Drs. Khalil bersalaman dengan pemuda yang hadir sambil bertanya khabar.
TITI SERONG, 10 Mei :- Saya mengalu-alukan dan akan memberi sokongan dan bantuan kepada kegiatan yang sihat dalam DUN Titi Serong, Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa sesi rehat perlawanan Liga Inggeris antara pasukan Chelsea melawan Wigan disebuah kedai kopi di Parit Hj. Yusuf disini malam tadi.
Drs. Khalil sekali ini bersama dengan golongan pemuda sekitar 50 orang yang memenuhi kedai kopi untuk menyaksikan perlawanan menentukan juara Liga Inggeri tahun ini.
Kehadiran beliau bersama dengan rombongan dari Parit Buntar disambut baik oleh penduduk kampung dan pemuda yang hadir. Mereka duduk bersama ADUN Titi Serong sehingga habis perlawanan yang berkesudahan Chelsea mendahului Wigan dengan kelebihan jaringan 8-0 dan mengesahkan dirinya sebagai Juara Liga Inggeris Tahun 2010.
Dalam ucapan ringkas Drs. Khalil juga mengigatkan kepada warga setempat khususnya kepada golongan pemuda supaya menjaga keselamatan diri masing-masing dan hanya terlibat dengan kegiatan yang sihat dan tidak menyalahi undang-undang negara.
Beliau juga mengharapkan semua yang hadir mendapat maklumat yang sebenar mengenai pelbagai Isu semasa. "Harapan saya supaya kita jangan hanya membaca dan percaya kepada satu maklumat sahaja lalu percaya, bacalah dan ambil dari pelbagai maklumat dari Internet, akhbar dan sebagainya baru membuat keputusan" tegasnya.
"Pejabat saya sentiasa dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat, dan dihari sabtu dan ahad boleh datang ke rumah untuk menerima aduan dari rakyat. Sekadar kuasa dan kemampuan yang ada kepada kami , kami akan bantu sekadar yang termampu" Jelas nya.
"Malam ini saya belanja makan dan minum" Ucap Drs. Khalil yang menggembirakan semua yang hadir.
Sementara itu, Setiausaha ADUN berkenaan, Hj. Zakaria Abdullah semasa dihubungi sebentar tadi menjelaskan bahawa program malam tadi ialah "Program Orang Muda Geng Kita" yang melibatkan pos-pos seperti kedai kopi dan sebagainya tempat pemuda berkumpul dalam DUN Titi Serong.
Menurutnya program ini akan berterusn sepanjang tahun dengan bantuan dari PAS Kawasan, Pemuda Kawasan dan Cawangan PAS yang terlibat.
"Harapan saya semuga program ini terus berjalan dengan baik dengan dokongan semua pihak dan yang lebih penting ialah peluang yang digunakan oleh YB untuk menemui golongan muda dan mendengar sendiri permasalahan mereka" Jelas Hj. Zakaria.
"Dalam musim perlawanan piala dunia tidak berapa lama lagi, Drs. Khalil telah mengarahkan kepada saya untuk menyusun jadual untuk menonton bola bersama pemuda dibeberapa tempat yang akan ditentukan kemudian. Selain itu pelbagai program yang berkaitan sedang dirancang oleh Pejbat ADUN " jelasnya lagi.
Kehadiran keseluruhan dianggarkan hampir 50 orang yang hadir untuk menonton bola bersama ADUN Titi Serong