8 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran tidak menghantar pulang pelarian Rohingya yang berada di negara ini memandangkan tindakan itu hanya akan menambah penderitaan mereka.
Situasi itu dilihat berdasarkan pelarian Rohingya ini berdepan dengan pembunuhan etnik mereka di negara sendiri, Myanmar, selain dinafikan hak untuk mendapatkan kewarganegaraan.
"Apakah kerajaan ada mengeluarkan dokumen khas bagi memastikan pelarian ini tidak dihantar pulang ke negara mereka yang berisiko untuk dibunuh? Mereka ini adalah pelarian, dan berbeza dengan pendatang asing tanpa izin (PATI)," kata Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hasan, di Dewan Rakyat, hari ini.
MENGEJUTKAN apabila seorang kanak-kanak berusia sembilan bulan dihadapkan ke mahkamah di Pakistan kerana dituduh melakukan pembunuhan.
Biarpun ia dilihat sangat pelik dan perkara jenaka tetapi kejadian itu benar-benar berlaku di Lahore.