Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Memberikan hak warganegara kepada warga asing dan seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pemilih adalah lebih bahaya dari pengganas Komunis, kata Salahudin Ayub. "Kita nak beritahu kepada Umno BN, memberikan warganegara kepada warga asing dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih lebih bahaya dari pengganas Komunis," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian sebagai membidas tindakan Umno BN yang menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu Mat Indera. Mohamad pada satu ceramahnya sebelum ini mendakwa Mat Indera sebagai pejuang sebenar menentang penjajah dengan menyerang British di rumah pasung Bukit Kepong. Umno bagaimanapun menuduh Mat Indera sebagai pengkhianat bangsa kerana bersekongkol dengan Komunis dalam serangan itu sekaligus menghentam Mohamad yang membela perjuangan Mat Indera. Mengulas lanjut Salahudin berkata, Umno menggunakan isu tersebut semata-mata bagi menutup isu pemberian MyKad kepada pemegang kad merah yang didedahkan Pakatan Rakyat sebelum ini. PAS dan pelbagai pihak sebelum ini mendedahkan wujudnya sendikit memberikan taraf warganegara kepada penduduk tetap dan didaftarkan sebagai pengundi dipercayai untuk Pilihan Raya Umum ke-13. Perkara itu dikesan melalui semakan dalam Sistem Pendaftaran Negara (JPN) yang mendapati sehingga suku kedua (Mac-Jun) 2011, terdapat 1,108 kes pemegang kad pengenalan Merah diberikan MyKad khususnya di Selangor. Turut menggemparkan negara sebelum ini, pertukaran status warganegara dalam masa singkat iaitu penduduk tetap pada sebelah pagi dan bertukar menjadi warganegara sebelah petang. Ekoran itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang Khas Parlimen. Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dan hanya mengumumkan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi Pembaharuan Sistem Pilihan Raya. Harakahdaily/- |
05 September 2011
Warganegara segera lebih bahaya dari Komunis
7 Syawal 1432H. [MOD] -
Kenapa ramai nama askar Inggeris pada tugu negara?
7 Syawal 1432H. [MOD]
Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi UMNO sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.
- 1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang ?
- Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?
- Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?
- Bilakah semboyan MERDEKA bermula dan siapakah pemulanya?
- Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini?
- Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya?
- Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.
- Akta darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya?
- Benarkah Darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.
- Benarkah Darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.
- Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948 … dan kenapa?
- Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu … ?
- Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya?
- Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa?
- Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (UMNO sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).
- Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan? Apakah signifikan syarat ini? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak “premature withdrawal”? Dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjang ke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada.
- Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.
- Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi UMNO sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.
- Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan.
- Benarkah pada tahun 1948 UMNO hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini (oleh Tongkat Bahaman)
Trend baharu fotografi guna lampu picit
7 Syawal 1432H. [MOD] -
ANTARA gambar yang disiarkan dalam laman Darren Pearson-Home di Internet dengan menggunakan lampu picit.
SAN DIEGO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang artis dari sini, Darren Pearson menghasilkan fotografi dengan menggunakan lampu picit kecil.
Lampu itu digerakkan supaya ia boleh menghasilkan bentuk haiwan seperti dinosaur dan objek-objek lain.
Trend tersebut popular dalam kalangan jurugambar muda sehingga Pearson turut mempunyai blognya tersendiri bagi membincangkan teknik fotografi itu di laman Darren Pearson-Home.
Antara laman yang membincangkan teknik itu ialah thelightpainters.com.
Darren juga mengajar teknik tersebut di laman YouTube. - Agensi
Parti Komunis China Tetamu Kehormat Persidangan Umno
7 Syawal 1432H. [MOD] -
IPOH 5 SEPT : Parti DAP Perak menganggap Umno sebagai 'meludah ke langit' apabila mendedahkan perjanjian kerjasama antara parti Melayu itu dengan Parti Komunis China pada Ogos 2010.
Perjanjian itu ditandatangani di Beijing, China oleh Setiausaha Agungnya ketika itu, Datuk Seri Tengku Andan Mansor yang mendapat liputan meluas media tempatan.
Pemimpin Umno sebelum ini termasuk Presidennya yang juga Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengecam pemimpin Pakatan Rakyat kononnya mendewakan fahaman Komunis dengan menyifatkan tentera Komunis yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenarnya.
Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown, 21 Ogos lalu berkata tentera Parti Komunis Malaya sepatutnya diiktiraf sebagai pejuang merdeka berikutan mereka menentang penjajah yang sebenar di tanah Melayu, iaitu British.
Namun jasa mereka dipadamkan dari sejarah kemerdekaan negara dan dituduh sebagai pengganas.
Umum mengetahui Parti Komunis Malaya (PKM) adalah jaringan kepada Parti Komunis China.
Justeru, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menganggap Umno tidak layak untuk mengecam pemimpin Pakatan Rakyat berikutan parti perkauman itu secara jelas menjalinkan kerjasama dengan parti Komunis China.
“Adalah jelas ini terbukti bahawa apabila UMNO mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap parti Komunis Malaya serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, UMNO secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan bapa Komunis Parti Comunist Malaya (PCM), Parti Komunis Cina.
“Bah kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, akhirnya kena pada muka sendiri. Inilah akibat melakukan dosa fitnah,” katanya menerusi kenyataan medianya.
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping, menambah hubungan Parti Komunis China dengan Umno sangat erat ekoran parti itu sering dijemput menjadi tetamu kehormat khas setiap kali Perhimpunan Agung Umno diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
“Adalah jelas Parti Komunis Cina sering diundang menjadi tetamu kehormat khas perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC, KL. Apa nak dikata sekarang?,” soalnya.
tv selangor/-
Tidak perlu pemangku MB Kedah
7 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak bersetuju diwujudkan jawatan pemangku Menteri Besar Kedah kerana Datuk Seri Azizan dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar dengan baik.
"Jawatan Pemangku Menteri Besar itu adalah pemilihan parti. Dalam konteks di negeri Kedah, jawatan Pemangku Menteri Besar itu memang tak timbul dan tak perlu.
"Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri pun baru-baru ini dah keluarkan kenyataan mengenai perkara itu dan ia tidak perlu dibangkitkan lagi oleh sebarang pihak," tegasnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
Ustaz Azizan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sejak dulu, katanya, untuk apa lagi diwujudkan jawatan Pemangku Menteri Besar.
"Soal hendak mewujudkan jawatan Pemangku Menteri Besar itu sebenarnya tidak berbangkit. Tambahan pula Ustaz Azizan dan Presiden PAS sendiri pun dah keluarkan kenyataan tiada keperluan untuk mewujudkan jawatan Pemangku Menteri Besar Kedah, jadi semua pihak perlulah faham dengan realiti itu," tegas beliau.
Aziz Muda
Putera 1Malaysia utama publisiti dari keselamatan?
7 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mendakwa Kelab Putera 1Malaysia lebih mementingkan publisiti mereka daripada keselamatan seluruh anggota misi bantuan kemanusiaan di Somalia baru-baru ini.
Mahfuz berkata, Pengerusi kelab tersebut, Datuk Azeez Abdul Rahim tidak seharusnya mengutamakan liputan kepada misinya namun harus menekankan tujuan misi dan aspek keselamatan seluruh anggota misi.
"Pihak penganjur seharusnya lebih bertanggungjawab di atas segala kemungkinan, bukan mementingkan publisiti semata-mata.
"Keselamatan angggota misi khususnya petugas media lebih utama daripada mahu namanya terkenal kerana menerajui misi kemanusiaan di negara yang sedang bergolak," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor akibat terkena peluru sesat di dalam pacuan empat roda sewaktu dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dari memberikan bantuan kepada mangsa kemarau dan kebuluran di sana.
Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul, Mahfuz mengakui kematian itu satu takdir namun menegaskan, pihak penganjur harus melakukan persiapan rapi sebelum menjalankan misi kemanusiaan di kawasan berisiko tinggi.
"Kita tidak menolak takdir yang berlaku tapi itu (takdir) persoalan lain. Yang saya persoalkan kenapa Kelab Putera 1Malaysia tidak membekalkan jaket kalis peluru dan persedian keselamatan lain?
"Bukan Allahyarham sahaja yang tidak dibekalkan dengan jaket keselamatan tapi keseluruhan anggota pasukan tidak dibekalkan. Sedangkan (Datuk) Eskay Abdullah boleh pakai jaket kalis peluru ketika bersumpah laknat di masjid. Padahal tak ada sebarang ancaman pun," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Azeez yang muncul pada program Selamat pagi Malaysia di RTM pagi tadi berkata, kematian Noramfaizul Jumaat lalu adalah satu takdir kerana beliau mahu menyertai misi itu meskipun awalnya tidak disenaraikan oleh Bernama sebagai anggota pasukan.
Azeez yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno mempertahankan tindakan kelab tersebut daripada kritikan dan gesaan agar bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul.
Mahfuz bagaimanapun menegaskan Azeez harus bertanggungjawab di atas kecuaiannya pihaknya dan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi kelab dan jawatan lain dalam Umno.
"Kelab Putera 1Malaysia harus bertanggungjawab di atas kehilangan nyawa ini dan Azeez harus meletakkan semua jawatannya kerana melakukan kelalaian yang tidak sewajarnya," katanya.
Selain tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru, pacuan empat roda yang dinaiki petugas media tidak ditandakan dengan pelekat bertulis "Media" bagi mengelakkan serangan.
Malah seangan dilakukan oleh African Union Peacekeepers (AUP) yang membuktikan mereka tidak memaklumkan kehadiran kepada AUP yang memantau misi keamanan di sana.
Jenazah Allahyarham Noramfaizul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM) pagi semalam.
Jenazah dibawa pulang dari Mogadishu menaiki pesawat C-130 TUDM ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang jam 10 pagi semalam.
harakahdaily/-
Mohd Sabu bangkit semula bincang sejarah negara
7 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menganjurkan Forum Di Sebalik Tabir Kemerdekaan pada 16 September ini dengan menampilkan beberapa orang tokoh yang akan membincang mengenai isu penting berkaitan sejarah kemerdekaan Malaysia.
Pengerusinya, Ahmad Syukri Ab Razab berkata, forum itu bagi menyemarakkan perbicangan sejarah bersempena sambutan ke-54 Kemerdekaan Malaysia.
Katanya, forum itu dijangkakan akan memberi fokus mengenai perjalanan Sejarah sebelum merdeka melalui sisi pandang berbeza dan juga akan menyentuh Perlembagaan Rakyat yang pernah menjadi usul penting Parti Kebangsaan Melayu Malaya.
“SMM berharap perbincangan sejarah akan terus menjadi budaya dalam kalangan rakyat Malaysia dalam membina semangat patriotism yang tulen,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau turut memberi respons terhadap media perdana hari ini yang begitu panas membincangkan isu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dituduh sebagai pro komunis oleh media Umno.
Katanya, walaupun kenyataan Mohamad dalam satu ceramah disifatkan banyak media pro kerajaan sebagai tidak menghormati kemerdekaan dengan mengagungkan perjuangan komunis namun mahasiswa gemar melihat isu itu melalui sisi pandang yang berbeza.
Menruutnya, bagi mahasiswa kenyataan Mohamad merupakan isu yang sangat kecil berbanding isu Sejarah Malaysia yang selama ini penuh misteri dengan fakta-fakta yang sama ada tersembunyi atau disembunyi.
SMM, ujarnya tidak ingin memberi komentar mengenai apa juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad kerana bagi mahasiswa mana-mana pihak berhak mengeluarkan pandangan selagi mana disokong dengan fakta dan tidak berbaur fitnah.
“Tindakan Mohamad Sabu ini secara tidak langsung telah membangkitkan semula perbincangan mengenai sejarah Malaysia yang kurang diberi perhatian akibat kekalutan politik yang melanda sejak akhir-akhir ini,” ujarnya.
Beliau berkata, Mohamad Sabu bukan satu-satunya tokoh yang mempersoalkan mengenai keabsahan penceritaan sejarah secara formal dalam silibus pendidikan Malaysia, namum sebelum ini ramai lagi tokoh yang telah menghuraikan mengenai kekurangan fakta yang terdapat dalam sejarah kemerdekaan negara.
Sebagai contohnya, kata beliau filem pendek 10 Tahun Sebelum Merdeka karya Fahmi Reza telah mengetengahkan fakta di sebalik sejarah formal dengan menceritakan plot perjuangan tokoh tokoh yang kurang ditonjol oleh teks sejarah formal.
Begitu juga, jelasnya dengan hasil kajian seorang bekas pensyarah UKM yang menceritakan fakta sejarah mengenai komunis di luar konsep biasa yang diceritakan oleh teks sejarah formal.
“Mahasiswa beranggapan perkembangan semasa ini amat sihat bagi menghasilkan rakyat yang lebih peka sejarah sekaligus mengenali Malaysia dalam erti kata yang sebenar,” katanya.
Justeru, katanya tidak ada sebab untuk Kerajaan berasa khuatir dengan perkembangan semasa ini sekiranya kerajaan benar-benar jujur dengan sejarah yang selama ini dihidangkan kepada rakyat.
harakahdaily/-
Balu polis Bukit Kepong dakwa tak terima pencen
7 Syawal 1432H. [MOD] -
Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong selepas berlakunya tragedi serangan komunis, memohon supaya dipertimbangkan untuk menerima pencen suaminya yang meninggal dunia semasa bertugas di Balai Polis Kulim pada 1962.
Sharifah Aminah, yang kematian suami Syed Omar Syed Yasin hampir 50 tahun lepas, memohon agar dipertimbangkan bayaran pencen kerana sepanjang kematian suaminya, dia tidak pernah menerima imbuhan itu.
"Selepas kematian suami, tok hanya menerima duit sagu hati sebanyak RM1,800 dan selepas itu dah tak dapat apa-apa duit dah. Duit pencen pun tak dapat juga sampai hari ini," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.
Beliau berkata bahawa selepas berkahwin dengan Syed Omar, mereka menetap di Kota Tinggi, kemudian berhijrah ke Johor Baharu sebelum ditukarkan ke Bukit Kepong.
"Masa mula-mula sampai di Bukit Kepong, rusuhan memang sudah reda tetapi keadaan masa itu sangat menakutkan. Selepas 6 petang, kami perlu tutup semua pintu dan tingkap dan tidak boleh keluar rumah. Nak ambil air dari telaga (perigi) pun tak boleh sebab komunis humban mayat-mayat dalam telaga.
"Kami terpaksa menggunakan air Sungai Bukit Kepong untuk kegunaan seharian," kata Sharifah Aminah.
Katanya beliau terkilan kerana pengorbanan suaminya yang manggunakan nombor pengenalan polis 10568 semasa berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia, tidak dihargai.
Suami beliau, yang ketika itu bersuai dalam 40-an, meninggal dunia setelah terjatuh basikal ketika dalam perjalanan ke balai.
"Tok bukannya nak minta banyak tetapi sekurang-kurangnya dapat pencen suami kerana dia meninggal pun semasa bertugas. Sekurang-kurangnya duit tu boleh tok guna untuk tanggung kos rawatan kira-kira RM500 sebulan," kata Sharifah Aminah yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit tulang belakang yang menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Beliau berkata kehidupannya susah selepas suaminya meninggal dunia kerana dia terpaksa mengambil upah menjahit baju untuk menyara enam orang anaknya yang masih kecil.
"Kini semua kos rawatan dan kos sara hidup ditanggung oleh menantu saya yang menerima pencen RM400 sebulan. Dia pun susah sebab kena tanggung anak yang cacat. La ni (sekarang) dia berniaga surat khabar dan nasi lemak bagi menambah pendapatan untuk tanggung kami sekeluarga," kata Sharifah Aminah yang tinggal bersama anak, menantu dan cucunya di Taman Nakishah, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar.
--Bernama
Peluru sesat lalu celah ketiak - Aji
7 Syawal 1432H. [MOD] -
NORAZRINA JAAFAR menyiram pusara Allahyarham suaminya, Noramfaizul sambil mendukung anak mereka, Mohd. Naufal, 3, di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia di Serdang, Selangor semalam.
SUBANG - Jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan menyifatkan dirinya bagaikan mati hidup semula apabila terselamat dalam tragedi tembakan curi yang mengorbankan jurugambar BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, 39, di Mogadishu, Somalia kelmarin.
Dia berkata, selepas mengorbankan rakannya, peluru sesat tersebut yang dipercayai dilepaskan oleh tentera Kesatuan Afrika (AU) telah melalui celah ketiak dan rusuknya di sebelah kanan.
NAJIB dan Muhyiddin bersolat jenazah Allahyarham Noramfaizul di Masjid Pangkalan Tentera Udara Subang di Selangor semalam.
"Saya sangat bernasib baik kerana peluru tersebut menembusi badan arwah terlebih dahulu sebelum lalu di celah ketiak dan rusuk saya di sebelah kanan, menyebabkan saya tercedera.
"Ada orang beritahu saya, telah terjumpa sebuah peluru yang dipercayai terkena arwah dalam pacuan empat roda dinaiki saya bersama rakan media lain," ceritanya lagi.
kosmo/-
Kesatuan Afrika siasat pembunuhan wartawan Malaysia
7 Syawal 1432H. [MOD] -
MOGADISHU - Kesatuan Afrika menyatakan pasukan pengaman Somalia mungkin terlibat dalam kejadian tembakan seorang jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd. Nor, 39, di sini.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan lewat kelmarin, pihaknya menyiasat laporan awal yang menyatakan salah satu konvoi pasukan pengaman itu mungkin terlibat dalam kejadian tembakan ke atas kakitangan media tersebut.
Noramfaizul meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas cedera akibat ditembak.
Sebelum ini, beberapa kumpulan hak asasi manusia dan penduduk Mogadishu menuduh pasukan pengaman melepaskan tembakan terhadap beberapa sasaran orang awam di sini. - AP
PAS cadang keluarga mangsa Bkt Kepong tuntut pampasan
7 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 5 Sept: PAS mencadangkan agar semua keluarga anggota polis yang mati semasa mempertahankan rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 menuntut pampasan daripada kerajaan British.
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, pihaknya sedia untuk mendapatkan peguam yang sesuai untuk membuat tuntutan pampasan itu.
"Saya telah ditemui oleh seorang peguam yang juga ahli PAS yang sedia memberikan khidmat itu dan yakin boleh membuatnya berdasarkan beberapa kes sebelum ini," kata beliau kepada Harakahdaily.
(Mohamad menunjukkan buku yang mencerita kesah Mat Indera sebagai hero Johor)
Semalam semasa berceramah di Pagoh, Mohamad mula mencadangkan pendekatan itu bagi membela keluarga anggota polis yang terbunuh ketika mempertahankan rumah pasong itu.
Rumah pasong adalah istilah yang digunakan oleh penjajah British untuk menempatkan anggota polis yang bertugas dengannya.
Nama rumah pasong ditukar kepada balai polis apabila negara merdeka dari penjajah British.
Rumah Pasong Bukit Kepong telah diserang oleh Mat Indera dan kumpulannya pada tahun 1950 ketika Tanah Melayu di bawah jajahan British.
Menurut kamus internet, Wikipedia, beliau memang bertanggungawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis Islam yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina.
Akibatnya, Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong.
Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis.
Beliau amat kesal dan marah dengan tindakan komunis yang bertindak sehingga membakar balai polis tersebut.
Akibat serangan ini, ramai anggota polis Melayu yang berkhidmat dengan British di rumah pasong itu mati terbunuh.
Kini, Mohamad Sabu mencadangkan agar keluarga mereka menuntut pampasan dari kerajaan British yang menggaji mereka ketika itu.
"Beberapa pihak telah membuat tuntutan pampasan sebegini dan berjaya," kata Mohamad kepada Harakahdaily.
Azeez: Ramai tawar diri untuk ikut misi bantuan
7 Syawal 1432H. [MOD] -
Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihak insuran bersetuju memproses tuntutan berjumlah RM200,000 dalam masa terdekat untuk keluarga jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, yang terbunuh di Somalia pada Jumaat lepas.
Beliau berkata tuntutan itu adalah daripada insuran berkelompok yang diambil oleh kelab itu bagi melindungi kesemua anggota misi itu termasuk Noramfaizul sebelum mereka berlepas bulan lepas mengikuti misi kemanusiaan ke Somalia.
"Bagi setiap kali misi, kita akan membelikan insuran, bukan setakat kepada sukarelawan ahli Kelab tetapi untuk semua doktor dan wartawan yang mengikuti misi," katanya ketika ditemubual oleh hos rancangan Kopi Panas, Zulkifli Bujang, yang disiarkan TV1, pagi ini.
Abdul Azeez berkata walaupun kesemua anggota kumpulan misi telah diminta menandatangani surat persetujuan pelepasan (Letter Of Indemnity), tetapi Kelab Putera 1Malaysia tetap mengambil perlindungan insuran.
"Dalam kes Somalia, insuran yang dibeli adalah bagi tempoh setahun, iaitu bermula daripada 25 Ogos 2011 hingga 24 Sept 2012," katanya.
Abdul Azeez berkata perkara itu telahpun dimaklumkan kepada keluarga allahyarham Noramfaizul semalam.
Beliau juga menegaskan bahawa misi ke Somalia itu adalah mengikut prosedur termasuk mengkaji status kawasan, membuat tinjauan ke lokasi dan memastikan kesemua anggota misi dilindungi insuran khusus sebelum misi dilaksanakan.
Malah, katanya sebagai persediaan awal, Kelab Putera 1Malaysia telah menghantar pasukan peninjau terdiri daripada bekas duta dan seorang bekas Kolonel Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Somalia.
"Ketika kumpulan misi sampai ke sana pada 28 Sept, kita disambut Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Perikanan serta Ketua Polis (Somalia) dan tentera yang memberi taklimat dan jaminan keselamatan kepada kita," katanya.
Beliau berkata kira-kira 60 anggota keselamatan tempatan ditugaskan untuk melindungi 55 anggota misi berkenaan, dan atas faktor itu, tiada pasukan keselamatan dari Malaysia diminta untuk mengiringi misi berkenaan.
"Lagipun kita merupakan NGO dan pergi secara sukarela, cuma kita minta bantuan pesawat C-130 TUDM untuk menghantar bantuan dan anggota misi sahaja," katanya.
Abdul Azeez berkata Kelab Putera 1Malaysia akur mengenai langkah-langkah yang harus diperbaiki demi mengukuhkan lagi misi-misinya masa depan.
Kepada soalan mengapa misi kemanusian anjuran kelab itu sering membawa kumpulan sukarelawan, termasuk media yang besar, Abdul Azeez berkata sambutan itu mungkin didorong oleh misi yang mahu dilaksanakan.
Beliau menjelaskan pada peringkat awal, seramai 173 sukarelawan termasuk 80 Cina, 47 (India) dan 46 (Melayu) telah memohon untuk menyertai misi itu.
Bagaimanapun, katanya, hanya 55 sukarelawan termasuk 15 orang daripada media massa dipilih mengikuti misi.
"Saya sendiri tidak tahu kenapa ramai yang menawarkan diri. Sedangkan saya sudah berulang kali menyatakan bahawa misi ini amat bahaya, malah dalam taklimat terakhir pada 27 Sept lepas pada 9 malam, saya sekali lagi menyatakan bahawa mereka boleh menarik diri.
"Mungkin semangat untuk memberi bantuan bila melihat keadaan sebenar di Somalia di mana setiap enam minit seorang kanak-kanak terkorban kerana kebuluran," katanya.
- Bernama
254 kematian dicatat sehingga hari ke-13 Ops Sikap-24
7 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Berbaki dua hari lagi, Ops Sikap-24 terus merekodkan pertambahan jumlah kematian iaitu seramai 254 orang sehingga hari ke-13 operasinya semalam.
Laman web Polis Bukit Aman hari ini melaporkan seramai 26 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan 22 kes kemalangan maut semalam.
Kenyataan itu berkata penunggang motosikal mencatat jumlah kematian paling tinggi iaitu 15 orang, pengguna kereta (lapan), pejalan kaki (dua) dan kenderaan lain (satu).
Sementara itu jumlah keseluruhan kemalangan yang direkodkan semalam ialah 1,144 dengan statistik paling tinggi dicatat di Jalan Bandaran iaitu 379 diikuti Jalan Persekutuan (371), Jalan Negeri (229), Lebuhraya (99) dan jalan-jalan lain (66).
Sebanyak 7,591 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik semalam.
Ops Sikap-24 yang bermula 23 Ogos, akan berakhir 6 September ini. - Bernama
Misi bantuan disaran dapat kerjasama negara berkaitan
7 Syawal 1432H. [MOD] -
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyarankan agar penganjur kumpulan misi bantuan dari Malaysia mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan negara berkenaan terlebih dahulu sebelum ke sana.
Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ini adalah penting bagi memastikan terutamanya dari aspek keselamatan terjamin serta memudahkan urusan ketika berhadapan dengan sebarang kemungkinan.
Beliau berkata peserta mesti berwaspada dengan keadaan yang tidak menentu kerana sebagai warga asing dalam zon perang, mereka hanya boleh meneruskan misi apabila mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa tempatan.
Menurutnya tugasan dan pengarahan yang jelas mengikut aliran arahan hendaklah difahami sehingga tidak ada yang keliru atau kabur dengan tindakan yang perlu diambil apabila situasi menjadi tegang.
Mohd Azmi berkata kejadian yang berlaku ke atas jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor di Somalia Jumaat lepas sangat dikesali dan semua pihak mesti menerima takdir Allah dan katanya MAPIM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Noramfaizul.
Noramfaizul, 39, terkorban di Somalia setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda dari memberikan bantuan kepada mangsa kemarau dan kebuluran oleh Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia.
Sementara itu Mohd Azmi berkata MAPIM berterima kasih kepada pihak berkuasa Gaza dan Mesir serta kedutaan Malaysia di Kaherah kerana memberi kerjasama penuh kepada mereka untuk menjayakan misi kedua ke Gaza.
Beliau berkata MAPIM ingin berkongsi pengalaman ketika menghadapi situasi yang sangat mencemaskan apabila berada di Gaza dari 17 hingga 20 Ogos lepas di mana seramai 33 orang sukarelawan berada di sana dalam rangka menyampaikan bantuan dan menilai situasi terkini di Gaza.
Katanya anggota Misi Ramadan di Gaza 2 (RADIG 2)- MAPIM berhadapan dengan keadaan yang mencemaskan apabila berlaku serangan daripada Israel ke atas Gaza pada hari kedua anggota misi di sana.
Menurutnya, serangan pertama berlaku sangat dekat dengan mereka apabila Israel melancarkan roket yang merosakkan beberapa bangunan berdekatan iaitu kira-kira 400 meter dari hotelnya.
Beliau berkata anggota kumpulannya telah mendapat taklimat serta maklumat terkini mengenai tahap keselamatan di Gaza daripada pihak berkuasa Gaza.
"Melalui pengalaman inilah kami memastikan mempunyai akses kepada maklumat daripada pihak keselamatan tempatan agar kami mengetahui apakah yang bakal kami hadapi.
"Malah sebelum kami berangkat ke Gaza dari Kaherah dengan menaiki bas, kami telah melakukan latihan simulasi keselamatan pada hari sebelumnya untuk mempersiapkan peserta dari segi fizikal dan mental serta rohani ke arah menghadapi tindakan kecemasan jika berlaku serangan," katanya.
Mohd Azmi berkata, ketika serangan berlaku bermula 18 Ogos mereka telah mendapat maklumat dari masa ke semasa daripada pihak berkuasa Gaza dan menunggu arahan untuk bersiap melakukan proses pemindahan jika keadaan memerlukan.
Bernama/-
18 korban puting beliung Talas
7 Syawal 1432H. [MOD] -
TOKYO: Kira-kira 18 orang mati dan 43 lagi hilang apabila air sungai melimpah dan bangunan runtuh ekoran puting beliung yang membadai barat Jepun, semalam.
Seorang mangsa mati lemas selepas air naik di jalan raya dan menenggelamkan keretanya. Keadaan itu hampir sama dengan tsunami yang melanda negara itu 11 Mac lalu.
Puting beliung Talas yang melanda kelmarin membawa angin selaju 108 kilometer sejam, melanda Shikoku, barat Pulau Honshu.
Di Kampung Totsukawa, banjir menghanyutkan sebuah rumah menyebabkan dua orang mati dan tujuh hilang. - AFP
Ops Sikap ke-13: Jumlah kematian 254
7 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Berbaki dua hari lagi, Ops Sikap-24 terus merekodkan pertambahan jumlah kematian iaitu seramai 254 orang sehingga hari ke-13 operasinya semalam.
Laman web Polis Bukit Aman hari ini melaporkan, seramai 26 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan 22 kes kemalangan maut semalam.
Kenyataan itu berkata, penunggang motosikal mencatat jumlah kematian paling tinggi iaitu 15 orang, pengguna kereta (lapan), pejalan kaki (dua) dan kenderaan lain (satu).
Sementara itu, jumlah keseluruhan kemalangan yang direkodkan semalam ialah 1,144 dengan statistik paling tinggi dicatat di Jalan Bandaran iaitu 379 diikuti Jalan Persekutuan (371), Jalan Negeri (229), Lebuhraya (99) dan jalan-jalan lain (66).
Sebanyak 7,591 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik semalam.
Ops Sikap-24 yang bermula 23 Ogos, akan berakhir 6 September ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Berbaki dua hari lagi, Ops Sikap-24 terus merekodkan pertambahan jumlah kematian iaitu seramai 254 orang sehingga hari ke-13 operasinya semalam.
Laman web Polis Bukit Aman hari ini melaporkan, seramai 26 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan 22 kes kemalangan maut semalam.
Kenyataan itu berkata, penunggang motosikal mencatat jumlah kematian paling tinggi iaitu 15 orang, pengguna kereta (lapan), pejalan kaki (dua) dan kenderaan lain (satu).
Sementara itu, jumlah keseluruhan kemalangan yang direkodkan semalam ialah 1,144 dengan statistik paling tinggi dicatat di Jalan Bandaran iaitu 379 diikuti Jalan Persekutuan (371), Jalan Negeri (229), Lebuhraya (99) dan jalan-jalan lain (66).
Sebanyak 7,591 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik semalam.
Ops Sikap-24 yang bermula 23 Ogos, akan berakhir 6 September ini. - BERNAMA
China tawar senjata kepada Gaddafi: Media
7 Syawal 1432H. [MOD] -
MONTREAL: China menawarkan bekalan senjata kepada Muammar Gaddafi dalam bulan terakhir pentadbiran rejim itu dan difahamkan turut mengadakan perbincangan secara rahsia bagi tujuan penghantaran menerusi Algeria dan Afrika Selatan, demikian menurut laporan The Globe dan Mail.
Akhbar harian Kanada, berkata syarikat senjata yang dimiliki China bersedia untuk menjual senjata dan peluru bernilai sekurang-kurangnya AS$200 juta kepada Gaddafi pada akhir Julai lalu.
Namun, katanya, PBB sudah membuat sekatan susulan penemuan dokumen rahsia itu.
Akhbar berkenaan, hari ini, tidak mengesahkan sama ada bantuan tentera dihantar, tetapi ahli kanan majlis pemerintah baru Tripoli berkata, mereka mengesyaki pembabitan China, Algeria dan Afrika Selatan baru-baru ini.
Menurut satu laporan daripada media di Toronto, memaklumkan Algeria, China dan Afrika Selatan enggan menyokong tindakan NATO di Libya.
Ketua Jawatankuasa Tentera bagi Majlis Peralihan, Omar Hariri, mengkaji semula dokumen dan akan membuat kesimpulan mereka mengenai kehadiran senjata baru di medan perang. - AFP
MONTREAL: China menawarkan bekalan senjata kepada Muammar Gaddafi dalam bulan terakhir pentadbiran rejim itu dan difahamkan turut mengadakan perbincangan secara rahsia bagi tujuan penghantaran menerusi Algeria dan Afrika Selatan, demikian menurut laporan The Globe dan Mail.
Akhbar harian Kanada, berkata syarikat senjata yang dimiliki China bersedia untuk menjual senjata dan peluru bernilai sekurang-kurangnya AS$200 juta kepada Gaddafi pada akhir Julai lalu.
Namun, katanya, PBB sudah membuat sekatan susulan penemuan dokumen rahsia itu.
Akhbar berkenaan, hari ini, tidak mengesahkan sama ada bantuan tentera dihantar, tetapi ahli kanan majlis pemerintah baru Tripoli berkata, mereka mengesyaki pembabitan China, Algeria dan Afrika Selatan baru-baru ini.
Menurut satu laporan daripada media di Toronto, memaklumkan Algeria, China dan Afrika Selatan enggan menyokong tindakan NATO di Libya.
Ketua Jawatankuasa Tentera bagi Majlis Peralihan, Omar Hariri, mengkaji semula dokumen dan akan membuat kesimpulan mereka mengenai kehadiran senjata baru di medan perang. - AFP
20 maut, 50 hilang Taufan Talas landa barat Jepun
7 Syawal 1432H. [MOD] -
TOKYO: Taufan yang melanda barat Jepun semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala lebih 50 lagi dilaporkan hilang.
Sungai yang dilimpahi air menyebabkan bangunan dan rumah dibawa arus akibat tanah runtuh.
Seorang daripada mangsa lemas selepas banjir menghanyutkan keretanya dengan kawasan ditimpa taufan ibarat tragedi tsunami yang melanda negara itu 11 Mac lalu.
Turut dilaporkan ribuan orang ramai kini kehilangan tempat kediaman akibat taufan berkenaan.
Taufan Talas yang membadai kelmarin adalah antara taufan yang membawa kemusnahan dan angka kematian yang tinggi sejak beberapa tahun lalu dengan membawa angin kencang sehingga 108 kilometer sejam melanda Pulau Shikoku dan Honshu.
Kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas kecemasan bagi menangani keperluan mangsa yang kebanyakannya rumah mereka roboh akibat ditimpa tanah runtuh. - AFP
TOKYO: Taufan yang melanda barat Jepun semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala lebih 50 lagi dilaporkan hilang.
Sungai yang dilimpahi air menyebabkan bangunan dan rumah dibawa arus akibat tanah runtuh.
Seorang daripada mangsa lemas selepas banjir menghanyutkan keretanya dengan kawasan ditimpa taufan ibarat tragedi tsunami yang melanda negara itu 11 Mac lalu.
Turut dilaporkan ribuan orang ramai kini kehilangan tempat kediaman akibat taufan berkenaan.
Taufan Talas yang membadai kelmarin adalah antara taufan yang membawa kemusnahan dan angka kematian yang tinggi sejak beberapa tahun lalu dengan membawa angin kencang sehingga 108 kilometer sejam melanda Pulau Shikoku dan Honshu.
Kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas kecemasan bagi menangani keperluan mangsa yang kebanyakannya rumah mereka roboh akibat ditimpa tanah runtuh. - AFP
Chile isytihar berkabung berikutan nahas pesawat
7 Syawal 1432H. [MOD] -
SANTIAGO: Chile hari ini mengisytiharkan berkabung selama dua hari selepas 21 orang terkorban berikutan nahas pesawat tentera di Pulau Robinson Crusoe di Pasifik, Jumaat lalu.
Tragedi itu membawa kepada pengkebumian negara selepas hanya empat mayat setakat ini berjaya ditemui sejak pesawat jenis CASA 212 yang dipercayai dipukul ribut terhempas ketika hendak mendarat lewat Jumaat lalu.
Operasi mencari dan menyelamat dihentikan lewat semalam apabila mereka mendapati usaha untuk menemui mereka yang masih bernyawa amat tipis.
Presiden Chile, Sebastian Pinera berkata, dua hari berkabung itu membolehkan orang ramai memberi ucapan takziah kepada keluarga mangsa termasuk seorang personaliti televisyen terkenal negara itu, Felipe Camiroaga. - AFP
SANTIAGO: Chile hari ini mengisytiharkan berkabung selama dua hari selepas 21 orang terkorban berikutan nahas pesawat tentera di Pulau Robinson Crusoe di Pasifik, Jumaat lalu.
Tragedi itu membawa kepada pengkebumian negara selepas hanya empat mayat setakat ini berjaya ditemui sejak pesawat jenis CASA 212 yang dipercayai dipukul ribut terhempas ketika hendak mendarat lewat Jumaat lalu.
Operasi mencari dan menyelamat dihentikan lewat semalam apabila mereka mendapati usaha untuk menemui mereka yang masih bernyawa amat tipis.
Presiden Chile, Sebastian Pinera berkata, dua hari berkabung itu membolehkan orang ramai memberi ucapan takziah kepada keluarga mangsa termasuk seorang personaliti televisyen terkenal negara itu, Felipe Camiroaga. - AFP
Harga penginapan hotel di Mekah menurun
7 Syawal 1432H. [MOD] -
MEKAH - Penginapan di hotel-hotel dan unit perumahan yang disewa di sekitar Masjidilharam mula merosot 50 peratus pada Selasa lalu.
Kemerosotan itu berlaku ekoran ramai penduduk tempatan dan 40 peratus penganut Islam dari luar negara yang menunaikan umrah dalam bulan Ramadan mulai meninggalkan Mekah.
Mereka mula meninggalkan Mekah ekoran sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut di Arab Saudi pada Selasa lalu.
Harga penginapan hotel lima bintang yang menghadap Masjidilharam menurun sebanyak 70 peratus untuk mencecah harga hanya 650 riyal (RM513.79).
Bilik-bilik yang tidak menghadap Masjidilharam kini berharga 500 riyal (RM395.23).
Harga bilik hotel yang terletak jauh dari Masjidilharam berharga di antara 200 riyal (RM158) hingga 400 riyal (RM316.18).
Pengerusi Jawatankuasa Hotel dan Pelancongan di Dewan Perdagangan dan Industri Mekah, Waleed Abu Sabaah menyatakan, harga hotel akan berkurangan secara berperingkat-peringkat untuk mencecah peringkat paling rendah pada pertengahan Syawal ini. - Agensi
NTC sedia tawan Bani Walid
7 Syawal 1432H. [MOD] -
SEMAKIN HAMPIR...pejuang anti-Gaddafi tiba di bandar Tarhouna, kira-kira 70 kilometer di utara Bani Walid, semalam.
SHISHAN (Libya): Pejuang yang setia kepada kerajaan baru kini semakin mara ke kubu terakhir Muammar Gaddafi semalam, ketika rundingan untuk penyerahan aman bekas pemimpin Libya itu diketepikan.
Seorang pemimpin tentera itu berkata, serangan ke atas Bani Walid yang menjadi tempat pertahanan terakhir Gaddafi tidak dapat dielakkan.
“Kami bersedia,” katanya dari sebuah kampung 70 kilometer di utara Bani Walid.
Kata pemimpin itu, rundingan di antara mereka dengan kumpulan Gaddafi berakhir kerana didapati tidak serius.
Katanya, dua kali kem Gaddafi berjanji menyerah tetapi ia gagal dikotakan.
“Hakikatnya, mereka mengambil kesempatan atas keadaan semasa dan mahu mengelak malu,” katanya.
Sementara itu, Menteri Dalam Negara Libya yang baru, Ahmed Darrat, berkata dia yakin Bani Walid ditawan dalam tempoh sehari dua lagi.
Jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) tempatan, Mahmud Abdelaziz, berkata tentera mereka kini menunggu arahan daripada pihak atasan untuk mara.
“Malam semalam (kelmarin) Gaddafi cuba meninggalkan Bani Walid dan mencetuskan tembak-menembak beberapa minit,” katanya.
Kelmarin, timbalan ketua tentera Libya di bandar Tarhouna, utara Bani Walid, berkata Gaddafi dan penyokongnya diberi tempoh sehingga jam 4 petang semalam (waktu Malaysia) untuk menyerah. - AFP
Umno seleweng fakta sejarah negara
7 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Masyarakat kini melihat seolah-olah sejarah kemerdekaan seperti sejarah Umno semata-mata tanpa membabitkan tokoh yang lain.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) melihat isu yang berkaitan dengan pensejarahan hari kemerdekaan negara Malaysia ini tidak akan selesai dan menuju titik kesudahan kerana pihak kerajaan Umno BN yang memerintah sememangnya tidak ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya.
Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, Umno BN sentiasa mempergunakan isu hari kemerdekaan untuk mempengaruhi, menakutkan dan mengancam rakyat supaya tidak menolak mereka.
Menurutnya, Umno BN sentiasa memomokkan kepada rakyat bahawa hanya mereka sahajalah yang berjuang untuk kemerdekaan negara sedangkan sejarah yang sebenarnya menukilkan bahawa Umno adalah sebenarnya ‘alat kepada penjajah’.
Beliau berkata, Umno BN cuba meraih simpati politik murahan di atas isu yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkenaan hari kemerdekaan dan tragedi Bukit Kepong, dengan menunjukkan bahawa merekalah hero yang sebenarnya mempertahankan ketuanan Malaysia dan menuduh Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat negara tanpa memberika ruang untuk Pakatan Rakyat menjawab balas.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor penuh yakin dan percaya bahawa Timbalan Presiden PAS mempunyai hujah dan fakta yang kukuh serta bertanggungjawab terhadap segala kenyataan yang beliau keluarkan,” katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengganggap sejarah kemerdekaan Malaysia masih ada banyak kelompongan fakta yang perlu ditambah dan diperbaiki terutamanya yang membabitkan perjuangan tokoh-tokoh agamawan yang telah mempelopori gerakan kebangkitan rakyat melawan penjajah.
Katanya, tokoh-tokoh ulama seperti Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Mat Kilau dan Dato’ Bahaman di Pahang selain Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr. Burhanuddin Al Helmi juga merupakan pahlawan yang melawan penjajah di zaman masing-masing yang telah dinafikan hak mereka sebagai tokoh kemerdekaan negara.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat bersetuju sekiranya sejarah kemerdekaan Malaysia dapat dikaji dan ditulis semula secara berilmiah dan beradab,” ujarnya.
Katanya, DPPNS meminta supaya pihak sejarawan yang ada di dalam negara ini perlu mendesak pihak kerajaan supaya membuka ruang yang seluas-luasnya untuk membicarakan isu kemerdekaan ini secara telus dan terperinci berdasarkan kajian dan ilmu mereka.
Justeru, ujarnya pihak kerajaan perlu menyediakan pentas untuk perbincangan ilmiah secara langsung yang membabitkan pihak sejarawan ini bersama dengan Timbalan Presiden PAS dan wakil Umno supaya mereka dapat membentangkan hujah dan fakta mereka berkaitan isu sejarah kemerdekaan Malaysia.
Beliau menambah, rakyat kini semakin bijak dan bermaklumat dan akan menerima penghujahan yang berdasarkan fakta yang tepat dan sahih.
“Umno BN tidak dapat lagi memperbodohkan rakyat dengan hujah emosi dan alasan yang tidak bersandarkan kepada fakta kerana Umno BNlah yang selama ini menyelewengkan fakta sejarah negara,” katanya lagi.
Harakahdaily
PM India, 30 menteri kabinet isytihar harta
7 Syawal 1432H. [MOD] -
Perdana Menteri India Manmohan Singh dan kira-kira 30 menteri Kabinetnya semalam telah mengisytiharkan harta peribadi masing-masing.
Menurut laman web Pejabat Perdana Menteri, harta peribadi Manmohan (kiri, berserban) berjumlah 2.63 bilion Rupee (RM3.9 juta) termasuk wang tunai di bank, tanah dan harta (dua buah rumah dan sebuah kereta jenis Maruti 800cc).
Berdasarkan maklumat dalam laman web berkenaan, menteri Kabinet yang paling kaya ialah Menteri Pembangunan Bandar Kamal Nath, dengan nilai harta (termasuk milik keluarganya) berjumlah 263 juta Rupee (RM165 juta).
Yang paling miskin pula dalam kalangan mereka ialah Menteri Pertahanan AK Antony, yang berasal dari Kerala, dengan nilai harta 10 juta Rupee (RM666,000).
Perisytiharan harta itu dibuat mengikut Kod Tatalaku bagi menteri.
Namun begitu tidak semua menteri mengisytiharkan harta mereka.
Seramai 72 daripada 77 menteri mengumumkan kepada awam harta peribadi mereka -- yang dilihat sebagai langkah mempromosikan ketelusan yang lebih meluas dalam kerajaan -- semasa parti memerintah sedang menghadapi krisis kewibawaan.
Sejak akhir-akhir ini gabungan United Progressive Alliance, yang diketuai Manmohan, berdepan tekanan hebat selepas berlakunya kes-kes rasuah besar seperti rasuah Sukan Komanwel dan penipuan telekomunikasi yang menjadi tajuk utama akhbar.
- Bernama
Mekanisme Untuk Membetulkan Dasar Lama
7 Syawal 1432H. [MOD] -
Seringkali keputusan dasar yang dibuat oleh ahli-ahli politik akan mempunyai kepentingan politik dan tidak semestinya membawa hasil yang bermanfaat kepada rakyat jelata.
Oleh yang demikian, banyak diantara program-program yang dilancarkan oleh kerajaan adalah indah khabar daripada rupa. Sebelum sesuatu dasar atau polisi diperkenalkan, kerajaan harus mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau akan terjejas daripada dasar itu.
Adakah tindakan ini dibuat oleh pihak kerajaan? Secara umumnya, pendapat daripada pihak yang terlibat atau terjejas biasanya tidak diberi perhitungan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa. Dari satu perspektif, ini adalah amalan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip demokrasi.
Adakalanya wakil rakyat juga tidak dirunding atau diminta pandangan mengenai sesuatu dasar atau projek utama yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan. Kewujudan wakil rakyat juga seringkali diabaikan atau diketepikan oleh pihak eksekutif yang berkuasa.
Sebelum merangka sesuatu dasar atau melaksanakan sesuatu projek utama yang melibatkan orang ramai, perkara itu perlu dipertimbangkan dalam pelbagai aspek dengan mendapatkan pandangan daripada pihak-pihak tertentu.
Tetapi, alasan yang kerap kali diberikan oleh pihak berkuasa ialah perkara seperti ini tidak wajar dilakukan kerana ia akan mengambil masa yang lama dan tidak kos efektif. Oleh itu, kerajaan beranggapan bahawa langkah ini tidak praktikal dan boleh diabaikan.
Memandangkan rakyat telah mengundi dan memilih satu kerajaan maka dianggap mandat telah diberikan kepadanya. Oleh itu, kerajaan berani mendabik dada melaksanakan apa jua tindakan atau dasar yang dirasakan sesuai untuk kepentingan politik.
Perkara ini memang sukar untuk dipertikaikan kerana keputusan tersirat pilihanraya adalah memberi kuasa penuh kepada kerajaan untuk mentadbir negara ini megikut selera kerajaan yang dipilih. Tetapi, adakah sistem ini akan membawa manfaat atau faedah kepada rakyat yang memilih kerajaan itu?
Pada pandangan saya, walaupun kerajaan telah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya, satu mekanisme diperlukan untuk memastikan dasar-dasar dan projek-projek utama yang dilaksanakan oleh kerajaan mempunyai kepentingan rakyat.
Bagaimanakah perkara ini boleh dilaksanakan tanpa merugikan masa dengan nilai kos yang rendah?
Selain daripada itu, terdapat banyak dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan tetapi tidak pernah dikaji semula. Sebagai contoh Dasar Pandang Ke Timur, Bersih Cekap dan Amanah, Wawasan 2020, Islam Hadari dan lain-lain lagi.
Adakah dasar-dasar ini digunapakai lagi atau telah menemui ajal semulajadi apabila berlaku perubahan dalam tampuk pimpinan negara. Semua dasar yang yang pernah dilancarkan oleh kerajaan perlu dikaji semula supaya seluruh rakyat Malaysia tahu arah tuju negara. Sekarang konsep 1Malaysia telah diperkenalkan,
tetapi visi ini juga akan hilang dimakan masa apabila berlaku perubahan dalam pimpinan jemaah menteri.
Untuk menyelesaikan masalah ini kita memerlukan satu mekanisme untuk mengkaji semula dasar-dasar yang sedia ada dan mengolah dasar-dasar baru. Untuk itu, Pakatan Rakyat bercadang untuk mewujudkan Majlis Pakar-pakar (Council of Experts) jika berjaya menjadi kerajaan Pusat selepas Pilihanraya Umum ke 13.
Pakatan Rakyat akan mewujudkan Majlis ini dalam isu-isu utama negara seperti ekonomi, politik dan sosial untuk merangka dasar baru dan mengemaskini dasar sedia ada agar bertepatan dan mujarab menangani kemelut negara dan masyarakat.
Tindakan ini akan melancarkan lagi pentadbiran negara kerana kepentingan rakyat dan negara akan diutamakan.
YB V.Sivakumar, ADUN Tronoh,
Israel tak akan minta maaf
7 Syawal 1432H. [MOD] -
BAITULMUQADDIS - Pemimpin Israel menyatakan negaranya tidak akan meminta maaf berhubung serbuan di atas sebuah kapal milik Turki yang menyertai misi bantuan ke Gaza, Palestin pada tahun lalu.
Menurut Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, pihaknya menyuarakan perasaan kesal kerana sembilan rakyat Turki mati dalam serbuan itu.
Beliau berharap hubungan di antara Israel dan Turki akan menjadi semakin baik selepas kejadian itu berlaku.
Ia merupakan kenyataan pertama Netanyahu selepas Turki mengusir Duta Israel pada Jumaat lalu berhubung kejadian tersebut.
Turki mahu Israel meminta maaf kerana kematian rakyatnya itu.
Namun, Netanyahu memberitahu Kabinetnya semalam bahawa Israel tidak akan meminta maaf kerana tentera negaranya bertindak untuk mempertahankan rakyatnya dalam kejadian tersebut.
- AP
Debat 'Siapa Pejuang Merdeka', beranikah Umno?
7 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melontarkan pertanyaan sinis, beranikah Umno untuk berdebat ‘Siapa Pejuang Kemerdekaan’.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menulis ringkas pertanyaan itu di laman Twitter, pagi ini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan demikian sebagai mengulas tajuk utama Harakahdaily semalam mengenai kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengajak Umno untuk berdebat terbuka secara ilmiah untuk menangani isu ‘Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?’ dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka.
Katanya, PAS akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah tersebut atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pernimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak kepada isu kedudukan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah negara.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi menyatakan kesediaan untuk berdebat secara ilmiah dengan Pemuda Umno berhubung perkara itu.
Menerusi Twitter, beliau menyatakan pihaknya sedia berdebat ilmiah dengan Pemuda UMNO mengenai isu kemerdekaan negara, siapa pejuang sebenar dan siapa menjadi alat penjajah.
harakahdaily/-
Pelajar kita di Syria sengsara
7 Syawal 1432H. [MOD] -
TERTEKAN...Noor Ikhwan (tengah) dan Fazlan (kiri), antara pelajar Malaysia yang kini terdesak selepas sekatan penggunaan kad kredit dikuat kuasa di Syria.
KUALA LUMPUR: “Tolong kami. Setiap hari kami menanti dengan penuh harapan supaya sesuatu dapat diusahakan membolehkan kami mengeluarkan wang. Sudah seminggu kami menggunakan baki simpanan yang ada dan tidak tahu sampai bila dapat bertahan sedangkan banyak hutang lain perlu dibayar,” kata penuntut Malaysia di Syria yang hidup tertekan selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas kad kredit di negara itu.
Noor Ikhwan Abdul Razak, 23, berkata, selepas Amerika mengenakan sekatan sebagai protes membantah tindakan rejim pimpinan Presiden Bashar Al-Asad mengancam untuk membunuh rakyatnya yang terbabit dengan desakan menuntut beliau meletak jawatan.
Katanya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Pelajar Malaysia di Syria, berikutan keadaan yang bergolak itu, pelajar Malaysia terutama di Damsyik kini buntu mencari jalan mengeluarkan wang simpanan di bank menggunakan kad kredit bagi membiayai pelbagai perbelanjaan termasuk yuran pengajian dan sewa rumah.
Noor Ikhwan berkata, dia dan rakannya tidak berani mengambil risiko keluar dari ibu negara berkenaan semata-mata untuk mengambil wang kerana bimbang kemungkinan tidak dapat masuk semula ke sana ketika pergolakan semakin meruncing.
“Ada antara rakan yang memberi cadangan supaya keluar ke Jordan dan Lubnan, namun kami tidak pasti sama ada dapat masuk semula ke sini atau tidak kerana keadaan sekarang tidak menentu. Apa yang boleh kami buat ialah menunggu sehingga keadaan benar-benar pulih,” katanya menerusi perbualan telefon bersama wartawan Harian Metro, di sini,semalam.
Menurutnya, menerusi persatuan pelajar Malaysia di sana, satu perjumpaan dengan pihak kedutaan sudah diadakan dan hanya dimaklumkan pihak berkuasa masih menunggu maklum balas Wisma Putra selain dinasihatkan bersabar sehingga keadaan pulih Perasaan sama turut dikongsi rakannya,
Muhamad Fazlan Abd Rahman, 29, yang mengakui gusar dengan keadaan semasa di negara berkenaan sedangkan mereka perlu menumpukan perhatian kepada pengajian yang sudah memasuki tahun keempat di Universiti Fatah Islami, Damsyik sebelum pulang ke tanah air.
Malah, katanya, rasa bimbang itu turut menghantui lebih 200 penuntut negara ini, kebanyakannya menyambung pengajian di universiti itu menggunakan wang sendiri dikirim ahli keluarga setiap bulan manakala sebahagian lagi memperoleh tajaan agensi tertentu dan kerajaan.
“Bayangkan bagaimana kami hendak meneruskan kehidupan di sini, perbelanjaan purata sebulan pun berjumlah 6000 Lera (kira-kira RM450), tidak termasuk sewa rumah dan perbelanjaan luar jangka yang lain. Duit semuanya dalam akaun tapi tidak dapat dikeluarkan akibat sekatan ini.
“ Justeru, kami merayu kerajaan menerusi Wisma Putra mencari jalan agar kami dapat meneruskan kehidupan di sini dan menamatkan pengajian seperti dijadualkan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan berkenaan dan mengambil tindakan susulan bagi membantu kumpulan penuntut terbabit kerana krisis di negara itu semakin meruncing.
metro/-
Peluru tentera AU bunuh jurukamera BernamaTV
7 Syawal 1432H. [MOD] -
Tembakan yang membunuh jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor dan mencederakan seorang lagi jurukamera TV3 telah dilepaskan oleh tentera pengaman Kesatuan Afrika, lapor beberapa media Barat dan Afrika.
"Fakta sekarang agak kabur, saya telah bercakap secara peribadi dengan presiden Somalia mengenai kejadian itu dan saya secara ikhlas memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan.
Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana askar yang didapati telah bertindak secara melulu, " lapor akhbar New York Times yang komander tentera pengaman Australia Mejar Jeneral Fred Mugisha.
Maklumat ini, bagaimanapun belum disampaikan dalam kenyataan kepada kerajaan Malaysia yang masih berusaha menentukan punca serangan dan dalang yang harus dipertanggungjawabkan di sebalik kejadian yang berlaku Jumaat lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah menghubungi kerajaan Somalia mengenai isu itu dan telah dijanjikan laporan penuh insiden berkenaan oleh Presiden Somalia Sheikh Sharif Sheikh Ahmed, sebaik sahaja sisatan selesai.
Pihak pembangkang, ahli keluarga dan badan-badan bukan kerajaan, sebelum ini mengecam penganjur misi bantuan kemanusiaan kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, yang mana Najib adalah penaungnya.
Ini kerana mereka didakwa gagal memberi perlindungan dan latihan yang mencukupi kepada kumpulan waratwan yang dibawa ke Somalia bagi membuat liputan berkenaan.
Wartawan yang membuat liputan itu telah memaklumkan bahawa mereka tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru, mahupun diberi latihan khusus tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi bahaya zon pertempuran.
Najib pula pada sidang akhbarnya, semalam berkata bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV yang terkena tembakan peluru sesat Jumaat lalu.
"Ini merupakan sebahagian (daripada bidang kewartawanan). Kamu boleh mengambil langkah keselamatan tapi tiada jaminan sepenuhnya (mengenai keselamatan) sebaik anda berada di kawasan konflik," katanya.
malaysiakini/-
Langgan:
Catatan (Atom)