniakanlah
kepada hamba-hambaMu ini penasihat-penasihat yang jujur lagi amanah yang
meletakkan kepentingan Islam mengatasi kepentingan-kepentingan yang lain. Demi
Allah, kami rakyat mengikat janji akan menjadi tulang belakang kepada hamba-hambaMu
ini selama mana mereka mendepani kami dalam mempertahankan agama di bumi
bertuah ini.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ،
وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَآءِ
مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ
فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِيْنَا وَعَنْ جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
رَبَّنَا
ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ
مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا
آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ.
عِبَادَ
اللهِ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَآءِ ذِىْ
الْقُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ. يَعِظُكُمْ
لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. وَاذْكُرُوا اللهَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى
نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ. وَلَذِكْرُ اللهِ
أَكْبَرُ. وَاللهَ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.
Disediakan oleh :
SF Ustaz Haji Zamri Bin Hashim,
Timbalan Mufti
Negeri Perak Darul Ridzuan
*AMARAN!!!
(7 Zulkaedah 1434H / 13 September 2013)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan