Menurutnya, satu tindakan yang ikhlas, radikal dan berani diperlukan, walaupun memerlukan masa yang lama.
PETALING JAYA: Bekas menteri kabinet, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa sistem pendidikan negara telah gagal dan kerana itu ia tidak boleh dipertahankan lagi.
Menurutnya, satu tindakan yang ikhlas, radikal dan berani diperlukan, walaupun memerlukan masa yang lama.
Tengku Razaeigh bagaimanapun, berkata, ia boleh dipercepatkan dengan mempelajari dan melihat kepada model yang telah terbukti berjaya di negara China, Korea Selatan dan Finland.
“Kita juga gagal dalam mempersiapkan tenaga mahir dan berketrampilan. Kurang lebih 20% graduan kita menganggur dan majikan swasta dan MNC lebih cenderung memilih graduan dari luar sistem kita