15 Februari 2011

Hari Kekasih : 81 Pasangan Dihadapkan Ke Mahkamah

12 Rabiulawal 1432H [MOD] -

SHAH ALAM 14 FEB : Serbuan bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di hotel bajet seluruh negeri pada malam hari kekasih, malam tadi, menyebabkan 81 kes dibawa ke mahkamah, 61 orang diberi kaunseling dan 60 lagi diarah beredar.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman, tindakan itu adalah antara usaha untuk menangani masalah sosial di Selangor.






Fasa pertama, tambahnya, melibatkan kempen dan dakwah di taman rekreasi dan sekitar kawasan tasik di negeri itu.

Individu ditahan akan didakwa bawah Enakmen Jenayah Syarikah Negeri Selangor 1995 yang mana jika sabit kesalahan akan dikenakan dendan tidak melebihi RM3,000 atau dipenjaran tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurhazimah juga berkata, operasi sembilan jam bermula jam 8 pada Ahad malam diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS Mohd Rais Rashid.

Ia mendapat kerjasama majlis perbandaran tempatan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, tambahnya. (TVS)

Kit Siang kata, Mahathir pembohong !



12 Rabiulawal 1432H [MOD] -

SHAH ALAM 15 FEB: Penasihat DAP , Lim Kit Siang hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan beliau ada berjumpa dengannya serta beberapa pemimpin pembangkang lain sebelum ditahan di bawah Ops Lalang 20 tahun lalu. Dengan nada tegas, Kit Siang turut mencabar mantan Perdana Menteri itu untuk menamakan pemimpin-pemimpin pembangkang jika benar mereka telah ditemui sebelum penangkapan tersebut berlaku.

Saya pun ada cadangkan untuk beliau menamakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau ada temui dan kalau betul beliau ada buat begitu, dia patut boleh ingat. Tapi sampai sekarang beliau belum boleh buat begitu, katanya. Tambah Lim, Dr Mahathir juga tidak pernah memberi jaminan atas penangkapannya. Malah, beliau turut mencabar bekas Perdana Menteri itu untuk mengemukakan fakta yang membuktikan kenyataan yang disiarkan sebelum ini adalah benar.


Dr Mahathir dalam satu kenyataan berkata pemimpin-pemimpin pembangkang yang menemuinya lebih 20 tahun lalu sebelum mereka ditahan di bawah Ops Lalang seharusnya bercakap benar dan mengakui bahawa mereka ada menemuinya sebelum operasi itu dilaksanakan.


Dr Mahathir berkata, sekiranya pemimpin pembangkang ikhlas dan tidak cenderung untuk berbohong, beliau merasakan mereka perlu mengakui ada menemuinya sebelum operasi. Pada 27 Oktober 1987, ahli politik pembangkang dan Barisan Nasional, ahli akademik dan pemimpin NGO ditahan di bawah Internal Security Act (ISA).


Lesen penyiaran tiga akhbar nasional juga turut ditarik. Antara tahanan yang terkenal adalah Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, bekas Presiden Aliran, Dr Chandra Muzaffar dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali. Kebanyakan yang ditahan dibebaskan dalam masa 60 hari selepas penangkapan, namun Kit Siang dan beberapa pemimpin serta aktivis lain ditahan selama dua tahun.

My Balik Pulau - Adun Pulau Betong ditimpa sawan !


12 Rabiulawal 1432H [MOD] -

Kerajaan Pulau Pinang akan menyaman ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia ekoran laporan yang mendakwa kerajaan negeri mengedarkan risalah yang memperlekeh sumbangan Melayu di Balik Pulau.

Untuk tujuan itu, ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, syarikat guaman Karpal Singh & Co akan dilantik bagi menguruskan saman ekoran kenyataan berhubung risalah “My Balik Pulau” yang dimuat dalam akhbar pada 2 Februari lalu itu.

"Utusan Malaysia telah terus mangadu-dombakan isu ini dengan laporan susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mahukan pinggirkan sumbangan orang Melayu.

"Umno, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah “My Balik Pulau” tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, walaupun kerajaan negeri sudah menjelaskan perkara itu dan meminta ADUN Umno itu meminta maaf, beliau masih enggan berbuat demikian.

Malah, kata Lim, Utusan Malaysia meneruskan laporan yang terus membuat dakwaan itu, mesyuarat exco, dengan nasihat penasihat undang-undang negeri membuat keputusan untuk memfailkan saman malu terhadap kedua-dua pihak berkenaan.

Jangan iktiraf 'penghina' Islam !



12 Rabiulawal 1432H [MOD] -

15 FEB — Negara sekali lagi telah gempar dengan langkah pihak tertentu yang mahu membawa masuk seorang penyanyi yang bernama Mohsen Namjoo ke KLCC Convention Centre pada 18 Februari. Penyanyi ini diberi jolokan sebagai “Iran's Bob Dylan” oleh New York Times satu ketika dahulu.

Mohsen Namjoo merupakan seorang penyanyi kelahiran Iran dilaporkan kini beliau tidak lagi menetap di Iran. Apa yang menjadi persoalan ialah latar belakang artis ini mencetus kontraversi apabila beliau dikatakan telah menghina Islam menerusi lagu-lagu yang dinyanyikannya.

Mohsen Namjoo juga dilaporkan pernah dipenjara oleh kerajaan Iran atas kesalahan ini dan kemudiannya dibebaskan setelah beliau memohon maaf, namun beliau masih mengulangi perbuatan yang sama. Terakhir beliau membuat persembahan di Berlin dan masih mengekalkan sikap beliau dengan mengejek, menghina dan sinis terhadap agama Islam.

Mohsen Namjoo sememangnya mendapat sambutan hangat di barat, namun jika benar sebagaimana yang dilaporkan oleh media bahawa beliau adalah seorang penyanyi yang gemar menghina Islam dalam persembahannya, maka saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh pihak kerajaan membatalkan permit penganjuran dan menghalang kemasukan beliau ke negara kita untuk membuat persembahan.

Saya bimbang kehadhirannya ke negara ini dengan sifat beliau sebagai figure yang suka menghina Islam akan menyinggung dan mencetus kemarahan ummat Islam. Justeru itu, dimasa akan dating kerajaan melalui kementerian terbabit mestilah terlebih dahulu teliti dan mengkaji latar belakang penyanyi ini sebelum memberi tempat kepada beliau untuk membuat persembahan di negara ini.

Selayaknya artis yang mempunyai rekod serta masih menghina Islam, mencetus ketegangan antara agama dan kaum, menyinggung perasaan masyarakat dengan persembahan keterlaluan seperti berunsur lucah tidak diberi laluan atau kebenaran [ permit ] oleh pihak berkuasa untuk tampil membuat persembahan dan membiarkan ia menjadi ikon kepada masyarakat.

Kami percaya masih ramai artis dalam atau luar negara yang baik dan positif penampilan serta persembahannya yang boleh diundang untuk membuat persembahan. Kenapa mesti mengundang atau membiarkan artis yang mencetus kontraversi sebegini diberi laluan. Apakah kerajaan terlepas pandang atau sengaja tidak memandangnya ?

* Nasrudin Hassan Tantawi is PAS Youth chief.

4,000 masyarakat India tiada dokumen pengenalan diri

12 Rabiulawal 1432H [MOD] -

PUTRAJAYA 15 Feb. - Anggaran 4,000 masyarakat India tempatan dikenal pasti tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya kurang pengetahuan serta beberapa masalah lain.

Sehubungan itu katanya, Kempen Mydaftar peringkat kebangsaan mulai 19 hingga 26 Februari ini mensasarkan untuk mendaftarkan sebanyak mungkin masyarakat India tempatan yang tidak mempunyai dokumen diri yang sewajarnya.

"Kempen ini merupakan platform untuk masyarakat yang mempunyai masalah tampil ke depan dan berusaha menyelesaikan masalah itu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan Kempen Mydaftar peringkat kebangsaan di sini hari ini. - Bernama

Risalah Balik Pulau: Pulau Pinang saman Adun Umno, Utusan

TERKINI [MOD] -
KUALA LUMPUR, 15 Feb — Kerajaan Pulau Pinang Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk menyaman Ahli Dewan Undangan Negeri Umno kerusi Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia kerana terus membuat fitnah mengenai isu risalah My Balik Pulau kononnya lupa sejarah dan menghina orang Melayu.

Sehubungan itu, Ketua Menterinya Lim Guan Eng (gambar) berkata, beliau telah melantik firma guaman Karpal Singh & Co untuk menguruskan saman fitnah ke atas kedua-dua pihak berkenaan.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melantik syarikat guaman Karpal Singh untuk keluarkan saman malu atas Adun Umno Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia dengan fitnah mereka pada 2 Februari lalu bertajuk bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengedarkan buku risalah My Balik Pulau.

“Dalam laporan bertajuk Lupa Sejarah, Hina Melayu, kerajaan negeri PR Pulau Pinang didakwa mengedarkan risalah yang memperlekehkan sumbangan dan peranan orang Melayu di Balik Pulau,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim berkata, Utusan Malaysia milik Umno telah terus mangadu-dombakan isu itu dengan laporan susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang kononnya mahu meminggirkan sumbangan orang Melayu.

“Umno, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah My Balik Pulau tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama,” katanya, Lim berkata, risalah itu diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum era 8 Mac 2008 dan sebelum PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

“Maka Farid patut tahu kerana beliau adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri lama. Lagipun beberapa penyokong kuat Umno beliau adalah penyumbang ke atas keluaran My Balik Pulau ini,” katanya lagi.

Lim menambah, sungguhpun kerajaan negeri telah menjelaskan perkara itu dan meminta Farid menarik balik dan meminta maaf atas sifat perkauman antibukan Melayu dengan pembohongan dan fitnah yang menganiayai kerajaan negeri Pulau Pinang atas sesuatu yang bukan salahnya, Farid enggan buat demikian.

Sebaliknya kata beliau, Utusan Malaysia meneruskan laporan palsu yang mendakwa kerajaan negeri mengeluarkan risalah My Balik Pulau yang sebenarnya dikeluarkan oleh Umno dan kerajaan persekutuan.

“Oleh itu kerajaan negeri telah membuat keputusan pada mesyuarat Exco minggu lepas untuk saman malu Adun Umno ini kerana telah menggembar-gemburkan risalah My Balik Pulau dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk ‘lupa sejarah, hina Melayu’,” kata Lim.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP Kebangsaan berkata, penasihat undang-undang negeri telah menasihatkan agar beliau sebagai Ketua Menteri mengeluarkan saman malu untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Dalam keghairahan buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan.

“Sungguhpun yang bersalah adalah BN/Umno dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang dimangsakan sebagai kembiri hitam,” kata beliau lagi.

Lim menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya Umno yang “jahat seribu jahat ini.”

“Politik rasis dan benci-membenci Umno dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA,” katanya lagi.(MalaysiaInsider)

Operasi Lalang 1987 - Che' dah lupa..!!


12 Rabiulawal 1432H [MOD] -

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kurang mengingati wajah pemimpin pembangkang yang menemuinya supaya tidak ditangkap dalam Operasi Lalang pada 1987 kerana peristiwa itu telah berlaku lebih 20 tahun lalu.

Dr Mahathir berkata, Pengerusi DAP Karpal Singh bukan seorang daripada mereka, sebaliknya Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menemuinya supaya dijamin tidak ditangkap dalam operasi tersebut.

“Sekiranya mereka tidak pernah berbohong akuilah bahawa memang ada di antara mereka yang menemui saya supaya dijamin tidak ditangkap ketika itu.

“Mereka merayu supaya tidak ditangkap yang menyebabkan saya menemui mereka kerana surat pembelaan perlu ditandatangani oleh saya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Organisasi Kebudayaan Malaysia Palestin, di sini, semalam.

Hadir sama, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Dr Mahathir turut melahirkan rasa kesal kerana walaupun telah diberi jaminan mereka tidak akan ditangkap, mereka tetap ditahan polis dalam kejadian itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Karpal yang mencabar Dr Mahathir dalam tempoh tujuh hari membuktikan pemimpin pembangkang yang menemuinya untuk memberi jaminan tidak ditangkap dalam Operasi Lalang itu.

Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk menangkap individu yang didakwa mengeruhkan suasana politik 1987 dan Dr Mahathir bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu.

Seramai 106 ahli politik ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan lesen dua akhbar harian, iaitu The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, iaitu The Sunday Star dan Watan, dibatalkan.

Sementara itu, ditanya sama ada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, perlu mengundurkan diri sebelum pilihan raya negeri itu, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan.

“Mereka lebih tahu sama ada perlu atau tidak, tetapi perlu mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan itu,” katanya.(SH)

Persiap wanita muda tolak kerajaan tindas rakyat

Hazayani Zakaria [MOD] -
KUALA LUMPUR, 14 Feb: Solidariti Wanita Muda Malaysia sedang mendepani cabaran mempersiapkan minda generasi muda untuk menolak kerajaan zalim yang menindas rakyat seperti yang berlaku di Mesir.

Ahli jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, generasi muda khususnya wanita harus menyedari isyarat kebangkitan baru ini dan tidak teragak-agak untuk membuat perubahan ke arah kerajaan yang lebih baik di negara ini.

"Bagi kami Solidariti Wanita Muda Malaysia, apa yang menjadi tanggungjawab kita adalah bagaimana nak mempersiapkan minda khususnya pejuang wanita muda di Malaysia dalam pelbagai ideologi politik masing-masing untuk akhirnya bersiap ke arah kebangkitan ini untuk satu kepentingan iaitu kepentingan rakyat dan keadilan," katanya ketika ditemui ditemui selepas penyerahan nota tahniah kepada rakyat Mesir di Kedutaan Mesir hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, pejuang wanita dalam gerakan Islam Ikhwanul Muslimin, Zainab Al-Ghazali pernah menyebut bahawa kebangkitan baru akan muncul selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniah di Turki pada tahun 1921.

Ikhwanul Muslimin bangkit selepas kejatuhan itu dan semangat perjuangannya tersebar sehingga ke rantau Asia.

Kini ujarnya, kebangkitan itu telah terbukti di Mesir dan diyakini akan menular ke seluruh dunia khususnya negara yag mepunyai pemerintah diktator.

"Sepatutnya anggota gerakan Islam dan pejuang Islam mesti ambil perhatian bahawa signal kebangkitan baru yang disebutkan Zainab Al Ghazali muncul kembali di Mesir. dan seluruh dunia mesti faham signal kebangkitan itu.

"Kita percaya mudah-mudahan semangat yang berlaku di Mesir hari ini juga akan tersebar dan juga akan sampai ke Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan BN di Malaysia sudah menunjukkan sikap yang sama dengan rejim Hosni Mubarak dan menimbulkan kebencian di kalangan rakyat.

"Kita percaya kebobrorokan yang dilakukan BN sudah melampaui batas dan seperti di Mesir ia berlaku akibat kebangkitan rakyat yang bencikan kezaliman," katanya.

Oleh sebab itu katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu takut dengan kebangkitan rakyat Mesir dan cuba menggambarkan ianya sebagai satu bentuk kejahatan dan keganasan rakyat.

"Sebab itu kita tengok (Datuk Seri) Najib sangat takut dengan kebangkitan rakyat di mesir sehingga mahu memberi justifikasi songsang tehadap kebangkitan rakyat dengan kononnya berlaku rusuhan dan ketidakamanan.

"Tujuannya untuk menampakkan kebangkitan itu jahat. Sebab beliau tahu bila perubahan berlaku di Tunisia, berlaku di Mesir tidak mustahil akan berlaku di malaysia," katanya. (HDaily)

Teladan politik Islam pada diri Rasulullah


12 Rabiulawal 1432H [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ianya membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

"Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.

"Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat," ujarnya dalam perutusan sempena Maulidur Rasul 1432H.

Berikut perutusan penuh beliau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 2011

Taib: DUN Swak tak bubar minggu ini


12 Rabiulawal 1432H [MOD] -
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata DUN tidak akan dibubarkan minggu ini untuk memberi laluan bagi pilihan raya negeri.

Taib, yang juga pengerusi BN Sarawak berkata adalah tidak benar yang beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng Jumaat ini untuk mendapatkan kebenaran untuk membubarkan DUN yang mempunyai 71 kerusi, yang penggalnya tamat pada Julai ini.

"Saya tidak tahu. Orang-orang ini boleh mereka-reka berita mengikut sesuka hati mereka tetapi saya tidak dapat sahkan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan dan perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Kota Samarahan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dalam satu portal berita semalam yang memetik satu sumber di Astana Sarawak yang menyatakan telah dihubungi Pejabat Ketua Menteri pada minggu lepas untuk menetapkan 18 Februari sebagai tarikh perjumpaan dengan ketua negeri bagi tujuan itu.

"Berita adalah berita. Betul atau tidak betul, lihat dulu lah," kata Taib, yang juga menafikan yang beliau telah menghubungi Abang Muhammad Salahuddin semalam kerana seharian beliau tidak berada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat jawatankuasa perancang.(Bernama)

Pulau Pinang beri RM150,000 pada guru Kafa


12 Rabiulawal 1432H [MOD] -

Kerajaan Pulau Pinang memperuntukan sejumlah RM150,000 untuk kira-kira 1,500 guru Kafa di negeri itu sempena sambutan Maulidur Rasul di negeri itu hari ini.

Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, setiap seorang akan mendapat RM100 seperti dicadangkan dalam mesyuarat exco negeri Khamis lalu.

"Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah," katanya sambil memberitahu perkara itu diakui oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 dan badang antarabangsa seperti Transparency International.

Katanya, kerajaan juga memberikan RM100 kepada guru Kafa sempena perayaan Awal Muharam dan duit raya kepada golongan itu sebanyak RM250 pada tahun lepas.

Sementara itu, mengulas sambutan Maulidur Rasul bertemakan "Wasatiah (Kesederhannaan) Tonggak Kecemerlangan Umah", Lim berkata kesederhaan Islam akan menolak dakwaan bahawa agama itu ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup.

Memetik pandangan ulama terkenal Mesir Dr Yusof Al Qaradhawi, Lim berkata, kesederhaan Islam bersumberkan kepada prinsip keadilan, konsisten dan keamanan serta menjadi lambang kepada kebaikan dan tunjang kekuatan.

"Kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan," katanya. (Mkini)

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Zakaria Yasin Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang.

12 Rabiul Awal 1432H.

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Zakaria Yasin Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang. PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Zakaria Yasin ( Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang ) 51 Tahun, diatas pemergiannya kerahmatullah awal pagi tadi.

Beliau merupakan, Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiusaha PAS Kawasan Lumut, Ketua Penerangan PAS Kawasan Lumut dan Pengerusi bersama Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen LumutBeliau telah meninggal dunia jam 1.00 pagi tadi dalam perjalanan ke hospital setelah mengadu sakit dada, Jenazah beliau disembahyangkan di Surau MADAH Fasa 1A Seri Manjung jam 10.00 pagi tadi dan disemadikan di kampung Relau Batu Kurau, Perak.Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PAS Perak.

PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi PAS Perak, tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT.

Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin.

Salam Takziah
Ustaz Abu Bakar bin Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK )